Pages

Friday, July 15, 2016

Jom Makan : Zam Zam Restaurant, Kuala Lumpur

Zam Zam Alakazam !

Siapa yang pernah ke Singapore mesti tau yang salah satu port melantak di sana adalah Restoran Zam Zam dekat Bugis.

Aku sendiri pernah berkunjung di sana dan menikmati hidangan yang agak sedap di lokasi mereka di Bugis Street.


Dan aku pun dah few times lalu lalang di KL dan perasan satu kedai dengan nama yang sama. Lama dihinggap kemusykilan adakah ini cawangan Restoran Zam Zam tu di KL. Tapi tak de pulak dengar ia menjadi tumpuan ramai untuk menikmati Sup Tulang Merah maupun Murtabak Singapore yang famous tu.

So sebab tak berapa viral aku pun tak berapa berkeinginan nak usha sehinggalah aku ada keje di tengah KL so aku bagi cadangan untuk makan tengahari di sini pada ahli member.

Lokasinya di Jalan TAR. Opposite Restoran Insaf.

Selalu kalau kat area ni aku bedal gi makan kat Insaf je. Sebab selalu dengan orang lain, so samaada OR aku ataupun budak opis, dia orang mesti nak terjah Insaf.

So aku pun redha je.

Tapi kalau hari hari makan kat Insaf memang boleh insaf jugak di buatnya sebab harga pun boleh tahan kat Insaf tu. Mentang mentang lah glamer.

Jadi kali ni kita cuba try test makan di Zam Zam Restoran KL ni pulak.

Ayuh.

"Aporpo................ Zam Zam Alakazammmmmmmmmmmmmmmm !"

Lokasi restorannya terletak di bawah bangunan yang sama yang menempatkan Frenz Hotel. Aku tak pernah duduk hotel ni.

Kami sampai waktu tengahari tapi orang tak de la ramai mana.

Dapat seat. Ni seating dalam resto. Ada tangga macam ada satu lagi area kat belakang sana.

Kalau tengok dari segi gambar menu tu sama je macam kat Singapore.

Apa apa pun kita usha menu book dulu.

Buku menu

Makanan 

Minuman

Menu dia tak banyak dan agak simple. Ada few yang menarik perhatian. Sup Tulang Merah bagi yang suka kannya. Ada Beryani ayam dan kambing. Murtabak dan macam macam. Tengok menu memang merembes la terus teringat murtabak kat Singapore tu.

Tapi bila nak order.

Murtabak ayam abis ! Ada kambing je.

Nasi Beryani kambing abis.. Tinggal ayam jer.

Pendek kata, semua macam abis. Walhal baru tengahari ni. How?

End up aku bertiga settled down dengan menu yang ada je lah. Kebetulan ada promosi Nasi Beryani ayam dengan harga RM 10. So kami sebulat suara mengorder benda yang sama !

Menunggu tak lama then datang makanannya.

Beryani ayam

Di datangkan dengan kuah,

Ayam beryani dan acar septriasa

Semua order nasi Beryani ayam jadi kami hadap yang tu je lah.

Nom Nom Nom. Portion dia tak besar mana so kalau gergasi macam aku ni dua tiga kali suap je abis !. 

Burp.. Kenyang. Alhamdulillah.

Now verdict. Nak kata sedap sangat tu tak lah. Nak kata tak sedap pun tak de la teruk sangat. Kalau compare dengan Nasi Beryani kat Insaf.. memang kat sana lagi puas hati walaupun harga kalau nak compare memang berbeza. Tapi kalau sedap, tak salah bayar lebih sikit kan?

Kedai OK. Bersih. Layanan OK lah. Semuanya biasa biasa jer.

Harga makan bagi 3 orang adalah RM 45.

Restoran Zam Zam KL dan Frenz Hotel

Ni maklumat dari website mereka :

Zam Zam Restaurant Kuala Lumpur is a brand new 90 seat restaurant which started its business in Kuala Lumpur during the holy month of Ramadan in August 2010.

Located at 135, Jalan Tuanku Abdul Rahman (adjacent to Frenz Hotel) in the Masjid India Shopping Square.

It is Owned and operated by ZamZam Restaurant Sdn Bhd. A 100% muslim owned company.
Whilst the restaurant may be new, the authentic Indian muslim cuisine it proudly offers has a culinary history that dates back to more than 100 years.

This cuisine was first introduced to the largely muslim population in the Malay archipelago in the 1900 when, the area now called Arab Street, where Sultan Mosque is located in Singapore, was the gathering point for pilgrims from Malaya and Borneo before they set sail on their long journey to Mecca on the big ships to perform their Hajj.

To this day, speciality dishes such as the Murtabak, Briyani, Sup Tulang Merah enjoyed and well liked by our forefathers back then, has become traditional comfort food for us now.

Zam Zam Restaurant Kuala Lumpur aims to keep this cuisine alive to remind us of our roots by continuing to preserve the age old traditional recipes, handed down from forefathers to fathers to sons so that their children’s children too can discover the culinary pleasures of old.

Meanwhile, over time, the cuisine has gained enormous exposure and popularity in a small borderless world of culinary travel and adventure.

Speciality dishes are expertly prepared in a modern display glass kitchen and served by friendly servers in a smokefree, “Food Street” concept restaurant.

Due to its location in the Central Business District, it is a favorite lunch and entertainment venue during the work week and its an ideal place to organize a gathering with friends or family whilst enjoying good food in a comfortable ambience affordably.

Zam Zam Restaurant
135 Jalan Tuanku Abdul Rahman
Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: +603 - 2692 7272
Fax: +603 - 2693 8968

ZamZam Cafe & Satay Club
Lot 51555, Lebuh Bandar Utama 
47800 PJ, Selangor, Malaysia

Tel: +603 - 7722 3871
Fax: +603 - 7722 3872

Opening Hours

7am - 10am Breakfast
11am - 10pm All Day Dining

FB : Zam Zam KL FB

Memang confirmed tak de rupa sedara mara dengan Zam Zam Singapore !

Tapi kalau nak mencari kelainan atau memang tersesat kat area ni, tak de la salahnya mencuba.

10 comments:

  1. Dah pernah mkn kat cni, murtabak nya x sama mcm kat Spore,... Nama je gempaq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Curik keglameran je la ni. Sekali sekala mungkin org tertipu. Tapi kalau dah memang tak berapa sedap. lama lama tak de org pegi dah.

      Delete
  2. Jarang benor dah ke sana... Ada ZamZam lak

    ReplyDelete
  3. opis lama saya suka benor la buat makan2 kat sini. sebab lokasi kot.
    tangga tu pergi kat ruangan atas. ada aircond
    murtabak dia mmg jauh beza ngan singapore, beriyani pun x sama mcm kat sg. tapi beriyani kambing kat sini sedap gak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patut la tak berapa meriah pun org kat sini... memang agak tak sedap la kot yek

      Delete
  4. aku baru excited ingat sama sebijik mcm ZamZam singapore ... skali :<

    ReplyDelete
    Replies
    1. simpan excited tu azra... tak de yang menarik pun. Aku pun setakat nak mencuba dan nak ambik tahu.

      * kepochi jugak kdg kdg ni

      Delete
  5. nape ntah tetiba teringat sepupu nama zam..
    hahaha
    ok noted nak mencuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zam-arul Hisham?

      Ke Nizam?

      Dah teringat tu xepat la gi beraya rumah dia. Hari baik ulan baik ni.

      Delete