Selesai makan dan mengisi perut berlemak dengan Nasi Lemak dan sekelian lauk pauk. Kami pun ready nak bergerak. Hujan masih turun. Tapi dalam hujan turun tu lah nampak makin ramai orang datang. Siap berbas bas. Ada makcik makcik pakai baju kurung datang nak tengok gajah !
Aku rasa dia orang pegi orang kawin dan salah satu agenda lepas pegi kenduri adalah melihat gajah !!
Keluar meninggalkan parking Pusat Konservasi Gajah di Kuala Gandah tu, jalan keluar semula ke tol Lanchang akan jumpa satu simpang ke Deerland Park. Kiranya masa sampai tadi dah jumpa, tapi kami terus tengok gajah dulu. Ni dah balik baru nak singgah gi usha rusa pulak.
Papan tanda di persimpangan jalan
Dari simpang tu jalan masuk lebih kurang 2KM. Jalan macam biasa agak suram suram sepi
Akan jumpa la Deerland Park ni
Beli tiket di sini
Tidak seperti tempat gajah tadi yang dibangunkan oleh kerajaan, Deerland Park ni lebih kepada tempat persendirian. Jadi nak masuk kena la bayar.
Harga tiket dewasa RM6 seorang. Kanak kanak RM4.
Tempat ini di buka jam 10.30 pagi sampai 5.30 petang kecuali hari Jumaat !
Beli tiket, nanti dia bagi coupon untuk tukar dengan makanan rusa. Nanti masuk dalam ada pondok sorang budak jaga untuk verify tiket dan nanti dia bagi sebakul kecik ubi untuk bagi makan si rusa rusa ni.
Tapi sebelum tu usha dulu apa yang ada di kawasan Deerland Park ni.
Ini adalah binatang. Ayam ke burung? Aku tak pasti tapi bukan harimau !
Bila dah dapat makanan rusa tu, nanti sampai la di kawasan yang agak luas tapi berkandang di mana rusa rusa menanti dengan penuh ceria diwajah mereka.
Ceria tak?
Ini ostrich. Kesian dia sebab nampak solo jer
Rusa rusa nak makan
Mereka datang menanti habuan
Ini kawasan rusa rusa tu. Banyak lagi kat belakang belakang sana. Maybe dia kenyang so dia malas nak melayan sangat
Hero suka benor la bab bagi bagi makan kat rusa ni tapi Princess memang takut. Dekat pun tak nak. Lagi lagi la tempat ni hujan dan basah so dia nak berdukung je.
So keje keje ambik gambar diserahkan pada OR.
Selain daripada rusa rusa, ada jugak binatang lain yang boleh di lihat di sini.
Kucing Bengal. Hensem jugak
Ni jalan masuk ke dalam
Hensem tak burung ni? Ke ayam ni?
Macam comey jerr.. cam cantik jer...
"Berani kau jelir aku?"
Masuk dalam kawasan Deerland Park ni, then sampai la satu kawasan tu aku nampak tetiba 2 orang budak lelaki ni berlari masuk ke dalam kandang, then keluar dengan binatang ni !
Ya ampun.
Berderau darah aku.
"Kau kenapa bagi dia keluar? Biar lah dia duduk kat dalam. Dia nak tidur tu !!!"
Dia bolayan aku.
Aku ni kalau nak cakap benda lain, Insya Allah berani lagi la tapi kalau bab ular ni. Nauzubillah.
Tengok pun tak nak !!!
Trauma dengan igauan ngeri masa dulu dulu hampir hampir dipatuk ular then aku memang avoid at any cost berdamping dampingan dengan species reptilia ni. Bukan sekali tapi 2 kali aku nyaris nyaris kena patuk dek ular. Kalau tak, dah lama arwah la kot aku ni.
Elok pulak budak berdua tu letak ular tu atas meja.
"Bang.. pegang la Bang"
Choi !!!
Kau ada rasa nak kena terajang dengan aku suruh aku pegang ular ?
Kau ada rasa nak kena terajang dengan aku suruh aku pegang ular ?
Nasib baik la aku dukung Princess dan Princess pun dok ulang.
"Adik takut ular.. adik tak nak"
So aku bagi alasan Princess takut. Hahaha padahal aku yang dah nak terkencing dalam seluar tengok ular besar gedabak macam tu.
"Cuba la Bang. Ramai orang memula takut nak pegang, tapi bila dah pegang, rasa tak nak balik pulak"
Motip tak nak balik? Dia orang tu dah kenapa??? Yang korang ni beriya iya promo aku suruh pegang ni,..Kau dah kenapa???? Kau ingat aku ni Nagina dalam movie Tamil tu ?
Motip tak nak balik? Dia orang tu dah kenapa??? Yang korang ni beriya iya promo aku suruh pegang ni,..Kau dah kenapa???? Kau ingat aku ni Nagina dalam movie Tamil tu ?
* macam tu aku bercakap dalam hati.
Nehi ! Nehi ! Nehi !!
Aku duduk jauh je. Hahaha. OR bab bab ular ni dia berani pulak. Dia boleh gi pegang pegang. Errrrr... Hero pun berani.
Tak pe lah. Biar je lah dia orang pegang. Aku banyak benda lain lagi nak pegang dalam dunia ni. Kalau di beri pilihan ular dengan intan berlian, tak syak lagi aku akan memilih intan berlian !
* urut dada sendiri lalu koma depan Poh Kong
* urut dada sendiri lalu koma depan Poh Kong
No No No to ular !!!
"Yang.. ambik gambar dia"
Sempat aku suruh OR ambikkan. Kalau aku memang tak ler.....
Zasss !!
Igauan ngeri gila aku every time aku tengok gambar ular tu. Nak resize pun macam berpeluh peluh dah. Time view dalam kamera cepat cepat je aku skip bab gambar ular tu.
Anyway gambar tu lawa cuma salah fokus je sikit !
Tapi........... Argh.....
Aku pass.
Lawa cemana pun ular ular ni, aku tetap tak berani nak pegang apatah lagi nak bergambar melilit lilit di leher.
Ular sawa kat atas tu dah kenyang. Tu jantan tu. Dia dah makan ayam 2 hari lepas. Dia duduk diam je kat atas meja. Ada la orang orang datang nak bergambar berpeluk peluk. Nak je aku sound.
Ular sawa kat atas tu dah kenyang. Tu jantan tu. Dia dah makan ayam 2 hari lepas. Dia duduk diam je kat atas meja. Ada la orang orang datang nak bergambar berpeluk peluk. Nak je aku sound.
"Eh.. korang boleh tak jangan nak bermanja manja sangat dengan dia depan aku? I is jeles okeh !!"
* mati la padahal geli, phobia dan trauma... yang melanda menikam nikam jiwa..
* rebah atas riba Shasha Elite
* rebah atas riba Shasha Elite
Ni sekor lagi.
Ular albino. Dia ingat dia hensem tu aku teringin nak pegang lilit lilit kat leher ambik gambar? No No No !
Ular ni tidur dalam kandang dia. Kenyang la kot. Yang ni datang dari Myanmar. Nampak sekor ni je lah.
Aku ni ular lidi pun aku ngeri. Lagi nak bagi ular ular besar gedabak macam ni.
Yang kelakarnya. Aku dah elak tak nak gi dekat dengan tempat ular ni, dah patah balik tapi jalan keluar tu tetap kena lalu sebelah meja yang ada ular tu.
Seram sejuk dibuatnya.
Itu la kelemahan aku sebenarnya. Aku memang tak boleh dengan ular ular ni. Trauma !
* kesat airmata dengan tuala Good Morning
* kesat airmata dengan tuala Good Morning
Rasa-rasanya aku telah keliru
Memilih kamu sebagai kekasihku
Cintamu palsu sayangmu semu
Bermain dan permainkan aku
Seperti ular seperti ular
Yang sangat berbisa sangat berbisa
Suka memangsa suka memangsa
Diriku tergigit cinta
Aku tertipu aku terjebak
Aku terperangkap muslihatmu
Aku tertipu aku terjebak
Aku terperangkap muslihatmu
Bisa bisanya aku tekena
Bisa bisanya aku terlena
Rupa rupanya kau berbahaya
Rupa rupanya kau sama
Aku tertipu aku terjebak
Aku terperangkap muslihatmu
Aku tertipu dan aku terjebak
Aku tertipu dan aku terjebak
Aku tertipu dan aku terjebak
Lepas tengok ular tu then kami pun keluar.
Siap ada jual FM. Boleh pulak si Princess nak FM yang ular tu..... !! * Papa berpeluh tapak tangan
Dah settle kat Deerland Park tu kami pun blah.
Oh by the way.. aku rasa worth to visit jugak tempat ni. Boleh sekali harung la dengan melihat gajah tadi tu.
Keluar dari Deerland Park, kami menuju ke LPT. Ingat nak singgah rumah orang asli nak ambik ambik gambar tapi sebab hujan so tak jadi.
Langsung je drive then patah balik semula ke arah KL.
Cuaca dah tak ujan tapi mendung gak la
Tengah drive drive tu then nampak orang jual banyak durian tepi tepi jalan.
"Nak makan durian tak?"
"Awak?"
"Papa kalau makan seulas je lah"
"Hero nak durian !!"
Kalau Ketua Polis Negara aku tu dah bagi arahan, so kena la berhenti.
Kami singgah di satu warung dan makan Musang King !!!
Warung tepi highway
Musang King !
Sedap gak ni
Aku ni bukan la pencinta durian.
Kalau ada tu makan. Kalau nak cari tu, tak lah. Kalau makan pun cuma mungkin seulas dua je. Tak berapa minat sangat. So yang makan banyak OR dengan Hero lah. 3 kilo dapat 2 bijik. Harga dekat RM70.
Tapi aku makan 2 ulas ! So lebih banyak daripada biasa sebab durian dia memang enak !
Dah makan durian dan berbalas balas sendawa dengan bau durian. Kami bergerak sampai la ke hentian Genting Sempah. Singgah sini.
"Adik nak Mc Onal.... Kitty adik !"
Tu Ketua Setiausaha Negara pulak memberi arahan. Dah berapa hari dia ajak aku ke Mc D nak beli Hello Kitty tu.
Singgah Mc D pulak. Beli Prosperity Burger sekali.
Menyinggah
Hari pun dah hampir nak maghrib.
Destinasi seterusnya... pose pose sendu di ranjang !
bersambung.....
Destinasi seterusnya... pose pose sendu di ranjang !
bersambung.....





