Saturday, November 26, 2016

TRAVELOKA NZ : Aoraki Mt Cook | Waitaki Valley | Moeraki

Mount Cook adalah gunung tertinggi di New Zealand yang menjadi sebahagian daripada Mount Cook National Park. 

Terletak di Pergunungan Southern Alps Wilayah Canterbury tak jauh dari kota kecil Twizel di South Island. Nama Mount Cook diambil daripada nama seorang kapten navigator yang berasal dari England iaitu Captain James Cook.

Padang lalang di pesekitaran kawasan Mt Cook National Park

Tahukah anda, Aoraki adalah nama Gunung Cook dalam bahasa Maori?

Menurut legenda puncak tertinggi Mount Cook dikenal sebagai Aoraki oleh suku Māori.

Aoraki adalah seorang anak muda dari Kano Te Waka Aoraki, yang terdampar di batu cadas. Aoraki dan saudara-saudaranya akhirnya naik ke sisi yang tinggi dan duduk di reruntuhan. Angin selatan yang sejuk dan dingin membuatkan Aoraki membeku dan menjadi batu dan saat ini ianya dikenali sebagai puncak Alps Selatan.

Mt Cook

Mt Cook National Park (juga dikenal sebagai Aoraki National Park) merupakan kawasan Alps yang tersendiri kerana memiliki puncak gunung tinggi, tasik glasier dan pergunungan diliputi salji. Mt Cook ini juga lah yang membantu Sir Edmund Hillary mengembangkan daya usaha beliau sebelum berjaya menjadi penakluk pertama Gunung Everest.

Memiliki hampir 23 puncak yang berketinggian melebihi 3000 meter, Aoraki ini terletak tidak jauh dari Lake Pukaki.

Kawasan Aoraki Mt Cook

Kami ke sini untuk trekking ke Hookey Valley.

Terdapat 10 jalur pendek untuk berjalan kaki yang dimulai dari kawasan perkampungan. Semua jalur telah dibangun dan ditandai dengan baik. Red Tarns Track, Kea Point dan Hooker Valley Track memakan waktu sekitar dua jam.

Trekking agak senang tapi waktu musim dingin agak mencabar dengan ribut dan hujan. Kami sendiri hampir putus asa setelah di landa badai dan ribut yang merusuh teruk.

Trekking ke Hooker Valley

Cabaran hujan dan ribut

Tasik Glacier dengan iceberg di Hookey Valley

Tapi kawasan Aoraki/Mt Cook ni memang cantik especially bila tiada ribut dan hujan. Alhamdulillah kami di beri kesempatan dengan cuaca yang cerah keesokkan harinya.

Dari penginapan

Mt Cook

Puncak Mt Cook

Penginapan di Mt Cook

Mt Cook/Aoraki National Park

Laluan ke pergunungan

Hati ku tertinggal di Mt Cook

On the way ke Dunedin, kami singgah di beberapa kawasan di sekitar Waitaki Valley seperti Clay Cliffs, Lake Benmore, Lake Waitake di Omarama, Elephants Rocks di Kurow dan Moeraki Boulders serta Moeraki Beach di Moeraki sebelum sampai di Dunedin.

Layan je la gambar gambar di persekitaran dan laluan.

Clay Cliffs, Omarama

The Clay Cliffs are huge sharp pinnacles and ridges with deep, narrow ravines separating them. The Clay Cliffs are made of layers of gravel and silt, deposited by rivers flowing from glaciers existing 1-2 million years ago. Compared to the nearby mountains, which are 250 million years old, the Clay Cliffs are relatively new. 

Today the gravel and silt layers can be seen as sloping bands as the strata have been tilted since their deposition 1-2 million years ago.

Clay Cliffs, Omarama

Lake Benmore is a lake located in the South Island of New Zealand. It was artificially created in the 1960s by construction of Benmore Dam. 

The lake covers an area of approximately 75 km². Parts of it lie in the Mackenzie, Waimate, and Waitaki districts within the southern portion of the Canterbury Region.

Lake Benmore

The major rivers with which it is fed are the Ohau, Pukaki, Tekapo and Ahuriri Rivers. Immediately downstream is Lake Aviemore. The lake has New Zealand's largest earth dam as part of the Waitaki hydroelectricity power scheme.

After the lake was created the incidence of seismic shocks increased by a factor of three to six times.

Lake Benmore

Lake Benmore

Lake Benmore, Omarama

Lake Waitaki is the smallest, oldest and farthest downstream of the three man-made lakes of the Waitaki hydroelectric project in New Zealand's South Island. It lies below lakes Aviemore and Benmore on the Waitaki River, close to the town of Kurow. It is part of the traditional boundary of the Canterbury and Otago regions (although the official border has been moved southward to include the entire lake, as well as the entire northwest portion of Waitaki District within the Canterbury Region.

The lake is created by Waitaki Dam, a 36m high spill weir dam built between 1928 and 1934. 

The Waitaki power station has an installed capacity of 105MW. Waitaki was the last dam built in New Zealand with excavation done with pick and shovel, not heavy machinery. The power station is to be upgraded by Meridian Energy between 2011 and 2016 at a projected cost of $NZ 60 - 80 million

Lake Waitake, Omarama

Lake Waitake

Lake Waitake

Lake Waitake

Tinggal kenangan

Menuju Elephant Rocks

Elephants Rocks

The Elephant Rocks are massive limestone formations sitting in a sea of grass on private farmland. The rocks were once sand at the bottom of the sea that accumulated 25 million years ago. These sediments were buried and the pressure turned the sand into rock, or limestone. When the whole area of limestone lifted and surfaced, the forces of the wind and water did their part in shaping the limestone.

Elephants Rocks

Elephants Rocks

The rocks come in all shapes and sizes, and are popular with climbers, especially for doing some serious bouldering. 

The area may also give some people a certain sensation of déjà vu; especially those that are fans of “The Chronicles of Narnia” movie: the Elephant Rocks served as a location for Aslan’s camp.

Moeraki Boulder


Moeraki Boulders adalah bongkahan batu yang luar biasa besar dan bulat terletak di sepanjang hamparan Pantai Koekohe di pesisir Otago di antara Moeraki dan Hampden,

Batu-batu terletak berkelompok hasil dari hakisan dan tindakan batu lumpur yang berlaku sejak dahulu lagi.

 
Batu batu di Moeraki Boulders

Moeraki Beach

Dan senja di Moeraki Beach

Senja datang

Moeraki Beach

Singgah di Moeraki Beach. Gelisah menanti senja !



Gelisah
Gelisah
Gelisah

Gelisah menanti dinda
Di ambang bahgia
Mungkinkah khabaran cinta
Akan menjelma

Rindu hati ku tiada terkira
Atau impian yang menggoda

Gelisah inikah dia
Getarannya jiwa
Bergema menyiksa dada
Aku derita

Mungkinkah kita dapat bersua
Menjalinkan kasih mesra
Dialam nyata

Tempat tempat di atas ini boleh di singgahi sekiranya dalam perjalanan dari Aoraki atau Lake Pukaki menuju ke Dunedin.

Perjalanan singgah singgah sebegini akan mengambil masa untuk berhenti berhenti. Ada yang menarik dan ada yang boleh skip saja. Tapi alang alang sampai, boleh je detour dan atur perjalanan sebaiknya.

Apa yang penting fokus untuk kekal sampai ke destinasi seterusnya..............

Friday, November 25, 2016

Jom Singgah : Masjid Bandar Diraja Klang

Jom singgah masjid !

Kali ni kita ke Masjid Bandar Diraja Klang yang terletak di tengah tengah bandar dan di tebing Sungai Klang.

Pandangan Masjid Bandar Diraja Klang 

Aku singgah di sini untuk solat Isyak. Sebab agak dah lewat ingatkan mula dah tutup tapi usha usha bukak lagi, so boleh lah singgah dan tumpang solat di sini.

First time datang sini. Agak terkesima dengan bangunan masjid yang tersergam dan kelihatan dari pelbagai sudut kawasan bandar DiRaja Klang dan kini menjadi salah satu mercu tanda baru di bandar ini.

Siap dibina pada 21 Ogos 2009

Dengan nama asalnya Masjid Klang Utara, masjid yang berkeluasan 0.72 hektar dan dibina dengan kos keseluruhan sebanyak RM24.3 juta ini boleh menampung 1,500 jemaah pada satu-satu masa.

Masjid ini pernah mengalami pelbagai masalah teknikal sepanjang pembinaannya, namun akhirnya dirasmikan dan diberi nama baru (Masjid Bandar Diraja Klang) oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bersempena keputeraan baginda yang ke-64.

Mula dibina pada 30 Ogos 2003 bagi mengatasi masalah limpahan jemaah di Masjid India dan Masjid Sultan Sulaiman, Klang.

Pembinaan masjid itu juga selaras dengan pembangunan pesat yang sedang dan akan dilaksanakan di bandar Klang di samping memberikan kemudahan tempat beribadat yang lebih selesa kepada masyarakat Islam yang berurusan dan juga bekerja di Klang.

Pembinaan masjid ini adalah berkonsepkan masjid terapung bersesuaian dengan kedudukannya yang terletak di tebing Sungai Klang.

Bagaimanapun di atas sebab teknikal air sungai Klang tidak dapat disalirkan di sekeliling kompleks masjid ini, sebaliknya kitaran air bersih terpaksa digunakan secara mekanikal untuk menimbulkan impak apungan kepada kompleks masjid ini

Kawasan parking

Daripada segi kemudahannya, kata beliau, masjid ini mempunyai dewan solat utama dan dilengkapi kemudahan bilik pejabat, bilik-bilik kuliah, ruangan solat luar yang boleh menampung 1,300 orang, bilik pengurusan jenazah dan ruang penyediaan makanan.

Usha kawasan dalam bangunan Masjid Bandar Diraja Klang ini.

Pintu masuk utama

Kaunter pertanyaan

Pintu masuk

Plak perasmian

Sejarah masjid

Tingkap kaca

Laluan masuk ke ruang solat utama

Dewan solat utama

Ruang mihrab berserta mimbar masjid

Bahagian atas mimbar di hadapan ruang solat hadapan mengarah ke kiblat dengan rekabentuk serta sedikit kelainan jika di bandingkan dengan masjid-masjid moden yang lain. 

Struktur kubah masjid yang tersergam dengan rekabentuk dan details tersendiri

Bahagian belakang dengan rekabentuk ruang dalaman dengan warna putih dengan ukiran seni yang nampak timbul pada permukaan dinding dan tiang.

Juga ukiran dinding dengan jalinan yang menarik.

Ukiran timbul pada tiang tiang dan binaan dengan jalinan seni yang menarik dalam penghasilan senireka binaan dan hiasan dalaman

Karpet di ruang solat utama dengan warna lembut dan corak corak berulang

Walaupun masjid ini nampak agak limited dari segi ruangnya namun hiasan dalaman dan senireka bangunan memang betul betul di beri perhatian dan mampu menjadi tarikan jemaah ke masjid ini.

Walaupun dalaman masjid ini nampak sempit tapi binaannya cukup unik dan mampu memberi impak gema ke egenap ruang. Sekali pandang macam sebuah 'opera house' dan sudah tentu lah kelebihan sebagai tempat solat dan ibadah.

Usha lagi beberapa kemudahan di masjid utama di daerah Klang ini. 

Laluan ke bilik bilik untuk akhitiviti di masjid ini

Walaupun tapak tanah yang diperuntukkan untuk tapak masjid ini agak terhad namun kemudahan untuk jemaah dan aktiviti ibadah dapat dibina untuk keperluan ahli ahli dan jemaah di sini. 

Namun masih ada kemudahan seperti rumah imam, bilal dan siak tidak dapat disediakan.

Taman permainan untuk kanak kanak

Kemudahan

Tempat wuduk

Tandas

Pembinaan masjid itu juga selaras dengan pembangunan pesat yang dilaksanakan di bandar Klang di samping memberikan kemudahan tempat beribadat yang lebih selesa kepada masyarakat Islam setempat. Tapak masjid ini juga amat strategik kerana terletak di tengah pusat bandar.

Kawasan sekitar masjid juga kini dibangunkan secara komprehensif termasuk kawasan Pasar Jawa yang sedia ada.

Kawasan komersil dan ruang perniagaan juga tersedia untuk para peniaga Islam di sekeliling kawasan masjid ini.

Pusat perniagaan Court Mamooth dan Pasar berhadapan masjid 

Masjid Bandar Diraja Klang  

Jom singgah !

Masjid Bandar Diraja Klang Utara  
Jalan Pasar,
41300 Klang,
Selangor,
Malaysia



Allah menjanjikan kepada orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalan lurus sebagaimana pernyataan Allah dalam surah al-Hajj ayat 54 yang bermaksud .....

" Allah akan memberi petunjuk bagi orang yang beriman kepada jalan yang lurus."

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...