Pages

Tuesday, June 14, 2016

KEMBARA IMAN 2016 : 07 - Madinah : Masjid Quba

Dalam pakej umrah, biasanya agent akan mengadakan satu aktiviti luar yang di panggil ziarah luar yang mana, jemaah akan di bawa  ke tempat tempat tertentu di sekitar Madinah mahupun Mekah untuk melihat sendiri kesan kesan peninggalan sejarah dan juga melihat lebih dekat lokasi lokasi yang begitu synonym dengan sejarah Islam.

Biasanya trip ziarah luar ni dilakukan pada awal pagi setelah solat subuh dan jemaah bersarapan di hotel.

Salah satu tempat ziarah ketika jemaah berada di Madinah ialah Masjid Quba iaitu masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah SAW.

 Masjid Quba di Madinah dengan kubah dan menara berwarna putih.

Semasa hayatnya, Nabi Muhammad SAW kerap mengunjungi Masjid Quba dan menunaikan solat sunat di sini. Menurut hadis dari Ibnu Umar r.a: Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah berkunjung ke Quba' dengan menunggang binatang tunggangan dan juga pernah berjalan kaki.

Telah diceritakan bahawa Nabi SAW menziarahi Masjid Quba' pada tiap-tiap hari Sabtu dengan menaiki tunggangannya. Kadang-kadang baginda pergi ke sana pada hari Isnin. (Riwayat Bukhari dan Muslim.)

Sabda Nabi SAW:

Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah. (Tirmizi: Sembahyang: 298. Ibnu Majah: Iqamat dan Sunatnya: 1401. Ahmad: Musnad Makkiyyin: 15414.)

Telah diriwayatkan juga bahawa Nabi SAW bersabda:

Sesiapa yang mengerjakan sembahyang di dalam masjid Quba' pada hari Isnin dan hari Khamis, Allah akan menggantikan pahalanya dengan pahala ibadat Umrah.  

Besar ganjarannya. So mau ke tidak? Kalau mau, pastikan sebelum bertolak ambik wuduk sebab nanti sampai di Masjid Quba boleh solat sunat terus. Kalau ziarah waktu pagi setelah waktu dhuha, boleh lah nanti solat tahiyatul masjid dan solat sunat dhuha.

So, jangan lupa untuk berwuduk dulu siap siap dari hotel !

Bas akan parking dan jemaah boleh turun untuk masuk ke dalam masjid untuk bersolat


Orang memang agak ramai juga di sini dan toilet agak jauh. Sebab tu sebelum keluar hotel siap siap kencing berak dulu dan jaga wuduk

Cuaca mendung dan berawan... Elok jugak cuaca macam ni time ziarah luar ni.


Sejarah Masjid Quba

Masjid Quba (atau Masjid al-Quba) ialah masjid pertama yang dibina oleh orang Islam. Masjid ini terletak di Kota Madinah kira-kira dua batu daripada Masjid an-Nabawi. Masjid ini diasaskan oleh Nabi Muhammad SAW sebelum baginda tiba di Madinah ketika berhijrah dari Mekah.

Masjid Quba kemudian disiapkan oleh sahabat Rasulullah SAW. Rasulullah SAW telah menghabiskan masa selama 20 malam (selepas hijrah) di samping bersembahyang dan beribadah kepada Allah SWT

Rumah Saidina Ali terletak di belakang Masjid Quba dan Nabi Muhammad SAW akan mendirikan solat sunat sementara menunggu Saidina Ali bin Abi Talib.


Peta kawasan


Keseluruhan Masjid Quba dengan air pancuran di tengah taman

Masjid Quba dianggap antara masjid paling suci dalam pegangan penganut agama Islam, mengikut turutannya ialah Masjidil Haram (Makkah), Masjid an-Nabawi (Madinah), Masjidil Aqsa (Baitulmuqaddis) dan Masjid Quba (Madinah).

Menara dan ruang terbuka di tengah tengah masjid

Masjid Quba telah siap dibina semula dalam tahun 1986 Masihi. Kerajaan Arab Saudi telah meminta Abdel-Wahed El-Wakil, seorang arkitek Mesir untuk membina semula Masjid Quba. Abdel Wahid asalnya hendak mengekalkan struktur masjid yang lama dan digabungkan dengan bangunan baru. Tetapi Kerajaan Arab Saudi berkeras untuk meruntuhkan bangunan Masjid yang lama.

Masjid Quba mempunyai dewan solat berbentuk segi empat, dengan sebahagian dewan solat ditempat di tingkat dua. Dewan solat disertakan dengan kawasan kediaman petugas masjid, pejabat masjid, bilik wuduk, kedai-kedai dan juga sebuah perpustakaan.

Muzium yang terdapat di sebelah masjid

Terdapat 6 buah pintu masuk sebagai tambahan kepada pintu masuk utama di bahagian utara, selatan dan timur masjid ini. Masjid ini mempunyai empat menara, dengan satu menara disetiap penjuru dewan solat. Masjid ini mempunyai kawasan lapang yang boleh dilindungkan dengan bumbung yang boleh dibuka dan ditutup.

Usha belah dalam.

Mihrab

Kubah dari arah dalam masjid

Senibina dalaman

Lampu

Bahagian dalaman

Ruang tengah yang terbuka untuk jemaah solat

Bagi aku Masjid Quba ni design dia agak simple dan tradisional. Pemilihan warna hijau dan putih melambangkan kesucian masjid ini sebagai masjid pertama di bina dalam sejarah Islam.

Masjid Quba ; Charming dan historical

Kubah utama Masjid Quba

Lazimnya menjadi salah satu tempat tumpuan, di perkarangan Masjid Quba ini banyak peniaga yang mengambil kesempatan dengan berniaga. Boleh cuba cuba kalau nak beli kurma atau barang barang lain.


Sekotak kurma !


Kurma muda


Boleh beli aiskerim

Dan barangan lain.

Jangan sibuk bershopping sangat. Nanti bas tinggal ! Meraung lah kau situ kunyah kurma muda. ! Sebenarnya tak payah beli lagi kurma kurma ni sebab destinasi lepas ni nanti kita akan ke ladang kurma !

* berbisik dengan nada halus

"Yusuf.... Tayooob......"

Sesungguhnya Masjid Quba adalah destinasi wajib untuk di kunjungi di Madinah ini.

Selain daripada dapat melawat tempat bersejarah dan juga masjid Umat Islam yang pertama di bina banyak jugak kelebihan lain dan pahala yang dapat diperolehi bila berkunjung ke sini.

Pembinaan masjid ini telah mendapat sanjungan dari Allah SWT sebagaimana yang dinyatakan melalui firman-Nya yang bermaksud:

"Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa (Masjid Quba), sejak hari pertama adalah yang patut kamu bersembahyang di dalamnya..." - (Surah At-Taubah ayat 108).

Dasar takwa para sufi yang mendahulukan Allah dari segala galanya.

Pembinaan masjid Quba dilakukan ketika Nabi singgah beberapa hari di kampung tersebut sewaktu tiba di Madinah dan Rasulullah mendahulukan pembinaan masjid berbanding dengan pembangunan lain kerana baginda ingin membawa pengajaran kepada umatnya, bahawa pembinaan tempat ibadat mesti diberi keutamaan agar kaum muslimin mendahulukan soal 'Hablun minallah' supaya kehidupan manusia muslim mempunyai asas yang kukuh dengan memberikan keutamaan urusan mentaati Allah yang akan mendorong hubungan sesama manusia akan lebih teratur.



Sufi selangkah tirai kasihmu ku buka
Engkau serahkan cinta hingga dirimu tiada
Kasih sufi kau rela pilih derita di dunia
Biar rebah di hina kau tak berubah

Kau menguasai selautan
Yang tersembunyi di genggaman
Nafi dan isbat kau sandingkan
Sebagai tali pegangan

Sufi kau hilang di pandangan
Ada di dalam kenikmatan
Engkau dan dia pasti tidak akan terpisah
Andai tertutup tirai sufi
Yang terang tidak nampak terang
Inilah siksa menyakitkan sepanjang jalan

Inginku tempuh titianmu
Dari kekasih ke kekasih
Pengabdianku bersamamu kasih
Biar rebah di hina kau tak berubah

Sumber info Wiki Masjid Quba

bersambung........................ 

5 comments: