Pages

Tuesday, June 28, 2016

KEMBARA IMAN 2016 : 19 - Mekah : Jabal Thawr & Jabal Rahmah

Sepertimana di Madinah, sewaktu di Mekah jemaah turut di bawa untuk ziarah luar ke beberapa tempat sekitar Mekah untuk melihat sendiri beberapa tempat yang pernah menjadi sejarah.

Salah satu tempat yang menjadi tempat singgah adalah Jabal Thawr.

Jabal Thawr (sebutannya Tsur). Ketinggian gunung ini adalah 1405 m (4610 kaki).

Terletak di daerah Misfalah di luar kota Mekah

Gunung ini terkenal dengan menempatkan gua dikenali sebagai Ghar al-Thawr ( Cave of the Bull ), di mana Nabi Islam Muhammad dan sahabatnya Abu Bakar berlindung dari suku Quraisy, semasa penghijrahan dari Mekah ke Madinah .  

Semasa perjalanan Hijrah Nabi Muhammad SAW dan Abu Bakar telah perlindungan di dalam gua ini selama 3 hari kerana puak Quraisy telah mencari Nabi Muhammad untuk di bunuh. Nabi dan sahabatnya telah tinggal berlindung di dalam gua di Jabal Thawr ini dibantu oleh keluarga Abu Bakar yang sering datang untuk menghantar makanan.

Puak Quraisy berfikir, tidak mungkin sesiapa boleh pergi ke gua tersebut kerana di sini terdapat banyak sarang labah labah dan juga tempat burung membuat sarang yang mana telah mengkaburi mata mereka itu.

 
Kawasan tandus dan kering kontang

Jabal Thawr ini menyimpan kisah tersendiri di mana sewaktu Nabi Muhammad SAW dan Abu Bakar R.A tiba di gua ini Abu Bakar terlebih dahulu membersihkan kawasan bagi mengelakkan sebarang kecederaan kepada Nabi Muhammad SAW. Beliau telah menyumbat beberapa lubang dengan kepingan kain. Sewaktu Nabi Muhammad hendak tidur, beliau berbaring di pangkuan Abu Bakar dan tiba tiba sesuatu telah menyengat kaki Abu Bakar R.A. Sebagai sahabat yang setia, Saiyidinna Abu Bakar tidak bergerak atau bangun kerana tidak mahu mengganggu Nabi tidur. Rasa sakit yang di tahan itu akhirnya membuatkan beliau menangis dan Nabi bangun lantas meludah ke tempat yang di sengat itu lalu kesakitan Abu Bakar pun hilang.

Begitu la gambaran betapa mukjizat yang Allah berikan kepada Nabi Muhammad SAW dan juga kesetiaan seorang sahabat kepada Rasulnya yang sanggup berkorban dan menahan segala kesakitan.

Gua di puncak bukit Thawr sana

Al-Quran menyebut dalam Surah Taubah: 

"Jika kamu tidak menolongnya (Muhammad), (maka yang demikian tidaklah perlu) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya, apabila orang-orang kafir Mekah keluar: dia tidak lebih daripada seorang sahabat; keduanya berada di dalam gua itu, dan dia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah takut, sebab Allah bersama kita" Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada beliau, dan Kami memperkuatnya dengan tentera yang kamu tidak melihatnya, dan merendah diri untuk kedalaman perkataan orang-orang kafir. Tetapi firman Allah itulah yang tinggi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana " [09:40]

Jemaah di beri masa beberapa minit untuk melihat Jabal Thawr ini.

Pokok pokok yang tumbuh di tepi tepi jalan

Kami tak spent masa yang lama di situ sebab tak de apa sangat pun. Tapi jemaat lain pun memang ramai berhenti sekadar memberi peluang jemaah bergambar dengan latar belakang Jabal Thawr ini.

Sesudah itu, kami bergerak ke destinasi seterusnya yang tidak kurang juga hebat dari segi sejarahnya.

Nampak unta unta berkeliaran

Destinasi seterusnya adalah ke Jabal Rahmah.

Jabal Rahmah

Jabal Rahmah biasanya menjadi destinasi wajib untuk para Jemaah yang membuat ziarah luar di kota Mekah ini. Jabal Rahmah yang bererti bukit penuh rahmat, selalu dipenuhi jemaah kerana mempunyai sejarah penting dalam Islam.

Kawasan Padang Arafah dan Jabal Rahmah

Kawasan parking dan penunjuk arah

Kawasan Jabal Rahmah

Arah kiblat

Bukit yang terletak berdekatan dengan Padang Arafah ini juga merupakan tempat pertemuan Nabi Adam AS dan juga Hawa setelah mereka berpisah setelah diturunkan dari langit kerana memakan buah khuldi yang dilarang

Kononnya, di tempat ini merupakan tempat terbaik untuk sesiapa pun memohon dan berdoa untuk mendapat jodoh.

Dikhabarkan sesiapa yang berdoa untuk memperolehi jodoh di sini, doa mereka pasti akan di kabulkan Allah. Wallahuallam.

Untuk sampai ke bukit ni, jemaah perlu berjalan dari tempat parking bas

Kena merentas kawasan lapang. Kalau cuaca panas memang mendidih jugak la kepala otak

Untuk sampai ke puncak Jabal Rahmah ni, terpaksa la mendaki bukit berbatu ni. 

Ada laluan tangga di sediakan tapi atas atas tu semuanya laluan berbatu batu. Bukit tak de la tinggi mana tapi agak mencabar jugak la sebab ketulan batu tu tak de pemegang.

Sepanjang pendakian tu akan nampak banyak la orang nak ambik gambar kita. Siap pakaikan topi la. Jangan layan kalau tak nak. Dia orang ni kadang kadang memang annoying.

Mamat tukang ambik gambar. Jaki gila dia  kat aku sebab tak layan

Lagi annoying kalau nak panjat bukit ni banyak betul orang menconteng conteng.

Contohnya si Nabila ni. Hoi Nabila ! Kau dah tak de keje ke? Menconteng nama di tangga? Eh ke pakwe Nabila yang tulis ni?

Belum kira lagi yang letak gambar gambar di sini

Nak sampai atas adalah dalam 15 minit pendakian

Jabal Rahmah ini berada pada ketinggian lebih kurang 65 meter dan terdapat monumen bersegi empat yang di bina dengan ketinggiannya lebih kurang 8 meter.

 
Pemandangan dari puncak Jabal Rahmah ke arah tempat parking bas

 
Di atas Jabal Rahmah ni ada juga orang berjual. 

So pack jugak la dengan jemaah yang berada di atas bukit ni untuk berdoa

Ada jugak jemaah yang tawaf keliling monumen di puncak bukit ni walhal tak de hukum pun untuk tawaf di sini melainkan di Kaabah.

Tugu di Jabal Rahmah

Dan aktiviti yang tak leh di terima di sini adalah......

Vandal ! Menconteng arang ke muka sendiri. Kotor jadi nya tempat ni.

Rata rata gatal je tangan nak menconteng kat sini. Apa masalah dia orang ni ntah

Pemandangan ke arah Padang Arafah

Masjid di sempadan Arafah

Jemaah yang cuba mendaki

Berdoa

Masa dah time. Cepat turun

Bagi aku tempat ni tak sesuai untuk yang tua tua sebab nak mendaki ni agak mencabar. Lagipun nak sibuk sangat nak berdoa cepat dapat jodoh ni yang muda muda jer.

Jabal Rahmah ini sememangnya di yakini sebagai tempat mustajab dan tempat di mana doa di makbulkan bagi yang memanjatkan hajat serta jodoh.

Sebenarnya bagi aku lah kepercayaan kepercayaan yang tak sahih macam ni seperti berdoa di atas Jabal Rahmah untuk memudahkan jodoh masing masing adalah tidak sepatutnya berlaku.

Semoga adik berjodoh dengan orang kaya nanti !

Dah berada di Mekah ni, alang alang sampai tu, kena tahu tempat tempat mustajab doa di sini :

1. Multazam - Multazam adalah sebuah tempat diantara Hajar Aswad dan Pintu Ka'bah. Tempat ini diyakini oleh semua ulama sebagai tempat yang paling mustajab untuk berdoa di sekitar Ka'bah. Hal ini didasari dengan sebuah hadits riwayat sahabat Abdullah Bin Abbas, 

Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

"Multazam adalah tempat dikabulkannya do'a. Tak ada satu pun do'a seorang hamba di Multazam kecuali akan dikabulkan" (HR. Ahmad)

2. Hijir Ismail - Tempat ini juga sama seperti Multazam, Kaawasanya selalu penuh sesak dengan jamaah yang ingin solat dan berdoa disana. Dahulunya, Hijir Ismail adalah termasuk dalam bahagian dari Ka'bah. Solat dan berdoa di Hijr Ismail seolah olah solat dan berdoa di dalam Kaabah.

3. Di bawah Pancuran (Talang Emas). Di area Hijir Ismail ada sebuah tempat yang mana dulunya tempat tinggal Isteri Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail. Tempat ini ditandakan dengan sebuah pancuran yang diperbuat daripada emas.

4. Belakang Maqam Ibrahim tempat di mana jemaah solat sunat dan berdoa selepas melaksanakan tawaf 7 kali mengelilingi Kaabah.

5. Sewaktu Mengerjakan Sai 

6. Di Bukit Safa 

7. Di Bukit Marwa

Jadi, itu lah 7 tempat yang dikatakan mustajab doa. So tak payah menangis hiba atas Jabbal Rahmah memohon doa di percepatkan jodoh. Berdoa tu tak salah tapi anggapan tempat tu sebagai keramat termakbulnya doa tu yang tak betul. Susah payah pulak makcik makcik yang dah jadi balu panjat bukit tu semata mata nak mintak doa dapat jodoh sekali lagi.

Kadangkala banyak pelajaran yang dapat kita ambil diatas ujian untuk sesuatu yang terjadi. Dengan tertundanya kebahagiaan dah jodoh itu, siapa tahu Allah sedang mengajar kita tentang maksud menghargai? Dan dengan tertundanya pertemuan itu mungkin Allah ingin memberikan yang lebih baik kepada kita? Dan atau dengan tertundanya jodoh itu, Allah ingin menjadikan kita lebih matang dan lebih bersedia dalam membina keluarga di masa akan datang !

Kalau ia pun, jodoh pasti akan sampai juga bila  tiba saatnya. Sabarlah menanti cinta !



Sejak lama aku berdiri
Dalam sepinya rongga hati
Tak satu pun burung
Mampu menjawab

Hanya padaMu ku bertanya
Lewat setiap sujudku ini
Siapakah nanti
Cinta untukku

Wahai penilai hati lihat batinku
Nyaris bernanah karna luka tersayat
Merana menantikan kisah dan kasih hidupku

Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku

Wahai penilai hati lihat batinku
Nyaris bernanah karna luka tersayat
Merana menantikan cinta dan kasih hidupku

Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku

Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Namun harus ku ikhlaskan semua nasib cintaku padaMu

bersambung............

10 comments:

  1. Patut amik pen yg tgh menconteng tu & contengkan muka depa. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah. nak je aku simbah gas pemedih mata biar semua bersurai

      Delete
  2. pasti akan sampai juga bila tiba masanya....aminnnn. ko ada doa utk aku tak??? hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pesan. heheh

      aku pegi pun tak bagitau org pun....

      Delete
  3. Senyum aku baca part last tue..Jodoh akan sampai juga bila tiba saatnya..Insyallah :) Noted on tempat mustajab berdoa :)

    Tapi part depa conteng2 nama tue mmg sakit mata nengok..vandalism sungguh! patut ko sergah jer mamat yg tgh menconteng tue hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah di tulis jgn menconteng. tu jugak yang depa tu buat.. tak de civic btul..

      Delete
  4. Betul2, aku setuju dengan point ko yg akhir. Berusaha tu perlu, tapi janganlah sampai jadi pengukur kebahagian hidup. Yakin dengan perancangan Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah memang mcm tu hukum alam..

      tak dapat jodoh lagi tu... bersabar je lah.. ada la tu hikmah nya

      Delete
  5. Aku gelak2 bila ingt #gengbujang kna usik sbb plg lmbt msuk bas kt jabal rahmah ni. Pjg benorrr doa nya...kuikuikui dah la lps doa jodoh tetiba ada mat arab duk kejor ktorg, terus cuak eh cpt sgt makbul doa!hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang akan ada pak arab kejar..

      dia nak ambik gambar ! memaksa lak tu...

      Delete