Pages

Wednesday, July 13, 2016

Jom Makan : Serai Shaftbury, Cyberjaya

Mau makan mewah mewah di tengahari !

Sebenarnya ada orang offer diri nak belanja so datang la feel nak makan mewah sikit. Time tu lepas meeting di Cyberjaya maka kami lepak makan di Serai di Shaftbury.

Aku pernah makan di  Serai Empire Gallery je... Shaftbury ni tak pernah lagi.

Usha dulu setting kedai nya.

Terletak di tingkat 3 bangunan kedai banyak banyak tu. Kalau parking kat belakang boleh terus je terjah. Kalau dari bawah kena naik ke atas..... kalau escalator rosak.. turun tangga lapar semula !

Serai

View dari atas

Memandang ke depan dan ke bawah

Pokok pokok hijau penyeri dunia

Boleh lepak di belah luar

Atau juga di belah dalam

Setting kedai memang cantik.

Tapi apa guna setting lawa tapi makanan hampeh?

Sebenarnya aku pun lupa pengalaman aku dengan Serai ni. Tapi seingat aku dulu pegi makan orang ramai gila dan duduk berhimpit himpit. Memang tak tenteram jiwa raga !

Nasib baik la kat Shaftbury ni tak ramai sangat orang. Tapi pekerja dia ramai warga asing. Maybe ramai student kat area area ni kot.

So, tempat mewah... makan kena jugak mewah ! Tapi nak makan apa?

Order dulu lah.

Menu book

Usha dulu apa yang menarik

Tapi sebenarnya tak berapa nak menarik

Kami berlima, so masing masing order ikut tekak masing masing.

Air minuman muncul dulu mengambil tempat dan berposing di atas meja.

Sorbet Limau dengan Limau Iced Tea. Aku pun tak tau apa nama air ni

Oreo Milk Shake. Member aku punya.

Calamansi dengan daun pudina. Macam kambing je makan dedaunan je ni

Bab makan memang tak berapa reti nak order apa. Tak tau pun apa yang sedap. Usha usha meja sebelah kebanyakkannya order benda yang sama. 

Jadi... kita tiru je lah !

Sorang makan pasta hijau ni. Dia kata muak tahap nak muntah hijau ! Konon la nak Mat Salleh sangat

2 orang order ni. Nasi 3 platters datang dengan ayam goreng, sotong goreng dan oxtail masak rendang kot. Ada acar sikit. Aku jamah sotong tu so so lah rasa dia.

Dan 2 orang lagi berlapang dada dengan hidangan Nasi Lemak Serai ni. Datang dengan ayam goreng agak rangup dan sambal udang. 

Overall, makanan adalah so so jer. 

Tak tau apa yang menarik dan tak rasa menarik pun.

Tapi di Serai ni sudah tentu agak popular dengan cake dia terutamanya Pavlova !

Pilihan desserts tak berapa banyak

Pavlova yang aku tak tau kat mana sedapnya. Macam makan gabus manis jer

Dan Red Velvet yang biasa biasa juga rasanya

Overall, makanan adalah so so. Kedai memang lawa dan bersih. Service biasa biasa je. Aku tak sure berapa harga makanan sebab orang bayar.

Dah hujung hujung tu aku dapat panggilan telefon dan jawab kat luar. Abis jawab call tengok dia orang semua dah nak bergerak.

Maka.... ayuh kita pulang !

Ku lihat hijau

So sebenarnya aku tak de apa apa perasaan dengan Serai ni. Tak de yang hebat sangat dan tak ada apa yang istimewa, Dan tak de la juga yang buruk untuk di cerca.

Maka nya.... boleh cuba kalau mahu !

Serai  
Alamat: P3A-16 & 17,
Shaftsbury Square, 2350,
Persiaran Multimedia 6,
Cyberjaya, Malaysia
Telefon:+60 3-8322 6717

14 comments:

  1. Hmm.. xterasa tertarik nak gi. Salahkah daku?...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak.. rasanya kalau tak tertarik tu masih normal lagi tu

      Delete
  2. Replies
    1. abe MKL nk terjah ke? tak yah lah..makanan so so je..x sampai menjilat pinggan ;p

      Delete
    2. Sekali sekala buleh la cuba kalau berkeinginan...

      Delete
  3. bagi JM..tempat tak perlu menarik n gah janji bersih makanan sedap mahal pun x pe..tapi kalau so so n suam2 kuku camtu jek..byr mahal mmg x berbaloi lah..pangkah kedai ni

    ReplyDelete
  4. pernah gak mkn di bangunan shaftbury cyberjaya ni...kat Volcano Restoran..sib baik x terserempak kan ;p untung kot dpt jumpa retis Hitaly heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh tu yang celup celup tu ek? Kurang minat laa makan benda alah tu.

      Artis Hitaly ni jarang ke sana. Kalau ada meeting je baru pegi. Dan kalau org bawak dan belanja baru lah cari cari makan di area sana.

      Delete
  5. ADMIN KENA TRAY MAKAN SOTONG PENYEK DI ARENA FOODCOURT.. CYBERJAYA NAK COMMENT TAK TAHU, TAPI BERBARIS LA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Dah pernah dah.. Cuma tak banyak gambar so tak buleh nak buat entry

      Delete
    2. terbaik bagi mu.................

      Delete