Pages

Friday, July 1, 2016

KEMBARA IMAN 2016 : 22 - Mekah : Masjidil Haram

Sememangnya menjadi impian setiap umat Muslim untuk datang ke Masjidil Haram dan beribadat di sini. Berpeluang bersujud betul betul di hadapan Kaabah pastinya memberi satu rasa yang luar biasa seumur hidup setiap manusia.

Masjid al-Haram atau Masjidil Haram ialah masjid paling suci mengikut kepercayaan umat Islam. Masjid ini terletak di Kota Makkah Al-Mukarramah. Masjid al-Haram dibina mengelilingi Kaabah, iaitu Kiblat umat Islam apabila mengerjakan solat.

Masjidil Haram

Sebagai umat Islam kita mempercayai bahawa Kaabah berada betul-betul di bawah "Arasy" atau Singgahsana Allah. Kaabah pertama sekali dibina oleh Nabi Adam AS dengan bantuan para malaikat. Walaupun pernah beberapa kali musnah, Nabi Ibrahim AS dengan bantuan anaknya Nabi Ismail AS telah memperbaiki Kaabah dan membina masjid di sekitar Kaabah yang juga di kenali sebagai Masjidil Haram.

Pintu masuk Masjidil Haram

Penanda Masjidil Haram

Diriwayatkan, semenjak dari zaman Rasulullah SAW lagi sehinggalah ke zaman Saidina Abu Bakar RA, Masjidil Haram tidak mempunyai dinding. Perluasannya bermula pada tahun 638 oleh Saidina Umar ibn Khattab. Beliau telah membeli rumah-rumah di sekeliling Kaabah dan diruntuhkan kesemuanya bagi tujuan perluasan. Perluasan Masjid diteruskan lagi oleh Saidina Uthman ibn Affan pada kira-kira tahun 647 Masihi.

Perluasan Masjidil Haram ini telah berterusan dari zaman ke zaman dengan mengekalkan senibina asli dari zaman Umawi, Abbasiah hingga dilakukan perluasan kerajaan Arab Saudi dengan penambahan rekabentuk dari Turki.

Menara Masjidil Haram

Masjidil-Haram mempunyai menara-menara yang indah. Antaranya adalah Bab Al-Umrah yang didirikan oleh Khalifah al-Mansur dari Bani Abbas pada tahun 706 Masihi. Menara ini kemudiannya diperbaiki pada tahun 1172 Masihi dan sekali lagi pada tahun 1464 Masihi oleh Sultan Jukmuk sebelum ia musnah pada tahun 1552 Masihi. Sultan Sulaiman kemudiannya menggantikan dengan yang baru di atas tapak yang sama dengan mengekalkan nama asalnya. Selepas kerja-kerja pembesaran di lakukan oleh Penjaga Dua Masjid Suci Pertama, Raja Fahd Abdul Aziz As-Saud, Masjidil Haram mempunyai sembilan menara.

Kesemua menara ini akan kelihatan bercahaya pada waktu malam kerana di terangi lampu-lampu dan membuatkan Masjidil Haram kelihatan sangat cantik.

Menara paling baru yang di didirikan ialah di Bab Al-Malik Fahd (Pintu Raja Fahd) yang berhadapan hotel Darul Tawhid, salah satu hotel 5 bintang di Mekah.

King Fahd Gate yang menjadi laluan utama masuk ke Masjidil Haram

Layan gambar gambar di dalam Masjidil Haram. Mekah dari King Fahd Gate.

Daun pintu

Ruang solat utama yang merangkumi 4 tingkat 

Senireka dalaman


Rak Al Quran

Ruang solat


Karpet

Dalam masjid

Di bawah kubah dari arah dalam Masjidil Haram

Umrah ialah mengunjungi Baitullah di Mekah dan melakukan ihram, tawaf, sa'ie dan bertahallul mengikut tertib. Umrah boleh dilaksanakan di sepanjang tahun. Umrah adalah fardhu seperti Haji. Ulama mengatakan bahawa hanya wajib dilakukan sekali sepanjang hayat bagi orang yang mampu kecuali orang yang bernazar, maka dia wajib memenuhi nazarnya. Umrah boleh di tunaikan sebelum menunaikan haji iaitu menunaikan umrah dahulu atau selepas menunaikan haji.

Di dalam Masjidil Haram ini lah terletaknya Baitullah yang nenjadi tempat penting untuk jemaah haji dan umrah melakukan tawaf. Tawaf ialah mengelilingi kaabah bermula dari sudut Hajarul Aswad sebanyak 7 kali. Tawaf merupakan simbol ketaatan seorang hamba kepada penciptanya.

Baitullah ini juga menjadi kiblat setiap umat Islam sewaktu menunaikan solat fardhu. 

Kaabah

Masjidil Haram dijadikan Allah sebagai kiblat untuk umat Islam.

Firman-Nya,

"sungguh Kami akan memalingkan kamu kepada kiblat yang kamu berpuas hati. Maka palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram; dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya. Orang-orang yang diberi al-Kitab mengetahui bahawa itu adalah yang benar daripada Pemelihara mereka" (2:144).

Arahan supaya memalingkan muka ke arah Masjidil Haram telah disebut dua kali di situ. Ia disebut lagi sebanyak tiga kali di dalam al-Qur'an. Satu daripadanya di dalam ayat berikut, yang turut menyatakan ia adalah yang benar daripada Tuhan. Firman-Nya,

"Dari mana sahaja kamu keluar, palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram; ia adalah yang benar daripada Pemelihara kamu, dan Allah tidak lalai daripada apa yang kamu buat." (2:149)

"Dari mana sahaja kamu keluar, palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram, dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya," (2:150).

Masjidil Haram menjadi tempat yang diharamkan untuk menumpahkan darah. Musuh iaitu orang-orang yang tidak percaya tidak diperangi di sana melainkan mereka memerangi.

Baitullah dan Masjidil Haram

Di dalam Masjidil Haram ini juga terdapat laluan dari Bukit Safa ke Bukit Marwah untuk para jemaah melakukan Saie.

Laluan Bukit Safa dan Marwah untuk bersaie

Bukit Safa permulaan Saie

Sa'ie antara Safa dan Marwah adalah salah satu rukun dari rukun-rukun haji dan umrah. Apabila seseorang menengerjakan haji tidak mengerjakan sa'ie antara kedua bukit ini, batal hajinya.

"Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah sebahagian dari syiar Allah. Maka barangsiapa yang beribadah haji ke Baitulloh atau berumroh, maka tiada dosa baginya mengerjakan sa'i antara keduanya. Dan barangsiapa yang mengerjakan suatu kebajikan dengan kerelaan hati, maka sesungguhnya Allah Maha Mensyukuri lagi Maha Mengetahui." (Q.S. Al-Baqarah:158)

Laluan Saie yang kini mempunyai 3 tingkat untuk keselesaan para jemaah. Tingkat atas sekali biasanya kurang orang

Saie di lakukan sebagai simbolik sewaktu Siti Hajar mencari bekalan air untuk Nabi Ismail.

Sewaktu Nabi Ibrahim  diperintah Allah untuk meninggalkan isterinya Siti Hajar di gurun bersama puteranya Ismail yang masih bayi  sebagai ujian untuk menguji keimanannya. Setelah habis bekalan air dan makanan, Siti Hajar terpaksa mencari bantuan. Beliau mendaki bukit Safa mencari bantuan sehinggalah berlari ke Bukit Marwah supaya dapat melihat kawasan dengan lebih luas lagi. Sehingga beliau berulang alik sebanyak 7 kali, akhirnya beliau melihat air memancar dari tanah dekat kaki Nabi Ismail yang sedang menangis itu dan di situ lah sekarang ini menjadi telaga Zam Zam yang tak pernah putus bekalan.

Tong tong air Zam Zam untuk di minum

Bukit Marwah

Selesai bersaie tersebut, jemaah akan melaksanakan tahalul iaitu bercukur atau memotong rambut. Wajib mencukur rambut atau mengguntingnya sekadar hujung jari (2 sm) dan disunatkan bercukur rambut di seluruh kepala dan dengan menggunakan pisau cukur.

Boleh bertahalul di Bukit Marwah setelah selesai Saie ataupun di kedai jer. Kat kedai harga SR10 saja.

Apabila jemaah Haji atau Umrah melakukan perbuatan bertahalul tersebut bermakna dia telah dihalalkan untuk melakukan semua perkara yang diharamkan semasa berihram.

Layan beberapa lagi gambar sekitar Masjidil Haram.

Senireka dalaman

Senja


Bahagian tingkat paling atas di Masjidil Haram


Dengan pemandangan clock tower

Bermula tahun 2007, Masjidil Haram ini telah  menjalani projek sambungan keempat yang dianggarkan berjalan sehingga tahun 2020.  Dari pembesaran kawasan masjid ini, ruangnya di perluas dan pintu baru di buka dan dinamakan King Abdullah Gate.

 Dan aku sempat jugak usha gate baru ni walaupun masih belum di buka sepenuhnya.

Bangunan baru 

King Abdullah Gate

View

Dewan solat

Senibina yang cantik

Interior yang menawan

Dan pembesaran Masjidil Haram ini masih dilaksanakan untuk tujuan pembesaran dan memberi kemudahan dan lebih keselesaan kepada para jemaah.

Kerja kerja pembesaran masjid

Kawasan Masjidil Haram

Kawasan expansion dan hotel hotel di bina

Di Masjidil Haram ini juga terdapat perpustakaan.

Library of Masjidil Haram

Koleksi buku buku

Apa apa pun kawasan Masjidil Haram bersih dan sentiasa dijaga

Perkarangan Masjidil Haram

Ada beberapa tips semasa berada di Masjidil Haram di Mekah ini :

* Datang awal dari waktu solat. Paling tidak, satu jam atau setengah jam sebelum azan berkumandang. Jika tidak, pintu akan di tutup. Solat lah kat luar !
* Jika ke Masjidil Haram sebaiknya pergi berteman terutamanya yang lanjut usia. Bukan apa, takut tersesat nanti. Al maklumlah orang ramai.
* Tak salah bersedekah pada pekerja pekerja masjid di sini sebab mereka menjaga rumah Allah.
* Sebelum masuk masjid, perhatikan laluan masuk dengan mark bangunan tertentu sebagai panduan untuk keluar dan pulang ke hotel penginapan nanti.
* Sebaiknya ingat nombor pintu masuk/tingkat sebagai tempat pertemuan dengan pasangan untuk pulang ke penginapan nanti.
* Sebaik saja masuk pintu masjid, terus je menuju ke Kaabah dan bersolat di sana. Perhatikan laluan tempat datang bagi mengelakkan salah pintu time balik karang.
* Kalau yakin selipar bersih, masukkan dalam plastik dan bawak ke dalam dewan solat. Boleh simpan kat rak nanti.
* Kelebihan Masjidil Haram adalah mereka yang bersembahyang dalamnya akan mendapat 100,000 (lebih afdal daripada) sembahyang di tempat lain.
* Apa apa pun, sentiasa ikhlas dan berdoa semoga mendapat kemudahan dan kelancaran selama mana berada di tanah suci. Banyakkan baca Al Mathurat sebagai pelindung diri.

Kalau tersesat, jangan meraung !

Keluar dah pegi cari aiskerim. Dan makan aiskerim sehingga bantuan datang menyelamatkan. Hahahaha. Masing masing ada tag kan? Selalu lah pakai tag untuk senang di kesan.

Sepanjang masa aku di Masjidil Haram, tak de apa apa pelik berlaku. Smooth dan semuanya OK. Pakcik yang aku bawak tu pun dia OK je aku heret solat depan Kaabah. Memula macam tak nak ajak jugak sebab jauh kena jalan. Aku jalan laju laju pun, toleh belakang, slow slow dia jalan dapat gak kejar aku.

Kompleks Masjidil Haram Mekah


Baitullah

Apa apa pun pengalaman berada di Masjidil Haram ini memberi kesan yang mendalam kepada sesiapa pun. Bersujud di hadapan Kaabah membuatkan aku rasa, inilah sujud aku yang paling damai. Di lantai putih mengadap Kaabah inilah, airmata aku telah menitis. 

Terima kasih Allah, kau izinkan jua aku bersujud di rumah Mu ini. 

Hanya kepadaMu aku bersujud. Hanya padaMu.............. Ya Rabb.



Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa kulihat
Selain hanya namaMu, ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari
Segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari
Segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud
PadaMu

bersambung......

10 comments:

  1. abg meng... walaupun tak penah jejak...cara abg meng olah...ibarat mcm ikut skali.... tiap kali bca trip zumba ni berharap ayat last ada perkataan bersambung.... xpenah jejak pun terasa rindu.. telah la pada pernah menjadi tetamu...
    harap jd kenyataan la dapat jadi tetamu Allah swt... amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insha allah.. satu hari nanti pasti sampai ke sana menjadi tetamu Allah.


      terima kasih sudi baca.. dah nak abis dah ni...

      Delete
  2. Assalam meng...alhamdulillah, baca entry ni terubat rindu pada baitullah..t kasih meng..gambar cantik banget

    ReplyDelete
  3. Sujud yg paling damai..yes i feel u Meng huhu.

    Baca entry zumba ni buat aku x sabar pulak nk kesana tp rasa nebes pon ada jugak nih..hihi Semoga Allah permudahkan. Amin #countingdays :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bersiap sedia lah fizikal dan mental. insha allah.. semua nya ok

      Delete