Pages

Thursday, November 17, 2016

Jom Makan : The Iconic A&W Petaling Jaya

Dalam memilih tempat makan kadang kadang kita pilih tempat makan sebab makanannya yang enak dan lazat. Tapi terkadang jugak, ada sebab sebab lain yang buat kita datang berkunjung semula ke tempat yang sama.

Mungkin kerana kenangan.

Mungkin kerana sejarahnya.

Dah lama tak gi usha A&W Taman Jaya Petaling Jaya yang rasanya cukup dekat dengan warga sekitar dan ramai orang yang pastinya ada kenangannya tersendiri dengan tempat ni.

The iconic A&W PJ

Satu fakta penting yag perlu di ketahui mengenai kewujudan franchise A&W di Malaysia ini adalah :

The A&W franchise was brought into Malaysia in 1963 by Mr and Mrs Lie Boff from USA. The Lie Boff family opened their first outlet in Jalan Tuanku Abdul Rahman making it the first fast food outlet in Malaysia. This was followed in 1965 with the first Drive-in restaurant in Petaling Jaya.

So, fakta tersebut jelas mengatakan yang restoran drive thru A&W ni telah wujud sejak dulu lagi dan sudah pastinya seiring dengan masa dan zaman, ramai warga PJ dan sekitarnya pasti tidak terlepas peluang untuk mencuba dan singgah makan di sini.

Ada yang tak pernah?

Drive thru

Bagi aku sendiri, bangunan dan lokasi restoran A&W ini memang mempunyai kenangan peribadi. Dulu dulu masa zaman muda belia selalu jugak la lepak kat sini sebab sini bukak 24 jam dan memang senang nak jadi port melepak atau bertemu sua dengan kawan kawan.

Dan kalau tengok drama ke filem Melayu dulu dulu... kalau ada adegan sepasang kekasih dating, borak borak pastu ada air kat tepi pintu kereta tu. Confirmlah tu kat sini !

So kalau yang memang lama dan biasa dengan area Taman Jaya ni sudah pastinya tempat ini begitu dekat di hati dan punya memori tersendiri.

Bangunan yang masih mengekalkan ciri ciri binaan asal

Beberapa tahun lepas ada ura ura mengatakan yang KUB sebagai pemegang francise A&W di Malaysia ingin merobohkan bangunan restoran ini dan cadangan tersebut telah mendapat tentangan dari banyak pihak. Rata ratanya menyifatkan, bangunan A&W ini cukup iconic sehingga boleh di jadikan sebagai salah satu ikon bandar Petaling Jaya.

Namun, cadangan tersebut senyap macam tu je dan dengar cerita, bangunan ini tidak akan di robohkan malas akan ditambahbaik bagi memberi keselesaan kepada pelanggannya.

Yahoooo !

Masa ada ura ura nak robohkan bangunan ni dan aku terbaca kat paper, rasa terperanjat boboi la jugak. Ya lah... walaupun sekarang ni aku jarang pegi, tapi merobohkan bangunan yang cukup bersejarah dan banyak kenangan ini seolah olah menghapuskan satu penanda penting yang pernah wujud di PJ ni.

Poyo tak aku berfikiran macam tu? Walhal bukan selalu gi makan dah pun.

So....................... baru baru ni terasa nak gi usha, so aku kerah budak budak dan kami gi dinner kat sini. Saja pegi mengimbau kenangan silam duduk lepak lepak dengan kawan kawan dan manusia manusia yang pernah hidup di zaman pra sejarah aku dulu.....

Keadaan dan suasana tetap macam dulu dulu. Orang selalu je ramai

Ruang dan tempat makan pun still masih sama lagi

Tempat order waffle, tandas dan tempat celebrate birthday masih kekal yang sama macam dulu dulu.

Cuma kali ni memang orang lain macam je ramai. Aku pun tak pasti, sedap sangat ke A&W ni atau orang datang ke sini semata mata untuk merasai suasana makan di sini?

Memang tempat ni sesuai untuk yang bercinta. Yang solo. Yang putus cinta dan yang sepi melara

Alang alang datang nak usha kawasan, sambil sambil tu nak jugak la makan makan.

Kurang keep track dengan menu terkini dia. Urusan order semua OR yang uruskan

Orang beratur ramai boleh tahan

Princess nak waffle. So order waffle lagi di sini. Waffle dengan ice cream dia seingat aku dulu agak to die for gak lah. Dulu dulu kat mana lagi nak dating makan waffle dengan ice cream? Sini je lah !

Waffle dengan sirap

Ni waffle yang agak high end sikit

Menu makan malam. Haloba kan?

Anak anak aku ni kalau bab mengorder macam nak makan seminggu.

Ni lagi

Ada lagi

Ni adalah wajib di A&W

Jadi setelah sekian lama tak datang singgah ke sini, akhirnya berjaya jugak sampai. Suasana yang tetap tak berubah walaupun makanan A&W bagi aku biasa biasa jer. Tu kalau makan kat sini rasa OK sikit, kalau gi outlet A&W yang lain rasa macam tak lalu jer.

Nasib baik tak jadi di robohkan. So bebila boleh berkunjung datang lagi. Bagi yang teringin tu, sila lah ke sana. kat Taman Jaya tu banyak Pikachu boleh tangkap Pokemon !

Business hour

A&W Malaysia  
9, Lorong Sultan,
Seksyen 52,
46200 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia

FB : A&W PJ
A&W Malaysia

Layan satu lagu kenangan.



Kenangan demi kenangan
Menjelma kini
Kau hadir dalam bayangan
Mencipta seribu mimpi

Kau hulurkan sekuntum bunga
Mekar mewangi
Sayang hanya seketika
Bunga layu hilanglah seri

Musnahlah kini ikatan janji
Sebuah harapan hanya ilusi

Hatiku sering meronta
Harap kau kembali
Tapi aku sadari
Ini semua takkan terjadi

Kekerasan hatimu sayang
Aku mengerti
Untuk apa aku merayu
Seandainya engkau membenci

Namun begitu kaulah lagenda
Bertapak kukuh dalam cinta kita

Kasih engkaulah lagenda cintaku
Masih terdengar suaramu yang merdu
Kasih engkaulah lagenda cintaku
Masih terbayang wajahmu yang ayu

Musnahlah kini ikatan janji
Sebuah harapan hanya ilusi

Kasih engkaulah lagenda cintaku
Masih terdengar suaramu yang merdu
Kasih engkaulah lagenda cintaku
Masih terbayang seraut wajahmu

20 comments:

  1. outlet Jln TAR masih beroperasi lg..ayam goreng dia kureng sikit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang sebelah Insaf tu ke? Selalu ada promo jual air root beer kat depan kedai.

      A&W lain rasanya tak kick mcm kat Tmn Jaya ni.

      Delete
  2. saya pun banyak kenangan kt a&w ni..dulu tinggal.kt pj..selalu jogging kt tmn jaya lps tu makan kt a&w..
    dah berbelas tahun tk pegi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas jogging pastu makan fast food.. hmmmmm berjaya tak kurus?

      Delete
  3. Seronok gak kdg2 pergi. Tp last gi hangin skit, sbb depa suka2 bg balance xcukup 5sen. Bila tny br nk bgtau dah kehabisan syiling 5sen. Klu 1000 customer hr tu, senang2 je depa wat duit rm 50...

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi.... marroh abe.

      tak per. gi report kat tribunal... hehehe.

      cust service ni mana mana pun ada je yang suka buat masalah. tapi maybe kat A&W ni org selalu ramai. pekerja dia tak menang tangan kot

      Delete
  4. Memang mengimbas kenangan la Meng...aku dulu pun suka lepaking kat sini..masa tu rasa macam dah curlass sangat la...tapi pada aku menu A&W memang lain sikit dari fast food resto yg lain...yg paling win pada aku waffle and rootbeer :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mengimbas ke mengimbau?

      kau dok sini scanning orang eh??? ngaku cepat !

      Rootbeer float dia sedap. ayam dia dulu mcm ok. skrg mcm dah berubah wajah. Dah tak sesedap dulu.

      Delete
  5. Masa berchenta dulu A&W memang jadi port, minum float rut-beer je pun. Nak order lain tak dok pitih !

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau minum root bear tu dah kira grand la tu acara dating.

      set set have have

      Delete
  6. mmg lagend A&w ni, yg ada kt jalan tar pun juz2 je

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat federal highway ada 1 kat tol subang tuh.. rasanya menu dia mcm lain lain setiap outlet.

      Delete
  7. sedapnya tapi kt alor star ni xda plak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. xdaq ka?

      * tetiba ckp utagha...

      dtg kl sekali sekala buleh la dtg singgah. tumpang rasa hype kat sini

      Delete
  8. Semalam pergi A&W kat R&R sg. buloh tapi agak mengecewakan. Beli set harga RM 15 tapi burger nya tak semenggah mana. Huh! Next time nak pergi kat Taman Jaya ni jugak, lebih feel kot.

    ReplyDelete