Saturday, February 4, 2017

GBS Road Trip New Zealand - 23 | Day 09 : Lake Tekapo - Christchurch - Auckland

Hari ke 09 di bumi indah New Zealand !

Hari ini kami bakal meninggalkan South Island dan kembali ke Auckland. Perjalanan di South Island bakal tamat dan kami ada saki baki seharian di North Island untuk explore Auckland sebelum berangkat pulang ke tanahair.

Rasa semakin berat untuk kembali, tapi rindu asyik bertandang teringatkan orang orang yang tersayang.

Good morning ! Bangun subuh tengok salji dah melekat lekat.

Menikmati teh o panas di kala salji melanda. Lagi haru,,,, rokok tu adalah sebatang yang terakhir !!!

Beyonce selepas seminggu di dera fizikal dan mental. BW tetap nak usung bawak balik. Sentimental value katanya...  Hujung2 aku jugak yang kena pikul....

By the way, terima kasih Beyonce di atas keringat dan kasih sayangmu..... Jangan nanti terasa hati bila kau dah tak dipandang lagi. Pegi buat plastik surgery ya supaya kekal mongel dan berahi.

Pagi tu kami bangkit awal di Lake Tekapo. Tak de apa apa lagi yang perlu di lakukan di sini. Cuma perlu cepat cepat berkemas dan bergerak menuju ke Christchurch sejauh lebih kurang 230 km untuk penerbangan ke Auckland jam 12.45 tengahari.

Cukup masa untuk kami bergerak dari sini dan sampai ke Christchurch semula.

Ternyata pagi tu, Lake Tekapo mengucapkan selamat tinggal kepada kami dengan sedingin salju. Salji turun sejak semalam lagi buat kami lena sampai ke pagi.

Pagi tu usha dulu kawasan sekitar Lake Tekapo sebelum kami berangkat pergi.

Salji turun dan agak memutih

Dengan cuaca waktu pagi masih ditemani kedinginan sepi

Mengiringi kepergian kami meninggalkan bumi South Island ini

Lepas packing dan bersiap siap kami bergerak meninggalkan Lake Tekapo untuk ke Christchurch.

Bye bye Lake Tekapo

Laluan Lake Tekapo - Fairlie yang agak scenic. Hari tu lalu malam, kali ni dapat nikmati juga pemandangan

Laluan terus menuju ke Fairlie

Sempat singgah sebab nak ambik gambar dengan jerami. Musim sejuk ni tak banyak yang kami jumpa

Perjalanan ditemani awan mendung

Tapi sesekali mentari mencerah

Sampai di Geraldine aku dah jadi hilang arah.

Perjalanan kali ni terasa sunyi. Masing masing diam melayan perasaan. Especially aku sendiri. Rasa resah di hati dan tak senang duduk dibuatnya. Sejam lebih tak merokok rasa rengsa mula mendatang !

Last sekali aku cakap dengan IH.

"Nampak kedai kau stop kejap. Nak cari barang jap"
"Jangan lupa beli roti ya"

BW menambah. Dia ingat aku lapar agaknya. Lapar memang lapar, tapi ada lagi yang lebih penting.

Pekan Geraldine

Usha kedai. Tapi bukan yang ni

Dah masuk pekan Geraldine.

Pekan

Kemusykilan melanda. Takkan tak de?

Hmm. Abis lah !

Oh yeah. Ini mungkin ada !

IH berhenti tepi jalan dan aku berlari masuk ke dalam kedai.

Usha usha dekat kaunter cashier tengok macam tak ader apa. Ambik roti dan buat buat nak bayar.

"Do you sell cigarette?"
"Yes. We do.. What kind of cigarette you want?"

Rupanya rokok rokok tu di simpan dalam kabinet dan tidak di pamerkan secara terbuka.

"Red Dunhill. and how much does it cost?"
"25 Dollar"

Tetiba rasa nak pengsan dan rebah dengan mulut berbuih !

Rasa nak tercabut urat merih bersembur keluar darah darah kotor dari badan bersepah sepahan di lantai.

"Mahalnya...................................................... ! Korang nak gi Haji cepat ke jual rokok mahal mahal ni?"

Getus hati dan perasaan aku tak puas hati.

Nak beli ke tidak? Hmmm apa lagi option aku ada? Aku perlukan nikotine sampai esok ! Kalau tak de memang resah gelisah la aku bakal di buatnya.

"OK. I'll take it"

Bayar dan lari masuk ke kereta. Tetiba rasa macam orang kaya. Gitu gitu je bagi duit walhal banyak tu boleh buat macam macam kat NZ ni.

Sebaik je masuk kereta, terus rasa nak menangis hiba kat dashboard. Tetiba rasa sebak sebab baru je beli sekotak rokok dengan harga RM 75.

"Barbara...... Please help me !!!!"

* mati la mengadu kat pompuan psycho tu tapi dia tak moh layan.

Oh my god. Ini rokok paling mahal aku pernah beli untuk sekotak seumur hidup aku !

Telek telek kotak rokok. Baca semua apa yang di tulis. bukak slow slow pastikan jangan ganas ganas. Mahal ni ! Pegang sebatang rokok, keluarkan. Letak di bibir.... nyalakan sebatang....

Fuh........................ !!! Nikmatnya sampai ke dinding weyyyyy......

* gelak serabai tanda gumbira.

Nikotin mula kembali menjelajah ke dalam diri.........................

"Pi la kau Barbara... menyombong !"

*saja cari gaduh

Hisap slow slow rasa macam nak sampai habis puntung puntung sekali nak di telan sebab mengenangkan harga yang tak mesra alam. Rasanya tak sedap sangat tapi kenikmatan itu tetap ada dan mengukir senyuman tanda kepuasan di jiwa.

Kembali kan keindahan ku..................

* sengeh sambil pandang kiri kanan

Perjalanan di teruskan dalam cuaca mendung dan gelap berawan

Perjalanan lepas tu jadi bertambah mencabar.

Dengan hujan. Angin. Siap salji turun. IH terpaksa drive slow slow. Agar berdebar gak la bila ada sesekali tu berselisih dengan treler tiba tiba cermin depan macam disimbah air. Terus tak nampak apa. Yang penting jangan kaget.

Keluarkan rokok sebatang lagi, dan pasang. Hembuskan asap ke luar tingkap dan beraksi cool macam Cowboy.

Fuh Fuh Fuh...... 

Lori lori besar

Masih jauh perjalanan

Kena lebih berhati hati

Melintasi pekan Ashburton

Melintasi Rakaia Bridge. The longest bridge in New Zealand

Terus menghampiri Christchurch

Dan kami terus ke Christchurh Airport untuk pulangkan Sepiah dulu.

Di Christchurch pun sejuk beku. Ada snow jugak mungkin turun semalam.

Di sini lah saat saat yang memilukan.

Saat terpaksa berpisah dengan Sepiah.
Saat saat terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada South Island.
Dan paling menyedihkan.... Saat saat merelakan Barbara pergi dari sini.

Hujan dan dingin kota Christchurch seolah olah meratapi perpisahan ini..............



I don't want to say goodbye
Let the stars shine through
I don't want to say goodbye
All I want to do is live with you

Just like the light of the morning
After the darkness has gone
The shadow of my love is falling
On a place where the sun always shone
Don't you know that's where our hearts both belong?

'Cause I don't want to say goodbye
Let the stars shine through
No, I don't want to say goodbye
All I want to do is live with you

Together our two hearts are strong
Don't you know that's where our hearts both belong?

'Cause I don't want to say goodbye
Let the stars shine through
I don't want to say goodbye
All I want to do is live with you
All I want to do is live with you

"Biar apa jua kenangan pahit yang kita tempuhi bersama. Jauh di sudut hati abam, Bra...kekal istimewa dan tersendiri"

* pusing belakang dan muntah hijau.

"Bye Barbara. Jangan lah kau menangis sayangku. Kesatlah airmata palsu mu itu. 

Terima kasih kerana menemani kami sepanjang masa di South Island ! Jaga diri dan dara mu baik baik. Jangan sampai terjerumus ke lembah yang hina. Godaan syaitan ni bermacam macam rupa, moga Barbara kekal istiqamah dan moga sentiasa bersyukur dan sentiasa husnuzon, Ingatlah Bra, setiap perkara yang berlaku itu ada hikmahnya. 

Everything happens for a reason, you know? You cannot sokmo sokmo like that !! Not good...."

* mati la kena kapak dengan orang ramai ni

Urusan pemulangan Sepiah amat mudah. Cuma parking di tempat yang disediakan dan masukkan kunci di dalam kotak. Pantas.

Selepas berkucupan mesra cemolot tak henggggaaaaat dengan Barbara, kami bergegas ke airport.

Sampai Christchurch Airport. 

Sejuk gila time ni.

Terus check in selepas settlekan pulang pocket wifi etc

Sementara beratur nak check in, BW pegi uruskan pemulangan pocket wifi. Lama jugak dia kat sana. Rupa-rupanya BW cakap masa diorang check pocket wifi tu diorang cakap pocket wifi tu lain daripada yang dalam rekod. Ah! Sudah. Dah jadi hal pulak. Beriya iya orang tu check. Telefon sana sini. Kami speku minah yang jaga kaunter masa kami ambik pocket wifi hari tu tertukar dengan yang lain. Sebab minah yang jaga kaunter masa nak pulangkan tu orang lain.

Menunggu untuk berlepas

Dan kebimbangan kami menjadi kenyataan lagi bila mana pesawat diumumkan lewat dan delayed sehingga jam 2 petang.

Argh ! Damn U JetStar !

Nak tak nak terpaksa lah menunggu.

Terpaksa lepak lepak kat airport

FM memang mahal. Mampu tengok jer

Agak lama menunggu, masing masing dah kelesuan. Akhirnya pengumuman di buat dan pesawat dah pun tiba.

Masuk dalam flight terus masing masing pengsan !

Tak sempat nak view suasana

Akhirnya selamat mendarat di Auckland Airport, Domestic Terminal

Dekat airport kami naik pick up ke tempat ambik kereta yang kami sewa di Auckland ni untuk kadar sehari.

Mulanya kami sewa Nissan Tida. Tapi masa kat kaunter, diorang kata boleh upgrade ke Toyota Corolla dengan bayaran ikut balingan dadu! Sebab ada promosi katanya. Maknanya paling tinggi pun tambah NZD 6 je. Baling-baling dadu dapat nombor 5. Chehh, memang tak bertuah. So, kena tambah extra NZD 5.  

Dapat kereta kami terus bergerak dan cari masjid nak solat dan cari kedai nak makan. 

Dan perjalanan kami tidak kesunyian lagi. Kali ini kami bertemankan, BETTINA !

Garmin yang didatangkan khas dengan Toyota Corolla ni. Cuba cuba beramah mesra dengan dia, Suara Bettina ni lebih kasar. Jauh berbeza dengan Barbara.

Bettina nampaknya lebih tegas dan lebih cekap. 

Tapi aku sudah berjanji tak mahu ada hubungan kasih dengan mereka mereka jenis ni !  Rosak perasaan aku nanti.

* mati la di tuduh sewel

Walaupun agama anutan Bettina di ragui, tapi beliau jelas tampak cergas dan mantap membawa kami ke masjid yang ada tak jauh dari Auckland Airport.

Masjid Auckland Airport. Kami ke sana dan solat dulu.

Dan di depan masjid ni ada kedai Halal yang jual daging dan barang runcit. Ada jugak kiosk menjual fast food di situ.

So kami singgah order ayam goreng.

Supermarket depan masjid

Riang dapat makan ayam. Banyak lak tu. Makan dalam kereta sebab kat luar angin kuat dan sejuk gila

Sempat usha dalam kedai ni. Kiranya tempat terbaik untuk mendapatkan sumber bekalan dan barangan halal

Dan Nescafe pun ada. Harga tak mahal mana. Tetiba rasa sebak dah lama tak minum kopi macam ni.

Abis makan, cuaca pun dah petang. Kami tak de sebarang rancangan pada mulanya.  Tapi rasa macam nak tengok sunset dari Auckland ni.

Lokasi tujuan, Mt Eden.

Jalan agak jem. Sunset pun macam tak berapa nak ada

Sampai sudah kami tak jumpa jalan ke Mt. Eden.

Bettina ni rupanya perangai lagi teruk. Kalau dia bawak kita pegi satu satu tempat, bila dah tak jumpa dia buat bodo je mendiamkan diri !

"Hey Bettina, kami bayar kau, kau tau. Motip servis out? Memang dasar tak sedar di untung !!!"

* marah.

Tak jumpa jalan naik ke Mt Eden dan sunset pun nampak tak de, so malam tu kami berlegar legar di sekitar kawasan bandaraya Auckland. Kononnya nak menikmati suasana malam di situ.







Sudahnya kami pun tak tau mana di bawa nya kami oleh pompuan sengal Bettina ni !... Servis hauk ! Rupa dah la tak berapa helok. Tetiba aku rindukan Barbara.....

Bra.......................... moga kau tenang di sana. Jangan lupa. Husnuzon !

Dah tak tau punca, sudahnya kami suruh Bettina bawa kami ke penginapan kami. Memang sesat barat jadinya. Dah lah bawa jalan yang salah pastu buat bodo. Senyap jer. Rupanya hang ( kejong ). Patutnya ikut highway, tapi tersasar jauh ikut celah-celah perumahan. Dah lah lambat bertindakbalas.

Hampas! Dah terpaksa kami makan langsat !

Akhirnya sampai di rumah penginapan selepas penat berpusing pusing sekitar Auckland.

Nasib baik penginapan malam tu taraf 5 star !

Bilik luas dan selesa

Segala amenities dan facilities ada

Menjadikan tidur malam tu tersangat lah lena....

Tamat hari ke 09 di bumi Kiwi ini.

Esok masih ada sehari lagi sebelum kami berangkat pulang ke halaman pertiwi !

* chicken dance

bersambung..............................

Friday, February 3, 2017

GBS Road Trip New Zealand - 22 | Day 08 : Queenstown - Lake Tekapo

Perjalanan di teruskan lagi.


Masa untuk bergerak dan meneruskan perjalanan


Meneruskan perjalanan 

Melalui kawasan Kawarau River

Dan kami singgah dekat look out point ni. Tak lama sebab hujan tetiba lebat

Kawarau River

The Kawarau River drains Lake Wakatipu, in northwestern Otago, New Zealand. The river flows generally eastwards for about 60 kilometres (37 mi) and passes through the steep Kawarau Gorge until it joins Lake Dunstan near Cromwell. The Shotover River enters it from the north; the Nevis River enters it from the south. Containing many rapids and strong currents, the river can be dangerous and has claimed many lives.

Kawarau is a Māori name the meaning of which is many shrubs. There are still many shrubs around the river although they are largely of exotic origin and likely to be different from the original native bushes that the name came from. The name should be pronounced to rhyme with "now" but is often pronounced by locals as if it were "K'worra". It should not be confused with the Bay of Plenty town "Kawerau".

Meneruskan perjalanan

Lapar.

Nasib baik ada bekalan roti dalam kereta. Lepas dapat makan baru la start borak dan excited nak bercerita pasal pengalaman buat bungy jumping tadi tu.

Tak lama lepas tu kami sampai di pekan kecil bernama Cromwell.


Cromwell is a town in Central Otago in the Otago region of New Zealand.

It is situated between State Highway 6 (linking to Wanaka, 50 km north, and Queenstown, 60 km west) and State Highway 8 leading to the Lindis Pass, 75 km northeast, and Alexandra, 33 km south. The road to Alexandra winds through the Cromwell Gorge. A point near Cromwell lies 119 kilometres from the sea, the farthest from the sea anywhere in New Zealand.[2] A prominent feature surrounding much of the town is the man-made Lake Dunstan. Cromwell also has the newly constructed Highlands Motorsport Park. Nearby settlements are at Bannockburn, Lowburn, Tarras, and Ripponvale.

Cromwell is also the home of the Cromwell Chafer Beetle

Cromwell di NZ ini terkenal sebagai kawasan yang terkenal dan banyak menghasilkan pertanian dan buah buahan.

Replika buah buahan di tepi jalan di Cromwell

Kami singgah sekejap di kawasan town untuk toilet break. Sebab belum musim buah, so harapan nak makan buah terbantut. Lagipun cuaca renyai renyai buat kami malas nak singgah lama.

Cromwell pernah menjadi kawasan tumpuan kerana penghasilan emas satu ketika dulu

Ladang anggur. Tapi masih belum tumbuh disebabkan cuaca sejuk


Tak de rezeki nak merasa

Perjalanan di teruskan lagi dari menuju ke Omarama. 

Sepanjang jalan ni baru ada kekuatan nak bukak cerita dan borak borak pasal pengalaman terjun bungy seketika tadi.

Perasaan memang cuak ! Masa nak terjun dan tengok bawah tu rasa macam .. Ya Allah apa benda la aku buat ni.

Tapi bila dah terjun, rasa sekejap sangat. Bila tali tertarik tersentap, badan rasa sedap pulak. Macam baru lepas kena urut. 

Dan yang lepas lepas tu, just OK dan perasaannya memang mencabar tapi seronok.

Nanti kalau ada masa boleh buat skydiving, atau Nevis Swing. Tapi aku still berazam nak buat skydiving. Insha Allah later later lah kalau ada rezeki dan kesempatan ! Frankly, terjun bungy agak cuak sebab memang free fall sorang sorang. 

Cuma bila bercakap tentang kos.. Hmmm.. Sekali seumur hidup boleh la cuba kot !

Perjalanan di teruskan lagi. Nampak lembu lembu daging NZ ni. Dia orang cepat je lari kalau nampak kita berhenti.

Perjalanan dari Cromwell tadi menuju ke Omarama memakan masa lebih kurang 1 jam setengah dengan jarak sejauh 100 KM. Di sebabkan hujan masih turun jadi IH memandu slow slow jer lah.

Di pertengahan jalan, kami melintasi Lindiss Pass yang sangat scenic ni.

Laluan melintasi Lindis Pass

Memang geram nak berhenti. Nasib baik ada lookout point dan kami stop sekejap di situ untuk ambik ambik gambar.

This alpine area of tall, tussock-covered mountains is beautiful in every season, but with a dusting of snow it's particularly enchanting.

Waitaki Distirct

View

Penanda jalan

Lindis Pass (elevation 971 m) is located in the South Island of New Zealand.

It lies between the towns of Cromwell in Central Otago and Omarama in North Otago, on the main inland route to the Mackenzie Basin in the Canterbury Region.

The pass lies between the valleys of the Lindis and Ahuriri Rivers.

State Highway 8 transverses the pass on its route from the Mackenzie Basin to Central Otago. The pass is the highest point on the South Island's state highway network, and the second highest point on the New Zealand state highway network, after the Desert Road (SH 1) in the Central North Island. Despite this, it is not considered one of the alpine passes as it located in the dry interior of the South Island.

Tempat dia memang lawa

Masa kami berhenti di sini siap flurries turun. Bertambah sejuk

Sempat jugak singgah tepi jalan nak terkencccc

Laluan selepas tu pun lawa lawa. Ada sungai dan pokok pokok dengan daun daun baru nak bertukar warna. Tapi tak de tempat nak berhenti.

Kalau lintas kawasan ni, cuba cuba lah stop by untuk menikmati panorama di sini.

Tak lama lepas tu perjalanan di teruskan dan kami sampai di Omarama.

Singgah kejap isi minyak dan tukar driver

Motel dan motorhome jenis lama

Perjalanan seterusnya adalah dari Omarama ke Lake Tekapo.

Kalau di ikutkan Lake Tekapo adalah destinasi terakhir kami hari ni.

Aku drive, IH dengan BW membuta. Sampai satu simpang, aku nampak sign.

Lake Ohau !

Tengok masa macam masih awal. Masih boleh cilok dan merayau ikut suka.

Aku drive je masuk ke dalam ikut kawasan tu. Adalah dalam 20 KM dari persimpangan jalan tadi.

Tengok view. Macam menarik juga !

Jauh jugak nak masuk ke dalam. Jalan sunyi dan tak de sebarang kenderaan. Tapi bila dekat kawasan tasik tu nampak view agak menarik. Cuma cuaca je mendung dan berkabus.

Pelangi

Lake Ohau

Cuaca masih mendung nak hujan

Dan malangnya kawasan tu jalan mati !

Macam ada few lodge pastu jalan ntah tak tau tuju ke mana. Barbara pun dah mula menjerit jerit.

Nasib la mood aku baik, kalau tak memang aku selam Barbara tu dalam tasik Ohau ni. Biar dia rasa sejuk di kala api panas membara !

Di pinggir Lake Ohau

Lake Ohau

Lake Ohau is a glacial lake in the Mackenzie Basin of New Zealand's South Island. It is fed by the Hopkins and Dobson rivers, which have their headwaters in the Southern Alps, and has its outflow in the Ohau River, which itself feeds into the Waitaki River hydroelectric project.

Ohau is the smallest of three roughly parallel lakes running north-south along the northern edge of the Mackenzie Basin (the others are Lake Pukaki and Lake Tekapo). It covers 60 km².

The Ohau ski field is located close to the southwestern shore of the lake.

Kalau musim spring atau awal summber maybe banyak lupins di sini

Ada gunung di sebalik Lake Ohau ni

Bye bye Ohau !

Kami singgah sekejap. Kerah IH dengan BW bangun untuk sesi photoraphy dia orang. 

Dia orang OK je. Bangun ambik gambar lebih kurang dan masuk kereta. Sambung tidur semula.

Then aku drive lagi keluar ke jalan besar.

Dan meneruskan perjalanan ke Lake Tekapo

Singgah sekejap di Lake Pukaki

View tak terang sebab cuaca mendung dan berawan

Pemanduan terakhir

Sebelum sampai di Lake Tekapo semula

Terus ke penginapan yang sama

Penginapan dengan view lawa

Lake Tekapo di petang hari

Dan petang tu kami di temani kesejukan di Lake Tekapo.



Dan kesejukkan di Tekapo berterusan sehingga malam.

Dapat teh panas memang mengancam

Makan malam dihidangkan. Service oleh Beyonce yang masih mampu bertahan !

Dan konon malam tu nak pegi ke Church of Good Shepherd di Lake Tekapo untuk stargazing.

Kami keluar pukul 10 malam. Cuaca punya lah sejuk. BW siap bawak comforter dan selimut hotel lagi.

Duduk nak skodeng bintang bintang di sini.

Misi gagal !

Haram tak nampak apa apa pun. 

Ada sorang makcik cina ni tanya IH pukul berapa patutnya datang kalau nak tengok milky way. IH bantai cakap datang balik midnight nanti kalau nak tengok. Hahaha. Mintak mintak makcik tu tak dengar cakap IH sebab aku yakin memang takkan nampak sampai ke sudah.

Bintang tak der. Awan mendung mungkin melindungi semuanya. Ditambah dengan suhu yang teramatlah sejuk. Tak de rezeki nak ber star gazing dan usha milky way di Lake Tekapo ni.

Lagipun kat skrin hp aku dah ada gambar milky way. Tengok sini je sudah ! * mati lah

Sedikit kecewa dan patah hati. On the way balik bilik, ada sekumpulan makcik makcik dari mainland kot lepak ramai-ramai kat luar masing-masing berkelubung dengan selimut bilik.

Balik bilik, tarik selimut dan tidur sampai pagi............. 

Sejuk sejuk ni, tu lah aktiviti paling best untuk di nikmati.......

Esok hari terakhir di sini, esok kami akan berangkat pergi meninggalkan South Island ni. 

............. It is end of the road. Macam sayang lagi. Macam masih tak puas lagi.............. !



Girl, you know we belong together
I have no time for you to be playing with my heart like this
You'll be mine forever, baby, you just see

We belong together
And you know that I'm right
Why do you play with my heart?
Why do you play with my mind?

Said we'd be forever
Said it'd never die
How could you love me and leave me
And never say goodbye?

When I can't sleep at night without holding you tight
Girl, each time I try I just break down and cry
Pain in my head oh I'd rather be dead
Spinnin' around and around

Although we've come to the end of the road
Still I can't let you go
It's unnatural, you belong to me, I belong to you
Come to the end of the road
Still I can't let you go
It's unnatural, you belong to me, I belong to you

Girl, I know you really love me,
You just don't realize
You've never been there before
It's only your first time

Maybe I'll forgive you, hmm
Maybe you'll try
We should be happy together
Forever, you and I

Will you love me again like you loved me before
This time I want you to love me much more
This time instead just come to my bed
And, baby, just don't let me down

Although we've come to the end of the road
Still I can't let go
It's unnatural, you belong to me, I belong to you
Come to the end of the road
Still I can't let go
It's unnatural, you belong to me, I belong to you

Girl, I'm here for you
All those times at night when you just hurt me
And just run out with that other fella
Baby, I knew about it, I just didn't care
You just don't understand how much I love you do you?
I'm here for you
I'm not out to go out and cheat on you all night
Just like you did, baby, but that's all right
Hey, I love you anyway
And I'm still gonna be here for you 'till my dying day, baby
Right now, I'm just in so much pain, baby
'Cause you just won't come back to me
Will you? Just come back to me

(Lonely)
Yes, baby, my heart is lonely
(Lonely)
My heart hurts, baby
(Lonely)
Yes I feel pain too
Baby, please

This time instead just come to my bed
And, baby, just don't let me down

bersambung.........

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...