Pages

Monday, March 14, 2016

Vang Vieng, Laos

Bayangkan saja sebuah desa yang permai. Dengan pemandangan bukit bukau dan hutan menghijau. Desiran air sungai mengalir merentasi kawasan. Itu lah Vang Vieng sebuah pekan dipinggir Nam Song River di bahagian tengah Laos.

Vang Vieng tak de kena mengena dengan Vera Wang !

Pekan ini telah dikenali sebagai destinasi persinggahan dari Vientiane ke Luang Prabang yang mana mat salleh singgah berparty di sini sambil ber-stone high high bagai. Tapi tu dulu, sekarang ni banyak aktiviti lain yang lebih berfaedah seperti berbasikal, trekking, berkayak, tubing, meneroka gua dan memanjat batu serta melawat kawasan Blue Lagoon yang terkenal di Vang Vieng ni.

Vang Vieng kini telah menjadi sebuah bandar yang berorientasikan pengembaraan dengan jalan utama yang menyediakan banyak restoran, bar, cafe dan tempat penginapan. Tarikan utama di sini adalah aktiviti tubing dan kayaking di Nam Song River.

Apa yang menariknya di Vang Vieng ni adalah pemandangan dan suasananya yang masih mengekalkan persekitaran yang segar dan mendamaikan.

Layan gambar sekitar Vang Vieng, Laos.

Sungai Nam Song

Jernih airnya dengan batu batu kerikil

Pemandangan sekitar sungai utama di Vang Vieng yang menjadi tarikan pelancong untuk tubing dan kayaking.

Pekan Vang Vieng yang tak besar mana tapi menjadi tumpuan pelancong yang datang ke Laos ni

Penginapan mewah di tepi sungai Nam Song

Sungai Nam Song berlatar belakangkan keindahan batu kapur di Vang Vieng

Budak budak balik sekolah. Jangan cakap abang abang tak berpayung !

Anak anak kecil baru pulang dari sekolah

Jalan menuju ke Blue Lagoon di Vang Vieng

Blue Lagoon yang terletak kira kira 8 KM dari pekan Vang Vieng

Kawasan lagoon yang kecil tapi ramai orang datang. Boleh mandi manda. Entrance fee kena bayar 10.000 kip ( RM 5 )

Buleh la berenang riang

Suasana kawasan di Vang Vieng

Bunga matahari menyinari hidup

Angsa bebas berkeliaran di Vang Vieng ni

Tempat santai di pinggir Nam Song River. Boleh duduk minum dan lepak lepak sambil rendam kaki

Bangunan bangunan penginapan yang baru di bina di Vang Vieng bagi menampung jumlah pelancong yang semakin ramai

Pemandangan di Vang Vieng

Laluan berkayak dan tubing

Desa permai

Vang Vieng

Suasana tenang dan mendamaikan

Salah satu temple di Vang Vieng

Hot air balloon di Vang Vieng

Hot air balloon untuk melihat Vang Vieng dari pandangan udara. Harga sekali naik 80 USD. Boleh pilih pagi atau petang.

Senja di Vang Vieng

Bagi aku Vang Vieng wajib singgah kalau ke Laos for panorama countryside yang indah dan menawan kalbu. Gerenti tak menyesal. Kalau dah pegi pasti nama Vang Vieng akan terus terukir di hati sebagai satu destinasi yang memberi kenangan tersendiri.

Aku decided nak singgah di Vang Vieng masa aku di Vientiane je sebab tak de plan khusus, main redah je dan ternyata keputusan yang aku buat sangat tepat sekali. Vang Vieng sangat indah dan permai, sesuai untuk beristirehat dan mencari ketenangan.

Nampak tak berapa kali aku  ulang tempat ni tenang dan damai dan indah?

"I give my all to have just one more night with tchu....."

* baling tahik ke arah mariah carey tengah berkemban kat tebing sungai



Oh namamu terukir di hatiku
Subur mekar di kalbu setiap waktu
Senyuman mu meresap ke jiwaku
Menjalin kasih mesra penawar duka

Bila daku ditinggal kesepian
Ku seru namamu kasih dalam impian
Ku terasa kini kau datang menjelma
Membawa daku bersama ke alam indah

Pujaan ku wajahmu nan beseri
Berikanlah sinaran cahya hidupku
Oh namamu terukir di hatiku
Kekal dalam kenangan sanjungan jiwa

Bila daku ditinggal kesepian
Ku seru namamu kasih dalam impian
Ku terasa kini kau datang menjelma
Membawa daku bersama ke alam indah

Pujaan ku wajahmu nan beseri
Berikanlah sinaran cahya hidupku
Oh namamu terukir di hatiku
Kekal dalam kenangan sanjungan jiwa

Sanjungan jiwa
Sanjungan jiwa
Sanjungan jiwa

Aku ambik VIP bus dari Vientiane ( 40,000 Kip ). Perjalanan 4 jam. Jalan berlubang lubang. Habuk dan debu berterbangan dan sampai di Vang Vieng waktu malam. Nasiblah Vang Vieng ni tak besar mana, cuma ada 2 main strips dan semua kedai, penginapan dan keperluan tertumpu di situ.

Di Vang Vieng aku menginap di Phoomchai Guesthouse, Vang Vieng dengan rate RM 59 semalam. Just nice and cosy place.

Cukup la spare 1 hari di Vang Vieng ni. Kalau yang suka tubing atau berkayak boleh la menyusuri Nam Song River ni. Kalau nak tengok Blue Lagoon boleh la melawat ke sana. Aku cuma sewa motosikal sehari di Vang Vieng untuk bergerak. Rate sewa moto 40,000 Kip. Pekan Vang Vieng ni kecik je so kebarangkalian nak sesat tu agak susah kecuali memang pegi merayap ntah tentu hala. Tak de proper map di Vang Vieng, tapi kalau sewa motosikal dia orang bagi la yang photostat punya.

Ada few air terjun buleh di terjah dan lokasi tarikan yang paling popular adalah Tham Poukham aka Blue Lagoon yang terletak lebih kurang 8 KM dari pekan Vang Vieng. Expect jalan tak elok dan berdebu. Boleh naik basikal atau motosikal. Tuk tuk pun OK. Kalau jalan kaki tu macam setahun baru sampai. Hehehe. Ada je mat salleh jalan kaki tapi aku rasa macam buang masa jer plus kalau cuaca panas ketiak boleh becak ! Kawasan Blue Lagoon tu sendiri tak besar mana tapi boleh la basah basahkan diri kalau nak berendam dan main terjun terjun.

Makanan halal tak de masalah di Vang Vieng ni tapi hati hati ada 2 resto nama Nazim satu Nazim yang halal satu lagi tak halal. Kalau tengok map ada Nisha juga di Vang Vieng ni tapi aku tak jumpa. Maybe dah tutup.

Di Vang Vieng ni, kalau nak cross jambatan tu selalu kena bayar ( dari Vang Vieng ke Blue Lagoon). Harga dia 5.000 Kip. Kalau tak nak bayar, jangan ikut laluan jambatan utama. Ikut je jambatan buluh local atau budak budak sekolah menyeberang. Tapi setakat RM 2.50 tu, tak perlu lah nak kedekut sangat kot. Kedekut tak akan membawa kita ke mana mana. Tak sempat nak kaya pun.

Aku suka Vang Vieng ni dan aku recommend sesiapa ke Laos untuk singgah sekejap di sana !

Dari Vang Vieng, aku bergerak ke Luang Prabang. Naik sleepers bus. Tambang 90,000 kips. Bertolak pukul 9 malam, konon kata sampai pukul 5 pagi. Rupa rupanya pukul 2 pagi dah sampai. Tercongok la pepagi buta kat station bus Luang Prabang tu. Nasib baik aku memang memula tersilap booking guesthouse di LP tapi dah jadi macam tu ingat boleh la check in subuh subuh hari tu. Malangnya, pukul 3 pagi ketuk guesthouse tak de orang layan.

"Hello from the outside.................................. I must have called a thousand times"

* rebah atas riba Adele

10 comments:

  1. dan..saya mengelap air liur yang berjejehan ketika membaca entry ini. baru2 ni baca artikel pasal orang laos ni attack laluan tourist plak..
    baru la nak berangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.... ada je la yang suka ambik kesempatan.... mana mana pun still kena hati hati...

      Delete
  2. desa permai..alahaiii bestnyerr..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya ya ya. permai sungguh.

      sekali sekala ok la. kalau duduk situ mau berlumut jadi nya...

      Delete
  3. ruginya tak singgah sini.. rasa nak repeat laos..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aci je kan repeat.

      kalau dah penah pegi tu... senang skit nak berjalan. konfiden sikit

      Delete
  4. kan dzu kan...aku pun berangan Laos..lama sangat berangannyer smpi kena attack pulak. Takpalah kita sabar menanti yaaa kedamaian yang bakal tiba :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah bakal tiba..

      jgn lupa berkunjung ke sana nanti na.....

      Delete