Pages

Tuesday, March 15, 2016

Cuti Sekolah Di Tanjung Karang : 01 - Mee Udang Banjir, Tanjung Karang

Salah satu lokasi wajib singgah di Tanjung Karang adalah untuk mencuba Mee Udang Banjir di Warung Mee Udang Banjir, Tg Karang.

Terletak di pinggir jalan dari Kuala Selangor menuju ke Sekinchan, lepas pada town Tanjung Karang tu sendiri.

Tak susah nak nampak, sebab akan perasan ada banyak kereta parking tepi jalan. Dan untuk memudahkan lagi kita mengenali warung berkenaan, sila lah bukak mata luas luas dan baca signboard yang tertera !

Signboard Warung Mee Udang Banjir Tg Karang

Jangan confuse pulak dengan Mee Udang Kuala Selangor. Tokey lain lain kot !

Kalau baca kat google rata rata orang berkerumun ke sini untuk mencuba mee udangnya. Jadi, sewaktu ke sana, kami memang bercadang nak singgah.

Jom singgah dan hunggah !

Nampak sign ni tepi jalan. Kalau cari pakai waze pun boleh jumpa.

Kalau tak pasti dan ragu ragu. Kat sebelah warung Mee Udang ni ada masjid. Lupa la nama masjid tu.

Tapi macam ni rupanya.

Boleh singgah solat kalau belum solat

Dekat warung mee banjir tu ada parkir khas untuk pelanggan, tapi kalau orang ramai dan tak de parking, boleh la gi bertempek parking kat masjid. Buat muka alim sikit !

Parit depan warung Mee Banjir. Parit ni mungkin membantu mengelakkan banjir berlaku, tapi Mee Udang Banjir bukan di namakan sebab kawasan ni di naiki air banjir tapi sebaliknya...............

Apa apa, usha kawasan warung ni dulu.

Warungnya macam warung biasa je. Tak de apa yang istimewa

Tapi pelanggannya memang merumbu. Kalau nasib tak baik kena la menunggu. Semua orang say Hi to abang baju biru muka penuh tanda tanya.

Macam aku hari tu, kami sampai dah agak petang. Sebab bertolak dari rumah pun lewat. Banyak urusan. Sampai petang tu orang agak ramai. Kena jugak la menunggu sebab tak cukup meja.

Tunggu dalam 10 minit macam tu gak la.

Tunggu orang abis makan !

Kerusi meja dah agak banyak tapi sebab pelanggan pun ramai jadi agak ambik masa nak mendapatkan tempat duduk

Dapat tempat duduk, sila sila la order ! Tu menu dan harga. Banjir special tu bukan lebih air tapi lebih udangnya....

Sementara menunggu makanan tiba, boleh la usha usha apa ada atas meja. Kalau berminat boleh di cuba.

Tapai ubi. Sebekas RM 3. "Tapai Ubi? Sounds so village. What is that????" * pancung  diri sendiri

Minuman muncul mengambil tempat di atas meja

Pandangan atas meja. Ada cili dan kicap untuk di nikmati bersama hidangan bagi menambahkan selera makan

Aku memang nak makan nasi so aku order Nasi Goreng Udang  sama dengan Princess

Udang udang yang terlindung di balik nasi. Ada udang di balik nasi? Kalau ada, tu petanda yang bagus. Ada la dalam 3 ekor udang.

Dan aku melantak dulu sampai habis !

Cerita dulu pasal nasi goreng udang dia ni, bagi aku rasanya enak sekali ! Nasi goreng kerjanya bukan enteng !! Kalau tak kena cara tak sedap juga. Tapi yang ni memang power. Cukup rasa walaupun nampak tak semenggah mana.

Princess yang tak suka makan pun abis makan nasi goreng ni. Dia siap cakap.

"Nasi goreng ni tersedap... Nanti adik nak makan nasi goreng ni lagi !"

Dia ingat Tanjung Karang tu dekat agaknya. 

Tapi bagi aku memang nasi goreng udang ni meruntun kalbu !

So apa kes kalau pegi warung mee udang dan tak rasa mee udang yang banjir tu? Mana hidangan mee udang? Mesti khalayak tertanya tanya, terpinga pinga, di dalam dilema mu. Kan?

Sebenarnya OR dengan Hero order mee udang banjir ni, tapi !! Mee udang tak kelihatan sampai aku abis makan !!!

Punya la terpaksa lama menunggu. Hero aku pun dah tarik muncung sebab makanan dia lambat. Tu pun dah suap nasi goreng aku jugak tu.

Dah panggil pekerja tu tanya kenapa tak sampai sampai, jawapan artis dia.

"Kejap bang. Tengah buat"

Intai intai di balik dapur.

Macam ada orang bertungkus lumus. Tapi kenapa lama benar?

Memang lama lah. Dekat setengah jam jugak tunggu mee udang tu. Memang semua orang tak dapat time kami lah pelanggan yang paling lama menunggu.

Perlu ke aku lari ke masjid dan guna speaker masjid untuk azan 40 kali tanya mee udang tak siap siap? Nasib la pekerja dia pun mintak maaf juga sebab kami terpaksa menunggu lama. 

Maka !

Setelah berhempas pulak memujuk perasaan sendiri sebab makanan tak kunjung tiba. Akhirnya.........

Mee Udang banjir Tg Karang mengambil tempat di meja

Close up sikit kasi meleleh air liur

Sebenarnya aku jamah jugak. Tapi aku tak tau kat mana sedap sangat mee udang ni. Manis sungguh maybe air udang tu tapi memang tak kena dengan tekak aku.

Maybe sebab aku memang tak minat kot.

Apa apa pun.. Hero dan OR makan tanpa berjaya menghabiskan. Maybe dah hilang mood lama menunggu. Sebelum tu aku tengok pelanggan yang duduk kat meja aku tu pun tak abis. Dia makan udang je !

So, tak elok nak speku bukan bukan. Anggap je la sedap sebab ramai pelanggan. Kalau nak kan kepastian, boleh pegi dan cuba sendiri ! Lain orang lain citarasanya.....

Tapi aku suka rumah kayu sebelah warung mee udang ni

Dan juga buah ciku. Ada pokok ciku kat situ. Macam nak petik tapi takut kena marah. Ciku adalah buah kegemaran beta. Beta suka ! * mati la tak de kena mengena.

Aku lupa la jumlah harga makan semuanya hari tu. Rasanya tak sampai RM 50 kot. Rujuk harga pada papan menu di atas sana dan mulakan kiraan.

* hulur sempoa kat semua orang

Warong Mee Udang Banjir Tanjung Karang
Kampung Tengah
45500 Tanjung Karang
SELANGOR

Mee Udang Banjir Tanjung Karang maju setapak lagi, mereka ada FB page. Check sini : Mee Udang Banjir, Tg Karang

Kalau ke sana jangan lupa singgah dan test power. Bak kata tagline dia tu.

"Rasa dulu.... Perghhhh !!!!!"

Jangan order Perghhh pulak. Tak de dalam menu tu.

Selamat mencuba !

20 comments:

  1. wahhh..tersedap eh princess?? kagum achik dengor princess abiskan makanan dia..hihi

    Nnt nk try gak lar ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah. dia kata tersedap. makan la banyak skit tu pun ada le 4 sudu...

      Delete
  2. tu la kadang terlebih promosi ye gak kahkahakh padahal rasa x semenggah yg dicanang...rasa manis sbb org jawa suka kot yg manis2 ni...hehehe speku lebih sikit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah.. tapi sebab org ramai kan. aku assume tekak aku yang cacat

      Delete
  3. try makan soto pulak berdekatan dgn cendol burhan,pior jawa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalahnya setiap kali pegi byk sgt nak di makan. Perut kecik ( perasan ).. tak pe la nanti lain kali buleh try.

      Thank u Zie azi

      Delete
  4. tapai ubi la sedap..village pun village lah..beta suka..

    ReplyDelete
  5. nasi goreng nampak lebih menyelerakan daripada mi udang tu >,< kurang tempting sebab banyak sayur kot. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasi goreng memang sedap... mee tu.. tak reti nak komen

      Delete
  6. Tapai xkenal, tp buah ciku kemaruk. Citt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah... lama sgt merantau di rantau abang..... haks

      Delete
  7. mungkin terlebih promosi..sama la mcm mee udang kat kuala sepetang taiping tu..bg sy biaseeee je pong

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah..... or memula dulu mungkin sedap kot. dah lama lama.... dah kurang terurus dan nak cepat.. hilang rasa kesedapannya dah

      Delete
  8. hai abang baju biru!
    kenapa dirimu penuh tanda tanya?

    terliur aku dengan nasi goreng udang tu.
    nampak sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasi goreng tu aku rasa mcm nasi goreng bodo je.. tapi sedap la...

      hahahhaa...

      Delete
  9. abam Mengggg..MJ here..hahahahaha..lama kita tak bersua kannnn..hahahahha..bajet mcm pernah bersua je kita kann abam meng..hahahahhaahhaaha..
    eh abam meng,OR suka makan mee udang eh?meh MJ suggest kan mee udang yg sedap kat Nilai..best ohh abam meng..jap MJ bg link kedai tu ye..
    http://labahlabahkenit.blogspot.my/2014/12/best-of-mee-udang-in-nilai.html
    abam meng try la bawak OR ng kids ke sini..sini mcm food court..macam2 ada pilihan makanan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nilai?

      Nilai tu jauh tau...

      kalau naik flight mau 10 jam dari hitaly...

      takkan nak makan mee udang sejauh tu?

      hahahhaha.... tak de la minat sgt nak makan. sekali sekala je bila bila teringin.

      * tolak shima masuk dalam periuk kuah mee udang

      Delete
  10. Replies
    1. allahu... aku tak de kena mengena dgn kedai ni. dtg pun makan je.. so update bukak ke tak kena google / call tanya sendiri.

      harap maaf

      Delete