Pages

Thursday, May 19, 2016

2016 | Ke Melaka Kita : 10 - Pantai Pengkalan Balak

Jalan jalan lepak lepak di Pantai Pengkalan Balak Melaka.

Pengkalan Balak ialah sebuah pekan lama di negeri Melaka, Malaysia. Pantai Pengkalan Balak ialah suatu tempat tumpuan pelancong. Pantai Pengkalan Balak merupakan kesinambungan dari Pantai Tanjung Bidara, Melaka berhampiran pekan Pengkalan Balak, dalam daerah Alor Gajah. Pesisir pantainya yang luas didampingi keindahan dan keunikan kampung-kampung nelayan menjadikan suasana persekitarannya damai dan permai.

Pantai ini terletak berdekatan dengan Kem Terendak, sebuah kem tentera dan pantai Tanjung Bidara.

Pantai yang terletak 10 km dari bandar Masjid Tanah ini merupakan pantai perkelahan yang terkenal di negeri Melaka.

Pantai Pengkalan Balak.

Aku dulu pernah datang ke sini masa muda muda dulu. Pernah lepak menginap sambil BBQ dengan kawan kawan. Nama chalet pun aku dah lupa yang mana satu.

Jadi masa balik dari Bandaraya Melaka, berhajat nak singgah di sini.

Lepak lepak dan usha apa yang sudah terjadi dengan pantai ni.

Layan koleksi gambar gambar di Pengkalan Balak.

Bot nelayan Selat Melaka

Pantai agak panjang dengan pasir yang halus bersih. Cuma air lautnya tak jernih mana untuk mandi manda.

Tapi tetap menjadi kunjungan warga tempatan untuk bersantai dan berehat rehatan

Ada banyak tempat tempat istiehat dan juga chalet chalet kampung yang di buka khasnya milik warga tempatan

Suasana petang di Pengkalan Balak, Melaka

Antara aktiviti lain yang boleh di lakukan adalah picnic, istirehat keluarga, mandi laut dan jugak bersantai

Menanti mentari menyonsang malam

Perahu perahu nelayan

Angin laut Selat Melaka

Menara penyelamat yang mengawal selia keselamatan pengunjung

Jualan makanan dan juadah petang

Nasi lemak bungkus

Pada era tahun 60-an,pantai ini amat popular kepada askar-askar British beriadah bersama keluarga. Adapun askar-askar British adalah petugas-petugas di kem bersebelahan pantai Tanjung Bidara iaitu Trendak Camp.

Apabila tahun 1971 kesemua petugas/askar itu dihantar pulang ke Britain (perjanjian kemerdekaan) maka pantai Pengkalan Balak menjadi sepi hampir kepada dua dekat. Pada tahun 1987 atas jasa anak watan kg. Pengkalan Balak itu sendiri iaitu Allahyarham YB Bahari Hassan, membina sebatang jalan di pinggir sepanjang pantai,maka pantai tersebut kembali menjadi ceria dan popular sebagai aset pelancongan.

Jalan tersebut dikenali “Jalan Persiaran Pantai”(JPP). 

Untuk pengetahuan umum sepanjang JPP itu adalah meliputi pantai Kok Ett(Hohoya), pantai Seman Jawa, pantai Haji Sidek, pantai Mat Bongkak, pantai Orang Putih (pantai Sidang Husin), pantai Wak Entel dan pantai Wahab Penyu.Kesemua ceruk pantai yang disebutkan itu, mempunyai rentetan peristiwanya yang tersendiri.

Contohnya, dipantai Mat Bongkak disekitar tahun-tahun penghujung tujuhpuluhan pernah seekor buaya terdampar di pantai tersebut. Peristiwa ini amat mengemparkan penduduk kg.Pengkalan Balak dan sekitarnya.

Sumber

Sepetang di Pengkalan Balak

Pantai yang menjadi saksi banyak percintaan

Kasih yang termateri bermula di sini

Kasih yang kecundang di hanyuti masa

Kasih yang terlerai mungkinkah akan bersambung kembali?



Di sini kita berdiri
Di bibir ombak mengucap rinduan
Hanyalah tinggal kenangan
Cinta yang pasrah tiada kesampaian
Di bawa arus
Perbezaan mu
Tinggal tanpa bermaya

Ada kalanya kau datang
Walaupun tidak aku relai
Menyusur jalan mimpi ku
Memberi janji seribunya rindu pada ku
Di dalam lena
Tiada gunanya

Biarlah aku
Sendiri dengan rindu
Masa yang menawarkan
Segala kepedihannya

Ku yang terseksa
Ku hadapi dengan rela
Ku jadikan segalanya
Teladan titi usia

Disuatu masa
Mungkinkan tiba
Apa sebenarnya
Di dalam cinta

Di sini kita berdiri
Di bibir ombak mengucap rinduan
Hanyalah tinggal kenangan
Cinta yang pasrh tiada kesampaian
Ini kenyataan
Yang harus ku terima

Kalau berkesempatan dan ada masa nak bersantai santai, boleh ke Pengkalan Balak Melaka !

bersambung..........

8 comments:

  1. Ingat lagi dulu 25 tahun yg lalu, p sini teruja pasir pantai putih halus mulus, la ni xdak dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 25 tahun lepas tak ramai org dtg sini lagi kot... sampah pun tak banyak...

      Delete
  2. wah! mood lagu2 ziana zain je skrg ni. supermeng ni panatik ziana zain yek? tapi kira sesuaila ziana zain pun asal dari melaka juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pandai ko.

      aku tak tau nak buh lagu apa.. since ziana zain org melaka aku kasik dia pajak semua entry melaka ni lagu dia.

      panatik ziana zain tu rasanya tak kot...

      Delete
  3. Replies
    1. kan ada sumber kat bawah tu.. buleh klik link tu dan baca sendiri

      Delete