Tuesday, January 14, 2020

PUTRAJAYA 05 : WARUNG BUNIAN, Putrajaya

Part terakhir staycation suka suka di Putrajaya.



Parr last ni memang menyeramkan... nak tau sebab apa??

Sebabnya.... part ni aku nak cerita pasal makhluk bunian...

Ambik mood...



Indah nian istana bunian puteri bunian manis menawan
Indah nian istana bunian puteri bunian manis menawan

Berat rasa nak ku tinggalkan lah sayang kerna hati dah tertawan
Bagai bulan jatuh di tangan wahai puteri sri bunian

Ahhhh..ahhh…
Ahhhh..ahhh…

Berat rasa nak ku tinggalkan lah sayang kerna hati dah tertawan
Bagai bulan jatuh di tangan wahai puteri sri bunian

Bagai bulan jatuh di tangan wahai puteri sri bunian

Ahhhh..ahhh…

Ecececececee... buat buat seram padahal dah baca tajuk kan? Dah tahu part seram nya adalah nak melantak mengisi perut yang boyak !

OK. Tak jadi nak seram. Keluar semua korang dari selimut tetangga tu...

Tapi aku memang ada experience kes kes bunian ni....  Meh nak cerita. Seram ni. Pegi masuk dalam selimut semula...

Dulu masa zaman dulu, aku dengan ex gopreng dengan kawan kawan pegi Sungai Gabai. Berpiknik la konon. Masa mandi manda tu tetiba gopreng aku ni elok je duduk bersimpuh atas batu pastu macam berbual mesra sambil makan makan. Macam ada berteman tapi aku tak nampak...

Cuak badak, kami semua pakat pakat pujuk dia balik tapi dia tak nak ! Sibuk melayan sambil makan makan dengan penuh sopan santun. Agaknya bersuap suapan.

Lama gak la nak pujuk.... dia berkeras tak nak balik. Katanya nak duduk di Istana Bunian !

Masa on the way balik nak keluar dari kawasan Sungai Gabai tu boleh pulak dia melambai lambai ke arah semak sepanjang jalan tu. Ntah sapa ntah yang dia lambai..... Bertambah cuak aku bawak keta. Lagi cuak, masa dalam kereta dia tido sambil bertepuk tepuk dan menyanyi...

"Kanda ku.. Kanda ku......."

Amboi ! Berkanda kanda korang ya.... Aku nak marah pun ya. Tapi lebih pada ngeri rasa macam nak keluar je tinggalkan kereta.....

Seram tak? Seram tak?

Panjang lagi cerita bunian ni, tapi malas nak cerita.. I is lapar.

Apa?? Nak suruh aku tunjuk di mana Istana Bunian tu? No !

Tapi since aku lapar, so aku akan tunjuk di mana Warung Bunian...................!

* cue soundtrack lagu cerita seram......




Pernah dengar nama Warung Bunian? Aku dah lama dengar tapi tak sempat nak gi skodeng ke sana.  Kali ni, kasi jadi !

As usual wanita bernama Siti NorWaze-iah menjalankan tugasnya dengan baik bila di paksa. Berani dia tak ikut kata, aku tekup dengan setereka panas untuk buat penderaan !

Jalan dia agak tricky jugak tapi follow je apa kata pompuan tu dan akhirnya akan menemui tempat bunian bersantapan !

Kenapa tempat ni nama Warung Bunian? Khabarnya sebab tempat ni dulu macam tersorok. Tapi kini tidak lagi.. Cuma laluan je agak masuk jalan kampung tapi dah nak sampai tu akan nampak banyak kereta tepi jalan macam ada kenduri.

Ya.. semua datang nak makan di Warung Bunian ni !




Jalan agak turun bukit dan jalan sempit. Pepandai lah memandu berhati hati.






Expect orang yang ramai time ianya beroperasi. Tempat terhad dan kadang kadang kena menunggu. Parking pun agak challenging. Tapi dah sampai takkan nak patah balik?

Lagi senang kalau naik motosikal...


Pepandai la cari tempat dan lepas tu beratur untuk order makanan.




Dah beratur.. Order dan bayar. Nanti mereka hantar makanan ke meja. Menu sarapan pagi berserta harga.....


Paling viral di sini adalah Nasi Lemak Telur Bungkus dan Roti Jiwa Kacau. 

Dah order tunggu. Sambil sambil tu usha penyediaan di Warung Bunian ni.... Yang masak pun manusia biasa. Tak de yang bunian dowh. Cuma pelik sikit penebar roti canai adalah geng geng achik achik. Terror tu.





Tunggu di meja sampai makanan di hantar.

Ni makanan yang kami order.. 







Alhamdulillah. Akhirnya dapat jugak merasa Nasi Goreng dan Roti Telur Jiwa Kacau di sini.

Verdict ! 

Boleh tahan. Memang sedap. No wonder orang ramai ! Cuma bagi aku sambal nasi lemak agak pedas.


Kenyang. Be considerate. Jangan nak melepak lama lama. Abis makan dah kenyang... cepat angkat kaki ! Orang lain nak duduk pulak.

Perut pun dah terlebih boyak. Jangan harap puteri Bunian nak ngorat. Mereka tak minat kot yang boyak boyak nih ! 

Mana aku tau? Ex gopreng aku la kabo. Putera bunian kononnya kacak kacak sado sado. Macam level level Zul Ariping kot. Dan mereka suka makan makanan macam jagung2. Sebab tu lah tak boyak kot.

Ntah ntah kalau puteri Bunian tengok lagi mereka membawang siap cerca sebab geng geng lelaki kita ni pelahap makan banyak !

Jadi sila beredar dengan kadar segera !

Tengahari pun mereka ada hidangan lauk pauk jugak, lauk ala kampung makan dalam dulang tapi lauk kira tak banyak jenis lah.



Check waktu operasi !





Dah sudah.... Kembali semula ke jalan yang benar. Jangan berlama lama nanti bunian terpikat parah pulak melekat kat sini tak jumpa jalan keluar. Hahaha....

Aku dah try. Memang sedap.  Harga pun tak mahal.

So lepas ni korang semua pegi pulak !

WARUNG BUNIAN
Jalan Jamaludin,
Kampung Sungai Merab,
43000 Kajang,
Selangor
Phone: 017-381 2246

Boleh order makanan thru wassap. 

Jangan main main, bunian sekarang, village no more ! 

Keluar dari warung bunian ni jangan buat gila lambai lambai ke arah semak pulak tau ! Jiwa kacau driver nak memandu karang.

Ayuh pulang !



Okeh.... TAMAT

8 comments :

  1. Meng ,,,

    Kalau ada rezeki, belah belah Pengerang pun ada warung bunian !!! Tapi nih memang Bunian betul hahahahah !!!

    Anyway, makanan dia AGAK PEDAS !!! Walaupun order tak nak pedas, tapi still pedas yang amat

    https://www.facebook.com/pg/Warung-Bunian-Teluk-Ramunia-393686694549477/photos/

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhhh seram tuh.... takut dia bagi makan pokok pokok pulak nanti....

      Delete
  2. nampak sedap semuanya..pernah masuk JJCM tv3..

    ReplyDelete
  3. Dolu kala dia famous ngan lunch set. Aku selalu gak pi tp lama2 mcm dh kureng. So stop. But lately aku tgk dia viral sbb nasi lmk bungkus tu. Xpnh try lg wpun hari2 lalu je pi balik keje 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena singgah makan nasi lemak bungkus dia pulak la lepas nih....

      Delete
  4. Pernah try sekali.. Memang jenuh nak tunggu meja hahaha.. Tapi berbaloi la sebab sedap gak Nasi Lemak dia.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...