Pages

Saturday, July 16, 2016

Jom Makan : Al Sultan Cuisine & Bawal Sempoi, Cyberjaya

Minggu ni aku memang ambik alih tugas Host Abadi JJCM sebab beliau sekarang sibuk star gazing lah, chasing sunset lah dan macam macam lagi !

So aku ambik alih bab bab makan ni jap sebelum beliau kembali mengganas !

Area Shaftbury yang biasanya jadi port meeting dan diskusi

Arakian syahdan aku ada lagi meeting di Cyber dan ada member bawak gi makan kedai Arab ni. Tempat baru dia kata. Aku ikut kan saja.

Memang di Cyberjaya penuh dengan lambakan kedai yang menyediakan makanan Arab.

Orang ajak aku ikutkan saja !

Nama restorannya nya...

Al Sultan Cuisine

Taraf taraf sultan je makan sini. Sebab tu orang tak ramai sebab Sultan makan kat istana.

Restorannya di Cyberjaya dekat area CBD 2

Terletak dekat lot lot kedai dengan DPulze tu tapi aku tak ingat address dia. Macam few times pernah makan di kedai kedai lain di kawasan ni. 

Senang cerita, pusing je la area Saba' tu, belah belakang skit dan lot kedai baru tu boleh jumpa resto ni !

Boleh pilih duduk di luar kalau mau berpanasan

Atau duduk di dalam feeling feeling berada di alam kemewahan.

Setting kedai agak menarik. Hari kami pegi tu time lunch tak ramai orang jadi agak relaks skit suara. Hopefully orang tak de dapat makanan cepat !

Okey. Di beri buku menu

Tak tau nak order apa sebenarnya sebab time tu aku tak de la lapar sangat

Standard makanan macam kedai Arab yang lain.... pilih je la mengikut selera

Ada member aku nak makan ikan !

Ada ke gi kedai Arab makan ikan? Macam tak kena je. Tapi dah tu selera dia. Aku pulak teringin nak makan Grilled Chicken yang di grill dengan arang ! ( dia tulis macam tu dalam menu book ).

Sebab ayam dia macam banyak la pulak. Separuh. So aku share dengan member lagi satu.

Cuma kami ambik nasik jer lah sebab Chicken Grilled ni tak ada nasik tapi datang dengan roti. Tak leh pulak tukar roti dengan nasik !

Dan kami pun menunggu.

Sambil berborak. Tengok jam... hmmm dah 10 minit melepasi waktu sampai tadi.

Tunggu lagi... 20 minit.

Eh. Tak de orang lain kat sini, kenapa service slow macam siput ? Ni taraf taraf Sultan je datang makan ni apsal lah service macam apa jerrr !

Komplen tak komplen.. 30 minit masa berlalu !

Mencecah 45 minit ! Siap 2 kali aku keluar hisap rokok tak sampai sampai jugak makanan nya. Nak salahkan sapa ?

Dan akhirnya..................

Nasi pun sampai. Nasi Mandy dan Nasi Tak Mandy ( Kabshah kot )

Nasi Mandy. Nasi saja memang banyak  portionnya... tapi takkan nak makan nasi saja?

Nasi Kabshah... rasanya macam nasi goreng berempah

Ni ikan yang member aku order.....

Malangnya masa dia makan, ikan tu macam tak masak sepenuhnya. Aku tak jamah so aku tak tau rasanya cemana. 

So member aku ni panggil lah waiter tu bagitau ikan tak masak.

"Nevermind.. I will change to a new one"|
"It is OK. I can just it this, I just want to let you know"

Kesian mamat tu. Pasrah dan di serang rasa bersalah jugak la kot ! Kalau nak tunggu dia masak sekor lagi tak tau la berapa jam lagi kami nak kena tunggu !

Now grilled chicken yang aku nantikan !

Ayam dia tak cukup di grilled. Kurang rempah dan tak berapa garing !

Verdict nya.. tak berapa sedap sangat !

Ternyata penantian agak lama untuk dapat makanan tidak berbaloi ! Dah la service slow. Makanan pulak so so.

Untuk mengambik hati, mereka bagi kami desserts ni FOC.

Ni okey skit ada pistachio.

Ni manis manis sikit. Aku tak berapa gemar

Ini pun sama. Tak suka sangat aku desserts makanan Arab ni

Ni hidangan tengahari yang agak mengecewakan. Masing masing makan pun tak abis.

Total makanan RM 52 selepas 20 percent off. Tu pun air order air mineral je masing masing or memang dia hantar tu dari awal nya.

Overall, not so good ! Tak perlu nak compare dengan mana mana Arab cuisine sekitar Cyberjaya sebab rasanya agak sedikit mengecewakan !

Cuba lagi !

Bagi yang nak cuba, silakan mana tau ada yang best di sini or dia orang dah improve services and taste makanan mereka.

Aku tak pasti resto ni sama dengan Sultan Restaurant dekat Neo Cyber tu. Rasanya macam lain. Dan tak de maklumat tambahan mengenai resto ni kat internet. Belum ada FB etc.

Apa apa pun.... sesapa yang nak mencuba.

Good luck !

Al Sultan Cuisine Restoran

Sebab agak kecewa dengan makanan Arab di sini. Moh kita layan lagu Arab skit.



Hambik ! Layan lirik nya....

كلمات الأغنية:
دي فركة كعب وهتعملها قصاد الدنيا هتقولها
وخد بقى عهد تعدِلها سكتت كتير
خَدِت ايه مصر بسكوتك
ماتستخسرش فيها صوتك
بتكتب بكره بشروطك
دي بشرة خير
قوم نادي ع الصعيدي وابن اخوك البورسعيدي والشباب لسكندراني اللمه دي لمة رجال
ونا هاجي مع السوهاجي والقناوي والسيناوي والمحلاوي اللي ميه ميه والنوبه الجُمال
ماتوصيش السوايسه الدنيا هايصه كده كده
واللسماعلاويه ياما كادوا العدا
كلمني ع الشراقوه واحنا ويا بعض اقوى
واحنا ويا بعض اقوى وأملنا كبير
دي فركة كعب وهتعملها قصاد الدنيا هتقولها
وخد بقى عهد واعدلها سكتت كتير
بحيري منوفي أو دمياطي دول اقربلي من اخواتي
حلايب أهل وقرايب ناديلهم رووح
واكتر حاجه فيها ميزه نشوف حبايبنا في الجيزه
يا مرحب ألف خطوه عزيزه بناس مطرووح

Kalau aku bercerita pasal makan kat Cyberjaya ni, ada je kang orang tanya pernah tak makan kat Bawal & Sotong Power Sempoi Cyberjaya tu ?

Jawapan aku... PERNAH !

Area Cyberjaya

Few times jugak la. In fact dari lokasi dia kat food court masa harga RM 10 satu set, sampai la last aku jejak dia dah pindah bawah khemah ( sebab renovasi ) dan harga pun dah naik RM 12.

Aku tak buat entry sebab aku tak de banyak gambar. Nak gebang terlebih tanpa gambar ni rasa macam kureng skit dengan harapan aku akan berkunjung lagi dan sempat nak snappy lagi nanti.

Tapi korek korek.. ada la pernah aku snappy dulu so aku selit kan sekali kat sini.




Personal verdict aku, sebab aku tak makan ikan.. so aku kureng skit lah bawal atau ikan keli. Sotong tu kadang kadang ada gak la makan dan rasa pun memang OK. Cuma few drawbacks jugak. 

1. Harga yang semakin mahal.
2. Seat tak cukup dan kena beratur panjang !!!!!
3. Cepat abis. Kalau pegi pun aku selalu end up makan nasi campur kedai lain jer.
4. Panas nak lepak situ.

Overall, kalau sesapa nak try, bleh cuba lepak di Sport Arena Cyberjaya tu. Kadang kadang ada food truck jugak kat sini, so boleh try makanan lain juga.

Ni FB mereka : Bawal Sempoi Cyberjaya

Anyway untuk tidak menghampakan para peminat, walaupun dah lama tak bersiaran dengan rancangan melantak dan makan makan, maka di bawakan semula, khas dari alam buana sepi star gazing sunset mesmerizing... Host Abadi JJCM dengan entry nya......


Sekian ! 

Jangan cakap abang tak pernah makan kat kedai bawal sotong power ni lagi nanti kecik hati ayam dan warga Cyberjaya !

8 comments:

  1. Di manakah gambar dikau wahai sang bawal?...

    ReplyDelete
  2. awek awek dah belasah jadikan tudung....

    ReplyDelete
  3. meng!!!alaaa ko buat aku rasa bersalah!hahaha tak sangka ada yang rindu aku bersiaran...wink wink...hahahaha

    ooo ngata stargazing n sunset aku yerrr....tak baik!hahahahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe. layan je la hobi baru tu dulu sementara tgh bersemangat..

      yang penting.. capture photo lawa lawa utk tatapan org lain.

      Delete
  4. ceq rakyat marhaen tatau bleh makan kedai Sultan ke dak.. dessert arab ni sesekali layan laa selalu potong kaki uhuuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita menumpang je la di istana kaca Sultan tu. tumpang makan.

      desserts dia org memang manis tahap potong kaki... tak leh makan selalu selalu..

      Delete
  5. bang meng, duta abadi jjcmm tengah jiwa2 skrg, tengok la caption2 dia disebalik gambo bulan bintang, sunset sunrise tu, maka blog pun terabai...hehehehe

    sorry dj!!

    ReplyDelete
  6. kasik can dia gantung kuali dgn periuk belanga...

    aku yakin.. host abadi pasti kembali !

    ngeh ngeh ngeh

    ReplyDelete