Pages

Thursday, October 31, 2013

R.I.P : Teman Pengganti

Bak kata orang, yang hidup pasti akan mati.

Aku telah kehilangan rakan travel paling akrab. Selama ni ke mana mana saja bersama. Lebih pada 20 negara kami jelajah selama 5 tahun bersama, berdua.

Rest In Peace.

Sudah tiba masanya, aku mencari teman pengganti..............



Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

OK. Jap Jap Jap.

Tak de sapa sapa yang meninggal, tapi passport aku yang dah mati sebenarnya.

Dah time. Actually belum mati lagi, tapi validity less than 6 months so aku kena renew untuk travel ke luar negara. Lagipun, aku punya pages tu cuma ada 1 helai yang kosong. Lain semua penuh !

Aku tak de la nak explain cemana nak renew passport ni.

Senang je. Pegi, bawak passport yang mati tu ke immigration then renew lah.

Tapi jangan lupa, gambar 2 keping background putih ( mata jangan tutup, tapi mulut kena tutup), bawak passport lama dan jugak IC untuk verification. ( bukan copy, bukan jugak IC sementara ).


Aku renew passport ni dekat Immigration Kelana Jaya. 

Sebenarnya hari sebelumnya aku dah pegi ke Putrajaya tapi punya la ramai orang. Aku dapat nombor giliran pun yang last. Time tu pukul 1 tengahari. Tak sanggup la aku nak menunggu. Nak buat ikut kiosk Kippas pun tak lalu. Ramai jugak yang menunggu.

Pasrah.

Esoknya aku pegi sekali lagi ke Kelana Jaya sebab expect tak ramai orang macam last time aku buat di Subang Airport dulu. Sampai kat pukul 10 pagi. Tup tup tengok orang punya lah ramai.

Nombor aku 1255, running number time tu 1103. Masak menunggu.


Fuh.

Sempat gi breakfast. Gi toilet. Surf internet. Balas email dan merokok macam naga berapi. Sudahnya pukul 12 baru sampai turn aku di panggil. Ingat dah settle, kena tunggu pulak untuk bayar.

Kena tunggu lagi 60 nombor.

Isk.

Sampai pukul 2 jugak sudahnya.

Lepas bayar baru lah boleh ambik lepas sejam. Tapi dah tak sanggup nak tunggu. Esoknya baru aku pegi ambik. Pagi pagi beratur, 5 nombor je terus dapat teman pengganti baru.


Aku tak nak complain pasal lama apa semua. Kalau orang ramai for sure lah lama menunggu. Belum kira sistem hiccup ke, workflow flaws etc. Aku kena faham dan terima kenyataan. Aku percaya pihak Immigration sendiri bersusah payah nak menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan.

Jadi, bersyukur !

Cuma. Kalau nak cepat, cuba bawak warga emas... tak pun baby. Tak pun korang memang VVIP. Ada kaunter khas untuk mereka mereka ni. Tapi weedays je. 

Kalau nak buat weekend try buat di UTC KL dan UTC Sentul. Tapi check balik, rasanya ahad memang tak boleh nak buat passport sekarang ni.

Apa apa pun................


Dah dapat teman pengganti untuk travel yang baru dan aku dah lacurkan masa ke Lombok tempoh hari.

Macam ni rupa dia. Bermuka merah, berchip dan bermuka surat. Kalau dapat teman pengganti macam Anzalna lagi menarik kan??

Haaa.

Anyway, passport berchip macam ni dah boleh lepas thru ke Japan. Tapi aku tak nak gi Japan, aku kena usaha untuk visa ke tempat lain.

* sigh.

Visa free for Malaysian

Malaysia antara negara visa free paling banyak ke negara-negara lain tapi tetap la nak pegi negara yang kena visa... 

Sapa suruh?

6 comments:

  1. alah kau ini memang buat suspen je...ingat siapa tadi yang RIP.

    ReplyDelete
  2. ceh..suspend je tau..JM dah start nk ucap takziah..dan sedih pilu dalam hati coz kawan baik dah pergi..arghh..JM tertipu....hahaha

    ReplyDelete
  3. aku dah agak dah propa je tau ko ni meng! hahahaha! aku pun dah dpt teman pengganti awal tahun aritu...tapi takde la tinggal satu page je cam kooooo...sbb dah nak expired...hahaha!

    insyaAllah if aku larat, kitorang pi terjah la Padang secara santai nanti...nantikan FM dariku utkmu (harap2 ada jual!)

    ReplyDelete
  4. wah malaysia banyak juga free visa- indonesia tak de lah dikit je, japan pun tak free visa padahal bekas jajahan

    ReplyDelete
  5. uishhh rasa lama x masuk sini....busy bangettttt....ko nak gi afrika ke Meng?

    ReplyDelete
  6. bedebor baca awal2 tadi...

    xde mood nk baca sampai habis...sm dh buat jantung dup dap laju...

    ceh....

    ReplyDelete