Pages

Thursday, September 26, 2019

#RoadTripCentralEurope DAY 07 | 02 : LAKE BLED

Menjelang tengahari jugak lah kami bergerak dari Zagreb.

Pemanduan melalui lebuhraya ke sempadan Croatia/Slovenia.





Selamat datang ke Slovenia. Negara ke 10 yang kami jejaki dalam trip ni.

Walaupun Slovenia dalam EU tapi bukan negara Schengen Area jadi tak open boarder. Ada immigration. Berkobar kobar kami ingat passport dapat chop kali ni, haram tak de chop jugak.

Cait !






Memasuki negara Slovenia ni kena vignette jugak. So kami berhenti di station minyak dekat boarder untuk beli. Harga 8 Euro untuk 10 hari. Kami bakal ada sehari je kat negara ni. Hahaha.. Bagus tak kami buat derma untuk pembangunan negara ni?

Sebaiknya beli lah. Pada tak de vignette karang kena denda sampai 300 Euro. Miskin lak kami nanti.

Perut rasa lapar sebab ronda ronda Zagreb, kami bukak bekalan dan makan tengahari siap siap kat boarder tu.

Dah kenyang baru boleh meneruskan perjalanan.

Masa makan tu kami fikir, eloknya kami ke Lake Bled je dulu then patah balik ke Ljubljana sebab kalau pegi Ljubljana tu nanti sampai Lake Bled dah nak malam. Apa gunanya kan?

So ubah plan. Skip Ljubljana dulu dan tambah lagi 40 minit pemanduan menuju ke Lake Bled.

Dan sebab tu jugak kami ubah plan balik ke Zurich ikut Italy instead of Austria. Seronok budak berdua tu sebab dia orang memang ajak gi Venice tapi aku takut tak dan. Now.. dan tak dan.. kasi redah sampai pechah !!!







View pemanduan menuju ke Bled lebih cantik sebab bergunung ganang. 

Asyik melayan view sepanjang jalan, akhirnya kami tiba di Bled untuk destinasi kami seterusnya hari ni iaitu Lake Bled.




Bled sebenarnya nama pekan tu, dan Lake Bled pulak terletak tak jauh dari situ. Sampai je kami terus tuju ke area tasik tapi waze pagi parking area. Last sekali kami decide pusing tasik tu sendiri dan cari port yang sesuai untuk park kereta.




First time nampak view lake kami jadi teruja. Tercari cari kat mana istana fairy tales atas pulau kecik di tengah tasik yang menjadi igauan semua orang untuk datang dan melihatnya sendiri di sini.

Sekali lagi masalah nak jumpa parking lagi lagi kat tempat macam ni. Semuanya penuh. Terpaksa kami jalan agak jauh ke atas bukit dan nampak la open space for parking belakang bangunan buruk belakang Bled Villa. Parking bukan free pun. Kena bayar sejam 4 Euro. 

Pastu kena menapak sampai ke tepi tasik.







Elok je sampai kat tepi tasik, budak berdua tu nak berak !

Hampir hampir mereka berak kat tasik je. Hahahaha. Nasib lah ada toilet angkut kat situ. Gi la berak dulu, aku layan suasana Lake Bled.

Teruja nampak Bled Island dengan istana di zaman silam. Sebenarnya bukan istana tapi gereja ! Selama ni aku mati mati ingat istana.

Tipah tertipussss.













Ada banyak aktiviti jugak dengan yang mandi dan berenang riang. Ada yang berpicnic. Dan ada 2 orang tadik pegi berak ! 

Dengan tasik yang tenang.  Banyak sampan sampan mudik ke hulu ke hilir bawa penumpang ke Bled Island tu. Suasana tepi tasik cukup menenangkan. Memang cantik view kawasan sebab berlatar belakangkan gunung ganang.

Damai hati.



Damai hati terang sudah
Perjalanan yang kita
Harung bersama

Pasti engkau kan bertanya
Apakah kita ini dijadi untuk mencari
Erti ikatan yang seakan dijanji

Kita insan yang berharapan
Engkau dan aku kasih dalam gelombang

Derita kuhanya lah semalam
Kau sentuh hatiku dan menggegarkan
Kemarau hiba telah kubendung

Rampaian kasihku didalam hati rindu
Berdendang dan menari lagu kita


Tak betah lama lama duduk di situ. Bila budak berdua tu selesai melabur, kami bergerak menyusuri pinggir Lake Bled ni ikut kawasan tepi Villa Bled.

Sepanjang jalan tu kami masih di sajikan dengan view tasik yang tenang itu tapi kali ni view Bled Island semakin dekat dan jelas.





















Sebenarnya laluan tu masih jauh lagi boleh pusing tasik rasanya tapi sebab kami pun tak banyak masa. Hari pun dah nak gelap jadi tanpa berlengah kami bergerak balik ke tempat parking untuk ambik kereta.

Dekat 2 jam jugak lah kami di Lake Bled ni. Memang cantik dan memang wajib datang.




Kami tinggalkan Lake Bled masuk ke lebuhraya.

Sempat singgah solat kat RNR. Singgah petrol station dan sambung menuju ke Ljubljana semula.





Terima kasih Lake Bled di atas momen momen keindahan yang sempat kami kecapi.

bersambung.................

4 comments:

  1. Tenangnyaaa tgok. Bled lake ehh. okay2 kena igt ni nama dia.. Tapi kalau pegi sana takut nk berak pulak. oppsss hahaha 2 org tu jgn maree yeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. bawak pampers saiz dewasa.... minom kopi byk2 moga bau kopi... hahaha

      Delete
  2. parking mcm blkg lorong gitu pun kena bayar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. parking space ada depan bangunan tu tapi dah penuh.... dia suh masuk je lorong tu letak situ

      Delete