Pages

Thursday, July 14, 2016

Jom Makan : Gold Chili, SS15 Subang Jaya

Oh yeah !

Abang kawasan muncul lagi untuk acara makan makan sampai buncit ! Aku je la yang buncit, orang lain maintain je kan?

Tapi untuk membuncitkan orang lain jugak, hari ni kita gi makan butter chicken ! Nama kedainya Restoran Gold Chilli yang terletak di SS15 Subang Jaya. Kononnya paling sedap seantero dunia. Statement was was je tu. Tapi memang kalau baca review dan orang bagitau kat sini butter chicken dia enak dan sedap.

So nak tau sedap ke enak, jom kita pegi membuncit ke sana !

Ni kedai nya. Terletak di sebelah kedai mamak Darussalam. Nasi Lemak Darussalam tu pun boleh tahan sedap juga

Aku pegi time dinner. Memang expect orang ramai lah so tak de la bila terpaksa menunggu ada nada nada perasaan kecewa dan hampa. Dah benda sedap sure lah orang datang berumbu kan?

Nak dapat parking pun satu hal. Tapi nasib baik la ada.

Suasana dalam kedai. Kedai kecik je. Meja pun penuh

Yang beratur pun terpaksa la menunggu giliran

Nasib kami agak baik la tunggu sekejap je then ada meja kosong.

Dapat meja tapi memang duduk dekat dekat la dengan orang sebelah sebab cramp tempat ni. Kalau nak bercintak cintun beromantika di amor memang bukan tempatnya di sini, pegi kau ke taman bunga sanah !

Sini tempat orang makan makan jer.

Buku hitam... sebenarnya ini menu book

Usha usha sikit

Tepuk meja, tanya selera....

Ini set butter chicken

Tarikan utama restoran ni sudah tentu lah butter chicken yang menjadi hidangan wajib orang datang ke sini. Tapi selain tu ada juga makanan laut, makanan asian, western dan lain lain juga.

Selain ayam mentega, hidangan istimewa yang ditawarkan adalah nasi goreng tomyam, sotong panggang, kangkung belacan, nasi goreng Indonesia dan nasi goreng daging pedas

Nasib baik menunggu tak lama, tapi waiter dia macam ramai foreigner dan tak berapa paham English mahupun Melayu. Takut salah ambik order jer, order Butter Chicken dapat batu bata? Haks..

Aku ambik 1 set nasi dengan butter chicken dan 1 set butter udang  yang di datangkan sekali dengan air teh o ais. Kalau ala carte lain pun ada boleh order juga ikut suka. Hero nak nasik goreng so untuk dia Nasi Goreng Beef. Dah terbalik balik dah bahasa aku ni.

Sila tunggu

Then hidangan pun sampai............

Nasi putih ada sup kosong

Butter chicken dan butter udang

Close up butter udang untuk wajah yang lebih mengiurkan

Close up butter chicken untuk mengegar vaganzakan iman. Oh chicken ni buleh pilih yang boneless atau pun ber-bone. Hahaha.

Beef Fried Rice

Now verdict.

Butter chicken atau butter udang memang sedap tapi...................... MUAK ! Masuk dua tiga suap tu OK lagi lepas tu rasa kembang semacam je. Aku tak berapa buleh nak pegi sangat dengan selera melekit macam ni. Dan makan ni kalau tak pedas memang hambar semacam je. Macam tak de kick walaupun aku jenis tak tahan pedas mana.

So sebaiknya kalau order tu, order sekali kangkung belacan ke bagi menambah selera. 

Tak pun mintak cili padi dengan kicap ni

Nom Nom Nom. Makan sampai kenyang.

Nak kata tersedap di dunia, mana mungkin nak claim macam tu. Bagi aku OK lah. Try sekali sekala buleh. Lagi pun harga dia agak murah sebab area students dan mostly students yang ramai makan kat sini.

Portion biasa biasa je dan tu pun sebab muak sangat kami makan tak berapa nak abis. Princess je ratah ayam.

Harga tak mahal dan memang berpatutan. Kos aku hari tu RM 35 je. 

Menu makan malam

Boleh je sesiapa nak cuba

Restoran Gold Chilli ini ada 2 cawangan.

No. 5, Jalan SS15/8B,
47500 Subang Jaya, Selangor

No, 15, Jalan USJ 21/8,
UEP Subang Jaya,
47630, Selangor.

Tak de FB tapi ada FB pages je :  Gold Chili Subang SS15. Boleh check komen orang lain di situ.

Dibuka dari Isnin hingga Sabtu pada pukul 12 tengah hari sehingga 12 tengah malam.

Gambar abang ni dah membuktikan betapa seleranya dia makan di sini. Jadi.. sila datang dan cuba sendiri ! 

p/s Sorry bang. aku nak ambik gambar waktu business hours tu tetiba lak abang pose pose mulut Ning Baizura pulak ngaga berlebihan.

23 comments:

  1. Budak kat depan abam Ning tu mkn gapo? Besar smcm jer

    ReplyDelete
  2. glemer abang keluar blog si meng hari ni

    ReplyDelete
  3. lama tul tak main-main kat blog ni..abam sihat :-) ke makin buncit hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa lama betul JM menghilang.. Busy sungguh ka?

      Delete
  4. mak aih..butter chicken tu...creamy..tgk pun dah tahu sedap..kalau org tak ramai mmg JM jilat pinggan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. muak la... not good... berlemak. Nanti misi kurus kegagalan lagi.. Sekali sekala tak per

      Delete
  5. semua area subang? cam jauh je nak pegi ;p

    ReplyDelete
  6. Yg USJ 21 tu luas, manusia pun xde lah sesak mcm ss15.
    Sotong/Udang Kam Heong sedap siniiii..

    ReplyDelete
  7. haha..skali abang is reader supermeng malaya..glamer ko bang ;p

    ReplyDelete
  8. Selamat Hari Raya Meng ....

    Memang dah agak lama tak menyinggah ... kalau singgah pun belik belik gitu jer waktu dalam bas/train.

    Meng ...

    Kalau kat sini, BUTTER CHICKEN tak macam kat Malaya nyer Butter Chicken ... kat sini Butter Chicken macam kari gitu ... sebab famous dimasak oleh golongan DESI.

    Dan hairan nya, kalau kita gi Chinese Restaurant (walaupun kat sini amat famous ngan Cina ...), butter prawn dia orang tak tau !!!! Macam mana tuh !!!!!!!!!! Kita nih teringin sangat nak makan sarang sarang telur gitu !!!

    Apa apa pun Selamat Hari Raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh kekanda tu Abg Ghaz..

      Busy betul skrg ni dah tak datang bertandang ke sini. Apa apa pun.. Selamat Hari Raya to u and your family. Maaf Zahir Batin juga kalau ada salah dan silap ya.

      Semoga bergembira di Vancouver sana !

      Delete
    2. ala kalau kat oversea.. rajin rajin kan la masak sendiri... puas hati !

      Delete
  9. erkk...bg aku biasa2 jek makanan dia...x sedap mana la pada aku....aishhh

    ReplyDelete
  10. abang gamba last tu terus glamer sbb masuk blog glamer ini
    apa nih banyaknyer kedai kena cuba ..ala..
    (tepuk perut boncit jugak..err..perut adik yg boncit)..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba kak anash. Tapi tak wajib.... habiskan kat kawasan skitar dulu. or lebih afdhal.. masak sendiri.

      Akak kan terror masak? Apa? Bekas Ratu MasterChef area Shah Alam?

      * baling senduk dalam longkang tak puas hati

      Delete
  11. Replies
    1. kena double check. but No pork, no lard and from halal certified meat suppliers

      Delete