Pages

Wednesday, July 5, 2017

MALDIVES : Budget & Itinerary - Part 1

Maldives, tersohor sebagai salah satu destinasi syurga dunia pastinya ada dalam 'bucket list' ramai orang.

H O N E Y M O O N ?????????????

Betul atau tidak?

Memang dulu dulu orang pegi Maldives ni bersebab. Samaada meraikan hari hari penting, ataupun memang banyak sangat duit sebab bukan semua orang mampu ke Maldives untuk menikmati status 'syurga dunia' di sana.

 Maldives - Syurga dunia

Maldives yang sebenarnya bukan lah untuk semua orang ! Hanya yang ado ado jer mampu mengecapinya. Ya lah setakat pegi Maldives tapi tak merasai nikmat syurgawi yang bagai di kata tu, baik je pegi Bagan Lalang !

Opsss.....

Bertemankan sebuah kedamaian, pasir pantai yang halus lagi memutih, Pohon pohon nyiur mengilai-ngilai melambai adalah antara gambaran lain yang dapat diassociatekan sekiranya berpeluang bercuti di Maldives ni.

Belum lagi desiran angin bayu membawa diriku. Sepintas lalu ku terkenangkan mu.... Memori silam meresap malam.. Kenangan bersama ku simpan selamanya.

Eh ada yang menyanyi?

Hah ! Nyanyi la terus... Nyanyi dulu...


Angin bayu membawa diriku
Sepintas lalu ku terkenangkanmu
Memori silam meresap malam
Kenangan bersama tersimpan selamanya

Walaupun kau pergi jauh dari diri ini
Cintaku masih bersemadi di hati
Keyakinan kita kan kembali
Menghidupkan semula janji bara cinta

Kita bersama mengejar mimpi
Terpisah sementara kupasti
Suatu hari nanti
Cinta kita bersemi
Kembali menerangi
Mekar di taman hati

Walaupun jauh pandangan mata
Kuyakin kau kan tetap setia
Begitulah ku jua
Keikhlasan di jiwa
Dan cintaku hanyalah
Untukmu

Saban hari diriku menuggu
Khabar berita darimu di sana
Gerimis senja kembali reda
Kerinduan di jiwa
Kau jadi penawar

Rinduku padamu tak dapat ku terkata
Setiap saat waktu bagai terlalu lama
Bila kita kembali bersama
Hiduplah semula
Janji bara cinta

Yeah...
Mimpi yang dikejar telah pun menjadi nyata
teristimewa untuk anda semua...
Untukmu...

Dah abis nyanyi? Aci sambung?

Now, bayangkan percutian yang stress free dapat berbaring baring menikmati keindahan alam sambil cat cat kuku kasi kaler kaler sambil minum cocktail yang ada cherry !

Santai macam ni !

Sekian lama Maldives ini digambarkan sebagai destinasi yang indah dengan pulau dan biru laut pastinya mengamit sesiapa saja yang cintakan kedamaian alam untuk ke sana dan dalam pada masa yang sama, kemampuan kita selalunya terbatas dek kewangan dan hal hal lain.

Dan aku sendiri pun memang dah lama menyimpan niat yang sama. Alhamdulillah, tahun 2017 ianya menjadi nyata !

Highlight trip dah keluar di sini : Cinta Ku Tertinggal Di Maldives

Aku anggap trip aku ke Maldives ni memang rezeki Allah bagi untuk aku rasai. Bayangkan, punya lah lama aku riki riki tiket ke sana tak pernah nak murah. Tup tup satu hari tu, godek punya godek website Air Asia, tiket ke Maldives return adalah RM 377 seorang !


Terima kasih Air Asia X !! * cemolot gadis gadis Air Asia X sampai pengsan

Apa lagi, terus aku kerah warga GBS untuk turut serta.  Dah ajak OR aku dia tak mahu ! Dan aku pun rasa macam mental pulak kalau gi Maldives ni sorang sorang walaupun sebenarnya aku OK jer.

Aku, BW dengan IH beli tiket sebulan awal dari tarikh penerbangan. Aku rasa tiket tu murah sebab Air Asia ceased route ke Mauritius, so banyak tiket kosong dia orang kena resell. So kira rezeki kami lah tu !

Masa beli tiket excited bukan main pong pang pong pang... pastu senyap ! Sebab masing masing busy, last last minggu terakhir tu baru la berjumpa nak study mana nak duduk, apa nak buat. merangka itinerary dan lain lain lagi. Memang memula orang kata nak main redah je, tapi makin hari trip Maldives ni makin jadi lebih menarik !

Menarik sebab kami yang sengkek tapi nak cuba bercuti secara mewah dengan bajet yang tak berapa nak ada !

#kamicoba


Sampai masa, KLIA ku tinggalkan buat sementara....


Ayuh kita ke Maldives !

Tapi sebelum tu ambik tau dulu beberapa fakta mengenai negara Maldives.

01. Nama rasmi negara Maldives adalah Republik of Maldives. Tapi dia ada nama panjang lagi iaitu Dhivehi Raajjeyge Jumhooriyyaa. Ibu kota dia nama Male (Ma-ley) dan seluruh penduduk Maldives adalah berjumlah lebih 400 ribu orang.

Pakcik rakyat sejati Maldives tapi pakcik lahir di oversea... (pulau lain)

02. Memiliki lebih 1,190 pulau karang yang terbentuk dari sejumlah 26 atol. Lebih 200 pulau pulau ini berpenduduk manakala 80 adalah private resort. Keseluruhan kawasan Maldives di campur campur adalah separuh daripada saiz Singapura. 95% Maldives adalah lautan !

03. Istilah “atoll” berasal dari bahasa Divehi, “Atholhu”, yang bermaksud “karang seperti cincin yang melingkari danau” dan istilah atol merupakan satu-satunya perkataan Inggeris yang diambil dari bahasa Divehi ( bahasa rasmi negara Maldives)

Peta Maldives dengan gugusan kepulauan di setiap atoll

Tulisan Maldivian Dhivehi. Macam tak de beza jer kan

04. Maldives adalah negara dengan paras terendah dan paling rata di dunia dan perubahan iklim memungkinkan satu ancaman negara ini akan tenggelam.

05. Maldives adalah sebuah negara Islam dan merupakan negara Islam terkecil di dunia.. Minuman keras dilarang kecuali di hotel dan resort. Bagi pulau pulau berpenduduk, pelancong dilarang berseksi meksi di kawasan awam. 

Salah sebuah masjid di Male

06. Hari minggu di Maldives adalah hari Jumaat dan Sabtu.

Kebanyakkan wanita Maldives memakai tudung ( tapi apasal gambar bontot ni eh?) hahahaha


Haa. Makcik ni baru betul

07. Tahap celik huruf dan literasi di Maldives adalah antara yang tertinggi iaitu 98% dan 100% kanak kanak di sana bersekolah dan 99% daripada penduduk dewasa adalah berpendidikan tinggi. Dan jangan tak tau kat sana pun ada Maldivian Idols uolssss !!!

Stay tune everyone... I am going to be the next Maldivian Idols... * tarik key lagu Kuda Ku Lari Gagah Berani... (tak silap aku dua orang ni adalah hosts dia. hahaha)

08. Tahap perceraian di Maldives adalah yang tertinggi di dunia ! Maybe sebab kawasan berpulau pulau, dah benci senang nak lari ke pulau lain. Sudahnya bercerai....  #kureladibenci

09. Maladives adalah salah satu negara paling aman dan paling selamat di dunia. Tahap jenayah hampir tiada lagi lagi di resort dan pulau pulau persendirian.

10. Pada tarikh 26 Disember 2004, tsunami yang melanda Lautan Hindi ini mengorbankan 82 orang dan Maldives mengalami kerosakan teruk. 14 buah pulau terpaksa di kosongkan dan 79 pulau menghadapi krisis air bersih.

 
Private island di Maldives

Untuk bacaan lanjut : wikipedia Maldives | wikiTravel Maldives

Alamak ! Panjangnya intro................................

01 : VISA

Tiada Visa di perlukan bagi rakyat Malaysia untuk ke Maldives dan boleh tinggal di negara ini selama 30 hari. In fact, Maldives adalah satu satunya negara yang tidak mengenakan Visa masuk untuk mana mana warga. 

Sesapa aci datang.. Tapi....... wang besar ! wang besar !


Arrival Card. Di larang bawak masuk alchohol, pork dan porno. Di larang bawak keluar sand, seashells and corals.


Walaupun Maldives ni berpulau, tapi ada few pulau yang ada airport. Tapi kebanyakkan penerbangan antarabangsa akan mendarat di Velana International Airport, also known as Malé International Airport, previously known as Ibrahim Nasir International Airport. This is the main international airport in the Maldives

02 : WHEN/WHERE TO/HOW TO 

Maldives adalah beriklim tropika, dengan plenty of sunshine serta suhu sekitar 30 ° C sepanjang tahun. 

Cuaca terbaik adalah antara November hingga April. High season antara Disember dan Mac. Monsun melanda sekitar Mei hingga Oktober dan hujan menandakan low season untuk melawat Maldives.

Sepanjang kami di sana cuaca adalah baik. Hari hari cerah. Kalau tengahari memang panas. Dan time panas tu la sibuk nak snorkeling sampai gamat laut pun tertanya tanya kenapa species seperti mereka muncul lebih oversize dari mereka.

Senja di Maldives

Make sure pegi waktu tak hujan, sunset di Maldives adalah one of the kind.

Musim kering

Kata ada seribu ribu pulau, so pulau mana satu nak pegi? 

Jawapan dia... pegi la ke Pulau Pandan sebab Pulau Pandan jauh ke tengah pulau lain semua kat tepi tepi.....

* gelak simpul

Sebenarnya di sinilah yang membezakan orang ada ada dengan yang nan ado. Kalau kaya, mesti la pegi private resort ! Pilih je la mana mana pulau pulau yang menawarkan peluang mengecapi nikmat syurga dunia tu.

Tapi yang pasti, Hulhumalle adalah wajib sebab airport terletak di pulau ni. Ada penginapan juga di pulau ni.


Male adalah ibu negara bagi Maldives yang memiliki kepadatan yang luar biasa. Sibuk dengan aktiviti harian dan menyediakan banyak penginapan. Pekan Male kecik saja, 2-3 jam je boleh pusing habis semua area.

Selain tu boleh ke pulau pulau lain yang ada penduduk yang tourist friendly. Ada banyak pilihan resort dah penginapan serta kiosk kiosk yang menawarkan pakej dan aktiviti untuk pelancong.

Villingili yang terletak bersebelahan Male. Pulau yang memiliki pantai yang terdekat dari Male


Pelabuhan nelayan dan kediaman ramai warga tempatan


Maafushi adalah salah sebuah pulau yang menjadi destinasi pilihan

Terletak lebih kurang 3 jam perjalanan dengan bot awam dan menjadi pilihan untuk di kunjungi


Atau memang ingin mengecapi syurga duniawi di pulau Maldives ni? Boleh la pilih mana mana pruvate resorts yang ada.


Water Villa yang cukup synonym dengan destinasi percutian mewah di Maldives

The problem nya is HOW TO?

Barang di ingat, untuk bergerak dari satu pulau ke pulau yang lain, memang kena naik bot. Ada pulau yang mempunyai jaringan pengangkutan awam ( lebih murah )

Jadual ferry di Maldives : Male City Ferry


Ferry awam


Ferry kayu untuk perjalanan dan penangkutan dari sebuah pulau ke pulau yang lain

Ferry awam memang murah tapi kena ikut jadual mereka dan kekerapan ulang alik tu berbeza. Cara lain adalah speed boat dengan kadar tambang yang berbeza ( in USD ).


Speedboat

Dan sudah pastinya sekiranya ke private island, selain daripada naik sea plane, speed boat di sediakan oleh pihak resort khas untuk tetamu mereka. Kena ingat, most resort impose different transportation cost dan transportation cost ni adalah boleh jadi lebih mahal daripada harga bilik penginapan dan charge dia ikut kepala.

Jadi, awas dan waspada dengan transportation cost di sana ! Well kalau banyak duit, nak kisah apa?

03 : CURRENCY

Currency Maldives di panggil Rufiyya.... ala ala Rupiah sebutannya.  Tak available untu di tukar di Malaysia. Seeloknya di tukar sewaktu tiba di airport Maldives. Tapi oleh kerana kebanyakkan urusan urus niaga menggunakan USD, maka tak perlu tukar banyak Rufiyya banyak banyak. Cukup untuk bekalan beli yang runcit runcit jer.

Matawang adalah Rufiya. (1 USD = 15 Rufiyya)

Exchange di airport Maldives

Matawang Rufiyya

Kami cuma tukar USD 100 ke Rufiyya (MVR) untuk beli beli barang barang runcit, kedai makan & kedai kecil.Tu pun tak abis guna.

04 : ACCOMMODATION

Ni part paling tricky. Datang Maldives nak feeling feeling mewah atau just datang Maldives sekadar nak datang Maldives dan chop passport?

Tu lah persoalan yang bermain di kepala kami sewaktu nak decide untuk penginapan di Maldives ni.

Actually, penginapan di Maldives ni banyak range, tapi harga memang mahal even yang bajet punya. Persoalannya yang bajet pun dah mahal, apatah lagi yang memang consider mewah di mata masyarakat !

Jadi berdasarkan itinerary, kami stay di Villingili, Maafushi dan selebihnya kami decided to splurge !

Malam pertama di SeaHouse Villingili. Actually IH salah book ni. Sehari sebelum berlepas baru sedar yang hotel ni kat Villingili yang mana kena naik few ferry malam malam buta dari airport nak sampai ke sini.

Stingray Beach Inn di Maafushi

Dan seterusnya....for the sake of nak merasa nikmat syurga dunia.... Baros Maldives...jadi pilihan.

Dapat jugak la rasa how it is feel like to travel in lux

Nanti aku buat entry lain cemana kami came up dengan decision dan kenapa kami pilih resort tersebut.

05 : ITINERARY AND ACTIVITIES

Ni aku punya itinerary, tak semestinya kena ikut. Maybe boleh bagi some ideas..

Day 01 :  KLIA2 TO MALE (Velana Airport, Huahumalai) to VILLINGILI

Flight 6.55 pm dari KLIA2. Sampai di Male 8.10 malam. Penerbangan KUL - MALE adalah 4 jam 15 min with Air Asia. Maldives 3 jam lewat dari Malaysia.

Tukar duit Rufiyya dekat airport MALE. (Resit simpan untuk tukar balik duit jika tak habis guna )

Kami tak beli pun internet sebab aku buleh travel je tanpa internet time travel tapi kalau ada bagus juga cuma harga agak mahal. Starter pack MVR30, 2GB data for MVR199. Tapi internet di hostel/hotel di Maldives rata ratanya laju.

Ferry Hulhumalle to Male : MVR5.50 (RM1.50) per pax.. Sekejap jer. Ferry every 15 mins except Friday
Teksi to Villingili Ferry Terminal (MVR30)
Ferry to Villingili : MVR3.50 (60 sen)
Overnight di Seahouse Maldives TopDeck - Tak recommend sangat. Jenuh aku tunggu tuala sampai besok baru dapat !

Day 02 :  VILLINGILI TO MAAFUSHI

Pagi pusing pusing Villingili ( small but quite interesting )

12 PM ferry ke Male ( 10 minutes)
03 PM ferry from Male to Maafushi. MVR 22 ( RM 6) - Bot slow 1 jam 30 min. Aci layan perasaan je lah. ( ferry awam memang kol 3 pm daily except for Sunday Tuesday and Thursday) Kalau naik speedboat 25 USD (45min)
05 PM Sampai Maafushi, check in dan pusing pusing Maafushi dan tunggu layan sunset.
Overnight Stingray Beach Inn. Resort OK. Bilik selesa. Tapi dinner mahal gila. Tak sedap lak tu !

Day 03 : MAAFUSHI TO MALE TO HULHUMALLE TO BAROS

7 am Ferry dari Maafushi to Male dan teksi to jetty dan ferry to Hulhumalle. ( ferry dari Maafushi kul 7 am  daily or 12.55 pm on Monday, Wednesday n Saturday). Beli tiket kat kedai nama AAOHAA. Beli malam sebelum bertolak.
10 am Dari airport, boat membawa kami ke Baros Maldives ( 30 minit)
Percutian ala mewah bermula.

Cat cat kuku... * Blow.... lukis gambar penyu kat kuku pastu tukar gambar seladang ( kuku besar tempurung ke apa ni?)

Pastu snorkelling dan bersatu dengan hidupan laut.

Day 04 :  BAROS MALDIVES

Sambung cat kuku lagi.... kuku kaki pulak ! 

6 pm Bot ke airport.
2 jam menangis sedu sedan tak nak balik !
10 pm. Flight balik ke KLIA2.

Percutian tamat. Percutian mewah berakhir dengan sedih hiba dan duka lara sebab tak puas !

Aktivities di Maldives? Depends.. antaranya.....

Sea sport. Maafushi ada

Mandi manda. Maafushi atau private island. Kat Male tak de orang mandi !


Snorkeling pakej


Di Maafushi macam macam ada


Aktiviti yang disediakan oleh pihak resort dan kiosk kisok pelancongan. Boleh jalan jalan dan survey harga


Tour dan trip

Sandbank

Banyak je aktiviti yang ada untuk di pilih

Dan bagi yang ada duit skit dan nak rasa pegi ke resort resort mewah yang ada tu. Ada one day trip ke resort resort terpilih. 

Pakej berbeza mengikut resort, activiti dan coverage yang ada. Kalau tak nak menginap di resort mewah ni la salah satu cara yang ada untuk feeeling feeling tumpang merasa syurga dunia. Cuma tak dapat bermalam je lah di sana. My recommendation pegi Taj or chain hotels yang well known, confirm feeling tu rasa lama sikit melekat di jiwa !

Study dulu aktiviti yang ada dan survey harga supaya tak di tipu

Buat la aktiviti apa pun yang penting jangan buat masalah di negara orang !

Eh. dah panjang bebeno.

Lenguh!

Sambung esok lah !

bersambung........

18 comments:

  1. Oohhh. Ingatkan haritu pergi dgn OH.

    Tulisan tu mcm arab khat rakaah je.

    ReplyDelete
  2. harga water activities dia mmg fixed atau bleh bargain?

    alahai shanteknya sandbank ittuuu

    rugilaaa OR tak hikut...dia takut matahari ke. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh bargain rasanya... kena pandai pandai usha... kalau abg kekar maybe harga mahal skit. kalau slim shaddy.. murah skit la.. hahahah....

      OR aku tu menjaga kecantikkan terlebih. hahahah

      Delete
  3. Tq weh... smua info yg dikongsi slmt afzan guna masa kat maldives haha

    jemput ke blog saya ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sebab sudi baca
      terima kasih sebab ajak singgah blog anda
      tapi mcm nak meniaga jer

      Delete
  4. Omg okay nak study entry maldives.. tickets secured... honeymooning hehe 😍

    ReplyDelete
  5. Salam..nak tanya booking hotel guna apa ye? Amek tru travel agency or guna booking je? Thanx ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. booking sendiri je...

      agoda boleh.. tapi better compare rates dgn official website.. kdg kdg official websites offer lebih benefits

      Delete
  6. tq for sharing..part plg kelakar pulau pandan..he.he..he

    ReplyDelete
  7. Nk tny yg pakej hrga ke luxury resort tu $25 tu blum cmpur yg entrance fee $85 ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti tapi rasanya ia la kot. 25 utk transfer je. 85 tu nak masuk resort dan guna facilities. maybe ada lunch etc.. kena check balik dengan operator pakej.

      Delete