Pages

Thursday, July 6, 2017

MALDIVES : Budget & Itinerary - Part 2

Sambung sini untuk bahagian ke 2, budget dan itinerary di Maldives.

Warga Maldives dengan hasil tangkapan

06 : FOOD

Makanan utama orang Maldives adalah nasi dan ikan ! Confirm anak anak ikan tak leh nak cari makan sebab tak sempat membesar. Hehehe


Typical sarapan pagi di Maldives. Capati dan kelapa parut, tapi aku extra sikit ada ayam.

Rata rata makanan di Maldives agak mahal jadi elakkan makan di restaurant. Maybe sebab tourist area so dia orang memang ketuk kaw kaw lah bab makanan ni. Lagipun dia orang ni macam imposed pelbagai tax untuk menjana pendapatan negara.

Macam kita orang, bekalan di bawa mencukupi untuk mengisi perut di Maldives beberapa hari. Nasi, sambal serunding maggie semua ada sebab kami mampu duduk kat resort mewah tapi tak mampu nak makan kat situ !

* cry air mata menitis dalam pinggan Royal Dalton.

Tapi sekali breakfast, duduk lama lama dan makan sebanyak mungkin ! Sempat balik bilik berak dan datang balik sambung makan. Kau mampu?


Kalau di Maafushi, malam malam ada dinner buffet yang boleh di cuba. Spread macam banyak juga dan harga around USD 10 per pax


Jangan tak caya, ada Hard Rock kat Maldives !!!! Ermmmmmm tapi bukan Hard Rock Cafe.

07 : WHAT TO BUY

Apa eh? Aku pun tak tau. Senang cerita aku tak belanja langsung kat Maldives ni ! Tak beli apa apa pun kecuali beli air dan jajan untuk kudapan tu pun berkongsi. Personally aku memang tak tukar duit Rufiya pun dan USD yang di bawa langsung tak guna.

Souvenir memang tak beli. Tapi dari pengamatan aku, souvenir di Maldives agak mahal. 


Di Maafushi ada souvenir shop


FM dalam RM 10 - 15 tengok jenis. Kat airport lagi la mahal gegila


Beli sudip? Bila memasak feel feel macam Masterchef Maldives?


Gerai buah buahan dan jus di Maafushi

08 : BUDGET & EXPENSES

Mesti ada yang beranggapan, bajet aku untuk trip Maldives ni adalah jutaria. Tidak sebenarnya.

Kalau selalu terbaca orang kata ..............


Itinerary dia orang pun macam biasa biasa jer tapi sebab ni orang orang media yang pegi atas jemputan dan biasalah promosi je lebih !

Bottom line nya, kami habis RM 2542 per pax all in setiap seorang dan dapat merasai nikmat menginap di resort 5 bintang !

Ada yang tak percaya? Kalau tak percaya ambik la kapak belah la dada. Nanti aku buatkan separate entry untuk accommodation dan macamana Baros menjadi pilihan dan akhirnya pilihan itu adalah tepat dan jitu !


Pelaburan untuk sesuatu yang setimpal. Sekali seumur hidup

Percayalah, it is doable tapi memang tak mampu la nak duduk resort mahal ni lama lama. Satu malam pun dah memadai unless memang datang dengan orang tersayang dengan tujuan meraikan sesuatu. 

Makanya, trip kami ni membuktikan, kalau tak mewah pun tetap boleh merasa kemewahan Maldives seperti yang di perkata !

09 : VERDICT

Cukup lah aku boleh katakan Maldives sememangnya cantik dan mempesonakan. Tapi untuk menikmati keindahan seperti itu, memang kena pegi ke private island dan tinggal di resort mewah.

Kalau pegi pulau biasa biasa tu memang tak dapat mengecapi keindahan sebenar Maldives ni.

Tapi berbalik jugak pada kemampuan masing masing, mungkin sekarang pegi bajet dulu, nanti kendian boleh pegi lagi dan bermewah mewahan semula.


Pemilihan Baros Maldives adalah sangat tepat untuk kami. Cukup puas hati walaupun terpaksa berkorban harga seekor lembu !


Maldives, sememangnya mempesonakan !

Tapi kalau pandai merebut peluang, kunjungan ke Maldives akan jadi luar biasa dengan bajet yang tak mahal mana.

10 : TIPS & RECOMMENDATIONS

Aku senaraikan beberapa tips untuk perkongsian bersama bagi yang ingin ke Maldives ni.

01. Travel gaya kembara dan ala ala bajet agak baru di Maldives, walaupun nak bajet harga penginapan agak mahal dari standard biasa. Jika stay di pulau yang besar macam Maafushi hotel lebih murah (RM180 - 600 per nite) semalam. Kalau nak stay di private island yang selalu orang pergi expect to pay (RM 1200 – 12,000 per nite).

Salah satu private Island di Maldives dengan kapal tradisional

Penginapan di Maafushi

02. Walaupun percutian ke Maldives lebih kepada trip mewah, tapi still ada ruang untuk mencari yang murah. Book penginapan awal.  Rancang perjalanan supaya dapat guna pakai cheap transport, makan dan cari cheap food yang local selalu lepak (Range RM 25-40) sekali makan dan survey excursions yang ada dan compare prices.

 
Maafushi Island

03. Not much information tapi boleh rely on wikitravel dsb. Orang Maldives pun agak friendly dan most of them boleh cakap English.

Belia belia Maldivian.. Dia orang ni tak kepam dan pandai merapi diri

04. Sila ambil maklum ferry awam tak banyak, jadi nak jimat pepandai susun itinerary. Speed boat memang pengangkutan utama di Maldives dan boleh jadi mahal.

Speedboat

05. Maldives adalah negara Islam. Jangan berseksi seksian, no alcohol dan jaga tingkah laku.  Benda benda yang merapu pun macam tak ada.

Jangan cuba cuba bercumbu di khalayak !

06. Kalau tak pegi private island, masih ada local island dan kawasan kawasan yang di khususkan untuk para pelancong.

Sunset di Maafushi

07. Mostly untuk mengecapi keindahan Maldives memang kena pegi private resort tapi bersedia untuk spend perbelanjaan yang mahal. Sekali seumur hidup.. cuba lah !

Private island

08. Setiap pulau di Maldives adalah berbeza. Dari segi air laut, keindahan pantai dan lain lain.

Tapi air memang jernih kat mana mana pun di Maldives ni

09. Tax adalah sangat mahal di Maldives. Ada government tax dan service charges lagi. Setiap perkhidmatan dari syarikat yang established dikenakan Tax 10% + GST 12% bagi setiap perkhidamatan yang ditawarkan. Selain tu pelancong akan di kenakan Green Tax bagi setiap orang untuk setiap malam (3 USD per night)

Undilah BN ! * tetiba

10. Take note tak semua pulau pulau ni ada bank atau ATM. Jadi sediakan wang yang mencukupi. Kad Kredit di terima secara meluas tapi ada charge di setiap transaksi.

Adik pakai jersey Ronaldo nanti besar jangan lupa majukan lagi pulau pulau di Maldives ni okeh?

11. Kelajuan internet di Maldives adalah boleh dibanggakan. Wifi di hotel penginapan rata ratanya laju dan berdaya saing.

Internet laju dan tak de lah siput

12. Expect cuaca yang tak menentu di Maldives. Low season agak OK untuk ke sana sebab murah tapi takut bertemankan hujan sepanjang masa. Apa pun tak boleh !

 
Sunrise yang tak berapa menjadi sebab dilindungi awan gemawan

Nasib dapat juga hari hari sunset yang lawa tapi cepat pulak hilangnya

Buah sukun

abang abang kakak kakak datang lah melawat negara iols...... kalau datang sekali, pasti sengsara menahan rindu nak datang lagi dan lagi......



Sejenak Ku termenung
Awan Pun mulai murung
Tiada Siul siulan burung burung

Menemani Hari ku
Menemani Sepi ku
Tersiksa Angkara menanggung rindu

Oh angin
Kau kirimkan kalimah kasihku
Agar dapat ku dengari kalamnya berbunyi

Biarpun sekadar cuma
Memujuk Hati
Akan Ku terus berdiri hadapi semua ini

Biarlahku Bersendirian
Terkurung Dalam kenangan silamku
Biarlah Aku
Menahan Rindu

Oh Angin
Kau Kirimkan kalimah kasihku
Agar Dapat ku dengari kalamnya berbunyi

Biarpun Sekadar cuma
Memujuk Hati
Akan Ku terus berdiri hadapi semua ini

Oh hati Kau sadarilah kenyataan ini
Agar dapat Ku gagahi dan terus berdiri
Biarlahku Bersendirian
Terkurung Dalam kenangan silamku
Biarlah Aku

Menahan Rindu
Menahan Rindu

Sekian. Semoga dapat menjadi panduan bagi yang bakal berkunjung ke Maldives kelak !

12 comments:

  1. tq for sharing..suka bc celoteh ..klakar..nanti nk bc psl pemilihan hotel

    ReplyDelete
  2. belum terbuka hati lagi nak pegi mungkin sebab bajet tak mencukupi.
    tunggu kakak ostajah kaya dan berjaya dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin.. moga kakak ostajah cepat kaya.

      eleh kalau kaya mesti kau gi bandung kan shopping?

      Delete
  3. Kami nak rujuk harga lembu utk raya haji tahun lepas ke tahun ni?

    Pelancong kena green tax, maka tidak la salah kerajaan Malaysia mengenakan tax pelancongan utk kita juga kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga lembu yang setara.. lulusan degree ker.. mahal skit. ahaks.....

      ala kalau 5 star buleh la nak impose. kalau setakat 2-3 star tak payah lah...

      Delete
  4. Org hitaly pegi maldives ttp x makang ikang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sahabat baik kan.... tak aci makan saing sendiri

      Delete
  5. tapi! pakai bikini berendam dalam laut boleh kan?


    eh RM2542 tu untuk 4h3m?
    Dan sejujurn-jujurnya face-to-face alip lam lam ha kena jujur, worth it tak pegi Maldives dan antara Mabul dan Maldives mana lebeh cantik. sebab ada kawan kata...maldives tu macam..emmm biasa2 dan sangap. ko asee??

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau private island bogel pun tak per..

      kalau pulau maafushi yang ada penduduk tu ada area area yang buleh mandi.siap berkepung kepung... so teruna teruna pulau tak leh skodeng sgt lah...

      yes harga tu all in utk 4D2N based on triple sharing lah.

      sejujurnya aku agree dgn member kau tu. kalau setakat dtg maldives dan pegi maafushi dan male semata... MABUL jauh lagi gah dan indah !

      Delete