Saturday, December 3, 2016

TRAVELOKA NZ : Milford Sound

Milford Sound sememangnya menjadi destinasi wajib sekiranya ke South Island New Zealand.

Milford Sound terletak di Piopiotahi  

Terletak dalam Taman Negara Fiordland, yang meliputi lebih daripada 1.2 juta hektar, merupakan taman negara terbesar di New Zealand dan salah satu yang terbesar di dunia. Taman ini, bersama-sama dengan bersebelahan Mount Aspiring National Park turut disenaraikan sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO .

 
Milford Sound

Milford Sound pada awalnya di temui oleh penjelajah Eropah yang diketuai oleh Captain James Cook namun ketika masuk melewati kawasan ini, mereka ketakutan kerana keadaaan ribut dan pemandangan lereng gunung yang curam serta menghasilkan bunyi angin menderu.

Kawasan ini menjadi kawasan permainan kaum Maori yang mempunyai pengetahuan tentang laut dan pola pasang surut kawasan serta hidupan di sini termasuk ikan dan tumbuh tumbuhan. 

Sehinggalah pada tahun 1812, Kaptain John Grono seorang pelayar menamakan tempat ini sebagai Milford Heaven sebelum di tukarkan menjadi Milford Sound.

Lereng curam gunung ganang

Milford Sound yang terletak di pesisir barat South Island merupakan paduan ciri ciri alam semulajadi yang spektakuler dengan penanda visual luar biasa di setiap sudutnya.

Perjalanan kami bermula dari Te Anau

Dan pagi hari bergerak ke Milford Sound selama 2 jam

Check dulu kondisi jalan dan cuaca takut pintu masuk ke Flordland ini di tutup sekiranya cuaca sejuk dan salji tebal

Milford Sound

Aktiviti di sini lebih kepada sign seeing. Naik cruise dan menyusuri kawasan laut dan benteng gunung curam. Amat baik sekali kalau cuaca terang dan mengizinkan. Kalau tak, layan sendu je lah tak nampak apa apa.

Cruise

Mendapat jolokan Tapak Keajaiban Dunia Ke 8

Mitre Peak yang terkenal

Di hiasai air terjun di lereng lereng pergunungan

Dan benteng gunung yang terus curm ke dasar lautan

Dengan pemandangan yang indah

Memukau setiap pelancong yang datang

Dan pelayaran hanya sampai ke hujung laut terbuka

Dan berpatah balik untuk menikmati alam seluruhnya

Air terjun

Hidupan liar

Pemandangan indah

Flora dan fauna

Milford Sound seindah yang digambarkan

Sememangnya Milford Sound mempunyai tarikannya tersendiri.

Kami beruntung sebab cuaca yang terang.

Dan perjalanan bersambung ke Queenstown.

View di perjalanan

Laluan

Gunung ganang

Air sungai yang mengalir

Mirror Lake. Tasik cermin yang memukau

Biri biri

Dan kehidupan

Tak berapa nak mesra alam mereka ni

Perjalanan mencecah ke petang

The Remarkables, kami datang !

Milford Sound wajib singgah.

Perjalanan dari Milford Sound ke Queenstown mengambil masa 4 jam. Tapi kami tak singgah ke sana, tapi teruskan perjalanan melintasi Crown Range ke destinasi yang cukup sempurna. Yang tak tergambar keindahannya dengan kata kata !



Tiada kata secantik bahasa
Untuk ku puji kekanda
Tiada gambar secantik lukisan
Nak ku tunjukkan perasaan

Oh dinda puspa gemala
Mengharum jiwa
Mmmm mmmm

Kanda puspa gemala
Mustika dinda

Namun musim berubah
Suasana bertukar
Tapi ikatan mesra
Sikit pun takkan longgar

Tiada kata secantik bahasa
Untuk ku puji kekanda

Oh kanda puspa gemala
Mengharum jiwa
Mmm Mmm

Kanda puspa gemala
Mustika dinda

Namun musim berubah
Suasana bertukar
Tapi ikatan mesra
Sikit pun takkan longgar

Tiada kata secantik bahasa
Untuk ku puji kekanda

Untuk ku puji kekanda
Untuk ku puji kekanda
Untuk ku puji kekanda
Untuk ku puji kekanda
Untuk ku puji kekanda
Untuk ku puji kekanda

Friday, December 2, 2016

Jom Singgah : Masjid At-Taqwa, TTDI

Masjid At-Taqwa merupakan sebuah masjid yang terletak di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Layan gambar sikit.

Bangunan masjid pada waktu malam

Pada asalnya masjid ini di bina sekitar tahun 80-an, di kawasan kediaman TTDI untuk penduduk melakukan ibadat dan solat Jumaat.

Setelah berlakunya kepesatan penduduk di kawasan kejiranan, masjid ini telah diperbesarkan untuk menampung jumlah jemaah yang semakin meningkat.

Masjid ini mempunyai dua menara dan dua kubah warna hijau yang indah. Dewan solatnya boleh memuatkan sehingga 2000 orang. Masjid ini adalah satu konsep yang moden, dan mudah.

Usha gambar sikit.

Signage di pintu masuk hadapan

Masjid dengan sebuah kubah dan 2 menara

Terdapat kawasan parking di persekitaran masjid At Taqwa ini

Masjid ini mempunyai bangunan khas 2 tingkat di perkarangannya yang mana dijadikan sebagai pusat perniagaan yang di penuhi dengan deretan kedai untuk berdagang Islam. 

Di bangunan yang sama terdapat juga sebuah kafe di mana jemaah untuk berehat selepas ibadah. 

Masjid ini juga menyediakan tempat letak kereta, tandas dan kemudahan lain.

Tempat mengambil wuduk. 

Malangnya toilet terletak jauh di belakang. Kena pusing satu masjid untuk ke tandas unless memng parking kat dalam dan terus ke belah belakang.

Usha dalam bangunan masjid.

Ruang tambahan di bahagian luar untuk jemaah solat

Pintu masuk ke dewan solat utama

Dewan solat utama

Kubah dari arah dalam bangunan masjid

Dihiasi dengan karpet baldu berwarna hijau

Bahagian mimbar dan mihrab Masjid TTDI

Masjid ini secara aktif menyediakan program agama dan kelas agama untuk jemaah selain dari ceramah agama yang telah di jadualkan sepanjang tahun.

Untuk rujukan aktiviti dan kuliah : At Taqwa

Sesuai dengan nama masjid ini iaitu At Taqwa yang di ambil dari perkataan takwa yang bermaksud sikap kepatuhan seseorang terhadap perintah Allah dan RasulNya, baik perintah itu berupa suruhan atau larangan.

Secara ringkas orang yang bertaqwa ialah orang yang menjunjung dan patuh kepada semua perintah Allah.

Menurut Imam al-Ghazali rahimahullah, kalimah taqwa yang terdapat di dalam al-Quran al-Karim membawa tiga makna:

- Pertama, bermakna takut, gerun atau ngeri (Haybah).
- Kedua, bermakna taat.
- Ketiga, mengandungi maksud menyucikan hati daripada dosa.

Mengikut para ulamak: "Takwa itu ialah menyucikan hati daripada dosa sehingga menguatkan azam untuk meninggalkan dosa dan seterusnya memelihara diri daripada segala maksiat".

Imam al-Ghazali membuat kesimpulan :

Bahawa takwa itu ialah menjauhkan setiap apa yang ditakuti akan membawa mudarat kepada agama. Bandingannya ialah berpantang bagi orang yang mengidapi penyakit. Ada pun berpantang daripada melakukan perkara-perkara yang membawa kerosakan kepada agama pula ialah "bertakwa".

Definisi taqwa yang terindah adalah yang diungkapkan oleh Thalq Bin Habib Al’Anazi:

العَمَلُ بِطَاعَةِ اللهِ، عَلَى نُوْرٍ مِنَ اللهِ، رَجَاءَ ثَوَابِ اللهِ، وَتَرْكِ مَعَاصِي اللهِ، عَلَى نُوْرٍ مِنَ اللهِ، مَخَافَةَ عَذَابِ اللهِ

“Taqwa adalah mengamalkan ketaatan kepada Allah dengan cahaya Allah (dalil), mengharap ampunan Allah, meninggalkan maksiat dengan cahaya Allah (dalil), dan takut terhadap azab Allah”. (Siyar A’lamin Nubala, 8/175)

Masjid At-Taqwa TTDI
Jalan Datuk Sulaiman
60000 Taman Tun Dr. Ismail
Kuala Lumpur
03 7729 3710

Selamat meyinggah !



Selagi hayat dikandung badan
Jangan sekali dikau lupakan
Perintah rasul dan perintah Tuhan
Itulah tugas setiap insan

Jika kita melupakan
Perintah Tuhan kau abaikan
Jangan sekali kau harapkan
Bahagia di dunia yang fana
Apa erti hidup ini
Jika tiada taqwa dan iman

Selagi hayat dikandung badan
Berbuat baik sesama insan
Jangan lupakan perintah Tuhan
Fakir dan miskin jangan kau lupakan

Selagi hayat dikandung badan

Thursday, December 1, 2016

Jom Makan : Insaf Baru, Jalan TAR KL

Restoran Insaf Kuala Lumpur 2016.

Banyak kali dah try sini. Kalau berada di area ni mesti teruja nak makan kat Insaf. Dah makan terus Insaf !

Pasti tahu kan kenapa?

Tapi orang kata tak serik serik. Panggilan kuat sangat nak gi makan sini so tak boleh nak salahkan sesapa.

Selalunya aku gi makan kat yang Restoran Insaf sebelah A&W tu, tapi hari tu try makan di restoran Insaf yang satu lagi. Restoran Insaf Baru. Nak kata baru tak lah baru.. tapi baru pada cawangan yang sebelah A&W tu. Tapi masih terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman juga. Masih sama cuma selang beberapa buah kedai jer.

Restoran Insaf KL

Jemput masuk !

Suasana dalam resto. Masih belum ramai orang

Dapat seat dan menunggu waiter mereka datang !

Usha menu dan bagitau apa yang nak di makan.

Menunggu mereka siap hidangkan apa yang dipesan

Sebenarnya aku bertiga. Tapi yang member sorang tu lambat pulak tiba. Mana ntah dia gi merayap cari barang kat kedai kedai kat area situ, so kami berdua ni order dulu.

Macam biasa. Beryani ayam menjadi pilihan.

Beryani ayam goreng

Beryani ayam madu

Di hidangkan dengan Acha Septriasa timun manis

Dan kuah dhal penambah selera

Nom nom nom.... makan dengan berselera. Rasa tetap sama.

Air tidak di lupa. Order Jus Mangga kebanggaan dis ini. 

Last sekali member sorang lagi pun sampai. Ni hidangan untuk dia.

Overall food tasted good ! Macam biasa. one of the best beryani in town.

Suasana restoran better than yang lama. Yang sana macam buruk sikit, yang ni tak de la nampak baru tapi ruang lebih luas dan selesa. Aircond pun cukup cukup di rasa.

Service macam biasa. OK lah.

Kenyang makan. Alhamdulillah.

Cuma harga yang kami makan semua atas tu? RM 82 !

Lepak kat luar merenung masa depan.

Boleh tahan lah bersandar sambil mengenangkan rasa penyesalan.

Keluar dan basking depan restoran sambil tadah bekas................

"Insaf lah wahai manusia..... jika diri mu bernoda................"

Tapi pilihan di tangan kita. Nak tak nak ikut selera tekak dan bajet sendiri. Sekali sekala boleh la. Sedap memang lah sedap tapi mahal memang tak boleh nak cakap lah. Pasrah je lah.

Keinsafan datang lagi untuk waktu waktu akan datang yang tak pasti ntah bila lagi mampu ke sini !

RESTORAN INSAF KUALA LUMPUR
116/158, Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur,
Phone 03-2693 9737 /+60 3-2691 2806

Di buka setiap hari 10:30AM–9PM

Sebagai bonus layan gambar sekitar Jalan TAR.







Selamat bertandang ! 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...