Pages

Friday, November 1, 2013

Visa Ke China 2013

Ini latest update pasal apply visa ke China.

Aku pernah apply visa ni pada awal 2013 hari tu waktu nak pegi ke Guilin

Dan kali ni, sebab aku memang ada trip lagi ke China. Kena la buat lagik sekali.

Untuk pengetahuan, tempat buat Visa China ni bukan di bangunan OSK dah. Dah pindah !!

Mereka pindah di Hampshire Place Office.

Kat mana tu? Jalan yang sama dengan bangunan tepi OSK tu jugak. Masuk ke dalam sikit opposite dengan Megan Phileo.

Hampshire Place Office

Location

Alamat : Level 5 ( Application ) & 6 ( Collection ), Hampshire Place Office, Jalan Mayang Sari, 50450 Kuala Lumpur.

Business Hours : Mon - Fri
Submission : ( 9am - 3pm )
Collection : (9am - 4pm )

Tutup pada cuti umum Malaysia.

Tapi agak menyedihkan sebabnya kali pertama aku pegi hari tu dia tutup !

Cis.

Tutup sempena Hari Kebangsaan China.

Siot je. Buang masa aku. Dah la tak cakap apa apa dalam website. Aku pun silap jugak sebab tak call dulu.

Sebab tak jadi buat time tu la aku terpaksa akur dan redha bahawasanya aku tak akan sempat nak buat visa ke Russia. Maka jadi nya............. plan Mega aku adalah tak berapa mega dah !

Menerima takdir Tuhan dengan hati terbuka dan memujuk diri bahawa kali ni tak de rezeki, dan berharap masa masa lain pastikan akan tiba untuk merealisasikan impian aku tu. Tapi, aku tetap kena apply Visa China ni sebab aku dah ada tiket ke sana.

Mencari masa yang sesuai untuk gi buat Visa ni semula dan akhirnya aku berjaya pegi ke sana sekali lagi.


Anyway, dah sampai kat sana parking kereta kat basement tu je. Ada visitor parking kat B3. Cuma jalan nak turun bawah tu sempit gila. Kena hati hati kalau tak, garit la kereta calar balar jadi nya. Kena berhemah sikit.

Lepas park kereta. naik lif ke tingkat 5 !


Nanti nampak la office dia ni. Masuk dan beratur. 

Masuk dan beratur.

Untuk application kali ni aku perasan ada banyak perubahan dan dokumen yang di mintak.

1. Borang untuk apply visa yang dalam internet tu dah tak sah. Aku tak sure kot ada yang di upload borang yang terbaru, tapi masa aku pegi, aku dah siap print dan isi borang siap siap. Rupa rupanya borang tu dah tak boleh guna. Nanti kaunter tu akan bagi borang baru. Isi la kat situ.

2. Gambar masih sama. Latar belakang putih. Sekeping dan pastikan wajah agak hensem dan kacak dari biasa. Tak kacak pun tak pe lah.

3. Bawak passport masing masing. Passport kena valid lebih daripada 15 bulan !

4. Bawak printed tiket or booking serta hotel booking. Ni wajib ni. Jangan lupa pulak. Macam aku, aku cuma book sehari je hotel sebab yang lain lain aku pun tak pasti lagi cemana. So aku bagi yang tu, tak de pulak yang dia check. Janji ada booking kira OK la kot. Kalau duduk rumah member aku tak pasti la pulak cemana.

5. Copy Passport yang ada muka kita tu. Dulu tak de dia mintak now dia dah mintak. Tapi jangan risau, ada perkhidmatan photocopy kat situ dengan harga 20 sen sekeping.

6. Kalau ada itinerary bagi la sekali. Hari tu aku tak buat pun, tapi dalam borang tu ada dinyatakan.

Lepas semua semua dokumen tu ada, then baru la di bagi nombor dan menunggu dengan sabar.

View dari office dia

Dah sampai giliran pegi ke kaunter dan submit semua borang borang tu.

Barang di ingat, untuk tourist, tak boleh buat multiple visit. Cuma boleh either single or double entry sahaja !!! Aku saja buat double entry. In case apa apa nanti.

Dan satu lagi yang dah berubah adalah harganya. Kalau dulu harga minima RM58. Tapi sekarang dah naik jadi RM83 untuk application dan service fee single entry.

Sila rujuk carta ni.

Harga yang paling kiri untuk normal application effective 18 Oct 2013

Kalau dah submit tu, kira OK la. Nanti dia bagitau bila boleh ambik. Kalau nak express harga mahal la, kalau normal application 4 hari.

Nanti lepas 4 hari datang dengan wajah berseri seri, collect passport dengan Visa tu dan bayar. Collection di tingkat 6 !

Then boleh la balik rumah dan merangka perjalanan ke China nanti.......................

Personally, aku lebih suka office dia kat OSK dulu. Dulu lebih senang parking. Sekarang ni parking susah pastu lif selalu penuh ! Tapi nak buat cemana....

Demi China... demi nak gi jumpa Shila Amzaaaaa... terpaksa la....

Kalau tak pun, sebab China tu sendiri aku masih nak pegi. Masih aku cinta !!!!



Biarpun kau tak lagi ada dengan ku
Takkan ku bisa melupakan mu
Caramu memanggil nama ku
Terasa seolah kau masih ada

Jauh di dalam sanubari ku
Tak ku relakan pemergianmu
Namun ku,’kan selalu doakan mu
Agar kau takkan terus terluka

Kau kan temui bahagia
Walaupun aku tidak bersama
Jangan kau gusar
Aku akan selalu ada
Dari jauh engkau masih ku cinta
Dari jauh aku masih mencinta

Takkan pernah ada penggantimu
Yang mem pertahankan ku sepertimu
Satu dunia,menentang cinta kita
Akhirnya kita terpisah jua

Yang mengenal mu cuma aku
Tidak ku menyesal mencintaimu
Yang ku harapkan
Kau juga mendoakan ku

15 comments:

  1. thanks for the detail info. kali ni meng nak pegi mana kat China? mesti nak begi belah northern part ni.. xinjiang, xian, etc, kan, kan, kan??

    ReplyDelete
  2. Passport kene valid 15 bulan? Mak aaii... tak pasal2 kene buat passport baru kalau tak cukup bulan T_T ...

    ReplyDelete
  3. Ohh..patutlah hari tu renew passport..rupe nya nak ke China fulak yer..thank u Abg Meng..info yg detail..kalau nk buat VISA nanti boleh rujuk sini je..BUKAN sahaja tempat buat VISA berubah TAPI harga pun dh naik kalau dulu RM58 je single entry collect in 4 days skrg dh naik ke RM85 eh..ingatkan harga gula je yg naik..maybe ramai tourist from msia masuk sana kan..ambik ko panjang tul komen..Which part of China plak ni?..hai kalau lah JM ni byk duit dan lelaki boleh je buat trip mega jugak tapi apakan daya....

    ReplyDelete
  4. ko skang dah ada kat china ke Meng? Jalan turun sempit sbb kete ko besor sangat tu...cam aku kete kecik sure muat... hehehe..

    ReplyDelete
  5. Masa ada cinta dengan China....nak jumpa Sheila Hamzah...selamat travel ke China...moga selamat.

    ReplyDelete
  6. ke China lagi? emm...tak abis2 berjalan (ayat jeless...)hehhe...let me guess...Beijing-Ulan Baator kan...hehehhe

    ReplyDelete
  7. Hari tu diorang di KL kasih tau tidak payah booked and print hotel kalau nak buat visa. Change again I guess.. Kalau tinggal di rumah member, berdasarkan pengalaman saya memang susah nak apply. First, kena ada letter of invitation from member. Itu pun bukan senang kena approved pasal dia mau yang betul-betul original (cannot fax, email dan sebagainya). Mesti betul-betul kirim surat original dari member kat China. Kena reject banyak kali, at the end, booked hotel for a night and visa done. Cis, buat susah jah!

    ReplyDelete
  8. Liza Z : sama sama. pegi beijing. blom pernah sampai.

    Azra : hooh.. tapi logik gak la.. 6 bulan valid travel.. 9 bulan utk travel..

    JM : beijing je la... nanti JM buleh le pegi pulop... dia tu pun senyap senyap je ilang..

    HB : aku dah abis dah gi china

    MKL : terima kasih atas doa tuan. Insya allah. baik adanya..

    PM : perlu ke nak teka.. hahaha.

    haah.. beijing...


    ReplyDelete
  9. DDT : ya ka... susah jugak la kalu cam tu...

    hoepfully lepas ni x payah visa dah ke china...

    ReplyDelete
  10. MKL : ok. all the best and have fun in china.

    ReplyDelete
  11. Kalau buatkan untuk kawan..mcm mane?mmg kena buat dkt sini ke?Dekat melaka..xboleh la ek?

    ReplyDelete
  12. Azlifa : bole. kawan kena sign kat belakang borang tu...

    rasanya boleh buat di kl dan penang je. melaka tak pasti..

    ReplyDelete
  13. Assalam nk tnye.. TD boat visa sendiri sndiri,,,tp sy x sertakan ticket balik,,,just bagi ticket pg je... mcm mne eh??? Agak2 batal x??? Kalau batal one bayar jugak me?

    ReplyDelete
  14. IS : sorry tak dapat nak jawab dengan pasti !

    berdoalah semoga semuanya selesai dan dpt visa tu nanti...

    logically.. kalau tiket masuk dia nak tengok tiket keluar. but who knows, kalau masa apply dia tak bising then shud be ok la tu.

    good luck

    ReplyDelete