Pages

Friday, July 7, 2017

Jom Makan : Dunia Nori, Cheras

Aku pun tak tau cemana nak tulis entry ni. Tapi aku nak share satu tempat makan yang sedap dan enak serta memukau selera aku !

Terletak di Taman Bukit Cheras, nama warung ni Dunia Nori.

Warung tepi jalan je.

Sebenarnya aku dah makan kat sini few times dan sebab aku rasa makanan dia sedap, so elok aku share je. Tapi aku tak berapa pasti sangat area ni so kena pepandai lah cari sendiri.

Warung dia gerai kayu je tepi jalan. So expect lah makan tengahari di temani dengan rasa panas kalau cuaca dan matahari bersinar terang

Jadi nya, kalau jenis tak kisah makan kat warung, aku sugesi Dunia Nori ni untuk memenuhi selera dan tekak masing masing. Aku datang dua tiga kali pun tak tau kedai ni nama apa tapi dah rasa best nak singgah sebab aku tau sajian makanan dia pun mantap dan lazat semuanya.

Aneka lauk pauk masakan Melayu

Tapi pekerja dia biasalah akak akak Julia Perez semuanya

Dan lauk mantap mantap ada tersedia

Aku cakap aku datang sini dah few times kan? Tapi cuma sekali yang ni je ambik gambar. Yang lain tu memang tak terfikir nak ambik. Tapi kali ni aku share.

So telah air liur masing masing melihat juadah sajian selera aku dan beberapa orang kawan kawan.

Siap hidang... protokol sikit

Bukan protokol mana pun. Cuma senang nak ambik gambar. Hahahaha

Lauk lemak dia memang mantap !

Daging salai, kadang ayam pun ada. Ikan pun sama.. tapi memang lemak dia terbaik dari lemak santai kelapa !

Sayur bagi menjaga pyramid makanan

Ikan... Aku tak pandang sangat ni

Segala paru, ke lemak, limpa, organ, piano.... benda benda tu la. Aku pun tak tau sebab aku tak makan pun

Kentang goreng, telur masin dan ikan masin.....  Menjulang tinggi darah naik nanti.

Air di lupa jangan. Segelas memang tak cukup... kena repeat order

Nom Nom Nom... Toleh kiri kanan. Bismillah.....

Bedal sampai licin.....................

Bagi aku ni warung yang menyediakan makan agak decent dan harga memang mampu jamu. Cuma lokasinya aku tak pasti tapi dekat dengan Shell Taman Bukit Cheras berdekatan dengan Pusat Komuniti Bukit Cheras.

Kat area ni juga ada warung Karipap Jong. Warung Bistro dan juga Restoran Doremon !

Ya. Serious aku tak tipu. Memang nama restoran tu macam tu, tapi aku tak pernah lah cuba try makan lagi.

Apa apa pun, selamat mencuba !

p/s Gerai ni tak de kena mengena dengan penyanyi ni, aku saja google...



Lirik tak de kat google.. Cari sendiri lah.

4 comments: