Tuesday, July 19, 2011

Sabah Bah Bahagian 1

Trip dulu dulu sewaktu aku berkunjung ke Kota Kinabalu.

Sebelum ni aku memang teringin sangat nak ke sana. Memang dah lama. Kalau orang bercerita aku mesti mati akal. Ya lah, banyak banyak tempat aku dah pegi, tapi bila sebut pasal Borneo. Haram !

Aku tak pernah jejak kan kaki.

Malu jugak kan, negara sendiri pun tak abis berjalan lagi.

Nak jalan sorang sorang dalam Malaysia ni macam segan. Kalau gi oversea tak pe lah, tak de orang kenal. Kalau kat sini macam rasa ada yang memandang. Tapi bagi aku semua tu tak de masalah pun sebab jalan sorang sorang pun aku OK. Tapi kali ni pegi dengan member.

Hari yang di nanti pun tiba. Aku dah bagitau geng geng opis aku yang aku akan menghilangkan diri pada hari Jumaat tu dan pagi tu, aku kerah adik aku hantar ke LCCT !

Hari yang tenang dan damai. Aku boarding flight ke Kota Kinabalu tengahari tu.

Sampai kat airport aku makan dulu. Lapar ! Lepak lepak kat situ then masuk terus dalam flight dan bersedia untuk meninggalkan bumi Semenanjung nih.

Aku excited !





Selama ni aku fikir Kota Kinabalu tu macam dekat je. Ya lah, sama sama dalam Malaysia. Perjalanan pun merentasi lautan tak nampak apa.

Aku duduk tepi tingkap. Aku ambik seat belakang sekali. Tak de orang pun tapi flight agak penuh.

Sempat lagi belasah makan Nasik Beryani inzal AA. Masa kat LCCT aku makan biasa biasa je. Lapar perut tak sarapan. Just lepak layan MP3 melayan perasaan sendiri.

Perjalanan agak membosankan. Tapi aku agak excited bila pengumuman mendarat di umumkan dan kelihatan Pulau Labuan kabur kabur di bawah.

Yey !

Sebentar lagi aku akan mendarat di Negeri Di Bawah Bayu......

Dan tak lama lepas tu, pesawat mula meluncur turun, kelihatan kawasan daratan yang luas terbentang. Dari atas pesawat nampak puncak Gunung Kinabalu, hati aku jadi tak keruan !

Tambah lebih excited !!!

Dari jauh kelihatan puncak Gunung Kinabalu di atas awan. Best !



Perjalanan dari airport terus memasuki kawasan bandaraya Kota Kinabalu.  Bandaraya Kota Kinabalu tak de lah nampak besar sangat dan tak banyak bangunan tinggi. Jalan raya pun tak berapa sibuk.

Aku sebenarnya tercari cari bangunan Yayasan Sabah tu. Tu la salah satu mercu tanda yang ada dalam kotak fikiran aku kalau sebut pasal Sabah. Aku teringin nak tengok sangat.

Maka lepas tu, kami melepasi Bandaraya Kota Kinabalu dan lalu di waterfront, sampai ke Jesselton Port dan terus melalui kawasan Likas menuju ke Kundasang.

Dari jauh kelihatan masjid dengan puncak Gunung Kinabalu. Juga bangunan Yayasan Sabah.



Kami order Great Chicken Burger !

Hmmmm berbau bau buat aku yang lapar sebenarnya.

Perjalanan di teruskan lagi menyusuri bukit bukau saujana mata memandang. Sempat kami singgah di perjalanan sebab aku nak ambik gambar. 

Permandangan yang indah. Argh ! Aku rasa damai.


Dan akhirnya kami sampai jua di Kundasang. Cuaca sudah mula mengelap. Kami cari hotel yang telah di book. Mount Kinabalu Herritage Resort & SPA.

Letaknya di atas bukit. Ada sign jadi kami tak de masalah nak cari.

Sampai je terus check in. 

Tempat tu nampak menarik, tapi puncah Kinabalu tidak kelihatan. Berkabus dan berawan.

Kami booking chalet. Dari chalet ni memang boleh nampak puncak gunung kalau cuaca terang. Ada beberapa chalet yang balkoni dia mengadap terus. Nombor 11, 12, 13 dan 14.

Tapi malangnya, hari tu nombor 13 dan 14 dah berpenghuni, jadi kami settle down dengan nombor 12 je. Menarik jugak. Chalet dia pun menarik. 

Cuma malang sikit pada hari tu, dari balkoni bilik, puncak Gunung Kinabalu memang tidak kelihatan !



Sampai je kami lepak lepak kat bilik dan kawasan beranda.

Selesai mandi malam tu kami keluar. Konon nak cari kedai makan tapi tak jumpa. Yang ada pun dah nak tutup. Aku kesejukan, kami lepak minum minum je.

Memang malam dah tak boleh nak buat apa, sudahnya kami balik bilik dan berehat. Penat sangat tertidur terus.


Dan akhirnya puncak Gunung Kinabalu kelihatan jua..........

Ya ariba................... 

2 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...