Thursday, November 27, 2014

Senja Di JapaMala - II

Sejarah dan asal usul nama Pulau Tioman.

* muzik caklempong dengan irama syahdu bergema

Di Pulau Tioman dahulu ada satu orang tua yang tidak mempunyai apa-apa pekerjaan selain daripada bermain dengan burung ..............................

Burung?

* krik krik krik

........................ Burung Tiung peliharaannya. Dia sangat sayang akan burung tiung itu kerana suaranya sangat merdu. Sebaik sahaja dia bangun dari tidur orang tua itu akan menjenguk burungnya.

Burung itu juga menarik perhatian penduduk tempatan kerana kemerduan suaranya serta kebolehannya mengucapkan beberapa patah perkataan. Tiap-tiap petang mereka berkunjung ke rumah Pak Tua untuk mendengar suara burung tua itu.

Suatu hari, seperti biasa orang tua itu pergi menjenguk burung tiungnya sebaik sahaja dia bangun dari tidurnya. Orang tua itu terperanjat besar apabila mendapati burung tiung kesayangannya itu sudah tiada di dalam sangkar. Orang tua itu sangat sedih.

Pada sebelah petang hari itu, seperti biasa orang datang untuk mendengar suara burung Pak Tua. Apabila melihat sangkarnya kosong, mereka terus bertanya kepada Pak Tua,

“Ke mana perginya burung itu pak cik?”

Dengan sayu dia menjawab,

“Tiung man dah mati.”

Itulah jawapan orang tua itu setiap kali dia ditanya berkenaan dengan burung tiungnya itu. ‘Man’ dalam loghat daerah pulau itu bermaksud ‘saya’.

Sejak peristiwa itu, pula terus dikenali sebagai Pulau Tiongman. ‘Tiong’ adalah ejaan lama bagi ‘tiung’. Kemudian Tiongman diringkaskan pula menjadi Tioman. Nama itu kekal hingga ke hari ini.

Di Pulau Tioman dijumpai beberapa kesan sejarah. Antaranya ialah Makam Syekh di Juara, batu Nenek Si Mukut, Cula Naga, Batu Carut dan Batu Kambing. Kini Pulau Tioman terus maju sebagai pusat pelancongan yang terkenal bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di negara luar.

Senja di Tioman !

Cubaan kali ke dua.
















Not the best sunset tapi okey la pada takde langsung.

Tak perlu kecewa dan gundah gelana... harapan pastinya masih ada !



Damai hati terang sudah
Perjalanan yang kita
Harung bersama

Pasti engkau kan bertanya
Apakah kita ini dijadi untuk mencari
Erti ikatan yang seakan dijanji

Kita insan yang berharapan
Engkau dan aku kasih dalam gelombang

Derita kuhanya lah semalam
Kau sentuh hatiku dan menggegarkan
Kemarau hiba telah kubendung

Rampaian kasihku didalam hati rindu
Berdendang dan menari lagu kita

Wednesday, November 26, 2014

Trip Romantikus : JapaMala Resort, Tioman Island - Part II

Okeh. Duduk. Duduk semua. Ni citer pasal accomodation di JapaMala Resort, Tioman ni.

Konon mewah sangat heh. Mewah ke? Meh sini kita usha sama sama.

Ini pantainya..... pantai yang bersih. Damai. Aman. Sentosa. Dan aku suka sebab tak ramai orang Melayu. In fact aku je Melayu kot dengan few staff kat situ.... tapi aku Melayu celup Italy so tak berapa sama gak ler. 

Reception area.... Ada sorang staff je bertugas. Ayuni namanya. So semua dia buat... tapi tak kisah la bukan ramai pun orang datang sini.

Lobby area. Boleh pinjam DVD kat sini kalau kebosanan... balik pasang kat bilik..

Laluan ke chalet chalet

Ada sungai. Tepi tu resto dan belakang ada SPA.. Dalam dalam lagi ada villa villa juga.

Laluan ke villa villa.

Resort ni tak banyak villa dan bilik dia pun ada 3-4 jenis jer. Tree Top.. Cliff View... Sarang dan Penghulu. Tu turutan dari murah ke mewah..

First nite cuma ada Tree Top yang available. So tu je la aku settled down.

Ready? Meh masuk bilik yang paling murah ! Hehehe

Tree Top. Konon konon atas pokok. Expect to pay RM 700 per nite

Memang atas pokok sebab ni view kat bawah

Ready nak masuk?

Bilik

Toilet. Tengah berak ada monyet intai... tapi tak de lak monyet aku jumpa.

Towel

Amenities dan toiletries adalah berlambak lambak... berbakul bakul. Wangi wangi lak tu..

OK lah. selesa. Luas juga. Tilam bantal best.

Luas juga tapi tak de sofa dalam bilik

Yang menariknya.. ada verandah.. tempat santai dan buai

Yang tak menariknya.. view adalah hutan.

Macam tak praktikal jer.. datang pulau tapi nampak hutan belantara jer... Mat salleh suka la kot. Aku? Tak berapa suka. Macam lari konsep pegi pulau jer.

Untuk second night.. aku tukar bilik. Dan ini aku tunjuk Sarang Villa yang agak popular di resort ni.

Sarang... duduknya dalam hutan

Ya aw aw... ada plunge pool di verandah...  Expect to pay RM 1200 per nite.

Tapi !

Letaknya dalam hutan. Malam malam agak mengerikan. Tak leh terima lah aku kalau pegi pulau tapi nampak hutan hutan jer.. Baik je aku pegi duduk kat hutan terus.

The Dusun. atau The Shorea. Dua dua dekat Seremban jer...

Plus swimming pool ada 2 dan tak de ramai pun orang mandi. Cuma kena menapak je la nak turun bawah. Walhal memang nak kena turun pun kat area pantai sana... So aku opted for Cliff View Chalet !

Nampak tak chalet Cliff View ni..  Belah kanan tu chalet aku. Tak nampak mewah pun tapi per nite lebih kurang RM 900.

Dan view dia adalah.... ummmph. Baru la namanya dok pulau. Kan kan kan?

Fruit sampan?

Bilik lebih kurang je design dia..

Haaa. Arak percuma.... secotet je pun...

TV Guide.. 

Boleh jugak nak berSPA SPA.. tapi macam mahal gak la. Kami tak cuba pung.

So ini cliff view chalet. Ada 2 unit jer.

Ada buai juga....

Air mineral RM 25

Banyak la benda benda lain dalam setiap bilik bilik ni

Aku dok fikir menatang apa dia bagi ni... kalau keluar bilik.. asal balik jer ada benda alah ni. Ingat fridge magnet.. boleh la aku nak bege bege letak magnet kat belakang tu. Hahaha rupanya white chocolate !

Apa yang best tentang biliknya... setiap kali kita keluar then bila balik dah nak malam.. lampu semua dah siap di pasang. Air sejuk dah di letak dalam bilik.. ubat nyamuk dia dah pasangkan.. semua benda wangi wangi tu dah semerbak dalam bilik. Dan bilik pun dia orang siap kemaskan cukup cukup..

Memang every time balik balik bilik.. sentiasa kemas jer..

Perlu kah sebelum keluar rumah aku nak sepah sepahkan barang? Bagi mereka penat mengemas.

Tapi bilik yang paling mahal namanya Penghulu Villa.

Sofa santai

Siap ada private pool. Dan letaknya betul betul tepi pantai. Per nite dalam RM2500

Semua harga harga tu depends on season. Kalau monsoon ni dapat la murah sikit expecially yang luxe villa tu. Tapi gi bercuti di kala monsoon mesti tak best. Selain daripada hujan, ferry pun tak banyak so kena ikut jadual mereka.

Tak berapa nak dapat layan suasana santai mantai.

Pantai dan gazebos

Layan la gambar gambar lain.

Jambatan

Buah buahan

Petang

JapaMala

Beach

Tapi kalau tanya aku.. Personally, nak repeat ke tidak tempat ni. Jawapan aku adalah... Tidak !

Selain dari mahal. Tempat ni agak bosan. Makan agak mahal dan aku still tak leh terima bot transfer 5 minit tu dengan harga macam tu sekali. Unless memang nak romantik santai mantai boleh la kalau ada acara istimewa.

Cuma advise aku.. kalau duduk TreeTop Villa tu.. ambik nombor 13. Ada view sikit nampak laut. Kalau mampu ambik la Sarang Seaview... tapi agak dalam hutan jugak. Takut lah Tioman ni banyak biawak... kang kekah kekah orang lak.

Aku pegi pun sebab nak merasa dan nak experience jer. Service memang best la. Tempat memang agak mewah. Tapi sebenarnya tak de lah mewah mana. YTL Tanjung Jara Resort lagi mewah. Pangkor Laut lagi best. Dan kalau drop semua semua kemewahan di JapaMala ni.. and go for the view, aku rasa kalau Tioman. aku still prefer favorite resort aku. 


Tapi kalau sekali sekala nak merasa JapaMala ni pun.. tak de salahnya especially untuk pasangan bercinta ataupun sedang honeymoon dan mencari ketenangan dan kedamaian.

Cuma aku tak berapa romantik sangat nak feel feel ni. Trip sehabis romantika bagi aku adalah bila aku dibiarkan tido tanpa sebarang gangguan. Bliss !

Cliff View ketika malam.

Mandi Mandi Resto


Gila kau Yslian nak rejek kalau dah di bawak kat tempat cam ni?



Di dalam hatimu
T'lah aku temukan
Arti kebahagian

Bersama dirimu
Aku merasa berarti

Sanggupkah dirimu
Untuk bertahan
Hingga waktu tak berjalan

Mencintaiku
Walau bintangku tak terang

Cintailah aku sepenuh hati
Sesungguhnya aku
Tak ingin kau pergi
Takkan mampu ku hadapi dunia ini

Betapa hidupku takkan pernah sama
Bila kau tinggalkan ku
Tetaplah disini saling memiliki
Selama-lamanya

Tiada arti semua bila kau pergi

Genggamlah tangganku dan peluklah diriku
Saatku jatuh nanti menangis sepi

Cintailah aku sepenuh hati
Sesungguhnya aku
Tak ingin kau pergi
Cintailah aku sepenuh hati
Tak ingin kau pergi
Takkan mampu ku hadapi dunia ini
Tiada arti semua bila kau pergi

bersambung.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...