Pages

Wednesday, September 25, 2019

#RoadTripCentralEurope DAY 07 | 01 : ZAGREB

Bersambung dari Day 6 road trip Central Europe.

Hari ni dah hari ke 7 perjalanan kami bercelana berkelana. The beauty of road trip ni kalau semalam kami di Slovakia dan Hungary tapi hari ni kami dah berpijak di bumi Croatia !

Aku memang saja masukkan Zagreb dalam list itinerary kami sebab aku tak sempat berkunjung ke bandar ni masa Trip Balkan sebelum ni.

Memang aku ada hati nak detour ke Plitvice Lakes NP tapi selepas menimbal balik rasanya tak sempat nak drive ke sana sebab at least nak kena spend seharian untuk detour macam tu. Tak pe. Next time je lah !


Selepas menempuh perjalanan yang agak jauh semalam dan tiba di Zagreb agak lewat tapi pagi ni kami bangkit awal jugak. Tuan rumah dah pesan, parking rumah dia kena bayar start pukul 8 pagi. Kita orang kan memang dah trauma bab bab parking ni jadi bangkit awal nak gi bayar parking. Masalahnya duit Croatian Kuna (HRK) kami tak der !

Jalan penyudahnya aku pegi cari supermarket dan tukar duit di situ. Nak duit syiling je pun. Nasib la minah cashier tu bagi tukar pakai duit dia so boleh bayar parking untuk sejam dua sebelum majlis perbandaran datang menyaman.

Dapat tukar 1 Euro je pun.

Plan kami hari ni nak ronda ronda Zagreb lepas tu masuk ke negara Slovenia untuk ke Ljubljana dan Lake Bled. Cuma malamnya kami tak pasti nak bermalam di mana. Kalau ikutkan nak masuk ke Austria semula menuju balik ke Zurich sebab trip kami cuma berbaki 2 hari je lagi. Kalau tak dan balik ke Airport Zurich mau kami bertiga bakal jadi gelandangan di bumi Eropah ni. Kena balik ke Pezinok la keje kutip apple belakang rumah pakcik host kami kelmarin. Hiks.

Pagi tu dah bersiap siap nak gerak lepas BW abis masak dan siapkan bekalan makanan untuk perjalanan hari ni. Tiba tiba plan kami tersangkut !!

Nak di jadikan cerita, IH basuh baju guna washing machine kat rumah tu, pastu pintu washing machine tu tak boleh nak bukak ! Mengelabah badak kita orang.. tutup suiz lah apa semua try. Usha youtube nak tau cemana cara cara pengendalian mesin tu maklum lah mesin macam tu tak de kat rumah.

Rasanya memang cara procedure keselamatan dia ke apa, kena mati lama baru boleh nak bukak mesin basuh tu. 

Memang lepas tu jadi bahan gelak la kita orang sendiri sebab rasa macam dah menjalani kehidupan serba modern tapi tetap kg.com.

Jam 9 jugak kami meninggalkan penginapan di Zagreb menuju ke city center yang terletak lebih kurang 1 KM jaraknya. Dekat dan jalan tak jem.

Suasana pagi di kota Zagreb.



Cadangan lawatan kami cuma nak ke Gornji grad, (Upper Town) and Donji grad (Lower Town) di Zagreb ni.

Pusing pusing belah Lower town dekat dengan Glavni Kolodvor iaitu train station pastu konon nak jalan kaki sampai ke Upper Town tapi masalanya cari parking space tak jumpa. Memang masalah kalau travel dengan kereta ni. Kalau boleh lipat lipat masuk poket kan senang.



Kami park tepi jalan je dekat King Tomislav Square - An elegant square in the centre of the city. One end is overlooked by the grand central train station, and at the other end stands the majestic 19th-century Art Pavilion.

Ambik ambik gambar sekitar Ledeni Park dan ambik gambar kat area area tu jer. 






Lepas tu kami sambung drive ke Upper Town. Sambil sambil tu usha bangunan bangunan menarik yang ada di sekitar bandar Zagreb ni.








Sekali lagi tak jumpa parking area. Berpusing pusing gak lah sekitar kawasan tu sebelum akhirnya decided parking kat bawah mall berdekatan. Harga parking memang mahal skit kalau bandar bandar ni tapi tak de choice dah.

Dah la kalau sekali terlepas entrance parking macam nak kena pusing satu bandar nak jumpa entrance tu semula.

Akhirnya berjaya gak jumpa parking sebelah gereja lama dan kami menapak dari situ menuju ke area main square Upper town. Meriah gak kawasan ni, ada banyak cafe cafe dan orang lalu lalang.












Sampai di area main square, cari currency exchange dan tukar duit dulu. Dapat duit baru boleh nak berjalan dengan riang !

Suasana di main square Zagreb atau lebih dikenali sebagai Trg bana Josipa Jelačića tu agak meriah. Macam ada expo.

Tak jauh dari situ ada main market Dolac yang banyak jual fresh meat dan sayur sayur pagi pagi. Ada perarakan apa benda ntah. Nampak macam ramai orang berarak dengan costume pelik pelik, kita orang pun menyibuk.

Mesti dia orang tak heran sebab tanpa costume pun muka kami sememangnya dah pelik !
















Kat area pasar tu macam ralit je tengok barangan yang di jual walaupun banyaknya sayur sayur dan buah buahan. Gerai gerai cenderamata pun ada. Tapi kami usha usha je dulu sebelum menapak ke Cathedral of Zagreb yang tak jauh dari situ.















Best gak area sekitar Cathedral of Zagreb ni.

Abis tu kami turun balik ke main square. Kat laluan tu ada model kota Zagreb yang dibuat dari gangsa. 

Kat main square tu jugak berlangsung expo apa benda ntah so ramai la orang, dengan khemah. ada jual jual dan ada stage orang buat persembahan.



















Dah abis usha kawasan main square tu kami naik semula ke tempat pasar sebab belum jumpa nak beli souvenir.

Selain gerai gerai ada gak kedai kedai yang jual cenderamata dan harga boleh bargain. Dia orang accept gak Euro tapi agak rugi la bagi pembeli sebab rate dia.







Abis bershoppingan kami balik semula ke tempat parking kereta. 

Memang dah set tak boleh berlama lama di Zagreb ni tapi bandar ni macam meriah giler masa tu so terpana kejap tengok aktiviti dia orang.




Ambik kereta dan kami keluar meninggalkan Zagreb. 

Bagi aku Zagreb ni best gak. Mungkin tak sehebat Vienna dan Budapest tapi ada charm dia yang tersendiri lah. Sekurang kurangnya lawatan di Zagreb ni mengubat jugak kekecewaan kami di 2 bandar besar tu sebelum ni.

 Terima kasih Zagreb.



Terima kasih sayang
Ku ucap padamu
Kerana menyambut tanganku
Yang hampir layu

Badai cinta melanda
Mengarah arus
Menjadikan pantai
Yang indah
Kian bercelaru

Marilah oh sayangku
Dekat padaku
Sayangilah diriku ini
Seadanya aku
Tak sanggup lagi
Menyebut kata rindu
Kamar hatiku yang sayu

Fikirlah sayang
Fikirlah seharusnya
Janganlah engkau khianati
Cinta ini

Istana yang ku bina
Mahligai cinta
Menjadi lambang
Pepohonan redup kasihku








Selesai meninggalkan Zagreb, kami menuju ke sempadan Slovenia menuju ke Ljubljana. Pemanduan di jangka mengambil masa kira kira sejam setengah.

Aku susah betul nak sebut nama bandar Ljubljana ni... jadi nak senang refer kami bagi nama Lubang J*b* Janna Nick !

Ahaks....

Bye Bye Croatia.

bersambung..............

6 comments:

  1. Memandu di central europe bagaimana..susah tak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula mula susah jugak nak kena biasa kan. lama lama shud be oke

      Delete
  2. Bijok Meng, ambe baru balik, boleh relate nge Zagreb 😁

    ReplyDelete