Pages

Wednesday, June 29, 2016

KEMBARA IMAN 2016 : 20 - Mekah : Arafah. Mina, Muzdalifah & Jabal Nur

Selesai berada di Jabal Rahmah, jemaah perlu kembali ke bas yang betul untuk meneruskan ziarah luar di Mekah ni !

Kalau salah naik bas?

Menangis la kau di situ !

Hahahaha. Tak de lah. Mutawwif akan cari jugak la sampai dapat. Sebab tu jangan susahkan mutawwif. Kesian dia. Alhamdulillah, mutawwif yang jemaah kami dapat memang berpengalaman, banyak membantu dan juga menjaga jemaah dengan begitu baik sekali. Tapi sebab ramai makcik makcik yang lebih memerlukan mutawwif ni jadi aku yang muda dan belia ni agak terpinggir sikit.

Muda kah?

* cough cough cough 

Anyway tak de masalah. Kalau ada apa apa mutawif tu memang banyak membantu. Tanya je la apa apa pun. Cuma bab berjalan ni aku pun memang suka ikut kaki sendiri. Asal ada peluang, semua tempat nak aku terjah !

Pakcik yang ikut aku tu pun gigih la memula nak panjat Jabal Rahmah ni. Tapi aku cakap dengan dia tak payah la. Suh dia tunggu bawah je, tak de apa sangat pun atas tu.

Pemandangan Padang Arafah dari atas puncak Jabal Rahmah. 

Di puncak bukit inilah juga Nabi Muhammad S.A.W menyampaikan pesanan atau Khutbah Terakhir baginda kepada seluruh Muslim yang menunaikan ibadah Haji bersama baginda sebelum baginda meninggal dunia.

Dari Jabal Rahmah ni kami akan bergerak ke Ja'ranah untuk bermiqat untuk umrah yang ke 2 ni, tapi bas yang membawa kami akan melalui beberapa kawasan penting semasa mengerjakan haji iaitu Padang Arafah, Mina dan seterusnya melalui kawasan Jabal Nur yang terkenal dengan Gua Hira' nya.

So jom kita usha usha tempat tempat yang kami lalui...

Padang Arafah yang mana terletaknya Jabal Rahmah

Padang Arafah merupakan  kawasan terbuka dan luas yang terletak di sebelah timur diluar kota suci Mekah. Di sinilah umat Islam menunaikan salah satu rukun haji iaitu Wukuf di Arafah. 

Bagi mengingati kembali peristiwa di mana Nabi Adam a.s. dan Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga atas sebab mengingkari perintah Allah dan terpedaya oleh tipu daya Iblis. Mereka telah dipisahkan di dunia ini dan mengambil masa 40 tahun untuk bertemu kembali. Tempat pertemuan mereka adalah di Gunung Arafah tepatnya di Jabbal Rahmah yang bererti "Gunung Rahmat". 

Di sinilah bertahun-tahun mereka memohon ampun daripada Allah. Akhirnya permohonan mereka diterima Allah. Wukuf di Padang Arafah pada 9 Zulhijjah bererti berhenti seketika di padang ini.

Berada di padang Arafah dalam suasana hangat dan panas terik memberi peringatan awal kepada umat Islam mengenai keadaan di Padang Mahsyar di mana semua manusia tanpa mengira bangsa, pangkat atau kedudukan akan dihimpunkan untuk menerima pengadilan berdasarkan amalan makruf dan munkar mereka semasa di dunia.

Pemanda kawasan Arafah

Kawasan Arafah yang terbiar dan hanya di gunakan sewaktu musim haji sahaja


Pokok pokok yang di tanam di kawasan padang Arafah

Masjid Namira yang menjadi landmark sempadan Padang Arafah

Bas bas membawa jemaah melalui kawasan Padang Arafah

Dari Jabal Rahmah, kami di bawa melintasi Padang Arafah menuju ke Muzdalifah dan kawasan Mina.

Jalan menuju ke Mina dan Muzdalifah

Mina adalah sebuah lembah di padang pasir yang terletak sekitar 5 kilometer sebelah Timur kota Mekah, Arab Saudi.

Ia terletak di antara Mekah dan Muzdalifah. Mina menjadi tempat jemaah haji datang pada tarikh 8 Zulhijjah atau sehari sebelum wukuf di Arafah. Jamaah haji tinggal di sini sehari semalam dan sempurna melakukan solat Zuhur, Asar, Maghrib, Isyak dan juga Subuh. Selesai solat subuh pada 9 Zulhijjah tersebut, jemaah haji akan ke Padang Arafah.

Mecca Metro yang mengubungkan Arafah - Mina - Muzdalifah yang di gunakan hanya pada musim haji untuk jemaah berulang alik. Pembinaan station MRT ini melibatkan ramai jurutera dan konsultan serta pekerja dari Malayia.  * sila tumpang bangga


Kawasan sekitar Muzdalifah


Muzdalifah

Setelah selesai wukuf di Arafah, jemaah haji akan kembali semula ke Mina untuk melontar jumrah.

Jemaah akan singgah di Muzdalifah untuk mengumpulkan batu kerikil yang akan digunakan untuk melempar jumrah di Mina. (49/70 biji batu batu kecil). Terdapat 3 tugu jumrah ; Jumrah Aqabah, Jumrah Ula, dan Jumrah Wustha iaitu tempat pelaksanaan melontar batu ke tugu jumrah sebagai simbolil tindakan Nabi Ibrahim ketika mengusir syaitan. Di tempat ini jamaah juga diwajibkan untuk menginap selama satu malam.

Seperti kata mutawif aku, walaupun batu batu banyak di kumpul untuk melontar tetapi batu batu di sini tidak akan kehabisan kerana sering di top up oleh kerajaan Saudi.


Masjid Al-Masy'aril Haram (Muzdalifah) Masjid ini terletak di Muzdalifah, di tengah perjalanan atara Arafah dan Mina.


Kawasan Jumrah


Kawasan jumrah


Mina

Khemah khemah di Mina


Kawasan yang menjadi tumpuan hanya pada musim haji sahaja


Penghabisan kawasan Mina


Meninggalkan kawasan Mina dan Muzdalifah

Peta kawasan Mina, Muzdalifah dan Arafah

Selesai berada di Mina kami bergerak ke Masjid Ja'ranah di luar Mekah untuk bermiqat.

Masjid Jaranah. Tempat miqat untuk jemaah dari Mekah

Setelah berihram dan berniat umrah di Masjid Jaranah, kami pulang ke kota Mekah semula.

Perjalanan pulang ke Mekah semula

Memasuki kota Mekah


Jabal Nur

Apa ada dengan Jabal Nur ni?


Di sini lah terletaknya Gua Hira' tempat di mana wahyu pertama telah turun kepada Rasulullah.

Terletak di sebelah utara Masjidil Haram kurang lebih 6 km, terdapat sebuah gunung yang dikenal dengan nama Jabal Nur. 

Tinggi puncak Jabal Nur kira-kira 200 meter, di sekelilingnya terdapat sejumlah gunung, batu bukit dan jurang. Sekitar 5 meter dari puncak gunung, terdapat sebuah lubang kecil iaitu Gua Hira, di mana Nabi Muhammad SAW mendapat wahyu pertamanya.

Gua itu sendiri berukuran 12 ka (3.7 m) panjang dan 5 ka 3 in (1.60 m) lebar dan hanya muat solat untuk 2 orang sahaja. Tinggi gua itu ialah 270 m (890 ka) dan boleh didaki dengan kira-kira 600 anak tangga. Walaupun Jabal Nur ini tidaklah terlalu tinggi. Namun begitu, pendakian menuju ke Gua Hira melalui jalan lereng-lereng bukit yang kering dan berbatu memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang kuat bagi pendakinya.

Jabal Nour

Jabal Nur bermaksud Gunung Bercahaya dan ianya terkenal sebagai tempat di mana Nabi Muhammad SAW menerima wahyu yang pertama daripada Allah melalui Malaikat Jibril.  Gua Hira adalah tempat Nabi Muhammad SAW selalu menyendiri dan bermunajat selain bertahannuth dan bertaqarrub kepada Allah SWT selama tiga tahun. 

Baginda juga selalu ke sini bagi menghindari masyarakat Arab Jahiliyah yang pada saat itu masih belum beriman kepada Allah dan sering melakukan maksiat dan dosa-dosa besar. 

Jabal Nur dan Gua Hira. Untuk mendaki ke puncak memerlukan sekurang kurangnya 1 jam pendakian

Jabal Nur dan Gua Hira ini sangat penting dalam sejarah Islam karana di gua inilah Nabi Muhammad SAW menerima wahyu yang pertama yaitu surat Al' Alaq dari ayat 1 sampai 5 pada hari Isnin 17 Ramadhan bersamaam dengan 6 Ogos 610 M ( tarikh di ingati sebagai Nuzul Quran). Sewaktu itu Rasulullah berumur 40 tahun 6 bulan 8 hari dan beliau sedang kusyuk bertafakur sebelum malaikat Jibrail muncul di hadapan Nabi Muhammad dan berkata  “bacalah” Namun ternyata Baginda Nabi berkata bahawa beliau tidak tahu membaca. Kemudian Jibrail memeluknya erat sebanyak dua kali dan menyuruh Rasulullah membaca ayat yang kemudian menjadi wahyu pertama.   

“Bacalah, dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Paling Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.”  (QS Al-Alaq: 1-5).

Bingung akan pengalaman yang baru saja ia alami, Nabi Muhammad pulang ke rumah dimana baginda kemudian ditenangkan oleh Khadijah isterinya sebelum akhirnya Nabi Muhammad kembali bertemu dengan malaikat Jibrail ketika Baginda mendengar suara dari langit dan menyaksikan malaikat yang sama duduk di antara langit dan bumi. 

Setelah turunnya wahyu pertama ini, Nabi Muhammad  SAW terus menerus menerima wahyu yang akhirnya dikumpulkan menjadi Al-Qur’an yang kita ketahui sekarang. Kitab yang menjadi bukti keEsaan Tuhan dan mukjizat Al-Qur’an ini tidak hanya disaksikan oleh orang-orang yang hidup di masa turunnya, tapi juga oleh generasi sesudahnya hingga akhir zaman.



Kaulah yang Maha Esa
Kaulah yang Maha Pengasih
Kaulah yang Maha Penyayang
Tiada hidup tanpaMu

Kaulah yang Maha Agung
Kaulah yang Maha Mengetahui
Tuhan dunia akhirat
Tiada aku tanpamu

Bilaku rasa pilu
Bilaku rasa resah
Bilaku kekosongan
Kau tempatku mengadu
Oh tuhan yang satu
Engkaulah tuhan yang satu

Segala puji-pujianku
Tujukan padamu..padamu
Dan hidup dan matiku hanyalah
Untukmu..untukmu...untukmu

Jabal Nur

Lokasi terletaknya Gua Hira

Dikhabarkan pemandangan dari puncak Jabal Nur sangat cantik dan di kala malam kawasannya seolah olah bercahaya. Ada pakej tambahan untuk sesiapa yang suka mendaki dan biasanya jemaah di bawa mendaki selepas waktu tengah malam dan berpeluang untuk menyaksikan matahari terbit dari sini,

Memula macam nak try jugak, tapi sebab kena missed solat subuh di Masjid. Tak jadi ! Sesapa yang berkesempatan boleh cuba ....

bersambung..................

4 comments: