Pages

Saturday, July 8, 2017

Nasi Kandar Lawood Putrajaya

Lai lai lai... Jom makan nasi kandaq Lawood !

Aku pernah buat entry pasal Nasi Kandar Lawood dulu. Tapi ni cawangan asal di Desa Cempaka, Nilai.

Dan keluhanan aku di jawab dalam FB mereka selepas itu. Dan kini, untuk warga Putrajaya dan kawasan berdekatan dengan nya, Janji di cepati. Kata di kota-i, di masyurkan Nasi Kandar Lawood kini di buka di Putrajaya !!!!

* percikan bunga api sama kuah kari....

Terletak di bawah Hotel Dorsett, Putrajaya. Nama tempat ni Suria Mall.

Naik di tingkat 1

Dan cari lah.......... !

Jadi kalau tak sabar sabar nak pekena nasi kandar di sini, ayuh lah mencuba. Tak perlu jauh jauh ke Nilai dah. Tapi kalau nak gi Nilai 3 beli langsir ke atau kain kain, boleh je singgah ke cawangan sana.

Apa bezanya cawangan Nilai dengan cawangan Putrajaya?

Jeng Jeng Jeng... Jom usha.

Ruang yang lebih luas untuk diri bergerak bebas !

Boleh lepak di belah dalam. Ada kipas. Ada rasanya bilik khas yang ada aircond untuk tempahan khas.

Dan untuk yang inginkan angin sepoi sepoi bahasa Cina... boleh lepak kat luar.... !

Dengan view macam ni....

Dan nampak Masjid Besi

Jadi dah jelas, ruang di sini lebih luas dan boleh menampung lebih ramai pelanggan. Tak de lah cramp dan berpusu pusu macam di Nilai sana nuh !

Usha sikit deko dalaman restoran di Putrajaya ni.

Eh. Tak de gambar deko rupanya... OK. Now tengok tempat penyediaan makanannya pulak.

Nampak lebih bersih

Lebih teratur

Ayam nampak lebih sejahtera di sini

Penyediaan pun nampak lebih kemas dan rapi

Now nak cuba rasa makanannya di sini !

Order macam biasa... Ada menu. Harganya lebih kurang sama macam di Nilai

Minuman

Eh ! Tetiba ada yang rasa nak cuba roti canai nya. Verdict. So So saja....

Yang lebih menghairahkan nasi kandar ni...

Karinya yang pekat menambah selera rasa

Selamat menjamu selera

Makan sampai abis. Kenyang.

Verdict?

Hmmm ntah kenapa aku rasa makanan dia macam tak sama rasa yang di Nilai ! Maybe i am expecting too much or maybe sebab kat sini tak de orang so tak de semangat berebut rebut. Sini lebih santai so excitement makan tu macam kureng. Tapi personally memang aku rasa masakan dia tak berapa nak sama. Maybe ayam tak panas panas macam kat Nilai yang memang jadi hot stuff orang berebut.

Mungkin jugak sebab rasa yang tak sama buat orang kurang datang ke sini tak berpusu pusu macam yang di sana.

Apa apa pun, masih boleh di cuba kalau terasa dan teringin tanpa perlu gaduh gaduh drive jauh jauh. Yang pasti, pilihan di tangan anda.

Di Putrajaya ( sana ) menanti, di Nilai ( sini ) menunggu !

* rampas mic tangan bau kari



Seumur hidup aku
Ini yang pertama
Pintu hatiku diketuk
Oleh dua wanita
Punyai ciri selama ini ku cari
Berbeza wajah ayunya tetap asli

Kalau ku pilih di sini
Apa kata di sana
Kalau ku pilih di sana
Di sini akan terluka
Perlukah aku pilih keduanya
Bahagi kasih adil-adilnya

* Sungguh ku merasa resah
Untuk menilai sesuatu yang indah
Namunku ada pepatah
Yang aku gubah...

Di sana hanyalah menanti
Sampai bila pun ku tak pasti
Bertanya khabar melalui tinta
Jarang sekali bertemu muka
Namunku tahu dia setia

Dan di sini tetap menunggu
Berada jelas di mataku
Kasih tak luak terhadap aku
Sanggup menunggu kata putusku
Sayang ketabahanmu menawanku

Ku terima satu nota
Ringkas tulisannya
Dia sedia undur diri
Dan memaafkanku
Katanya anggap ini satu mimpi
Yang datang sekadar
Untuk menguji

Cuba lah.. Baru kau tau Kaw ke tidak !

Waktu operasi. Masa ni harga ada promo sikit...

Nasi Kandar Lawood Putrajaya
Tingkat 1, Suria Mall,
No 1,, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia

Open : 10 Am - 9.30 PM everday
FB : Nasi Kandar Lawood Puitrajaya

Selamat mencuba !

8 comments:

  1. Ayam separuh ekor? Lumayan harga tu.

    Tapi pelik pulak kuah dlm bekas asing tak campur sekali dgn nasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab ada yg tak suka kuah banyak kot.. kuah tu dia dah campur cuma bekas asing jer x campur dalam nasi kita

      Delete
  2. Replies
    1. haah dah ganti dengan kedai auntie rose ke apa namanya

      Delete
  3. Replies
    1. maybe org kurang pegi. rasa kurang authentic dr yang di nilai tu

      Delete