Dari Masjid Quba seterusnya bas bergerak membawa jemaah ke destinasi ziarah luar yang seterusnya.
Ladang kurma !
Ladang kurma !
Ni bukan air traffic controller tower, ini adalah tangki air ! Macam lawa je kan?
Sebenarnya perjalanan ziarah luar di Madinah ni pegi ke few places tapi tempat tempat ni semua tak de la jauh mana dari Masjid Nabawi tu. Masih dalam bandar Madinah jugak.
Dan sebaiknya kami tak pegi jauh jauh sebab kalau jauh nanti terlepas pulak nak balik dan solat Zuhur di masjid Nabi. Rugi !
Jadi selepas pergi ke Masjid Quba untuk menunaikan solat sunat di sana, kami menuju ke Ladang kurma di Madinah. Sebenarnya banyak je tempat yang jadi ladang kurma ni, so jemaah yang datang ke Madinah ni di bahagi bahagikan lah oleh agent agent mereka, ladang mana yang nak di lawati dan di lontari !
Dan ini ladang pilihan kami. Aku lupa nama dia apa.
Bas bas dah siap parking. Di belakang sana nampak pepohon kurma tumbuh segar di bumi Madinah. Sekali pandang nampak macam pokok kelapa sawit jer.
Biasanya sebelum turun dari bas, mutawif akan bagitau berapa lama masa yang ada untuk kita spent di satu satu tempat ni. Nanti janji pukul sekian sekian, kena la bersedia balik ke bas. Sebab bas banyak, so kena pastikan bas mana satu yang kita punya.
Jangan nanti balik balik ke parking, bas bertukar jadi basikal !
Usha kawasan sekitar dulu sebab aku sendiri pun tak de la excited nak beli beli kurma ni lagi time tu.
Maybe bangunan lama yang telah di runtuhkan. Atau maybe dulu dia tokey kurma now dah kaya raya dah pindah dah tak dok sini lagi. Aku spekuan tanpa asas !
Tu pokok pokok kurma dan kereta terbiar. Maybe tuan kurma ni dah kaya dah abandon je kereta tu and now dia naik Ferrari. Speku lagi ! Hahahaha
Kena ingat dalam kepala. Ladang kurma adalah tempat jual kurma ! So bukan sesuka hati je nak tengok pokok kurma.
Akan ada satu bangunan di situ yang perlu di tuju, dan dalam tu ada jual jualan macam macam la especiallynya kurma. Dan kat area bangunan tu lah nanti ada la sikit pokok kurma yang boleh lah di lihat.
Tapi since kena masuk bangunan tu dulu, maka tengok la orang semua macam nak gila memborong !
Macam macam jenis kurma di jual di sini.
Yang menariknya, kalau datang ke sini, kalau setakat nak makan kurma dan kacang kacang untuk sekadar rasa tak de masalah.
"Halal ! Halal !"
Tu jawapan dia orang. Maksudnya halal di makan. Tapi nak kaut masuk poket bawak balik... tu dah jadi haram ! Jadi kalau nak makan lebih, kena la beli !
Aku tak berapa nak ambik pot sangat apa yang berlaku dalam sesi jual beli kat dalam tu, aku terus je ikut pinttu yang ada ke belah belakang untuk bermesra dengan pepohon kurma !
Haaa. Nampak dah. Pokok kurma dengan kawasan yang dibersihkan dan boleh santai santai
Dan kawasan ni tak de la besar mana.
Tapi ada lah pokok yang berbuah ! boleh la kalau nak selfie nak tunjuk bukti kat orang kampung !
Pokok pokok kurma. Ni kira ladang yang di jaga dengan baik la ni.
Ada berani nak selfie sambil memanjat?
Batang batang pokok kurma yang telah di cantas
Kawasan ladang kurma
Dan aku tak tau apa fungsi lawatan ni kalau setakat tengok pokok kurma dan beli kurma ! Tak de pun sesapa naik atas stage bagi talk pasal ladang kurma ni ke, atau apa apa yang berkaitan.
Tapi memang kalau nak bagi speech pun orang lain dah tak heran sebab semua sibuk bershoppingan ! Bukan setakat jual kurma, macam macam pun ada ! Mutawwif tu kata ada orang hidangkan teh kurma, tapi macam tak de jer.....
Eh. Macam tau tau je aku nak tumpang merokok ! Dah pulun bahasa Melayu jer dah. Nampak sangat orang Malaysia je datang sini.
Okey. Meh aku bagi talk pasal kurma ni. Info ni cedok google jer semuanya.
Kurma adalah salah satu daripada makanan sunnah. Malah kurma juga mengandungi pelbagai zat dan vitamin yang diperlukan oleh badan. Jika tidak masakan kurma menjadi antara makanan kegemaran Rasulullah.
Kurma (Phonex dactylifera) atau Tamar merupakan sejenis tumbuhan yang berbuah dan boleh dimakan sama ada ketika ia sudah masak atau masih mentah. Ianya dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang mana sebahagian daripadanya sudah terbukti secara saintifik. Malah dalam kitab suci al-Qur’an sahaja terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma. Baginda Rasulullah SAW juga sendiri telah beberapa kali menyebut perihal kurma dan khasiatnya, dan ianya amat sinonim dengan kisah sirah baginda.
“Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Di sana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan“ Al-Mukminah ayat 19
Nabi Muhammad SAW bersabda lagi : "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".
Abu Abdillah berkata : "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".
Abu Abdillah berkata : "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan".
Imam Ja'far Ash-Shadiq berkata : "Barangsiapa memakan 7 biji kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".
Secara amnya, kurma banyak ditanam di Madinah dan hanya berbuah sekali saja setahun. Namun begitu, bekalan kurma di Madinah sememangnya cukup betahan selama setahun dan menjadi salah satu produk export utamanya ke negara negara Islam yang lain.
Sumber : Lobam
Kat bahagian luar bangunan dekat ladang kurma ni, still ada jualan barang barang lain juga.Sumber : Lobam
Produk kosmetik dan kecantikan
Batu cincin
Gelang gelangan
Dan aksesori
Maka sekali lagi ada je yang berterusan melontar riyal untuk sesi membeli belah !
Okey, since dia orang still sibuk shopping lagi, meh aku kongsi antara khasiat khasiat kurma yang boleh diketahui.
1) Paling cepat diproses dan diserap, sekaligus memberikan tenaga segera.
2) Kaya dengan serat dan potassium
3) Penguat memori
4) Baik untuk wanita mengandung/bersalin
5) Penawar Racun
6) Merawat penyakit
7) Mengubati gangguan usus dan sembelit.
Untuk detailsnya boleh refer sini : Detik Islam
Tahukah anda, kurma jugak boleh juga mencegah serangan stroke, menjadi pain killer serta mempunyai komposisi gizi makanan yang sihat ?
Tapi kurma ni kan banyak jenis, mana satu pilihan kalbu? Jom masuk dalam semula.
Kurma yang paling popular adalah Kurma Ajwa atau juga di kenali sebagai kurma nabi. Kalau kat Madinah ni dia jual 50 riyal sekilo tengok gred. Kat Malaysia aku rasa dalam RM 80. Dan kurma Ajwa ni pun ada 2 jenis. Ada yang besar dan yang kecik. Kurma Mariam pun tak kurang hebatnya... lebih besar saiz dan lebih manis.
Aku takat rasa rasa je dan tak beli pun kat sini sebab aku percaya tempat tempat macam ni adalah tourist trap. Mutawwif aku pun ada bagitau, kalau tak beli sini pun tak per sebab nanti kita nak gi Pasar Kurma.
Dan aku pun malas nak menyebok nyebok dengan orang lain. So aku bertugas mengenyangkan diri sendiri dengan merasa semua jenis kurma yang ada. Makan banyak banyak aku rasa rasa kurma ni semua sama jer... Ke aku memang out bab merasa rasa ni?
So macam aku cakap, kalau tak beli kat ladang kurma ni pun tak per. Sebab....
Orang ramai gila
Siap sedia nak melontar riyal lagi di sini
No ! No ! Aku tak dengki. Ikut keperluan dan kehendak masing masing lah. Cuma aku memang serabut kalau ramai orang especially tang nak beratur. So aku memang tak beli apa apa kat sini dan aku yakin kurma ni boleh beli di tempat tempat lain juga.
Adik sayang ni, suka dia tengok aku pegang kamera. Beriya suruh ambik gambar dia. Okey. Uncle dah ambik. Semoga adik comel sihat sejahtera dan mendapat umrah yang makbullah ! Senyum ciked.
Dan lepas abis melawat ( ya ke melawat? ) ladang kurma ni, kami bergerak ke Jabal Uhud dan sebelum balik ke penginapan kami singgah di Pasar Kurma dulu. Tak jauh pun dari Masjid Nabawi tu. Jalan kaki pun boleh.
Pasar Kurma. Percayalah kat sini lagi banyak pilihan. Harga jauh lebih murah dan banyak kedai boleh check dan survey dulu. Tak macam di Ladang Kurma yang hanya dimonopoli oleh sorang tokey jer.
Buatlah pilihan yang bijak. Tapi kena hati hati jugak, ada kedai yang suka mendesak desak kita berbelanja di kedai mereka
So tanya mutawwif masing masing, mungkin tu lebih banyak membantu mana kedai nak pilih untuk membeli belah barangan di sini. Aku pun beli kurma di Pasar Kurma ni je. Tak de la beli banyak pun, so rasa macam tak cukup, beli lagi kat Mekah. Mekah memang mahal sikit. So aku syorkan beli di Madinah.
Nah aku belanja pokok kurma renek yang aku jumpa.
Dan buahnya... mengiurkan. Cuma tak leh nak makan !
Di Madinah banyak di tepi tepi jalan pokok kurma tumbuh dan di tanam. Agak agak kalau masak berbuah, aci tak kita ambik makan?
Oke fine ! Dosa ! Aku beli sendiri je lah sendiri.. ................
Oke fine ! Dosa ! Aku beli sendiri je lah sendiri.. ................
Pikir-pikir,
memang kalau dipikir
betul nenek bilang
Nasehat berguna bagi kita semua
dalam pergaulan
Apalagi kalau sampai keurusan
soal pacaran
Salah-salah memilih
menyesal sampai ubanan
Soal cinta sepanjang umur dunia
tak ada habisnya
Kisah cinta yang manisnya kayak madu
yang pahit bikin sengsara
Cinta yang suci membuat engkau hidup
bagai di syurga
Cinta yang buta bikin hidup sengsara
bagi di dalam neraka
Surga ada didepanmu (depanmu, depanmu)
Neraka di belakangmu (belakangmu, belakangmu)
Eh..eh jangan terburu-buru (jangan buru-buru)
kalau memilih pacarmu
Pikirlah dulu (Pikirlah dulu)
neraka atau surga yang engkau mau
semua ada disana
Ada peminat cilik. Hehe
ReplyDeleteheheh.. dia seronok tgk aku ambik gambo. dia pun ikut ambik dgn ipad dia....
Deletekurma kalau beli kat mekah, kadang2 ada yg dari iran, india dll. kalau kat madinah rasa mcm yakin dari madinah. aku tak tahu ilmu mana aku ikut, tapi mana2 pun tpt aku beli, aku akan make sure kurma madinah...heheheheheeh
ReplyDeleteya betul tu.
Deletesebab kat madinah ada ladang kurma. kat mekah tak de.. so banyak yang di import. so kalau nak yang fresh.. segar dari ladang memang kena beli kat madinah lah...
signboard tu nampak benor orang mesia kuat merokok tepi pohon kurma haha!
ReplyDeleteitu lah. or maybe ladang ni memang khas utk org malaysia jer...
DeleteKat pasar murah la pd aku kan dr ladang tu...ldg tuuu ya ampun sesakkk...hehe eh lobam tu schoolmate aku...hehehe
ReplyDeletememang la.. tokey dia dah monopoli... tapi kat situ harga kurma not bad la cuma harga kekacang je yang mahal sikit daripada kat luar.
Deletelobam? sapa tu?
Tu link sumber ko tu...hehe
Deleteoh... ok. aku pun dah lupa.
DeleteMeng ...
ReplyDeleteMuka budak tuh sama macam muka anak I (mungkin sebab DS kot)
Iman kan? i thot so jugak masa kat sana..
Deletecomel je dia