Pages

Tuesday, May 24, 2016

Jom Makan : Curry Leaf, Damansara Uptown

Ladies and Gentelmen,

Avaratu vaḻaṅkal ceytu Kajōl ceyya
(dipersilakan Kajol untuk membuat persembahan beliau )

* muzik iringan berkumandang

Eh. Mana Kajol ni? Janji hari ni nak enterprame buat show kat sini !

* cekak pinggang tanda marah.

Arakian syahdan di satu hari yang tak berapa indah. Cuaca suram suram lepas hujan. Di kala malam aku ke Uptown dengan OR sebab nak gi pharmacy. Budak budak nehi nehi ikut. Nanti mereka mengaruk nak beli yang bukan bukan.

Sambil outing berdua, kami cari jugak makan untuk dinner. 

Tekak terasa nak makan masakan India.

"Apa kata kita try nasi daun pisang Yang?"

Usul aku pada OR. Dia diam. Diam selalu ada 2 maksud. Setuju dan tidak setuju. 

"Tak pe lah awak tak nak. Saya nak jugak !"

Begitu aku yang degil tak leh nak bentuk. Kalau aku kata nak daun pisang.. dan dan tu jugak nak daun pisang ! OK per daun pisang pada daun terup?

Since dah dekat Uptown tu kami try la restaurant ni.

Curry Leaf, Uptown Damansara

Terletak dekat Uptown Damansara. Belah belah HSBC. Dua pintu je dengan Satay Haji Sahmuri ! Nio satay tonite. Aku feeling feeling pakai sari.

Sebab dah agak lewat, parking pun senang sikit. Dan Resto ni tutup jam 10 malam. So kena cepat cepat sebelum kempunan.

First layan setting kedai dulu.

Ada meja di luar. Tapi tak banyak

Dan boleh juga duduk di dalam kalau mahu

Of chos aku memilih duduk di luar sebab nak kurangkan bau kari yang menusuk ke hidung. Sebenarnya senang nak merokok !

Setelah duduk, kita usha menu apa yang di tawarkan di restoran ni !

Nah buku menu. Sila pilih apa yang selera di tekak.

Menu

Ada breakfast

Tandoori?

Chicken dan mutton cross the road

Aha.. dah nampak !

Ada jugak kudapan

Macam biasa aku suka melakukan perbuatan keji ambik gambar buku menu. Ingat orang tak perasan tapi waiter dia perasan. Then dia cakap tak leh ambik gambar.

"Why? Why cannot? I like the color... the food pictures....  this glossy paper...oh my god this is so nice, the best menu book I have ever seen !..... er.. OK fine !"

* berjuraian air mata kesat dengan hujung sari.

Tak tahu kenapa. But dia kata tak boleh ambik gambar buku menu dia. Tapi aku dah terambik. Kira rezeki lah eh? Kira promosi la ni bukan aku berniat tak baik !

Dan dah tentu pilihan menu aku tanpa dakwa dakwi lagi seperti apa yang aku sematkan dalam hati sebelum datang ke sini lagi.

"Nasi Daun Pisang Oney !!!!!!"

Dan hidangan di mulakan dengan pembenatangan daun pisang.

4 jenis sayur sayuran. Peria. Kobis. Kentang dan Terung beraksi seksi di atas daun pisang tersebut

Nasi di ceduk

Kuah di isi. Ambik bau. Ambik bau

Dapat papedom sebakul kecik

Dah siap untuk di ngap !

Tapi kenapa tak ngap ngap? Errr.. ada sesuatu yang kurang !

Mana aci makan nasi dengan sayur jer. Kena ada ayam. Aku pilih ayam goreng 65. Tak tau la apa maksud 65 tu

Haaa baru la berselera nak makan.

Tercekik ! Tercekik ! Air minuman kena order juga...

Abis aku je makan. OR makan apa?

"Yang awak nak makan apa?"

Dan memang macam biasa dia selalu tak mengikut tema. Makan kat Resto India tapi order nya....

Nasi Goreng Udang !

Dia tak suka the idea of makan atas daun pisang pastu bersepah dan kuah meleleh !

Orang Hitaly panggil. Kamir Kamir !

Kalau dalam Add Maths di panggil Pengamiran ! Hahaha.

* mati lah tak de kena mengena

Order makanan bergoreng macam tu kat kedai kedai macam ni rasa makanan pun tak leh nak bajet sedap ke tak. Sudahnya OR makan tak abis. Dan sebenarnya aku sendiri pun makan tak abis !

Somehow aku rasa nasi daun pisang ni kurang kick !

Satunya sebab nasi tu sejuk !

Duanya sebab macam banyak jugak la nasik dia tu. Aku kan kena menjaga body supaya tak obese.

Ketiganya.... hmmmm. ntah lah. Memang tak sedap kot. 

Aku pun tak tau bila last aku makan nasi daun pisang ni. Tapi rasanya pernah makan yang sedap. Kat Ravi's PJ kot. Aku pun dah lupa.

Tapi Curry Leaf ni katanya mula di buka di Seremban. Dan..............

Rasa di cawangan di sama macam di Seremban yang dah sedia popular tu !

Tapi kenapa macam kureng je?

Ntah ah. Tak tau nak cakap. Apa apa pun kami habiskan hidangan dengan curry puff.

Currry puff

Total damage sebanyak RM 32. Not bad lah.

Tapi harga kalau mahal pun tapi sedap puas hati. Kalau harga so sos makanan pun so so .. boleh buat sakit hati !

Apa pun, maybe ada makanan lain yang lebih umpph di sini yang aku tak cuba. Tak tau lah.

Tapi kalau sesiapa yang inginkan kelainan dan mencari Masakan India yang halal especially boleh lah ke mari dan mencubanya sendiri.

CURRY LEAF RESTAURANT   
75, Jalan SS 21/37,
Damansara Utama,
47400 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia

Telefon:+60 3-7726 5880


Sudah makan. Podaa suuni. Boleh blah !

Sekian.

Eh. Kajol dah sampai? Lambat pulak Kajol ni muncul. Dah.. pegi cari daun pisang gih !

14 comments:

  1. Masih pakai daun pisang sengoti? Naisss

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.. nama kedai daun kari... nasib tak buh atas daun kari

      Delete
  2. apa kes pulak tak boleh snap gambar menu?
    kerek la pulak walhal kita nak promote kan kan kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambar dia lawo sgt kot.. hahah tak pun dia ingat aku nak tiru sebab nak bukak kedai daun pisang lepas ni

      ostajah ada kebun sawit?

      Delete
  3. Uik mana video clip bang meng?? 👍🏿👀

    ReplyDelete
  4. Kalau dalam Add Math dipanggil pengamiran ye bang? Haha

    ReplyDelete
  5. Kerek btol xbg snap gmbr menu...klo aku mesti dh sentappp xnk order mkn. Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah...... tak moh gi dah kedai ni.

      kecewa. hahahhaa

      Delete
  6. Replies
    1. daun pisang best.. lauk tak berapa best tak jalan gak

      Delete