Pages

Thursday, June 30, 2016

KEMBARA IMAN 2016 : 21 - Mekah : Tempat Tempat Miqat di Mekah

Sebelum mengerjakan umrah kita perlulah mengetahui Syarat, Rukun, dan Wajib Umrah. 

Baitullah di Masjidil Haram

Secara ringkasnya syarat, rukun dan wajib umrah adalah seperti berikut:

Syarat mengerjakan umrah yang sama dengan syarat untuk mengerjakan haji:
  1. Beragama Islam
  2. Baligh, dan berakal
  3. Merdeka
  4. Memiliki kemampuan, adanya bekal dan kendaraan
  5. Ada mahram (khusus bagi wanita)
Jemaah umrah

Rukun umrah adalah :
  1. Ihram, berniat untuk memulai umrah
  2. Thawaf
  3. Saie dari Safa ke Marwah
  4. Tahlul ( bercukur)
  5. Tertib
Wajib umrah adalah:
  1. Melakukan ihram ketika hendak memasuki miqat
  2. Bertahallul dengan menggundul atau memotong sebahagian rambut
So nampak tak miqat di situ?

Apa itu miqat?

Miqat merupakan sempadan bagi ibadah haji dan umrah seseorang itu dikira bermula (batas-batas yang telah ditetapkan). Apabila melintasi miqat, seseorang yang ingin mengerjakan haji dan umrah perlu mengenakan kain ihram mereka dan memasang niat.  

Sempadan tanah haram

Ringkasannya, miqat merupakan tempat (makani) atau waktu ( miqat zamani) untuk berihram dan memulakan niat untuk mengerjakan umrah ataupun haji. Miqat Zamani bagi umrah pula, miqat zamani bermula pada bila-bila masa sepanjang tahun memandangkan umrah boleh dilakukan pada bila-bila masa.

Miqat Makani  adalah seperti berikut : 

Bagi mereka yang datang dari sebelah timur seperti Malaysia, Singapura dan kebanyakan negara Asia lain, tempatnya adalah di Yalamlam atau Jeddah - kalau terus ke Mekah kena pakai ihram siap siap ketika memasuki kawasan kawasan ni. Bagi yang datang dari barat seperti Mesir, miqatnya di Juhfah. Bagi yang datang dari selatan seperti Yaman, tempat untuk berihram adalah Qarnul Manazil. Bagi yang datang dari bahagian Iraq pula adalah di Dzatu 'Irq 

Bagi yang datang dari Madinah, tempatnya di Dzulhulaifah Abyar 'Ali seperti mana yang aku dah buat masa umrah kali pertama sebelum ni iaitu bermiqat di Masjid Bir Ali ketika meninggalkan Madinah menuju ke Mekah.

Bagi mereka yang duduk di Mekah, tempat untuk ihram haji adalah Mekah itu sendiri (rumah sendiri). Tetapi bagi yang berada di Mekah dan ingin melaksanakan umrah perlu lah keluar dari Mekah dan berniat ihrai samaada di Ja'ronah, Tan'eim atau Hudaibiyah. Disunatkan mandi hadas besar sebelum berihram untuk Umrah. Pakailah pakaian ihram untuk lelaki dan yang menutup aurat bagi wanita tanpa perlu memakai sarung tangan atau menutup muka.

Kemudian bersedialah untuk keluar bagi memasang niat di tempat tempat miqat tersebut.

Tempat Miqat pertama di luar Mekah adalah di Masjid Ja'ronah.

Masjid Ja'ronah

Satu lagi masjid yang menjadi saksi bisu mukjizat Rasulullah SAW, iaitu Masjid Ja'ronah. Masjid ini adalah salah satu lokasi para jamaah haji atau umrah mengambil miqat. Miqat adalah titik awal para jemaah yang berniat haji atau umrah.

Sebelum menjadi masjid, tempat ini hanya sebuah perkampungan yang bernama Wadi Saraf yang sepi. 

Para jemaah singgah untuk menukar ihram

Dalam masjid di bahagian laki laki

Masuk untuk solat sunat ihram

Lampu

Masjid Ja'ronah ini asalnya sebuah kawasan sumur. Masjidnya kelihatan biasa sahaja tetapi menjadi lokasi miqat oleh Rasul. Namun begitu disebalik keadaan masjid yang biasa ini, terdapat sebuat cerita menarik di sini.

Di sebalik dinding kukuh masjid ini terdapat sebuah sumur yang airnya boleh menyembuhkan penyakit. 

Sewaktu bersama pejuan Islam lain setelah pulang dari Perang Hunain, Rasulullah telah memukul tongkatnya dan mengeluarkan air. Setelah itu tersebarlah berita mengenai sumur ini maka ada yang datang menabur racun. Atas petunjuk Allah, Rasullullah pun mengetahui niat jahat kaum musyirikin itu lalu dengan mukjizatnya, baginda Rasul pun meludahi sumur tersebut dan air sumur yang beracun terus menjadi tawar. Bahkan, air sumur ini boleh juga  menyembuhkan penyakit kulit. Namun begitu sumur ini telah pun di tutup bagi mengelakkan perbuatan kurafat dan syirik.

Selesai niat ihram dan bermiqat di sini, jemaah akan di bawa masuk ke tanah haram dan seterusnya melakukan rukun umrah yang lain seperti tawaf, saie dan bertahalul sehingga selesai.

Tempat Miqat kedua di luar Mekah yang biasanya di bawa oleh mutawif adalah Masjid al Taneem

Masjid al Taneem

Masjid al Taneem adalah masjid di kawasan Al-Hil  kira-kira 5 batu dari Kaabah, di Taneem. Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Aishah isteri Nabi Muhammad SAW kerana Rasulullah menyuruh Aishah bermiqat di sini sebelum memasuki semula Mekah untuk mengerjakan Umrah.

Kawasan persekitaran Masjid Taneem. Di kawasan ini juga dahulunya hukuman hudud di laksanakan termasuk pancung dan potong tangan.

Lokasi yang terletak di persempadanan tanah haram Mekah

Memasuki masjid

Bahagian dalam masjid

Karpet

Jualan di kawasan persekitaran Masjid al Taneem

Sama juga, selesai niat ihram dan bermiqat di sini, jemaah akan di bawa masuk ke tanah haram dan seterusnya melakukan rukun umrah yang seterusnya iaitu tawaf, saie dan bertahalul sehinggalah selesai.

Nampak macam payah tapi sebenarnya tak susah mana. Yang penting, setiap kali nak memulakan umrah, kena berniat ihram di luar Mekah iaitu tempat tempat miqat ni. Kalau nak buat 3 kali, kira dah selesai la miqat di Madinah, Jaronah dan juga di Al Taneem ni. Tapi kalau nak buat extra, biasanya kena keluar bermiqat sendiri sebab pakej umrah biasanya cuma 3 kali umrah je. So boleh keluar bermiqat di tempat tempat ni naik teksi.

Satu lagi tempat miqat di luar Mekah adalah di Masjid Hudaibiyah.

Masjid Hudaibiyah di Hidaibiyah

Kunjungan ke sini sebenarnya tak de dalam pakej, tapi mutawif aku ada war war kan sesapa yang nak gi ziarah luar sambil bermiqat in case nak buat umrah lagi. Tapi kena join agent lain. So since aku tak de apa nak buat, aku joined je lah. Bayar 20 Riyal. 

Selain daripada pegi ke Hudaibiyah, ada jugak singgah ke ladang unta. Tapi sebab ada larangan dari Kementerian Kesihatan so tengok unta dari atas bas je lah.

Unta di belah sana


Tengok dari jauh je

Masjid Hudaibiyah yang bagi aku buruk dan tak lawa.

Hudaibiyah adalah salah satu tempat yang bersejarah di kota Mekah. Hudaibiyah merupakan kawasan padang pasir yang luas dan merupakan kawasan pengembalaan haiwan ternakam unta dan kambing. Terletak di luar kawasan tanah Haram berjarak 22 km dari Masjidil Haram.

Apa yang menariknya di sini jugalah masih terdapat tapak asal dan sisa sisa masjid lama dari zaman Rasulullah lagi.

Masjid lama yang bersebelahan dengan Masjid Hudaibiyah yang baru

Di sini lah dulu pada  pada tahun 6 Hijrah, Nabi Muhammad SAW bersama umat Islam menuju ke Mekah untuk kali pertama dalam tempoh 6 tahun. Tujuannya ialah untuk melawat kaabah dan menunaikan haji. Tapi kaum kafir Quraysi menghalang umat Islam dari masuk ke Makkah.  .

Orang Quraisy Makkah menghantar wakil mereka untuk berunding dengan Nabi Muhammad SAW supaya membatalkan hasrat masuk ke Makkah. Mereka menghantar wakil sebanyak tiga kali. Dalam rundingan kali ketiga itu, Nabi Muhammad SAW bersetuju untuk tidak masuk ke Mekah pada tahun. 

Satu perjanjian di adakan antara Nabi Muhammad SAW dengan wakil orang Qurayso. Perjanjian itu dinamakan Perjanjian Hudaibiah bersempena dengan nama tempat mereka mengadakan perjanjian tersebut

 Masjid ini di buat dari susunan batu bata gunung dan di ikat dengan pasir. Cuma tinggal bahagian dinding mihrabnya sahaja yang masih kukuh.

Sebab kenapa masjid berusia 1400 ini tidak dibaiki sebaiknya. Kerana ramai yang menganggapnya tempat keramat

Dan mereka bersolat di situ

Walhal dan ada masjid baru, walaupun masjid Hudaibiyah yang baru ni macam tak di jaga mana. Sedikit kecewa rasanya melihat tempat seperti ini tidak di jaga dengan baik.

Di kawasan sekitar masjid ada orang jual jualan

Selain melihat sejarah Masjid Hudaibiyah, boleh lagi nak shopping

Sekali lagi selesai berniat ihram di miqat, jemaah boleh kembali ke Baitullah untuk mengerjakan tawaf dan seterusnya saie hinggalah selesai.

Nampak macam pening tapi sebenarnya OK je. Just a matter of tempat untuk bermiqat je. Lain lain follow je mutawwif masing masing dan for sure mutawwif akan bagitau apa yang perlu dan yang sepatutnya.

Berikut adalah beberapa tatacara pelaksanaan Umrah setelah berniat umrah di miqat. ( kalau nak lebih details rujuk pada buku atau yang pakar )
  1. Niat umrah dalam hati, ketika sampai di miqat. Solat sunat 2 rakaat dan banyakkan membaca Labbaikallahumma labbaik labbaika laa syarika laka labbaik. Innal hamda wan ni'mata laka wal mulk laa syarika laka.
  2. Sampai di Kota Mekah boleh terus masuk ke Masjidil Haram dan terus ke Kaabah untuk tawaf. Pastikan ada wuduk dan alert larangan larangan yang di tegah ketika berihram.
  3. Mulakan tawaf dari garisan sebelum Hajar Aswad ( nampak lampu hijau). Jika mampu boleh menyentuh Hajar Aswad dan menciumnya. Jika tidak, ucapkan Bismillahi wallahu Akbar melambai dan memberikan isyarat mengucup dari jauh.
  4. Tawaf sebanyak 7 pusingan. Awasi bahu dari beralih daripada menjauhi sisi Kaabah.
  5. Selesai tawaf, solat 2 rakaat di belakang Maqam Nabi Ibrahim.
  6. Mulakan Saie dari Bukit Safa ke Bukit Marwah sebanyak 7 kali dengan kiraan pergi dan balik.
  7. Bercukur seluruh atau sebahagian rambut.
  8. Tertib dan selesai.
Setelah selesai bercukur maka selesailah umrah yang dilakukan dan kira habis segala pantang pantang dan larangan yang ada. Esok esok boleh ulang lagi mengikut kemampuan. Tapi miqat memang kena keluar dari Mekah.

Apa apa pun yang penting dalam mengerjakan umrah ni, kena banyak bersabar. Fokus. Jangan risau kalau tak reti baca or kalau mutawwif tetiba hilang. Umrah ni lebih kepada perbuatan than bacaan. Baca je la apa yang nak di baca. Berdoa je la selagi yang boleh. Mohon pada Tuhan apa kemahuan yang kita ingini. Bukan senang nak dapat peluang seperti ini.

Ketika cinta bertasbih..... hati sememangnya ikhlas mengerjakan umrah sebagai sebuah jalan untuk bertaqarrub kepada Allah. Sebuah perjalanan rohani bagi kita manusia meninggalkan segala kelazatan jasmani dan menjauhkan diri dari setiap kekotoran. Hadir untuk mengungkapkan kerinduan dan kecintaan dari dalam jiwa kita lalu menenggelamkan diri ke dalam doa-doa dan munajat menyampaikan segala derita yang kita tanggung selama ini. Bercerita pada Tuhan. Merayu pada kesempatan serta emohon rahmat dan inayah dariNya.

Masa untuk kita lupa kepada segalanya. Yang ada hanyalah rasa penuh kasih sayang hamba hamba yang datang kepada penciptanya.


Bertuturlah cinta mengucap satu nama
Seindah goresan sabda-Mu dalam kitab ku
Cinta yang bertasbih mengutus hati ini
Ku sandarkan hidup dan matiku pada-Mu

Bisikkan doaku dalam butiran tasbih
Ku panjatkan pintaku pada Maha Cinta
Sudah diubun-ubun cinta mengusik rasa
Tak bisa ku paksa walau hatiku menjerit

Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta

Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta
Ketika cinta bertasbih

bersambung...............

6 comments:

  1. Kalau ada sumur di Ja'ranah, boleh kita...?

    ReplyDelete
  2. betul meng...masa tawaf mmg ada doa2 spt yg tercetak dlm buku panduan...tp aku baca jer doa apa yg terlintas ketika itu....baca ayat2 Quran pun ada....doa lah apa saja masa tawaf...
    tapi tang saei....aduhhh.....7 kali ulang alik tu rasa siksa sgt dgn keadaan penyakit tumit aku ni...aku pernah letak insole dlm stokin, tp makin sakit....abg aku suggest suh naik buggy jer....tp degil kan...dia lah kena tunggu aku sbb aku paling last abis....org dah sampai hotel dan siap mkn, aku baru sampai....huhuhu
    rasa rindu nyaaaa kat baitullah.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku few times kena sodok dgn wheelchair masa tawaf.. pastu dia org ni.. kalau dah langgar buleh pulak buat muka seposen.. dugaan btol

      Delete