Thursday, February 2, 2017

GBS Road Trip New Zealand - 21 | Day 08 : Bungy Jumping Kawarau Bridge

Kalau diikutkan rasa kekecewaan memang mengundang kesedihan yang berpanjangan.

Cuaca pun seolah olah mengerti kesedihan di hati kami. Dan cuaca jugak lah yang sebenarnya menghalang perancangan yang kami idam idamkan di bumi Queenstown ni.

Cuaca yang tidak memungkinkan....

"So back up plan? Apa kita nak buat? Takkan nak terus menyerah je?"
"Apa kata kita buat bungy?"

Suggest IH. Aku masih berbelah bahagi. BW kata dia dah hilang mood.

"Alang alang dah kat sini, buat je lah"

Dan aku dengan IH sebulat suara, walau tak de dalam plan asal kami, tapi dah berada di Queesntown ni, elok rasanya kami sudahi dengan sesuatu yang meninggalkan kenangan yang tersendiri !

Berjalan di sekitar kawasan pekan Queenstown ni, kami singgah di pusat penerangan dan ticketing untuk bungy jumping di sini.

Masuk sini !

Riki riki dan dapatkan informasi

Then kami menimbal balik. Masa untuk terjun. Bila boleh terjun. Harga dan segalanya dan akhirnya kata putus di buat bersama.

Kami bakal buat bungy jumping di Queenstown ni.

Riki riki jugak benda benda lain di sini. Excited pulak nak cuba banyak benda. Tapi masa dah terbuang setengah hari di sini saja

Timbangan

Pastikan semua check list tak menghalang untuk kami terjun nanti

Akhirnya tiket dah pun berada di tangan kami.

Excited dan cuak !

Itu 2 perkara yang menyerang perasaan dan benak fikiran aku dan IH. Tapi aku rasa IH OK jer kot sebab dia memang nak buat bungy jugak pada asalnya. Cuma aku macam cuak cuak badak memula.

Tak de fikir panjang. Lagi lama karang lagi panjang masa kami tersadai di Queenstown ni. Tak perlu buang masa lama lama.


Kali ni pasti kami akan tinggalkan pekan Queenstown ni dengan sebuah impian yang lain.

Kami di beri option untuk ke tempat bungy jumping di Kawarau Bridge dengan kenderaan mereka atau pun nak drive sendiri.

Kami memilih untuk drive sendiri sebab jalannya on the way yang bakal kami teruskan untuk ke Lake Tekapo nanti.

Jarak dari pekan Queenstown ke Kawarau Bridge lebih kurang 24 KM dan mengambil masa perjalanan selama 20 minit.

Dalam kereta kami dok cuba cuba berseloroh.

"Cuak gak ni"
"Hahahah"
"Kalau mak akak tau ni mesti dia cakap baik beli emas pada membazir sekali terjun je macam nak bunuh diri je dah 600"

BW membebel. 

"Eh. Elok la tu. Pakai la emas banyak banyak biar berat macam sauh ! Eh. Aku terjun dulu lah !"

Aku mintak untuk terjun dulu nanti. IH mengiyakan jer. 

Fuh.... Cemana la rasanya. Dalam otak dah plan nak terjun skydiving tapi akhirnya jadi bungy pulak di sini ni. Redah je lah.....

Perjalanan kami akhirnya sampai di lokasi. Hujan masih renyai renyai turun

Park kereta di kawasan yang di sediakan dan kami terus ke belah dalam untuk register dan serahkan dokumen dan tiket yang kami bawa dari pejabat di Queenstown tadi.

Perasaan masa ni?

Hmmph. Hanya tuhan yang tahu. Berdebar debar dup dap dup dap. Aku siap message OR jap bagitau.

'Yang saya tak jadi skydiving sebab hujan. Tapi jap lagi saya nak buat bungy jumping. Doakan semuanya selamat'

Aku rasa dia mesti histeria kejap. Tapi dia tau aku cemana, kalau aku nak buat mesti aku buat !

Dia balas lepas tu bagitau supaya aku berhati hati jer.

Welcome !

Baca baca sikit redakan kesangsian

Bahagian bawah di Bungy Jumping Center di Kawaru Bridge ni

Sampai sampai je kami terus check in dekat kaunter. Ada pekerja dia yang memang siap sedia menanti. 

Check in sini

Dia ukur berat badan sekali lagi dan tulis di atas tangan. Tangan kiri dicatit berat and tangan kanan dicatit nombor rujukan untuk video dan gambar kot kot kalau nak beli lepas terjun. Ada few soalan yang dia tanya dan aku pun dah tak tau apa yang dia tanya. Yang penting dia tanya ada sakit apa apa ke atau sebarang halangan yang memungkinkan aku tak boleh buat terjunan.

"Eh. Aku dah bayar pun !  Kau jangan banyak songeh. Cepat. Bagi aku terjun !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

Macam tu aku nak bagitau.

So segala apa benda yang ada dalam poket dan badan semua aku dah keluarkan seperti yang di arahkan. Dari situ dia suruh aku keluar terus ke jambatan dan siap sedia untuk terjunan !

Harghhhhhhhhhhhhhhhhh....

"Mak.............. halalkan susu mu... Maafkan anak mu kerana menetek lama lama dulu. Mesti tetek Mak sakit kan?"

Macam tu kalau di beri peluang untuk aku bercakap saat saat terakhir dengan mak aku ! Tapi mak aku tak tau. Kalau dia tau maunya dia marah dan bebel bukan bukan.

Tak pe. Ni salah satu impian ! Ni aku kerjakan tanpa pengetahuan.....................

Keluar dari center tu, aku nampak ada beberapa orang tengah menonton

Dan tempat terjunan di atas jambatan sana.

Pantas aku dengan IH berjalan terus ke arah jambatan dan laluan yang di khaskan menuju ke jambatan gantung di Kawarau Bridge ni. BW kami tugaskan amik gambar memandangkan dia tak nak terjun.

Naik naik dan terus berjalan ke arah tengah jambatan.

Ni atas jambatan. Kena berjalan ke tengah tengah dan pekerja pekerja mereka sedang siap menanti.

Hujan masih turun renyai renyai.

Sejuk memang mencengkam. Tapi perasaan seriau lagi buat aku tak keruan. Rasa macam nak berjalan ke kandang pesalah untuk hukuman gantung.

Tengok ke bawah memang agak mengerikan.

"Yes mate. How are you?"
"Fine"
"Are you excited?"
"I dont know"
"Is this your first time?"
"Yupp"

Kat sini lagi sekali kena timbang berat badan. Lepas tu dia check nombor-nombor yang dicatit kat dua-dua belah tangan.

Masa ni terketar ketar rasa kaki.

Aku berdiri dan IH kat belakang aku sikit. Memang aku yang plan nak terjun dulu so aku bagitau pekerja di situ sebab nombor aku 19 and IH 18. Dia orang arahkan aku masuk untuk mempersiapkan diri.

Fuh ! Fuh !

Berasap asap keluar dari mulut.

"Are you OK?"
"Yup..."

Mula-mula dia pasangkan safety harness kat pinggang. Kemudian, dia suruh aku duduk dan dia mula balut kedua dua kaki aku dengan kain yang macam tuala kat bahagian betis. Tuala tu kemudiannya diikat kemas mengikat kedua dua kaki aku dan tali tu disambungkan ke bungy. Erkk!! Macam ni je dia ikat?

"Where are you from?"

Isk ! Banyak tanya lak kau orang ni. Ada 3 orang tengah mempersiapkan aku dan 2 yang lain cuba siapkan IH. Rupanya kami berdua je yang nak terjun ni. Tak de orang lain sebelum kami. Tu yang berdebar debar tu sebab tak de masa nak tarik nafas. 

Tak lama lepas tu dah siap siap dah di pakai segala tali tali yang ada.

Fuh.. Pucat lesi rasanya muka aku time tu.

"Are you ready?"
"Hmmm. I think so"
"Stand up"

Aku bangun.

"OK.. There are few cameras over there. Come on.. smile and say hi to that camera"

Dan dia tunjuk aku few cameras yang ada dan suruh senyum pada salah satu camera camera tu. Aku dok babai dengan muka cuak gila rasanya. Kalau toreh sure tak berdarah muka.

"Okey Mate. Go to the edge. And whenever you ready !"

Sebab kedua dua kaki aku dah kena ikat, so aku kena meloncat loncat macam pocong.

Berdiri di hujung platform tu rasanya OK lagi.

Dan betul betul sampai kat tepi tu, aku tengok bawah.................. walaweiii

"Ya Allah apa aku buat ni !!!!!!"

Cuak tak ingat dah.

"Whenever you ready !.... "

Lepas tu dia countdown 3,2,1.

"Jump as far as you can, okay???"

Mamat kat belakang sekali lagi bersuara. Dia masih pegang belakang aku.

Aku berdiri betul betul hujung platform. Ready untuk terjun.

Bersedia ke aku ni?
Ah. Kalau tak ready cemana?
Patah balik?
Chicken out?
No !
Ah ! Kenapa mamat ni tak tolak je aku jatuh??? 
Tolak please..............
Argh................. Tak nak tolak sudah. Aku terjun sendiri.
Go Meng ! Go !
Once and for all......................................

Aku turunkan lutut sikit. Sedia untuk melepaskan semuanya.

Aku pejam mata.

Dah tak fikir apa.......................................

Zassssssssssss

Zas................. 
Bunyi tali. Bunyi angin. 
Then sunyi.
Pandangan air biru sebentar tadi tetiba hilang.
Ah !!!!!!!!!!!!!! 
Aku lupa nak baca Bismillah !!!!! 
Too late.
Suasana hening seketika. 
Eh, mana tali bungy ni?
Tetiba aku rasa tali tersentap. 
Zapp Prappppp.
Terasa darah turun ke kepala. Dan aku terayun semula ke atas dan ke bawah. Ke depan dan ke belakang.

Berayun ayun

Terpelanting kiri kanan depan belakang

Masa berayun ayun tu aku perasan something.

Alamak ! Baju aku terselak !

Abis lah nampak perut.
Abislah orang tengok.
Hey perut aku ! Perut aku ! No camera please...
Kever........................

Ah.... malu........................................................................ !

Satu hal lak aku nak tarik tarik sweater aku yang dah turun ke bawah sebab posisi terbalik tu dan memang perut dah ternampak.

"Nehi ! Nehi ! Nehi ! No camera please !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

So, kesimpulannya kalau nak buat bungy, sebelum terjun tu make sure baju tu dah secured supaya tak terlurut masa tergantung nanti. Tak jelita nampak perut nanti oke.

Dan ayunan semakin perlahan

Di bahagian bawah di atas sungai Kawarau tersebut, sebuat bot menanti. Nasib baik tak cecah air. Maybe sebab musim sejuk tapi kalau biasa boleh pilih untuk terjun dan kepala cecah dalam air !

Petugas di situ cuba hulurkan kayu untuk aku capai. Lepas berjaya capai tu baru lah aku di tarik ke atas bot dan mereka cuba untuk menanggalkan semua tali yang mengikat di bahagian kaki.

Bot di bawah menanti

"Great job mate ! Are you OK?"
"Yeah. I think so"
"Is this your first time?"
"Will you do it again?"

Ah ! Dia nak ajak berborak lagi. Aku dah mengah dan tak cukup nafas. Detak jantung masih berdegup sekencang yang mungkin tak berhenti lagi ! Dag dig dug dag dig dug di dalam dadaaaa...

* shadap Haiza!

Ntah apa dia tanya aku jawab je. Abis dia tanggalkan semuanya, dia suruh aku panjat kat tangga tepi sungai tu dan naik ke atas semula.

Naik ikut laluan tangga ke atas semula

Termengah tengok balik ketinggian yang baru je aku terjun

Aku berhenti kejap kat tangga tu. Penat jugak nak naik sampai atas. 

Kat situ aku tunggu untuk IH buat terjunan lepas aku. Semuanya berjalan lancar dan IH berjaya juga buat terjunan seperti yang dia idamkan.

43 meter tinggi. Tak sampai 10 saat free fall. Dengan harga sekali terjunan lebih kurang RM 600.

"Yes ! I did it.............................. !!!"

And what can I say? It is simply the best feeling I ever had !

Berbaloi!

Rasa lega................ ! Hiks.



I call you when I need you
When my heart's on fire
You come to me, come to me
Wild and wired

You come to me,
Give me everything I need

Give me a lifetime of promises
And a world of dreams
Speak the language of love
Like you know what it means

It can't be wrong
Take my heart and make it strong, baby

You're simply the best
Better than all the rest
Better than anyone
Anyone I've ever met
I'm stuck on your heart
I hang on every word you say
Tear us apart
Baby, I would rather be dead

In your heart I see the start
Of every night and every day
In your eyes I get lost
I get washed away

Just as long as I'm here in your arms
I could be in no better place

You're simply the best
Better than all the rest
Better than anyone
Anyone I've ever met
I'm stuck on your heart
I hang on every word you say
Tear us apart, no, no, no
Baby, I would rather be dead

Each time you leave me I start losing control
You're walking away with my heart and my soul
I can feel you even when I'm alone,
Oh, baby, don't let go!

You're the best
Better than all the rest
Better than anyone
Anyone I've ever met
I'm stuck on your heart
I hang on every word you say
Tear us apart, no, no
Baby, I would rather be dead

You're the best

Mengucap panjang aku. Syukur Alhamdulillah semuanya selamat. IH pun OK. 

Terima kasih kat BW yang jadi photographer kami walaupun dia tak sempat nak capture pun. Main tembak je sampai gambar bergegar gegar jadinya.

Apa apa pun pengalaman yang hebat.

Kawarau Bridge Bungy Center

Maklumat

Lepak jap kat area ni sebab nak tengok orang lain terjun. Tapi sebab hujan so tak ramai yang datang. 

Selain dari bungy jumping, di Kawarau Bridge ni jugak ada Kawarau Zipride


Boleh la jugak bagi sesiapa yang nak mencuba

Sedikit mengenai Kawarau Bridge Bungy ni.

Not only is Queenstown the Adventure Capital of the World but it is also the location of the 'World Home of Bungy Jumping'- The Kawarau Bridge Bungy!

In November 1988, Bungy pioneers AJ Hackett and Henry van Asch jumped into the World spotlight by launching the World's first commercially operated Bungy Jumping Site, off the historic Kawarau Bridge. With over 26 years of operating experience we have become renowned as one of the most exhilarating things to do in Queenstown.

If you want to be tied up & thrown off with a friend, then this is the Bungy Site for you, as it offers Queenstown’s only Tandem Bungy Jump. Just remember that sharing the thrill doesn’t mean halving the fear!

QUICK FACTS:

World's 1st Commercial Bungy Jump
43m Bungy Jump off the Historic Kawarau Bridge
Queenstown's Only Tandem Bungy
Water Touches available


Alang alang dah berada di Kawarau Bridge ni, usha sikit apa yang menarik dengan tempat ni !

Kawarau Suspension Bridge

Jambatan di atas Kawarau River dan Kawarau Gorge

The Kawarau Gorge Suspension Bridge is a bridge which runs over the Kawarau River in the Otago Region in the South Island of New Zealand. 


The bridge is mainly used for commercial purposes by the AJ Hackett Bungy Company for the purposes of bungy jumping; the site was the world's first commercial bungy jumping site. The bridge also forms part of the Queenstown Trail which allows walkers/runners and bikers to pass over the river. The bridge is inside a Department of Conservation reserve


The bridge was completed in late 1880, and formed a key access route to the Central Otago goldfields. It was replaced by a new highway bridge on State Highway 6 in 1963. It is classified by the New Zealand Historic Places Trust as a Category I historic place

Ada kambing gurun kat lereng bukit

Sejarah Kawarau Bridge

Dah selesai semuanya kami bersiap sedia untuk meninggalkan tempat ni dan masuk ke dalam center untuk selesaikan hal hal lain.

Di Kawarau Bridge Center ni ada jual jual baju juga.

Dan di sini la sesiapa yang dah buat terjunan boleh tengok gambar dan video untuk di beli.

Patut tadi aku terjun dulu dan IH ambik gambar dan bila IH terjun aku ambik gambar.  Sebabnya, kat sini memang ada di sediakan video dan gambar yang mereka ambik, tapi harga mahal sungguh.

Malas nak beli. Lagipun aku tadi terjun nampak perut. Sah sah buruk !

Tapi kami di beri sijil dan t shirt

Dapat hak bragging pasal buat bungy jumping ni seumur hidup !

Terima kasih AJ Hackett Bungy

Seawal perjalanan tu masing masing diam je. Hujan pulak sepanjang jalan.

Diam membisu mengenangkan pengalaman baru. Diam membisu sebab masih tak hilang lagi rasa berdebar debar tadi.

BW dok tanya tanya.

"Takut ke tak?"

Tapi kepala aku dok tak abis fikir lagi.................. Cemana baju aku boleh terselak? Aku dah bagi orang tengok wayang freee !!!!

"Oh. No ................................ How come. How dare you !!!"

bersambung..................... 

Wednesday, February 1, 2017

GBS Road Trip New Zealand - 20 | Day 08 : Queenstown - Part 2

Hari ke 08 di bumi New Zealand !!!

"Happy birthday IH"

Hari ni sewaktu kami di Queenstown ni adalah tarikh jatuhnya birthday beliau.... So segala itinerary yang dia buat memang menyempatkan dia untuk buat aktiviti idaman dia di sini.

Yang bakal kami lakukan tak lama lagi !


Queenstown - Adventure Capital

Pagi pagi kami bersiap dengan hujan renyai renyai di luar.

Di luar bilik penginapan kami, pokok cherry sedang mekar mewangi.

Tapi cuaca memang macam tak menyebelahi

Sebenarnya pagi tu kami semua bangkit lambat dek kepanatan dan kesejukkan. Dah janji kena sampai di opis nzone Skydive pukul 8 pagi. 

Cepat cepat berkemas dan terus kami bergegas ke downtown. Nasib la jaraknya tak jauh mana.

Tapi cuaca hujan di Queenstown pagi tu. Kejap lebat kejap renyai. Awan pun gelap semacam je menutupi bumi Queenstown ni

Elok je dapat parking best depan kedai yang kami nak pegi. So park kereta terus bergegas masuk.

Masing masing teruja dan excited !

IH settlekan urusan check in pagi tu. Malangnya jawapannya hampa !

Disebabkan cuaca, jadual terjunan kami pukul 9.30 pagi terpaksa di batalkan.

Choice yang ada? 

Kami kena tunggu untuk jadual seterusnya pukul 10.30 pagi !

Pasrah. Kami berjanji untuk datang lagi. Sementara tu lepak lepak kat dalam kereta je menunggu.

Queenstown di pagi hari

Sudahnya duduk dalam kereta dan kami breakfast dalam kereta je.

Isi perut sampai kenyang then keboringan. Nak alih kereta takut nanti dah tak dapat parking royal macam tu. 

Akhirnya kami sepakat, tinggalkan kereta dan kami merayau sekitar pekan Queenstown ni dulu.

Jom kita jalan dulu ke arah tepi Lake Wakatipu sambil usha pekan Queenstown ni di waktu siang.

Bangunan di pekan Queenstown

Kedai kedai

Bangunan lama yang di jadikan kedai dan hotel.

Statue William Gilbert Rees

William Gilbert Rees (6 April 1827 — 31 October 1898) was an explorer, surveyor, and early settler in Central Otago, New Zealand. He and fellow explorer Nicholas von Tunzelmann were the first Europeans to settle the Wakatipu basin. Rees is regarded as the founder of Queenstown.

Sampai di kawasan tepi Lake Wakatipu di Queenstown


Pinggir tasik

Queenstown (Māori: Tāhuna) is a resort town in Otago in the south-west of New Zealand's South Island.

It is built around an inlet called Queenstown Bay on Lake Wakatipu, a long thin Z-shaped lake formed by glacial processes, and has spectacular views of nearby mountains such as The Remarkables, Cecil Peak, Walter Peak and just above the town; Ben Lomond and Queenstown Hill.

Queenstown has an urban population of 14,300 (June 2016), making it the 27th largest urban area in New Zealand. In 2016, it overtook Oamaru to become the second largest urban area in Otago, behind Dunedin.

Queenstown is known for being the centre of adventure and outdoor tourism with options like skiing, jet boating, mountain biking and tramping, and is known as the home of the first modern bungy jump. For people that want a more relaxed time, you can spend your time fly-fishing and hiking to enjoy in the area. After a hard day in the outdoors, go explore Queenstown's absolutely wonderful night life with a few good beers.

Layan Qiueenstown di sekitar kawasan pinggir Lake Wakatipu.









Clock tower di Queenstown

Pusing pusing keliling membawa kami semula ke tempat nzone Skydive tadi. Hampir sejam jugak lah kami merayap. Just pusing pusing ikut kaki.

Cuaca masih tak menentu. Kejap gelap, kejap ada sinar mentari. Banyak kali hujan turun lebat dan rintik bersilih ganti. Memungkinkan plan kami bakal terkubur lagi.

"Back up plan?"

Masing masing diam.

Sebab kami dah memang plan dan booking nak skydiving so aktiviti lain macam tak leh nak buat kami rasa teruja dah.

Masih mencuba untuk skydiving di sini !

Masuk lagi

Check in lagi sekali

Dan jawapan kali ni masih menghampakan seperti yang kami dah jangka.

Cuaca masih belum boleh mengesahkan sebarang aktiviti terjunan boleh di lakukan untuk waktu yang kesekian kalinya.

"OK. We'll come back at 12.00 am"

Tu lah ayat pasrah masing masing di pagi tu.

Keluar dan masih buntu dengan arah tuju

Singgah beli kopi dulu

Bagi hilang sejuk

Tempat yang sama aku beli cake untuk IH semalam

Nak duduk kat situ macam bosan. Mundar mandir tanpa tujuan. Sudahnya kami merayap lagi dengan masa yang ada.

Jalan ikut arah lain pulak, tapi masih di sekitar Queenstown dan Lake Wakatipu tadi tu.

Lake Wakatipu

Lake Wakatipu is an inland lake (finger lake) in the South Island of New Zealand. It is in the southwest corner of the Otago Region, near its boundary with Southland. Lake Wakatipu comes from the original Māori word Whakatipu wai-māori.

With a length of 80 kilometres (50 mi), it is New Zealand's longest lake, and, at 291 km2 (112 sq mi), its third largest. The lake is also very deep, its floor being below sea level, with a maximum depth of 380 metres (1,250 ft). It is at an altitude of 310 metres (1,020 ft), towards the southern end of the Southern Alps. The general topography is a reversed "N" shape or "dog leg". The Dart River flows into the northern end, the lake then runs south for 30 kilometres before turning abruptly to the east. Twenty kilometres (12.4 mi) further along, it turns sharply to the south, reaching its southern end 30 kilometres (19 mi) further south, near Kingston.

The lake is drained by the Kawarau River, which flows out from the lake's Frankton Arm, 8 km (5.0 mi) east of Queenstown. Until about 18,000 years ago the Mataura River drained Lake Wakatipu. The Kingston Flyer follows part of the former river bed now blocked by glacial moraine . Queenstown is on the northern shore of the lake close to eastern end of its middle section. It has a seiche of period 26.7 minutes which, in Queenstown Bay, causes the water level to rise and fall some 200 millimetres (7.9 in).

Lake Wakatipu is renowned for its scenic beauty, being surrounded by mountains. The Remarkables mountain range lies along its southeastern edge. It is a popular venue for adventure tourism, with skifields, paragliding, bungy jumping and tramping tracks within easy reach. A vintage steamboat, the TSS Earnslaw regularly plies its waters. Several vineyards are nearby in the Gibbston Valley.

Layan view sekitar Lake Wakatipu di Queenstown ni.






Cukup masa untuk kami kembali semula.

Kali ni dengan perasaan yang lebih berdebar debar.

"Kalau tak lepas jugak cemana?"
Masing masing diam tak berkata apa ! Berdoa dalam hati, semoga di permudahkan semuanya....

"I am sorry. I dont think you got a chance to do the skydiving today. I am sorry. Would you like to reschedule to tomorrow?"

Hmm itu lah yang kami khuatiri sebab kami tak ada masa di sini sampai esok ! Hari ni sepatutnya waktu ni kami dah bergegas menuju ke Lake Tekapo dan bermalam di sana.

Kemudian, Dia bagi pilihan untuk skydiving di Wanaka atau refund. Masalahnya kami kejar masa. Kalau nak ke Wanaka tu ntah jam berapa boleh bertolak ke Tekapo. Last sekali kami akur dengan refund jer.

Segala agenda dan plan di Queenstown ternyata tak terlaksana.

* nangis kat bucu kaunter

Musnah segala impian

Punah semua harapan

Tapi kami pasrah dengan ketentuan. Kalau sudah suratan. Apa lah daya yang mampu kami lawan.

Aku suka Queenstown tapi ternyata, Queenstown bagi aku mengecewakan !

* seka airmata



I know I never loved this way before
And no one else has loved me more
With you I've laughed and cried
I have lived and died
What I wouldn't do just to be with you

I know I must forget you and go on
I can't hold back my tears too long
Though life won't be the same
I've got to take the blame
And find the strenght I need to let you go

Just walk away
Just say goodbye
Don't turn around now you may see me cry
I mustn't fall apart
Or show my broken heart
Or the love I feel for you

So walk away
And close the door
And let my life be as it was before
And I'll never never know
Just how I let you go
But there's nothing left to say
Just walk away

There'll never be a moment I'll regret
I've loved you since the day we met
For all the love you gave
And all the love we made
I know I've got to find the strenght to say

Just walk away
Just say goodbye
Don't turn around now you may see me cry
I mustn't fall apart
Or show my broken heart
Or the love I feel for you

So walk away
And close the door
And let my life be as it was before
And I'll never never know
Just how I let you go
But there's nothing left to say
Just walk away





Life ni.... sometimes.............................. memang tak seperti yang kita harapkan.

Selamat tinggal Queenstown. Haruskah kami tinggalkan tempat ini dengan sebuah perasaan yang tak kesampaian?

bersambung.................

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...