Wednesday, December 21, 2011

Belum - Day 2

Subuh subuh hari ke dua aku dah siap bangkit. 

Lepas solat subuh dan hisap rokok pastu pintu bilik di ketuk. Macam biasa lah BW dah datang melawat kawasan. 

"Pukul berapa nak gi breakfast ni?"
"Jap lah. Tu IH tak bangun lagi"

Aku tak pasti pukul berapa IH tidur. Aku tidur semalam dia masuk bilik air mandi agaknya pastu dia solat. Aku lena dulu.

Lama tu dia dengar kami bising borak borak dia pun bangkit. 

Aku paksa BW buat kopi secawan lepas tu untuk memudahkan aku berron.

Ada bontot menyedut dan taik terkeluar?

Nan ado jugak !

* mati le keji bontot sendiri.

So lepas kami bersiap siap pagi tu kami pun ke bangunan lobby di mana tempat breakfast kami.

Menikmati sarapan pagi dengan pemandangan yang menarik.


Menu pagi tu macam biasalah. Ada Nasik Lemak. Ada Mee Goreng. 

Ada pancake. IH dengan BW belasah makan cornflakes. Mat salleh sungguh. Aku ni tak berapa suka benda benda tenusu so benda tu tak masuk dalam aku punya menu.

Aku belasah makan yang lain. Pancake dia macam menarik jugak lah.

Makan sampai kenyang walaupun tak de la sedap sangat. Dessert dia pun so so je. Buah buahan pun macam tak semenggah.

Janji kenyang. 

Kami dah siap nak curik muffin, tapi terlupa. Ko mampu nak mencuri tapi lepas tu terlupa??




Lepas breakfast kami dah siap sedia.

Ada lagi satu acara dalam pakej yang kami ambil iaitu, Lake Cruise.

Bunyi macam best je kan? Tak pe lah. Nak buat cemana. Kami berkumpul di jetty dan bersiap sedia. Ada 2 bot bergerak sekali. Kami dapat sesi pagi sebab ramai orang kan. BF Angkat BW pun ada. Nasib baik la tak naik satu boat dengan kami kalau tak ada yang kena humban dalam tasik tu karang.

Kami bergerak dari jetty dan keliling Pulau Banding. Cuaca agak menarik. Permandangan pun boleh tahan la tapi bot tu bergerak feeling feeling sungguh.

Lama lama jadi bosan !







Lama gila rasanya nak abis pusing Pulau Banding tu.

Padahal tak de la besar mana pun sebab bot tu slow slow bergerak. Cuma dah last tu baru dia speed. Menjerit la orang orang dalam tu kononya excited. Ada lebih kurang 14 orang dalam satu bot.

Secara overall Lake Cruising sangat la membosankan. Panas pulak tu. 

Lepas abis trip tu kami pun berjalan jalan lagi sekitar resort sebelum pulang ke bilik dan melepak dan berehat !




Dah tak tau nak buat apa.

Masing masing pose pose malas di bilik. Borak borak, makan makan dan habiskan stok makanan. Siap pegi mintak kopi lagi kat housekeeping. Aku lah punya hal sebab tak berak berak lagi sampai sudah.

"Petang ni kita nak gi mana?"

Dia orang tanya aku.

"Kita keluar lah pegi belah Jambatan tadi. May be boleh tengok sunset dari belah sana"

Masa naik bot Lake Cruise adalah lalu kat belah Jambatan ke dua, nampak macam ada ramai orang kat situ, ada kedai kedai so kami ingat nak gi merayau ke sana petang tu. Kira OK lah. Nak ambik pakej resort ni memang mahal. Ada pakej tengok Rafflesia, melawat Orang Asli, pergi ke Air Terjun dan sebagainya tapi cost dia agak mahal kena tambah sorang dalam RM200 lebih.

Takut tak berbaloi baloi je lah.

So kami melepak kat bilik, tidur tidur dulu sampai ke petang !

Lepas siap solat, mandi semua baru kami bergerak ke belah jambatan satu lagi yang terletak di sebelah Pulau Banding menuju ke Jeli, Kelantan.



OK. The other side of Pulau Banding tu agak happening sikit sebenarnya.

Tempat tu menjadi hentian rehat untuk kenderaan dari Gerik ke Kelantan. So ada la kedai kedai makan, ada jugak perkampungan di situ. So kami rasa teruja jugak.

Duduk melepak, tengok orang dan cuci cuci mata.

Tengah layan tu terborak pulak dengan pakcik bawak bot ni. Pakcik ni kira orang kampung la kat situ so borak dengan dia. Bila borak tu kami tau lebih senang ambik pakej dengan orang tempatan daripada ambik pakej dengan Resort.

Aku nego dengan dia nak pegi tengok sunset dari atas bot berlatar belakang kan pokok pokok mati dari atas tasik, Pakcik tu nak RM200 satu bot. Kira murah la pada Resort tapi cuaca mendung macam tak de sunset je.

Lagi pun cuaca dah pun petang.

Sudahnya kami lepak makan petang di situ. Ada beberapa kedai makan dan orang pun ramai. Menunggu jugak lah.

Abis makan kami lintas jambatan ke dua tu dan di sana ada banyak rumah rumah terapung di atas tasik. Agak menarik lah untuk kami dekati dan ambik ambik gambar !










Tak tau nak cakap apa jenis orang yang duduk kat rumah macam ni. Mungkin sebab mereka dan terbiasa kot. Apa pekerjaan mereka pun tak tau. Nak kata orang asli pun bukan.

Rumah mereka dekat dekat tapi terapung di atas tasik. Kita orang siap pegi dari satu rumah ke satu rumah sebab nak sampai ke tengah tasik. Dalam rumah tu macam kecik kecik je.

Ada keluarga keluarga la duduk dalam tu.

Cuma rumah daripada kayu so agak cuak jugak la nak langkah langkah. Macam tak yakin je.

Tapi view memang menarik dan agak unik, susah nak cari kat tempat tempat lain di Malaysia ni

Lepas abis merayau tu kami cari satu port dan tunggu sunset.

Haram tak de. Cuaca memang tak mengizinkan. Nasib baik la kami tak naik bot pakcik tadi. Pakcik tu pun ada bagitau kalau nak tengok Rafflesia memang tak de yang blossom. Yang last pun 4 hari lepas. Yang akan datang memang tak tau bila. Ada yang tengah kembang tapi tak de trekking lagi ke kawasan tu.

Jadi punah ranah la harapan kami nak explore Hutan Belum ni secara lebih lebih.




Nak menunggu sunset tak de. Lepak je lah. BW jadi model. Macam macam aksi dan gaya. 

Namun, gaya Zaleha Hamid tetap menjadi tema beliau.

Lantak kau lah. Kita orang layan kan saja.

Lepas dah gelap  tu kami terus pulang ke resort. Sampai resot kami terus berehat. Aku dengan IH kat dalam bilik. Aku mandi dan IH dok online. BW balik bilik dia. 

Tengah kami borak borak tiba tiba pintu bilik di ketuk kencang.

Dah tahu dah mesti BW.

IH pegi bukak pintu. Terjonggol muka BW. Pahtu aku dengar...........

"Akak takut ! Akak takut !"

bersambung esok jam 12:00 tengahari...................... !

3 comments :

  1. huuh>>>>>>> gambo lawa...........mcm lukisannnnn...


    bersambung tgh hari esok uhuhu

    ReplyDelete
  2. apa lak tgh hari esok??? tgh mlm ni laaaa...saje typo kannnnnn grrrrr

    ReplyDelete
  3. hah laa.. jap jap lagi.. motip ko nak suruh aku peram lama lama pulak

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...