Pages

Monday, May 23, 2016

Jom Makan : Taiba Restaurant, Cyberjaya

Mari makan nasi arab !

Kali ni kita berkunjung ke Taiba Restaurant di Cyberjaya.

Taiba Restaaurant

Aku pun tak pernah tau pasal restoran ni dan kunjungan aku ke sini pun sebab ada member ajak dan dia belanja !

So kalau orang nak payung, takkan kita nak tolak? Betul tak? 

Jadi... ayuh kita skodeng Taiba Restaurant yang menyediakan makanan Yemeni Arabian Cuisine ini.

Ni bangunan resto. Terletak di Cyberjaya dekat dengan Petronas sebaris dengan KFC

Area ni parking memang menyesakkan otak tapi jangan risau, kat belakang bangunan kedai tu biasanya ada parking untuk customer.

Dah park kereta, berjalan la ke restorannya dengan perut yang kosong

Now lihat suasana dalam resto nya.

Dalam resto

Boleh duduk di belah dalam atau di luar. Tapi nak lepak luar hari tu panas. Nanti berpeluh jadi duduk la dalam ekon supaya dapat makan dengan selesa

Kerusi dia macam mewah mewah juga

Ini meja

Hiasan dalaman ala ala berseni


Siling restoran

Sedikit berkenaan Taiba Restoran ni.

Taiba Restaurant مـطـاعـم طـيـبـة specialises in Middle Eastern cuisine, where chefs hailing from Yemen and Syria bring forth their homeland delicacies of colourful Greek salads with chunks of crumbling feta cheese, mandy dishes with grilled chicken thighs atop saffron yellow rice, juicy and charred chicken and lamb kebabs, and more to delight palates. The Cyberjaya-based restaurant also offers catering services to suit an array of events.

Restaurant specialising in Middle Eastern cuisine, prepared by chefs from Yemen and Syria.

Kehadiran kami bertiga ke sini telah di sambut oleh pekerjanya yang ramah tamah dan mesra alam. Mamat waiter tu siap rekomen apa yang menarik untuk di cuba di sini dan dia pun explain serba sedikit menu menu yang ada dalam buku menu dia ni.

Usha buku menu.

Muka hadapan

Aku pun main snap je. Tak baca pun

Sila pengsan dengan harganya. Tapi set set ni adalah untuk makan beramai ramai atau kalau nak buat kenduri kendara

Minuman dan juices

Viagra Juice.. ada yang nak cuba?

Masa kunjungan aku hari tu walaupun lunch hour tapi pelanggan tak ramai. Jadi menunggu makanan pun tak lama. Service kira memang OK dengan waiter dia yang super friendly tu. Tapi tak de la super friendly sampai tolong lapkan mulut kita yang comot lepas makan tapi friendly lah.

Dan mari tengok menu menu yang telah di order.

Member aku punya air. Air apa ntah aku pun lupa

Ini aku punya air. Mamat tu la rekomen. Cocktail juice special. Di datangkan khas dengan payung kaler pink. Air tu macam fruit blend biasa tapi kat atas tu ada buah buahan yang telah di potong kecik kecik pastu di gaul dengan kacang. Macam makan rojak pun ada. Sedap jugak lah. Tapi payung tu memang win !

Ni menu aku. Macam biasa Grilled Chicken with rice. Nasi dia sedap ! Grilled chicken dia pun sedap !

Di datangkan dengan gravy dan sambal tomato sebagai penambah selera.

Dua orang lagi member aku makan kambing !

Sebab aku tak makan kambing so aku tak tau apa rasanya tapi dia orang kata sedap !

Dan atas rekomendasi mamat waiter tu kami try caramel ni. Mantap !!!

Overall food dia boleh di banggakan dan di teriak ke seluruh dunia untuk orang lain mencuba. Memang sedap lah. Tapi jangan tanya aku sama sedap dengan Saba ke tidak? Selera kita berbeza kan? Tapi bagi aku Taiba ni pun memang makanan dia rasanya sedap sedap belaka.

Servis pun OK. Pekerja pun OK. Kedai bersih dan selesa.

Harga makanan aku tak sure sebab member payung ! Tapi rasanya standard macam resto resto Arab yang ada.

Jangan cakap abang tak payung !

Dah kenyang. Nah layan lagu Arab seround.

Sapa tak faham boleh tepuk tangan. Yang reti boleh humming. Yang nak bergelek sila balik. Kalau terkehel pinggang tanggung sendiri !



El alem allah ad eih,
Alby we rohy dabo feek.
El alem allah ad eih,
Alby we rohy dabo feek.
Dally eiono dawebony wallah.
Elly feia yellam allah.
Dally eiono dawebony wallah.
Elly feia yellam allah.
Wallah dobt feek,
We khadety behoor eneik.
Salemt el alb leek,
Mengheir ezay we leih.
Wallah dobt feek,
We khadety behoor eneik.
Salemt el alb leek,
Mengheir ezay we leih?
Dally eiono dawebony wallah.
Elly feia yellam allah.
Dally eiono dawebony wallah.
Elly feia yellam allah.
Howa el hob eih?
Gheir nazra men eneik?
El lamsa mein edeik?
Gheir alb tekhaf alei?
Dally eiono dawebony wallah.
Elly feia yellam allah.
Dally eiono dawebony wallah.
Elly feia yellam allah.
El alem allah ad eih,
Alby we rohy dabo feek.
El alem allah ad eih,
Alby we rohy dabo feek.
Dally eiono dawebony wallah.
Elly feia yellam allah.
Dally eiono dawebony wallah.
Elly feia yellam allah.

Perut kenyang hati riang !

TAIBA RESTAURANT
NO 7G , Cottage Walk
Off Jalan Persiaran APEC
Cyberjaya

FB : Taiba Restaurant

8 comments:

  1. ok harus aku pergi coba sebelum ramadhonnn...hahahaha

    ReplyDelete
  2. nasi arab..i like..drinks & desert nmpk tempting...jauh beno, cyberjaya..

    ReplyDelete
  3. Kalau waiter tlg lap mulut lps mkm mmg kena penerajang la jwbnya.. hahah

    ReplyDelete
  4. Alahai.. rindu nyer kat pakwe Amr Diab nih.
    - ada saka kut mamat ni.. tak makan dek tua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. main rindu rindu lak .. mcm kawan baik je ya.. hehehe
      org banyak duit apa pun buleh...

      Delete