Pages

Saturday, May 21, 2016

Jom Makan : Polperro Steak House, Seksyen 13 Shah Alam

Mari adik mari abe, mari kakok mari sayeyyy kito pakat make make, kenye perut sapa buttey.

Butey tu butta. No?

Please orang Greece tolong betulkan. Iols ni Hitaly, lain skit terjemahannya.

So hari ni kita nak gi makan lagi !!

Ya. Tapi kali ni makan western food ! Tak jauh. Kita gi ke Shah Alam sajork !

Polperro Steak House

Aku dengan OR je gi makan ni. Kebetulan tu di luar, pastu tanya OR nak makan apa, dia kata nak makan Chicken Chop !

Tak hagak hagak selera eh. 

So riki punya riki aku pilih tempat ni. Sebelum ni macam pernah dengar dan nak try makan di Section 7, tapi tak berkesempatan. Kini mereka ada cawangan lain iaitu di Seksyen 13 Shah Alam. Dekat dengan area Giant tu jer.

Kami cari pun pakai Waze jer.

Jumpa ! Parking available kat area area kedai nya.

Kedai buleh tahan besar. Corner lot dan orang pastinya ramai. Lagi pun time tu masih awal malam dan ramai yang datang untuk dinner di sini.

Tak tau nak expect apa tapi tengok pada orang yang ada... hmmmm penuh ! Terpaksa tunggu untuk dapatkan seat.

Orang penuh di luar dan dalam

Masing masing kusyuk menikmati hidangan

Dah nama pun steakhouse jadi menu yang dihidangkan adalah western dengan pelbagai aneka pilihan makanan.

Dapat seat kami di beri menu. Usha dulu.

Polperro Steak House

Chicken, Beef. Lamb. Fish.

Pasta dan lain lain

Side dish dan sebagainya. Pilihan menu agak banyak. Kesian pulak tak bawak Hero dengan Princess kalau tak seronok la dia orang makan. Bukan tak nak bawak, dia orang kusyuk nak tengok TV kat rumah.

First impression aku dengan Polperro Steak House ni memula memang kagum sebab tengok ramai orang. Tapi datang jugak cuak, kalau ramai orang mesti lama menunggu !

Tapi tidak !

Lepas order, dan menunggu tak lama, satu persatu makanan yang di pesan pun tiba. 

Air tembikai untuk 2 orang. Ada 2 size. Besar dan biasa. Ni yang biasa. Harga pun OK. RM 2.50 dan RM 5 untuk yang besar.

Aku order Chicken Combo

Ada chicken chop dengan pilihan mushroom sauce atau blackpepper. Aku pilih mushroom.

OR pilih Lamb and Chicken Chop... dengan blackpepper sauce.

Close up sikit si kambing dan si ayam bila di gabungkan di dalam hidangan.

Siap sedia untuk di tibai !!

Staff dia agak ramai dan attentive. Kebanyakkannya budak budak belia dan dari segi percakapan macam dari seberang. Tak kisah lah tu yang penting dia orang sangat cepat, cekap dan friendly. Tu plus point !

Verdict makanan dia. Bagi aku food dia biasa je. Normal steak house dengan average taste. Tak de lah nak kata sedap beriya. Tapi portion not bad. Cukup lah makan. Ayam dan lamb wellcooked walaupun aku tak makan lamb tu tapi OR kata OK. Kiranya makanan adalah average.

Tapi air sedap ! Tembikai tu tak manis dan tak tawar. Just nice dengan rasa buah.

Oh. Ada side dish. Calamari mari la ke sini aku nak makan kau kenapa kau sampai lambat? Lambat sikit sampai nya. Perut dah kenyang so sotong goreng ni macam di abaikan. Rasanya biasa biasa jer.

Overall, good food. Portion OK. Harga pun berpatutan.

Kos kami makan semuanya RM 52.20. Kira murah la tuh. Sorry dik, nak ambik gambar dinding belakang tu ... terenterprame sekali. Cincai la eh.

Tapi !

Ada satu yang aku kurang gemar dengan tempat ni. Tempat dah OK. Agak selesa. Seat mencukupi walau terpaksa menunggu turn, tapi........ orang ramai gila. Bising ! Kedai pulak pasang TV dengan speaker macam kat stadium !

Duduk makan pun orang lalu lalang kat sebelah sebab meja rapat rapat.

Sikit lagi aku rasa macam berada di pasar !

Kurang aman. Ambience tak berapa memuaskan. Kalau nak dating duduk duduk makan santai memang tak berapa mengujakan di sini. Nak lepak lama lama pun tak best sebab orang ramai sangat. Nak hisap rokok lagi lah tak boleh sebab memang asap akan menganggu orang lain.

Tapi kalau setakat dan datang makan then blah. Boleh lah.

Lepas abis makan terus kami blah.

POLPERRO STEAKHOUSE - Seksyen 13
No 87 Jalan Lawan Pedang 13/27
Shah Alam, 
Malaysia
**0355237933
**0199999429


Take note mereka juga ada cawangan di Sect 7, Shah Alam.

Mesti ada yang tertanya tanya apa maksud Polperro ni. Sebenarnya Polperro merupakan sebuah tempat di Cornwall England. Tak pasti apa significantnya dengan owner resto ni tapi seperti yang di maklumkan resto ni.....

"Inspired by Polperro, a scenic Cornish Fishing Village in Cornwall, England"





Mungkin ada kenangannya tersendiri di sini. Mungkin juga dia kadang kadang merindu.......



Bila kekasih mengundang aku pulang
Mahligai menanti penuh gemilang
Bila kekasih menyingkap tabir cinta
Tiada terbatas dengan kata-kata

Dapatkah aku membalas dengan air mata
Tanda syukur menerima
Setelah sekian lama
Menghamba hidup pada dunia

Seribu tahun takkan sama
Sesaat bersatu dalam nyata
Kerna kasih ku sanggup korbankan
Jasad dan nyawa

Terang bulan kerana mentari
Hadir bayang kerana cahaya
Begitulah cinta kita

Tiada jarak pemisah lagi
Tiada garis sempadan budi
Aku terima dan jua memberi
Seikhlas hati

Seribu tahun dan sejuta langkah
Seribu tahun bersinar cinta
Kita bertemu di penghujung rindu

8 comments:

  1. meng, bukan hang makan udang ka? awat tulis bawah dia chicken kombo?

    ReplyDelete
    Replies
    1. combo chicken. ada udang dan golongan golongan lain jugak...

      udang tu artis jemputan je kot

      Delete
  2. makanan mmg biasa2 je pada aku...tgk pada org ramai mcm sedap tapi bila makan xde la sedap mana pon..itu pendapat aku la...lain tekak lain rasanya hehehe,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah..... ada org suka. ada org tak suka. biasa lah tu

      Delete
  3. tengok harga pun dah seronok. murah hehehe. sesak macam tu, kalau kita bawak anak anak yang jenis huru hara pun tak segan. btw ada je jenis orang yang tak pedulik meja rapat ke ramai family ke main sembur je asap rokok -_-

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga memang ok... makanan pun ok.. memang kalau family ramai ramai sesuai la sebab buleh join the crowd.. tak de la di pandang serong.. hahaha

      Delete