Pages

Wednesday, December 19, 2018

GBSxSABAH 2018 : 08 | Gayang Seafood

Orang kata, kalau pegi ke KK tapi tak menikmati makanan laut di sana memang tak sah !

Patah balik dan wajib makan seafood sebab di sana fresh fresh belaka.

Dan trip aku kali ni pun tak terkecuali. Dan salah satu resto yang menawarkan hidangan makanan laut yang terkenal dengan harga yang berpatutan di KK ni adalah Gayang Seafood Restaurant.


Ini bukan la kali pertama aku jejak ke sini. Boleh di katakan every time datang KK aku datang makan kat sini. Tak kisah sangat pun since orang bawak aku ikut kan jer.

Sebenarnya ada few choices jugak untuk mekan makanan laut segar di area KK ni tapi since member aku si CP bawak ke sini, aku pasrah saja.

Janji kenyang plus pengalaman aku datang ke sini sebelum sebelum ni memang puas hati.


Jadi kali ni kunjungan ke sini sudah pasti buat aku tak sabar sabar nak menikmati seafood yang enak enak di sini.



Tak banyak perubahan yang ketara dengan tempat ni since last aku datang ke sini. Mereka masih beroperasi di lokasi yang sama sekitar kawasan Tuaran, dan bangunan pun masih sama.

Nak mencari parking agak mencabar sebenarnya.





Apa yang sama dan tetap sama adalah jumlah pengunjung yang datang untuk makan. Memang ramai sama macam dulu aku datang. Memang tempat ni menjadi tumpuan dan tak hairan lah lokasi ini menjadi kunjungan ramai orang yang mencari hidangan sebegini di area KK ni.

As usual, kat sini kita boleh memilih apa pun jenis makanan laut yang ada. Pilih ikut suka dan pilih nak masak macamana.

Aku serahkan semua semua tu pada CP dan BW jer.





Belut pun ada



Yang pasti hidangan lauk pauk di sini memang fresh.

Tempat ambik sambal etc

Dah siap order, kami menunggu di meja untuk hidangan sampai.

Minuman

Bawang putih dan kicap pedas. Memang berapi ni..

Nasi

Udang masak butter

Sotong goreng tepung. Sungguh sedap !!!

Hidangan

Habuan makan malam

Ada sesuatu yang terjadi semasa kami menikmati makan malam di sini. 

Kusyuk abiskan nasi dan ratah lauk pauk sambil menunggu hidangan ketam tak kunjung tiba. Bukan setakat setengah jam, hampir 2 jam menunggu. Last sekali bila tanya dia kata terlupa. 

Ntah mana pegi ketam yang kami pilih. Kecewa gak lah tak dapat ketam. Tapi malas nak menunggu. Akhirnya kami beredar dengan perut yang dah memang kenyang pun.


Tak de rezeki nak makan ketam di sini.



Apa apa pun, aku tak dapat sangkal lagi. Makanan di sini memang sedap dan harga pun memang berpatutan. CP yang belanja malam tu so aku pun tak sure harganya tapi tak de lah mahal mana.

Memang sesuai menjadi lokasi kunjungan bagi yang mencari hidangan makanan laut.

Seeloknya datang awal supaya tak berkerumun dengan manusia manusia lain yang selalu ramai.

Recommended !

Gayang Seafood Restaurant
Jalan Sulaman,
89200 Kota Kinabalu,
Sabah
fb : gayangseafoodrestaurant/

bersambung.................

4 comments:

  1. Mmg sedap!!!...sbb masa aku pegi dulu thn 2012 , tmpt lain makan xde yg sedap kat KK ni kecuali Gayang hahaha. Tu pn mujur kwn ddk sana bawak..klu tak, mmg x tau pun.

    ReplyDelete