Pages

Tuesday, October 29, 2013

Nasib Si Kunang Kunang, Kampung Kuantan

Rasanya ini kunjungan kali ke ntah keberapa ke Kampung Kuantan untuk menyaksikan kunang kunang.

Macam dah lama tak pegi, kebetulan masa jalan jalan area sana hari tu terasa nak pegi tengok kunang kunang. Lepas makan on the way sebelum balik tu kami singgah di Kampung Kuantan.

Kami sampai agak lewat la dah dekat pukul 9.30 malam dah. Tapi masih ada lagi orang yang datang untuk menyaksikan kelip kelip di sini.

"Lepas ni kita pegi tengok kelip kelip"

Aku bagitau Hero. Dia pandang aku. Kelip kelip kan mata. Hahahaha.

"Kelip kelip tu apa Papa?"
"Kunang Kunang"

Diam sekejap.

"Kunang kunang tu apa Papa?"
"Hmmmm alah yang ada macam lampu tu kat badan dia"
"Oooooo"

* sambung main game kat tablet.

Langsung tak teruja. Tapi masa dia kecik dulu dah pernah datang tengok dah sini. Dia pun tak ingat tu.

Tapi lepas tu dia dok tanya jugak.

"Jadi ke kita tengok kelip kelip ni Papa?"

Memula macam nak pegi, pastu sebab dah malam macam malas pulak. Tapi fikir alang alang dah dekat, belasah je lah. Jadi kami pun masuk simpang dari Kuala Selangor tu menuju ke Kampung Kuantan.

Drive dalam jalan raya yang gelap tu dalam 6 KM dari pekan Kuala Selangor, nanti nampak sign board.

Dah sampai !



OK. Tu semua dekat bahagian entrance nak masuk compound.

Lepas tu ada parking, park la kat situ. Insya Allah banyak parking. Sebelah parking tu ada masjid tepi jalan.

Parking

Lepas parking kena menapak masuk ke dalam kawasan kompleks Kelip Kelip Kampung Kuantan ni.

Jalan terus masuk ke dalam

Kelip kelip kampung Kuantan

Nanti nampak dewan theatre, pastu ada kedai makan, ada tolet, dan kedai kedai lain jugak.

Sedang elok sampai, tempat tujuan pertama adalah... toilet !

Hero nak berak !

Toilet ( bukan toilet ni senget, jurugambar tak pro )

Ada kedai makan

Playground

Surau pun ada. Pendek kata tak susah lah kalau sampai time maghrib kat sini pun boleh solat dulu.

Seterusnya kena beli tiket.

Kaunter tiket

Harga tiketnya sorang RM10. Tapi kalau kami alang alang, sewa je 1 sampan dengan harga RM50. So tak payah lah share dengan orang lain.

Dah ada tiket masuk ke dalam, pegi ke jetty tempat naik sampan tu

Pakai life jacket

Nanti naik la sampan sampan yang dah menunggu tu

Jetty tempat naik sampan

Jangan tangkap !!!

Suasana di Kampung Kelip Kelip

Naik sampan dan di bawa menyusuri sungai ni

OK. Sungai ni lebar jugak lah. Dalam tu aku tak pasti. Tapi suasana memang gelap.

Elok je mamat kayuh sampan tu bawak sampan meninggalkan jetty, pegi ke tempat yang gelap, tiba tiba..

"Papa !!!!!!!!!!!!!!! Nak bayik ..............."

Anak Dara aku melalak nak balik ! Takut gelap ler tu. Puas lah memujuk. Nampak kelip kelip baru dia diam sikit. Teruja jugak la tu kot.

Hah.. Sempat aku capture.



Nampak tak????

Tu je lah. Gelap sangat plus memang susah nak ambik gambar. 

Seingat aku, dulu masa aku pegi, sampan tu pegi jugak la jauh jauh sikit dekat kawasan pokok berembang tu. Tapi kali ni macam pokok dia tu dah tak banyak. Tapi kelip kelip tu boleh tahan la berkumpul dan banyak. Berkelip kelip macam pokok krismas bak kata Hero !

Sempat la kami tangkap sekor dua. Main kat tangan. Tapi lepas kan balik la lepas tu. 

Lebih kurang 15 minit macam tu then kami kembali semula ke jetty tadi.


Aku rasa kunang kunang ni dah tak berapa banyak. Tapi tu lah. Kalau nak tengok kunang kunang ni kena tau banyak faktor jugak. Tak boleh hari hujan. Tak boleh bulan mengambang. Paling best dalam lingkungan lepas maghrib tu paling sesuai lah.

Apa apa pun, aku berharap sangat tempat ni dia jaga dan di kawal selia. Langkah langkah yang harus di ambil kena di ambil bagi memastikan kunang kunang terus hidup di kawasan ni. 

Bukan senang tau. Orang putih pun datang sini nak tengok kunang kunang ni ! Kita je yang tak reti nak bangga.

Apa apa pun, tengok ni hah. Ada sikit boleh di baca.







Selain daripada Kampung Kuantan ni, ada satu lagi port untuk tengok Kunang Kunang di Kuala Selangor ni iaitu di Sungai Belimbing. 

Dua dua tempat aku pernah pegi tapi aku rasa Kampung Kuantan better la kot sebab naik sampan kecik je. Kat Sungai Belimbing tu naik perahu besar dan ramai ramai. Tau je la kalau dah ramai, riuh rendah ler pulak. Kunang kunang pun malas nak memunculkan diri nanti.


Apa apa pun, semoga kawasan ini di lindungi. Kalau tak, ntah apa jadi dengan nasib si kunang kunang ni. Ntah ntah dah tak de dah lepak lepak kat sini setahun dua lagi.

Bagi yang belum pernah tengok, sila la pegi.  Elok pegi time bulan tak terang, kalau maghrib tu dia dah start ada. Tempat ni di buka sampai jam 10.30 malam kot. Selagi ada orang lah. 

Ini bukan sekor dua kunang kunang, tapi banyak !!!

Somehow.... excited dan terhibur jugak la macam aku ni walau pun dah tengok banyak kali sebelum ni.

Tak de jual FM tapi mainan ada !!!! AWAS !



Termenung ku duduk mengelamun jauh
Memikirkan nasib ku
Kegelapan di sudut jendela ini
Rembulan bersembunyi
Menghiburkan hati yang gundah gulana
Tak tahu bagaimana

Tiba-tiba ku lihat si kunang-kunang berterbangan berdua
Apa agaknya berita yang kau bawakan
Ceritakanlah pada ku

Aku tersenyum dan ku ketawa
Melihat riangnya kau berdua
Berterbangan mengelipkan cahaya
Kau yang menerangi hati ini
Dengan cahaya yang berseri
Lantas ku terlupakan lara ku

Asyik aku melihatkan tarian mu
Sampai lelap mata ku
Terjaga ku mencari si kunang-kunang
Yang kini hilang dari pandangan

Tiba-tiba ku lihat si kunang-kunang berterbangan berdua
Apa agaknya berita yang kau bawakan
Ceritakanlah pada ku

Aku tersenyum dan ku ketawa
Melihat riangnya kau berdua
Berterbangan mengelipkan cahaya
Kau yang menerangi hati ini
Dengan cahaya yang berseri
Lantas ku terlupakan lara ku

Maka tamatlah trip Sepetang ke Kuala Selangor dan kawasan sekitar.  

Itinerary sebagai panduan.

1. Bergerak ke Kuala Selangor dan terus makan di Satay Hut
2. Usha usha  Sawah Padi Di Sekinchan
4. Makan malam di  Seafood At Riverview Kuala Selangor
5. Tengok Kunang Kunang di Kampung Kuantan.
6. Balik rumah dan terbongkang kepenatan

Selesai !!!

7 comments:

  1. ok jg itinerary tu, tapi mungkin sampai no. 4 jelah kot..

    ReplyDelete
  2. meng, aku baru tau kat tepen pun ada satu tempat tgk kelip2 kat kuala sepetang. i am yet to explore the place.

    soklan, brapa lama naik sampan yg berharga rm50 tu?

    ps: mati2 aku ingat kelip2 makan siput babi tu! rupanya pas baca baru paham hahaha...

    ReplyDelete
  3. Yang best ada di terengganu..besar dan happening.

    ReplyDelete
  4. Nohas : kenapa? takut naik sampan ka??

    Biq : kuala sepetang buleh makan mee udang kak yah tu.. sampan tu naik dlm 15 minit je kot ( ke sebab anak aku melalak pakcik tu kayuh laju2?)

    MKL : kat trg x pernah pegi.. yang dekat kemaman tu kan?

    ReplyDelete
  5. kak yah mana plak...mak jah kottttt...hahahaha! alahai 15minit je rm50! nanti aku suh pak ein je la kayuh sampan dia kat kuala sepetang...hahaha!

    ReplyDelete
  6. hahaha bukan kak yah ke? dah tukar nama ek?

    hahahahaha

    ya ya ya.. mak jah !

    ReplyDelete
  7. this weekend aku ada kat tepen, if ko rasa nak terjah tepen makan satay pak ein, mai la ok...

    ReplyDelete