Monday, May 13, 2019

MAY 2019 | teT@MU Pre-Ramadan

Trip singkat before ramadan.

Hujan membasahi bumi, ke mana arah tujuan kami?

KL jer....

Sebenarnya trip over the weekend ni adalah trip beli jiwa sebab budak budak kena tinggal since aku pegi Hua Hin tempoh hari. Dah janji nak bawak mereka pegi tido hotel since Hero balik wajib hujung minggu. Plus nak tengok wayang Avengers !

Wajib bawak mereka menonton

Papa bertukar jadi Iron Man....

Sebenarnya lagi nak mensadiskan keadaan, aku dah tengok dulu tanpa dia orang. Ni budak budak opis la beli kan tiket ajak tuang gi layan wayang dulu.

Menginap satu malam di Tamu Hotel & Suites KL

Tak meletakkan expectation yang tinggi. Saja menginap sebab dekat dengan Quill City Mall yang ada wayang.

Yang jugak dekat dengan area Kg Baru, port best nak makan makan...

Menginap di one bedroom apartment....

Dan aku sangat terkesima dengan view dari hotel ni !


















Sangat mengujakan !

Dan kemuncak acara, ke Quill City Mall untuk tengok wayang di sana. Sempat singgah makan kat mall. Pening tak tau nak makan apa. Plus kejar masa.

Buang julung kalinya, aku tengok wayang cerita yang sama 2 kali kat wayang ! Sebagai super hero, aku kena support kawan kawan berlakon !










Hotel baru tapi ada pro and cons nya. Setakat nak staycation satu malam kira puas hati lah sebab view memang superbusa punya lawa !

Thanks to DJ sebab bagi idea tempat ni. Nak try aiskerim Apong tu tapi tutup pulak dah.

Pekena nasi arab di Suria Restaurant. Buntu nak makan apa.

Tapi staycation tak berakhir di situ.

Pegi the curve cari barang Hero dan Princess aku mengaruk nak barang dia jugak.

Ya Allah bila la anak aku ni nak sedar dari benda benda mainan lagha ni....

Dan sebagai penutup acara, bawak dia orang makan sushi walaupun aku tak makan sushi.

Ni je yang aku mampu makan dan boleh makan. Sedap pulak rupanya. 2 pinggan aku belasah. Dia orang biasa ajak aku makan Japanese food ni tapi biasanya aku bo layan.

Tapi kali ni Papa kasi can sebab nak beli jiwa nak bagi semangat supaya anak dara aku tu puasa penuh tahun ni.

Harap harapnya berjaya ! Semangat !!!

Salam ramadan..........................

"Barang siapa yang bergembira atas datangnya Ramadhan, Allah telah mengharamkan jasadnya dari api neraka". (HR. an-Nasa'i).

Ahlan wa sahlan ya Ramadan اهلا وسهلا يا رمضان



Ahlan wa sahlan, marhaban
Ahlan wa sahlan, ya Ramadhan
Ahlan wa sahlan, marhaban
Ahlan wa sahlan, ya Ramadhan

Ramadhan menjelma lagi
Menghimpun Rahmat dan Maghfirah
Bertambah keberkatannya
Dengan amal ibadah
Diri tunduk keinsafan
Dan rasa berdosa

Bulan kemuliaan yang dikurniakan ini
Usah biarkan berkatnya
Berlalu sia-sia saja
Ia hadir bagai air bah
Membasuhi daki dunia

Sambutlah Ramadhan dengan jiwa terbuka
Seperti ketibaan orang yang kita cinta
Dengan ucapan
Ahlan Wa Sahlan Marhaban Ya Ramadhan
Hati gembira pintu terbuka
Rahmat Allah Yang maha Besar

Ditaburi mutiara hikmah Al-Quran
Lantas dibelenggu nafsu dan syaitan
Didatangkan pula Lailatul Qadar
Pengorbanan yang dibuat balasannya syurga

Ahlan wa sahlan, marhaban
Ahlan wa sahlan, ya Ramadhan
Ahlan wa sahlan, marhaban
Ahlan wa sahlan, ya Ramadhan

Ramadhan menjelma lagi
Menghimpun Rahmat dan Maghfirah
Bertambah keberkatannya
Dengan amal ibadah
Diri tunduk keinsafan
Dan rasa berdosa

Sambutlah Ramadhan dengan jiwa terbuka
Seperti ketibaan orang yang kita cinta
Dengan ucapan
Ahlan Wa Sahlan Marhaban Ya Ramadhan
Hati gembira pintu terbuka
Rahmat Allah Yang maha Besar

4 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...