Pages

Thursday, October 31, 2013

R.I.P : Teman Pengganti

Bak kata orang, yang hidup pasti akan mati.

Aku telah kehilangan rakan travel paling akrab. Selama ni ke mana mana saja bersama. Lebih pada 20 negara kami jelajah selama 5 tahun bersama, berdua.

Rest In Peace.

Sudah tiba masanya, aku mencari teman pengganti..............



Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

OK. Jap Jap Jap.

Tak de sapa sapa yang meninggal, tapi passport aku yang dah mati sebenarnya.

Dah time. Actually belum mati lagi, tapi validity less than 6 months so aku kena renew untuk travel ke luar negara. Lagipun, aku punya pages tu cuma ada 1 helai yang kosong. Lain semua penuh !

Aku tak de la nak explain cemana nak renew passport ni.

Senang je. Pegi, bawak passport yang mati tu ke immigration then renew lah.

Tapi jangan lupa, gambar 2 keping background putih ( mata jangan tutup, tapi mulut kena tutup), bawak passport lama dan jugak IC untuk verification. ( bukan copy, bukan jugak IC sementara ).


Aku renew passport ni dekat Immigration Kelana Jaya. 

Sebenarnya hari sebelumnya aku dah pegi ke Putrajaya tapi punya la ramai orang. Aku dapat nombor giliran pun yang last. Time tu pukul 1 tengahari. Tak sanggup la aku nak menunggu. Nak buat ikut kiosk Kippas pun tak lalu. Ramai jugak yang menunggu.

Pasrah.

Esoknya aku pegi sekali lagi ke Kelana Jaya sebab expect tak ramai orang macam last time aku buat di Subang Airport dulu. Sampai kat pukul 10 pagi. Tup tup tengok orang punya lah ramai.

Nombor aku 1255, running number time tu 1103. Masak menunggu.


Fuh.

Sempat gi breakfast. Gi toilet. Surf internet. Balas email dan merokok macam naga berapi. Sudahnya pukul 12 baru sampai turn aku di panggil. Ingat dah settle, kena tunggu pulak untuk bayar.

Kena tunggu lagi 60 nombor.

Isk.

Sampai pukul 2 jugak sudahnya.

Lepas bayar baru lah boleh ambik lepas sejam. Tapi dah tak sanggup nak tunggu. Esoknya baru aku pegi ambik. Pagi pagi beratur, 5 nombor je terus dapat teman pengganti baru.


Aku tak nak complain pasal lama apa semua. Kalau orang ramai for sure lah lama menunggu. Belum kira sistem hiccup ke, workflow flaws etc. Aku kena faham dan terima kenyataan. Aku percaya pihak Immigration sendiri bersusah payah nak menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan.

Jadi, bersyukur !

Cuma. Kalau nak cepat, cuba bawak warga emas... tak pun baby. Tak pun korang memang VVIP. Ada kaunter khas untuk mereka mereka ni. Tapi weedays je. 

Kalau nak buat weekend try buat di UTC KL dan UTC Sentul. Tapi check balik, rasanya ahad memang tak boleh nak buat passport sekarang ni.

Apa apa pun................


Dah dapat teman pengganti untuk travel yang baru dan aku dah lacurkan masa ke Lombok tempoh hari.

Macam ni rupa dia. Bermuka merah, berchip dan bermuka surat. Kalau dapat teman pengganti macam Anzalna lagi menarik kan??

Haaa.

Anyway, passport berchip macam ni dah boleh lepas thru ke Japan. Tapi aku tak nak gi Japan, aku kena usaha untuk visa ke tempat lain.

* sigh.

Visa free for Malaysian

Malaysia antara negara visa free paling banyak ke negara-negara lain tapi tetap la nak pegi negara yang kena visa... 

Sapa suruh?

Wednesday, October 30, 2013

Jom Makan : Figaro, Ara Damansara

Asalnya nak pegi kenduri kawin kat Seremban.  

Tapi !

Jalan jem. Aku ikut Elite, hujung hujung sebelum exit ke Nilai tu dah start jem. Dengar info traffic kata jem dari Nilai sampai Seremban. Pergh..

Sudahnya, kami patah balik. 

Buang masa bersiar siar je lah dalam kereta.

Sebab tak jadi makan kenduri, kami singgah makan kat kedai. Konon nak makan kat PapaRich, Citta Mall sebab situ senang parking. Tup tup, PapaRich tu tutup. Dah kaya la Papa tu. Tak nak berniaga lagi.

Cari tempat makan jumpa la kedai ni. Nama dia Figaro. 

Kami try test cuba menu dia. Kebetulan bawak kamera konon nak ambik gambar orang kawin, so tak kesampaian, ambik gambar makanan saja lah...

Ayuh layan gambar....


Figaro


Actually nya ini kedai coffee


Setting dalam kedai


Dalam kedai jugak. Agak cozzy

Masa aku datang sini, orang tak ramai mana. Servis pun OK lah. Waiter pun OK. Kedai memang lawa dan bersih. Tapi paling best, resto ni kid friendly. Bukan kid je kot, orang tua pun mesti rasa best nak melepak sini sebab banyak game boleh main.

Budak budak nampak benda benda ni semua nak di main. Penuh meja dulu dengan permainan permainan ni sampai waiter tu pun segan nak ambik order.

Ada monopoly

Main dam ular

Tu kaunter cashier. Nampak yang atas meja ni? Ada game, buku etc.. Boleh la nak cuba cuba main. Toy untuk budak budak pun ada tapi time tu ada budak lain dah main so anak anak aku putih mata je lah.

Board Game

Buku buku

Siap bergaya dengan baju kurung nak gi kenduri kononnya... tapi hampeh..

Now.. ini buku menu. Dah boleh order.

Honeydew untuk OR

Cappuccino untuk aku

Hot Chocolate untuk Hero

Chicken Chop untuk Hero. Dia kata sedap. Padahal makan ayam je pun. Aku rasa macam biasa biasa jer

Pasta Carbonara. Actually aku mintak kid menu yang ni tapi dia bagi yang dewasa. Tapi dia charge yang kids la sebab dia yang silap

Nasik Lemak dengan Rendang Ayam untuk aku

Udang Masak Petai dengan Nasi Putih untuk OR. Dia kata udang tu macam udang plastik. Kureng skit

Dah makan so kenyang lah.... Alhamdulillah

Overall, kedainya memang menarik. Sangat cozzy, setting sangat menarik untuk lepak etc. Wifi ada. Servis pun not bad. Kopi dia OK lah. Makanan dia biasa biasa je. Tak de yang menarik mana. 

Kalau nak try boleh try, tapi aku nak repeat, tak de lah kot.

Figaro Coffee ni berasal dari Philippines. Ya. Mereka feeling feeling menggunapakai nama Italy. Kiranya mereka menjual coffee dari Philippines. Tapi bukan hanya sekadar coffee, makanan pun ada jugak.

Ada outlets di China, Saudi, PNG, Malaysia dan Philippines. Kira international jugak la kot.

Figaro ni aku makan di Citta Mall. Ara Damansara. Tak sure ada outlet kat tempat lain ke tidak. 

Apa apa pun boleh check website kalau berminat : FIGARO COFFEE

Harga standard lah. Satu meal tu lebih kurang RM 15-20.

Dah. Tu jer.

Tuesday, October 29, 2013

Nasib Si Kunang Kunang, Kampung Kuantan

Rasanya ini kunjungan kali ke ntah keberapa ke Kampung Kuantan untuk menyaksikan kunang kunang.

Macam dah lama tak pegi, kebetulan masa jalan jalan area sana hari tu terasa nak pegi tengok kunang kunang. Lepas makan on the way sebelum balik tu kami singgah di Kampung Kuantan.

Kami sampai agak lewat la dah dekat pukul 9.30 malam dah. Tapi masih ada lagi orang yang datang untuk menyaksikan kelip kelip di sini.

"Lepas ni kita pegi tengok kelip kelip"

Aku bagitau Hero. Dia pandang aku. Kelip kelip kan mata. Hahahaha.

"Kelip kelip tu apa Papa?"
"Kunang Kunang"

Diam sekejap.

"Kunang kunang tu apa Papa?"
"Hmmmm alah yang ada macam lampu tu kat badan dia"
"Oooooo"

* sambung main game kat tablet.

Langsung tak teruja. Tapi masa dia kecik dulu dah pernah datang tengok dah sini. Dia pun tak ingat tu.

Tapi lepas tu dia dok tanya jugak.

"Jadi ke kita tengok kelip kelip ni Papa?"

Memula macam nak pegi, pastu sebab dah malam macam malas pulak. Tapi fikir alang alang dah dekat, belasah je lah. Jadi kami pun masuk simpang dari Kuala Selangor tu menuju ke Kampung Kuantan.

Drive dalam jalan raya yang gelap tu dalam 6 KM dari pekan Kuala Selangor, nanti nampak sign board.

Dah sampai !



OK. Tu semua dekat bahagian entrance nak masuk compound.

Lepas tu ada parking, park la kat situ. Insya Allah banyak parking. Sebelah parking tu ada masjid tepi jalan.

Parking

Lepas parking kena menapak masuk ke dalam kawasan kompleks Kelip Kelip Kampung Kuantan ni.

Jalan terus masuk ke dalam

Kelip kelip kampung Kuantan

Nanti nampak dewan theatre, pastu ada kedai makan, ada tolet, dan kedai kedai lain jugak.

Sedang elok sampai, tempat tujuan pertama adalah... toilet !

Hero nak berak !

Toilet ( bukan toilet ni senget, jurugambar tak pro )

Ada kedai makan

Playground

Surau pun ada. Pendek kata tak susah lah kalau sampai time maghrib kat sini pun boleh solat dulu.

Seterusnya kena beli tiket.

Kaunter tiket

Harga tiketnya sorang RM10. Tapi kalau kami alang alang, sewa je 1 sampan dengan harga RM50. So tak payah lah share dengan orang lain.

Dah ada tiket masuk ke dalam, pegi ke jetty tempat naik sampan tu

Pakai life jacket

Nanti naik la sampan sampan yang dah menunggu tu

Jetty tempat naik sampan

Jangan tangkap !!!

Suasana di Kampung Kelip Kelip

Naik sampan dan di bawa menyusuri sungai ni

OK. Sungai ni lebar jugak lah. Dalam tu aku tak pasti. Tapi suasana memang gelap.

Elok je mamat kayuh sampan tu bawak sampan meninggalkan jetty, pegi ke tempat yang gelap, tiba tiba..

"Papa !!!!!!!!!!!!!!! Nak bayik ..............."

Anak Dara aku melalak nak balik ! Takut gelap ler tu. Puas lah memujuk. Nampak kelip kelip baru dia diam sikit. Teruja jugak la tu kot.

Hah.. Sempat aku capture.



Nampak tak????

Tu je lah. Gelap sangat plus memang susah nak ambik gambar. 

Seingat aku, dulu masa aku pegi, sampan tu pegi jugak la jauh jauh sikit dekat kawasan pokok berembang tu. Tapi kali ni macam pokok dia tu dah tak banyak. Tapi kelip kelip tu boleh tahan la berkumpul dan banyak. Berkelip kelip macam pokok krismas bak kata Hero !

Sempat la kami tangkap sekor dua. Main kat tangan. Tapi lepas kan balik la lepas tu. 

Lebih kurang 15 minit macam tu then kami kembali semula ke jetty tadi.


Aku rasa kunang kunang ni dah tak berapa banyak. Tapi tu lah. Kalau nak tengok kunang kunang ni kena tau banyak faktor jugak. Tak boleh hari hujan. Tak boleh bulan mengambang. Paling best dalam lingkungan lepas maghrib tu paling sesuai lah.

Apa apa pun, aku berharap sangat tempat ni dia jaga dan di kawal selia. Langkah langkah yang harus di ambil kena di ambil bagi memastikan kunang kunang terus hidup di kawasan ni. 

Bukan senang tau. Orang putih pun datang sini nak tengok kunang kunang ni ! Kita je yang tak reti nak bangga.

Apa apa pun, tengok ni hah. Ada sikit boleh di baca.







Selain daripada Kampung Kuantan ni, ada satu lagi port untuk tengok Kunang Kunang di Kuala Selangor ni iaitu di Sungai Belimbing. 

Dua dua tempat aku pernah pegi tapi aku rasa Kampung Kuantan better la kot sebab naik sampan kecik je. Kat Sungai Belimbing tu naik perahu besar dan ramai ramai. Tau je la kalau dah ramai, riuh rendah ler pulak. Kunang kunang pun malas nak memunculkan diri nanti.


Apa apa pun, semoga kawasan ini di lindungi. Kalau tak, ntah apa jadi dengan nasib si kunang kunang ni. Ntah ntah dah tak de dah lepak lepak kat sini setahun dua lagi.

Bagi yang belum pernah tengok, sila la pegi.  Elok pegi time bulan tak terang, kalau maghrib tu dia dah start ada. Tempat ni di buka sampai jam 10.30 malam kot. Selagi ada orang lah. 

Ini bukan sekor dua kunang kunang, tapi banyak !!!

Somehow.... excited dan terhibur jugak la macam aku ni walau pun dah tengok banyak kali sebelum ni.

Tak de jual FM tapi mainan ada !!!! AWAS !



Termenung ku duduk mengelamun jauh
Memikirkan nasib ku
Kegelapan di sudut jendela ini
Rembulan bersembunyi
Menghiburkan hati yang gundah gulana
Tak tahu bagaimana

Tiba-tiba ku lihat si kunang-kunang berterbangan berdua
Apa agaknya berita yang kau bawakan
Ceritakanlah pada ku

Aku tersenyum dan ku ketawa
Melihat riangnya kau berdua
Berterbangan mengelipkan cahaya
Kau yang menerangi hati ini
Dengan cahaya yang berseri
Lantas ku terlupakan lara ku

Asyik aku melihatkan tarian mu
Sampai lelap mata ku
Terjaga ku mencari si kunang-kunang
Yang kini hilang dari pandangan

Tiba-tiba ku lihat si kunang-kunang berterbangan berdua
Apa agaknya berita yang kau bawakan
Ceritakanlah pada ku

Aku tersenyum dan ku ketawa
Melihat riangnya kau berdua
Berterbangan mengelipkan cahaya
Kau yang menerangi hati ini
Dengan cahaya yang berseri
Lantas ku terlupakan lara ku

Maka tamatlah trip Sepetang ke Kuala Selangor dan kawasan sekitar.  

Itinerary sebagai panduan.

1. Bergerak ke Kuala Selangor dan terus makan di Satay Hut
2. Usha usha  Sawah Padi Di Sekinchan
4. Makan malam di  Seafood At Riverview Kuala Selangor
5. Tengok Kunang Kunang di Kampung Kuantan.
6. Balik rumah dan terbongkang kepenatan

Selesai !!!