Pages

Thursday, June 16, 2016

KEMBARA IMAN 2016 : 09 - Madinah : Jabal Uhud

Umat Islam cukup mengenali nama Uhud kerana di lembah gunung inilah pernah terjadi perang besar antara umat Islam dan tentara Quraisy.

Lokasi Jabal Uhud terletak dengan jarak 4 kilometer dari Masjid Nabawi dan gunung ini adalah yang terbesar di Madinah. Uhud memiliki luas keliling seluas 19 KM dengan ketinggian melebihi 1 KM dari permukaan air laut atau 300 m dari permukaan tanah.

Melihat lokasi dan gunung yang mengelilinginya, kita akan terbayangkan bagaimana sukarnya bertarung di medan perang ketika itu. Bukit batu dan panas terik serta keberanian pada syuhada. Di sini lah bukti perjuangan menegakkan agama Islam yang telah terjadi sewaktu perang Uhud satu ketika dulu.

Perang Uhud terjadi pada 15 Syawal tahun ke 3 Hijrah. 

Jabal Uhud aka Bukit Uhud

Peperangan itu berasaskan pada keinginan balas dendam kafir Quraisy setelah kekalahan mereka dalam perang Badar. Atas perintah Rasulullah, maka barisan pasukan Muslim pun menyongsong kaum kafir itu di luar kota Madinah. Strategi pun disusun dan sebanyak 50 pasukan pemanah ditempatkan di atas Jabal Uhud dengan perintah untuk melakukan serangan apabila kaum Quraisy menyerbu, terutama pasukan berkudanya.

Dalam perang yang dahsyat ini pada awalnya pasukan Muslimin sudah memperolehi kemenangan tetapi mereka kemudian ditenang semula oleh tentara Quraisy yang mengumpan mereka dengan wang dan harta perhiasan. Akibat serangan mendadak itu mengorbankan seramai 70 tentara Muslim yang menjadi syuhada termasuklah pakcik Rasulullah, Saidina Hamzah bin Abdul Muthalib. 

Nabi SAW sangat bersedih atas kematian tersebut dan memerintahkan mereka dikuburkan di sini dengan pakaian perang dan masih berlumuran darah.

Sebahagian daripada Bukit Uhud kelihatan

Bukit Uhud ini menjadi lokasi ziarah luar seterusnya selepas melawat ladang kurma sebentar tadi.

Di sini, para jemaah boleh turun untuk menyaksikan kawasan yang pernah menjadi lokasi peperangan penting dan juga simbol ketaqwaan serta perjuangan kaum Muslimin terdahulu.

Tempat kenderaan parking

Laluan menuju ke tengah kawasan

Bukit Uhud di belakang

Bukit Rumat yang boleh di daki untuk melihat kawasan sekitar dari pemandangan di puncaknya

Golongan peniaga sepanjang jalan

Kurma lagi. Tak abis abis

Boleh belek belek beli belah kalau berminat

Akar kayu pun ada. Awas kalau ada minah pakai purdah tunjuk isyarat lucah. Sebenarnya dia nak jual minyak 'special'

Jabal Uhud ini adalah gunung yang sangat mencintai dan dicintai Nabi Muhammad SAW. Uhud, yang berarti 'penyendiri'.

Setiap tahun Bukit Uhud ini diziarahi oleh Nabi dan kebiasaan ini kemudian diteruskan oleh para Khalifah setelah Nabi wafat.

Di kawasan gunung ini jemaah antara lain dapat berziarah ke kompleks makam para syuhada, yang di dalamnya ada makam Sayidina Hamzah.

Menariknya, jasad Hamzah yang dimakamkan di sini dikabarkan tetap utuh, abadi dan tidak hancur dimakan tanah.

Selain makam syuhada, tempat bersejarah lain yang ada di kawasan ini adalah Masjid Al-Fash. Di masjid ini Nabi pernah solat zuhur setelah Perang Uhud selesai.

Masjid yang sedang diperbesarkan

Kawasan perkuburan para syuhada

Makam syuhada di Bukit Uhud

Jemaah yang sampai di Bukit Uhud ni pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk mendaki Bukit Rumat.

Elok pulak cuaca hari tu tak berapa terik, so aku suka suka je nak panjat ke atas. Ingat tak Pakcik yang aku cakap selalu ikut aku tu? Dia pun memang sepanjang masa di Bukit Uhud ni jalan dengan aku. Slow slow dia menapak. Aku nak laju pun kesian jugak. Last sekali tunggu jugak.

"Pok buleh naik dok?"
"Bereh"

Hahaha. Bereh manjang !

Jemaah lain rasanya tak de yang mendaki, cuma aku dengan Pakcik ni jer.

Cuaca kering dan berangin kadang kadang buat debu debu berterbangan. Nak daki tu tak susah mana cuma sebab orang ramai, asyik berselisih jer.

Mendaki Bukit Rumat 

Tak de la tinggi mana agak banyak berbatu batu

Makam Syuhada yang kelihatan dari puncak Bukit Rumat 

Batu batu

View dari puncak Bukit Rumat mengadap Bukit Uhud

Pemandangan dari atas

Para jemaah yang datang dari pelbagai arah (tempat letak kenderaan)

Makam para syuhada

Di atas Bukit Rumat. Awas ada orang sibuk sibuk nak ambikkan gambar. Kalau tak nak beli jangan layan !

Makam bapa saudara Nabi Muhammad SAW. Sayidina Hamzah yang telah terkorban dalam Perang Uhud ini

Kisah dan saat kematian Sayidina Hamzah.

Ketika Hamzah sedang bergelut dengan pihak musuh, tiba-tiba datang kepadanya Wahsyi bin Harb iaitu budak suruhan Jabir bin Mut’im secara sembunyi-sembunyi untuk membunuh beliau.

Bapa saudara Jabir telah dibunuh dalam Perang Badar. Oleh yang demikian, Jabir mengupah Wahsyi dan dijanji akan dibebaskan sekiranya berjaya membunuh Hamzah kerana ingin menuntut bela ke atas kematian bapa saudaranya itu.

Wahsyi menyertai perang itu dengan tekad untuk membunuh Sayidina Hamzah. Dia mengekori Hamzah dicelah-celah orang ramai. Wahsyi bersembunyi di sebalik batu di tepi sepohon kayu.

Ketika Sayidina Hamzah sibuk berlawan dengan tentera-tentera Quraisy, Wahsyi lalu mengambil kesempatan melontarkan lembingnya ke arah Sayidina Hamzah secara curi-curi.

Lembing itu terkena dada Hamzah hingga menembusi badannya. Beliau cuba menerpa ke arah Wahsyi tetapi rebah tersungkur.

Setelah Hamzah menemui ajalnya, datanglah Hindun binti Utbah iaitu isteri Abu Sufyan pemimpin tentera Quraisy lalu menoreh dada Hamzah untuk mengeluarkan hati dan jantungnya yang masih panas dan bergerak-gerak itu, Hindon cuba menggigit hati dan jantung Saidina Hamzah untuk melepaskan sakit hatinya.

Setelah perang selesai dan kaum Quraisy telah kembali ke Mekah, Rasulullah menghadapi kemurungan dan kesedihan apabila melihat keadaan jenazah bapa saudaranya. Lalu baginda meminta Allah melaknat pemuka-pemuka Quraisy itu.

Sesudah baginda memohon laknat untuk orang-orang itu, datanglah ayat daripada Allah yang berbunyi: “Tiada satu pun bagimu sama ada Allah hendak menerima taubat mereka, ataupun Dia hendak mengazab mereka, lantaran mereka itu adalah orang-orang yang zalim. - Surah an-Nahl 

Baginda dan orang-orang Islam yang lain juga berazam untuk mencacatkan setiap mayat tentera Quraisy dalam peperangan akan datang sebagai membalas dendam.

Sumber : Utusan

Merenung jauh


Mengenang sejarah silam

Bukit Uhud ini memiliki keistimewaannya tersendiri.

1. Uhud mencintai Rasulullah saw dan baginda juga turut mencintai Uhud.

Daripada Anas bin Malik r.a berkata: “Saya keluar bersama Rasulullah saw ke Khaibar, berkhidmat untuk Baginda. Setelah pulang menuju Madinah dan ternampak Bukit Uhud lalu Rasulullah saw bersabda: 

"Sesungguhnya Uhud adalah satu bukit yang mencintai kami dan kami mencintainya.” – HR Bukhari dan Muslim

2. Uhud telah bergoncang ketika baginda SAW mendakinya bersama-sama sahabat baginda SAW.

Daripada Anas bin Malik r.a bahawa Rasulullah saw sedang mendaki Bukit Uhud, turut bersama-sama dengan Baginda saw ialah Abu Bakar, Umar dan Usman r.hum. Uhud telah bergoncangan lalu Baginda saw menghentaknya dengan kakinya dan bersabda: 

“Diamlah kamu wahai Uhud kerana sesungguhnya berada di atas kamu adalah seorang Nabi, seorang Siddiq dan dua orang syahid.” – HR Bukhari

3. Uhud adalah bukit yang akan berada di syurga. Di atas pintu dari pintu-pintu syurga atau di atas salah satu pintunya.

4. Bukit Uhud ini juga telah di gambarkan sebagai besar pahala orang yang solat Jenazah.

Sesiapa yang keluar mengiringi jenazah dan solat ke atas jenazah tersebut, kemudian dia terus mengikut jenazah tersebut sehingga ia dikebumikan, maka dia akan mendapat pahala 2 qhirat di mana setiap qhirat sama seperti gunung Uhud. Dan sesiapa yang solat ke atas jenazah, kemudian terus pulang, maka dia mendapat pahala seperti gunung Uhud (1 qhirat). Hadis riwayat Muslim.

Bukit Uhud dari arah kiri

Dan ke arah kanan

Bukit Uhud sebuah medan peperangan dan saksi sebuah kesedihan

Permukaan bukit Uhud yang tandus dan gersang tanpa tumbuhan menjadikannya suram dan muram. Bukit Uhud ini pun dikatakan turut menangis atas peristiwa Uhud yang menelan banyak korban di pihak mujahid Islam.

Selesai pendakian

 Nabi Muhammad SAW bersabda,

”Mereka yang dimakamkan di Uhud tidak memperoleh tempat lain kecuali ruhnya berada di dalam burung hijau yang melintasi sungai Syurgawi. Burung itu memakan makanan dari taman syurga, dan tidak pernah kehabisan makanannya. Pada syuhada itu berkata siapa yang akan menceritakan kondisi kami kepada saudara kami bahawa kami sudah berada di syurga?”

Maka Allah berkata

”Aku yang akan memberi kabar kepada mereka” 

Maka dari situ kemudian turun ayat yang berbunyi,

”Dan janganlah mengira bahawa orang yang terbunuh di jalan Allah itu meninggal (Qs 3:169) 

Bukit Uhud di belakang

Sehingga kini Bukit Uhud ni menjadi tempat penting untuk diziarahi oleh para jamaah yang datang ke Madinah,

Banyak pengajaran dapat kita ambil dari peristiwa Perang Uhud untuk sama sama kita fikir dan pelajari. Di medan ini lah perintah Rasulullah diingkari kerana tergoda dengan harta hingga puak musuh kembali mengepung tentera Islam. Di pertempuran ini lah Rasullulah SAW luka di pipi dan patah gigi. Sewatu Rasullulah SAW bersembunyi di Gua Uhud, darah yang mengalir dipipi baginda telah terkena dinding gua dan sehingga hari ini dinding gua tersebut kekal berwarna merah,

Dari medan Uhud, kita dapat belajar erti kesabaran, ketaatan kepada pemimpin, keazaman serta semangat juang yang tinggi. 

Medan Uhud, di sinilah mengalirnya darah syuhada yang mulia. Walau jasad terkulai layu tapi itulah detik-detik kemenangan seorang syuhada. Pengakhiran kepada sebuah perjuangan !

Bukit Uhud

Lambang sebuah perjuangan !

Kemuliaan Bukit Uhud yang di mana sering menjadi perumpamaan sebagai pahala atas amalan suatu ibadah. Oleh sebab itu lah Bukit Uhud ini begitu di sayangi oleh nabi dan Bukit Uhud sendiri amat kasihkan nabi.

Bukit Uhud itu memang mulia kerana pernah dipijaki oleh Rasulullah SAW dan disebutkan juga bahawa Bukit Uhud itu adalah pintu dari pada taman – taman syurga.

Bukit Uhud pastinya dikasihi Allah dan juga Rasul kerana menjadi tempat syahidnya para syuhada yang dicintai.



Duka derita duka laraku di dunia
Tidaklah aku sesali juga tak akan aku tangisi
Sesakit apapun yang kurasakan dalam hidupku
Semoga tak membuatku kehilangan jernih jiwaku

Andaikan dunia mengusir aku dari buminya
Tak akan aku merintih juga tak akan aku menangis
Ketidakadilan yang ditimpakan oleh manusia
Bukanlah alasan bagiku untuk membalasnya

Asalkan kerana itu Tuhan menjadi sayang padaku
Segala kehendak-NYA menjadi syurga bagi cintaku
Bukanlah apa kata manusia yang ku ikuti
Tetapi pandangan Allah...
Tuhanku yg kutakuti...
Ada tiadaku semata-mata milik-NYA jua

bersambung..............

8 comments:

  1. Sad...

    Nota: Bukit Rumat tu adlh bukit di mana para pemanah diarahkan oleh Rasulullah utk bertahan xkira menang @ kalah. Tetapi depa tinggalkan posisi tu bila nmpk harta rampasan pihak musyrikin Quraisy. Sbb xpatuh pd arahan tu lah pihak musuh dpt advantage balik dlm perng Uhud...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul.. versi ni lah yang betul.

      terima kasih di atas penjelasan tu.

      Delete
  2. Replies
    1. mencabar jugak sebab ramai org. nasib la cuaca tak panas

      Delete
  3. Kesah peperangan yang menyedihkan... padan dengan lagu yang Meng attached tu.. dapat rasakan kesedihan Nabi Muhammad ketika Bpk saudaranya meninggal dlm peperangan Uhud..
    For next arkticle yang lebih ceria, kak liza suggest Meng letak lagu Maher Zain yang baru tu.."Medina".. cer cari.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha..... terima kasih.

      lagu main bubuh je, kasik feel lebih...

      bagus jugak pegi tempat2 mcm ni, buleh dapat gambaran secara dekat. dulu2 baca kat buku sejarah je... skrg dah boleh imagine sendiri keadaan tempatnya...

      Delete
  4. Meng ...

    Perkongsian yang menarik !

    Mengimbau akan pengorbanan dan perjuangan Rasullulah SAW dan para sahabat !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.. dah puas hati dapat pegi dan dapat berkongsi.

      moga memberi gambaran utk org lain yang bakal jejak ke sana nanti...

      Delete