Pages

Friday, May 20, 2016

2016 | Ke Melaka Kita : 11 - Kuala Linggi to Kuala Lumpur

Perjalanan dari Kuala Linggi ke Port Dickson melalui jalan dalam.

Selat Melaka di kawasan Kuala Linggi

Di Kuala Linggi, kami terserempak dengan tapak sejarah Kota Kuala Linggi atau lebih dikenali sebagai Supai Fort.

Kota Bukit Supai, Kuala Linggi, Melaka. Kota Bukit Supai terletak di Muara Sungai Linggi dan lokasinya adalah di sempadan Daerah Masjid Tanah di Melaka dan Linggi di Negeri Sembilan. Dahulunya sebelum ada jambatan yang di bina menyeberangi Sungai Linggi, kawasan ini hanya boleh dikunjungi dari jalan sebelah Melaka sahaja. Setelah jambatan dibuka pada tahun 1995, maka kawasan ini menjadi "hidup" kerana telah berhubunglah antara dua negeri.

Gerbang pintu masuk

Sejarah Kuala Linggi Fort

Menurut yang empunya cerita, Kota Bukit Supai ini, dibuka oleh Belanda dan Bugis, setelah berlaku peperangan pendek tahun 1757. Kedua belah pihak bersetuju untuk membina kota ini sebagai cara untuk berdamai. 

Pada masa itu Kota ini menandakan titik paling utara dalam jajahan Belanda. Kota ini juga membolehkan Belanda untuk memantau dan mengawal pergerakan kapal dari Sungai Linggi dan bahagian Selat Melaka yang berada disini. Secara kotornya, Belanda ingin mengambil cukai bagi kapal-kapal timah dari Sungai Linggi dan Sungai Rembau yang boleh dipintas walaupun Rembau itu dibawah kerajaan Negeri Sembilan. Kota ini dijaga oleh askar-askar upahan berkemungkinan "sepoys" dari India dan disokong oleh beberapa orang askar Belanda. Nama Bukit Supai mungkin diambil dari perkatan "sepoys' tadi.

Namun begitu, perjanjian persefahaman antara Belanda dan Bugis tidak kekal lama. Akhirnya Belanda meninggalkan kota ini tidak lama selepas kota ini disiapkan. Antara nama lain kota ini ialah "Dutch Fort", "Broken Cannon Fort" dan "Filipina Fort (diberi nama sempena anak perempuan jacob Mosel Governor General Dutch East India Company)"

Free entrance ke arah kawasan Fort Supai ni. Sesiapa yang berkesempatan boleh la melawat dan melihat kesan sejarah di sini.

Aku sebenarnya singgah kat pintu masuk tu je. Tak pegi ke arah kubu sebab hari dah petang. 

Ada restoran terapung di pinggir kawasan ni

Kawasan paya bakau

Restoran ikan bakar terapung

Kemelut di Muara Kuala Linggi. 
Terus dari sini kami bergerak menuju utara ikut arah Port Dickson dan seterusnya balik ke kota !

Jambatan yang memisahkan negeri Melaka dan Negeri Sembilan

Persempadanan Port Dickson

Senja di perjalanan

Senja di perjalanan

Senja di perjalanan

Dekat tol Port Dickson

Seremban 2

Lebuhraya

Senja di perjalanan

Senja di perjalanan

Senja di perjalanan

Sampai ke kota

Perjalanan dari Bandaraya Melaka ke Kuala Lumpur mengikut laluan lama ada tarikan dan keistimewaan tersendiri.

Sesekali menongkah arus balik ikut highway, kalau ada masa boleh drive santai santai dan menikmati persekitaran kampung sepanjang perjalanan.

Next time, ada masa boleh singgah di chalet chalet di Kuala Linggi pulak untuk bersantai.

Sekian, Episode ke Melaka Kita !

Masihkah ada cinta untuk Melaka? Tunggu.....................



Betapa pun jauh pandangan mata
Betapa pun jauh kaki melangkah
Namun terasa diri terpenjara
Oleh suatu ikatan
Nan tidak ketara

Walau kau cuba menjauhkan diri
Walau kadang kala aku membenci
Namun setiap kali terpandang mu
Kehangatan di hati ku
Dingin bagai salju

Antara kasih dan kasihan
Antara jemu dan harapan
Biarkanlah di sini
Aku terus begini
Sendiri

Tak mungkin ada yang dapat
Mengerti
Gelisah yang datang melanda diri
Masihkah ada rasa cinta
Ataukah sekadar
Kau berpura-pura

TAMAT

10 comments: