Pages

Saturday, February 4, 2017

GBS Road Trip New Zealand - 23 | Day 09 : Lake Tekapo - Christchurch - Auckland

Hari ke 09 di bumi indah New Zealand !

Hari ini kami bakal meninggalkan South Island dan kembali ke Auckland. Perjalanan di South Island bakal tamat dan kami ada saki baki seharian di North Island untuk explore Auckland sebelum berangkat pulang ke tanahair.

Rasa semakin berat untuk kembali, tapi rindu asyik bertandang teringatkan orang orang yang tersayang.

Good morning ! Bangun subuh tengok salji dah melekat lekat.

Menikmati teh o panas di kala salji melanda. Lagi haru,,,, rokok tu adalah sebatang yang terakhir !!!

Beyonce selepas seminggu di dera fizikal dan mental. BW tetap nak usung bawak balik. Sentimental value katanya...  Hujung2 aku jugak yang kena pikul....

By the way, terima kasih Beyonce di atas keringat dan kasih sayangmu..... Jangan nanti terasa hati bila kau dah tak dipandang lagi. Pegi buat plastik surgery ya supaya kekal mongel dan berahi.

Pagi tu kami bangkit awal di Lake Tekapo. Tak de apa apa lagi yang perlu di lakukan di sini. Cuma perlu cepat cepat berkemas dan bergerak menuju ke Christchurch sejauh lebih kurang 230 km untuk penerbangan ke Auckland jam 12.45 tengahari.

Cukup masa untuk kami bergerak dari sini dan sampai ke Christchurch semula.

Ternyata pagi tu, Lake Tekapo mengucapkan selamat tinggal kepada kami dengan sedingin salju. Salji turun sejak semalam lagi buat kami lena sampai ke pagi.

Pagi tu usha dulu kawasan sekitar Lake Tekapo sebelum kami berangkat pergi.

Salji turun dan agak memutih

Dengan cuaca waktu pagi masih ditemani kedinginan sepi

Mengiringi kepergian kami meninggalkan bumi South Island ini

Lepas packing dan bersiap siap kami bergerak meninggalkan Lake Tekapo untuk ke Christchurch.

Bye bye Lake Tekapo

Laluan Lake Tekapo - Fairlie yang agak scenic. Hari tu lalu malam, kali ni dapat nikmati juga pemandangan

Laluan terus menuju ke Fairlie

Sempat singgah sebab nak ambik gambar dengan jerami. Musim sejuk ni tak banyak yang kami jumpa

Perjalanan ditemani awan mendung

Tapi sesekali mentari mencerah

Sampai di Geraldine aku dah jadi hilang arah.

Perjalanan kali ni terasa sunyi. Masing masing diam melayan perasaan. Especially aku sendiri. Rasa resah di hati dan tak senang duduk dibuatnya. Sejam lebih tak merokok rasa rengsa mula mendatang !

Last sekali aku cakap dengan IH.

"Nampak kedai kau stop kejap. Nak cari barang jap"
"Jangan lupa beli roti ya"

BW menambah. Dia ingat aku lapar agaknya. Lapar memang lapar, tapi ada lagi yang lebih penting.

Pekan Geraldine

Usha kedai. Tapi bukan yang ni

Dah masuk pekan Geraldine.

Pekan

Kemusykilan melanda. Takkan tak de?

Hmm. Abis lah !

Oh yeah. Ini mungkin ada !

IH berhenti tepi jalan dan aku berlari masuk ke dalam kedai.

Usha usha dekat kaunter cashier tengok macam tak ader apa. Ambik roti dan buat buat nak bayar.

"Do you sell cigarette?"
"Yes. We do.. What kind of cigarette you want?"

Rupanya rokok rokok tu di simpan dalam kabinet dan tidak di pamerkan secara terbuka.

"Red Dunhill. and how much does it cost?"
"25 Dollar"

Tetiba rasa nak pengsan dan rebah dengan mulut berbuih !

Rasa nak tercabut urat merih bersembur keluar darah darah kotor dari badan bersepah sepahan di lantai.

"Mahalnya...................................................... ! Korang nak gi Haji cepat ke jual rokok mahal mahal ni?"

Getus hati dan perasaan aku tak puas hati.

Nak beli ke tidak? Hmmm apa lagi option aku ada? Aku perlukan nikotine sampai esok ! Kalau tak de memang resah gelisah la aku bakal di buatnya.

"OK. I'll take it"

Bayar dan lari masuk ke kereta. Tetiba rasa macam orang kaya. Gitu gitu je bagi duit walhal banyak tu boleh buat macam macam kat NZ ni.

Sebaik je masuk kereta, terus rasa nak menangis hiba kat dashboard. Tetiba rasa sebak sebab baru je beli sekotak rokok dengan harga RM 75.

"Barbara...... Please help me !!!!"

* mati la mengadu kat pompuan psycho tu tapi dia tak moh layan.

Oh my god. Ini rokok paling mahal aku pernah beli untuk sekotak seumur hidup aku !

Telek telek kotak rokok. Baca semua apa yang di tulis. bukak slow slow pastikan jangan ganas ganas. Mahal ni ! Pegang sebatang rokok, keluarkan. Letak di bibir.... nyalakan sebatang....

Fuh........................ !!! Nikmatnya sampai ke dinding weyyyyy......

* gelak serabai tanda gumbira.

Nikotin mula kembali menjelajah ke dalam diri.........................

"Pi la kau Barbara... menyombong !"

*saja cari gaduh

Hisap slow slow rasa macam nak sampai habis puntung puntung sekali nak di telan sebab mengenangkan harga yang tak mesra alam. Rasanya tak sedap sangat tapi kenikmatan itu tetap ada dan mengukir senyuman tanda kepuasan di jiwa.

Kembali kan keindahan ku..................

* sengeh sambil pandang kiri kanan

Perjalanan di teruskan dalam cuaca mendung dan gelap berawan

Perjalanan lepas tu jadi bertambah mencabar.

Dengan hujan. Angin. Siap salji turun. IH terpaksa drive slow slow. Agar berdebar gak la bila ada sesekali tu berselisih dengan treler tiba tiba cermin depan macam disimbah air. Terus tak nampak apa. Yang penting jangan kaget.

Keluarkan rokok sebatang lagi, dan pasang. Hembuskan asap ke luar tingkap dan beraksi cool macam Cowboy.

Fuh Fuh Fuh...... 

Lori lori besar

Masih jauh perjalanan

Kena lebih berhati hati

Melintasi pekan Ashburton

Melintasi Rakaia Bridge. The longest bridge in New Zealand

Terus menghampiri Christchurch

Dan kami terus ke Christchurh Airport untuk pulangkan Sepiah dulu.

Di Christchurch pun sejuk beku. Ada snow jugak mungkin turun semalam.

Di sini lah saat saat yang memilukan.

Saat terpaksa berpisah dengan Sepiah.
Saat saat terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada South Island.
Dan paling menyedihkan.... Saat saat merelakan Barbara pergi dari sini.

Hujan dan dingin kota Christchurch seolah olah meratapi perpisahan ini..............



I don't want to say goodbye
Let the stars shine through
I don't want to say goodbye
All I want to do is live with you

Just like the light of the morning
After the darkness has gone
The shadow of my love is falling
On a place where the sun always shone
Don't you know that's where our hearts both belong?

'Cause I don't want to say goodbye
Let the stars shine through
No, I don't want to say goodbye
All I want to do is live with you

Together our two hearts are strong
Don't you know that's where our hearts both belong?

'Cause I don't want to say goodbye
Let the stars shine through
I don't want to say goodbye
All I want to do is live with you
All I want to do is live with you

"Biar apa jua kenangan pahit yang kita tempuhi bersama. Jauh di sudut hati abam, Bra...kekal istimewa dan tersendiri"

* pusing belakang dan muntah hijau.

"Bye Barbara. Jangan lah kau menangis sayangku. Kesatlah airmata palsu mu itu. 

Terima kasih kerana menemani kami sepanjang masa di South Island ! Jaga diri dan dara mu baik baik. Jangan sampai terjerumus ke lembah yang hina. Godaan syaitan ni bermacam macam rupa, moga Barbara kekal istiqamah dan moga sentiasa bersyukur dan sentiasa husnuzon, Ingatlah Bra, setiap perkara yang berlaku itu ada hikmahnya. 

Everything happens for a reason, you know? You cannot sokmo sokmo like that !! Not good...."

* mati la kena kapak dengan orang ramai ni

Urusan pemulangan Sepiah amat mudah. Cuma parking di tempat yang disediakan dan masukkan kunci di dalam kotak. Pantas.

Selepas berkucupan mesra cemolot tak henggggaaaaat dengan Barbara, kami bergegas ke airport.

Sampai Christchurch Airport. 

Sejuk gila time ni.

Terus check in selepas settlekan pulang pocket wifi etc

Sementara beratur nak check in, BW pegi uruskan pemulangan pocket wifi. Lama jugak dia kat sana. Rupa-rupanya BW cakap masa diorang check pocket wifi tu diorang cakap pocket wifi tu lain daripada yang dalam rekod. Ah! Sudah. Dah jadi hal pulak. Beriya iya orang tu check. Telefon sana sini. Kami speku minah yang jaga kaunter masa kami ambik pocket wifi hari tu tertukar dengan yang lain. Sebab minah yang jaga kaunter masa nak pulangkan tu orang lain.

Menunggu untuk berlepas

Dan kebimbangan kami menjadi kenyataan lagi bila mana pesawat diumumkan lewat dan delayed sehingga jam 2 petang.

Argh ! Damn U JetStar !

Nak tak nak terpaksa lah menunggu.

Terpaksa lepak lepak kat airport

FM memang mahal. Mampu tengok jer

Agak lama menunggu, masing masing dah kelesuan. Akhirnya pengumuman di buat dan pesawat dah pun tiba.

Masuk dalam flight terus masing masing pengsan !

Tak sempat nak view suasana

Akhirnya selamat mendarat di Auckland Airport, Domestic Terminal

Dekat airport kami naik pick up ke tempat ambik kereta yang kami sewa di Auckland ni untuk kadar sehari.

Mulanya kami sewa Nissan Tida. Tapi masa kat kaunter, diorang kata boleh upgrade ke Toyota Corolla dengan bayaran ikut balingan dadu! Sebab ada promosi katanya. Maknanya paling tinggi pun tambah NZD 6 je. Baling-baling dadu dapat nombor 5. Chehh, memang tak bertuah. So, kena tambah extra NZD 5.  

Dapat kereta kami terus bergerak dan cari masjid nak solat dan cari kedai nak makan. 

Dan perjalanan kami tidak kesunyian lagi. Kali ini kami bertemankan, BETTINA !

Garmin yang didatangkan khas dengan Toyota Corolla ni. Cuba cuba beramah mesra dengan dia, Suara Bettina ni lebih kasar. Jauh berbeza dengan Barbara.

Bettina nampaknya lebih tegas dan lebih cekap. 

Tapi aku sudah berjanji tak mahu ada hubungan kasih dengan mereka mereka jenis ni !  Rosak perasaan aku nanti.

* mati la di tuduh sewel

Walaupun agama anutan Bettina di ragui, tapi beliau jelas tampak cergas dan mantap membawa kami ke masjid yang ada tak jauh dari Auckland Airport.

Masjid Auckland Airport. Kami ke sana dan solat dulu.

Dan di depan masjid ni ada kedai Halal yang jual daging dan barang runcit. Ada jugak kiosk menjual fast food di situ.

So kami singgah order ayam goreng.

Supermarket depan masjid

Riang dapat makan ayam. Banyak lak tu. Makan dalam kereta sebab kat luar angin kuat dan sejuk gila

Sempat usha dalam kedai ni. Kiranya tempat terbaik untuk mendapatkan sumber bekalan dan barangan halal

Dan Nescafe pun ada. Harga tak mahal mana. Tetiba rasa sebak dah lama tak minum kopi macam ni.

Abis makan, cuaca pun dah petang. Kami tak de sebarang rancangan pada mulanya.  Tapi rasa macam nak tengok sunset dari Auckland ni.

Lokasi tujuan, Mt Eden.

Jalan agak jem. Sunset pun macam tak berapa nak ada

Sampai sudah kami tak jumpa jalan ke Mt. Eden.

Bettina ni rupanya perangai lagi teruk. Kalau dia bawak kita pegi satu satu tempat, bila dah tak jumpa dia buat bodo je mendiamkan diri !

"Hey Bettina, kami bayar kau, kau tau. Motip servis out? Memang dasar tak sedar di untung !!!"

* marah.

Tak jumpa jalan naik ke Mt Eden dan sunset pun nampak tak de, so malam tu kami berlegar legar di sekitar kawasan bandaraya Auckland. Kononnya nak menikmati suasana malam di situ.







Sudahnya kami pun tak tau mana di bawa nya kami oleh pompuan sengal Bettina ni !... Servis hauk ! Rupa dah la tak berapa helok. Tetiba aku rindukan Barbara.....

Bra.......................... moga kau tenang di sana. Jangan lupa. Husnuzon !

Dah tak tau punca, sudahnya kami suruh Bettina bawa kami ke penginapan kami. Memang sesat barat jadinya. Dah lah bawa jalan yang salah pastu buat bodo. Senyap jer. Rupanya hang ( kejong ). Patutnya ikut highway, tapi tersasar jauh ikut celah-celah perumahan. Dah lah lambat bertindakbalas.

Hampas! Dah terpaksa kami makan langsat !

Akhirnya sampai di rumah penginapan selepas penat berpusing pusing sekitar Auckland.

Nasib baik penginapan malam tu taraf 5 star !

Bilik luas dan selesa

Segala amenities dan facilities ada

Menjadikan tidur malam tu tersangat lah lena....

Tamat hari ke 09 di bumi Kiwi ini.

Esok masih ada sehari lagi sebelum kami berangkat pulang ke halaman pertiwi !

* chicken dance

bersambung..............................

10 comments:

  1. Gong ah, cemolot Barbara ke ludoh atah muko ye? Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah last last cemolot la skit..... supaya meninggalkan kenangan manis abadi...

      * uwekkkkkkkk

      mutoh blana

      Delete
  2. Singgah di tempat yang sama juga... masjid dan supermarkat tu... lega dapat makan ayam goreng kat situ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.. ayam goreng tu rasa sedap dia menusuk ke kalbu... walaupun sebenarnya tak de lah sedap mana dan ayam dia besar mcm apa je saiz dia

      Delete
  3. betul-betul baakr duit namanya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak baik kata gitu.

      terguris hati dan perasaan seorang insan yang bernama smoker tegar.....

      * lari menangis belakang pasu

      Delete
  4. Alamak. Minta maaf takde niat utk mengguris hati dan rasa. Minta maaf ye. Betul ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alah tak de apa apa lah. saja main2

      perokok tegar jiwanya kental

      Delete
  5. Boleh tak nak tau company car rental tu.? Dan mcm mane book? 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. cari kat part budget and itinerary.. ada tulis dalam tu rasanya

      Delete