Pages

Saturday, March 12, 2016

Matahari 09-03-2016

Demi matahari dan sinarnya di pagi hari.
Demi bulan apabila mengiringi.
Demi siang apabila menampakkan diri.
Demi malam apabila ia menutupi.
Demi langit dan seluruh binaannya.
Demi bumi dan semua yang ada di permukannya.
Demi jiwa dan penyempurnaannya.

Allah mengilhamkan sukma kebaikan dan keburukan.
Beruntunglah siapa yang mensucikannya.
Dan rugilah siapa yang mengotorinya.....
- Surah As Syams -

Skodeng matahari sempena fenomena alam yang berlaku pada 9 Mac 2016.

Disebabkan kejadian gerhana matahari ini jarang berlaku jadi aku kena dokumenkan sikit sebagai kenangan aku sempat merasai pengalaman seperti ini pada tahun ini.

Sebenarnya aku vividly ada pengalaman menyaksikan gerhana matahari satu ketika dulu. Walaupun masa tu kecik lagi, tapi aku masih ingat menyaksikan kejadian ini. Time tu jiran sebelah rumah aku siap ketuk ketuk pokok dengan belakang pisau. Kononnya bagi pokok mangga tu berbuah lebat.

Kurafat betul jiran aku tu, tapi eventually pokok tu memang berbuah lebat. Sekarang ni dah tak de dah pokok mangga tu.

Gerhana matahari (Bahasa Inggeris: Solar eclipse) berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari oleh itu menutup cahaya matahari samada separa atau sepenuhnya. Walaupun bulan lebih kecil, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan dengan purata jarak 384,400 kilometer adalah lebih dekat kepada bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer.

Gerhana matahari penuh adalah peristiwa yang jarang berlaku. Walaupun ia berlaku di mana-mana tempat di Bumi setiap 18 bulan secara purata telah dianggarkan bahawa gerhana matahari penuh ini hanya berulang di satu-satu tempat tertentu hanya sekali setiap 370 tahun, secara purata.

Gerhana penuh hanya berlaku selama beberapa minit di lokasi itu, kerana umbra Bulan yang bergerak ke arah timur melebihi 1700 km/h. Kepenuhan tidak boleh bertahan lebih daripada 7 min 31 s, dan biasanya lebih pendek: pada setiap alaf (1000 tahun) terdapat biasanya kurang daripada 10 gerhana matahari penuh yang melebihi 7 minit. Kali terakhir ini berlaku adalah pada 30 Jun 1973 (7 min 3 saat). Pencerap di atas kapal pesawat Concorde dapat memanjangkan tempoh kepenuhan itu kepada kira-kira 74 minit dengan terbang di sepanjang laluan umbra Bulan. Gerhana berikut yang melebihi tempoh tujuh minit tidak akan berlaku sehingga 25 Jun 2150.

Gerhana matahari penuh paling lama dalam tempoh 8000 tahun dari 3000 SM hingga 5000 AD akan berlaku pada 16 Julai 2186, apabila kepenuhan akan bertahan selama 7 min 29 s. Sebagai perbandingan, gerhana yang paling lama pada abad ke-21 berlaku pada 22 Julai 2009 dan berlangsung selama 6 min 39 saat.

Apa apa pun, untuk tahun 2016 ni, walaupun festival gerhana ini di sambut meriah di Palembang dan aku cuma 2 days awal je ke sana tapi aku masih berpeluang untuk menyaksikannya di Malaysia ni walaupun bukanlah gerhana secara penuh. Cuma hari tu aku berkejar kejar untuk meeting jadi tak boleh nak betul betul fokus nak ambik gambar gerhana ni.

Dan ini je la yang sempat aku skodeng !




Tak secantik yang aku harapkan tapi cukuplah sekadar pengalaman snappy dan turut sama menyaksikan kejadian ini dengan mata kepala sendiri.



Ku bermohon bawah langit mu
Itu saja daya termampu
Kerna cinta sekuat mana pun
Tak kan melepasi cinta mu yang suci..

Hati ini pedih menanti
Mengharapkan kasih kembali
Semua cinta yang telah ku beri
Hanya kepadanya tak mungkin berganti

Kerna dia yang ku cinta
Sungguh tak pernah ku sangka
Hadir membelai jiwa
Dengan ikhlas tulus hati nya

Pulang kan dia pada ku
Tak tertanggung merindu
Biar kan kami hidup
Dibawah langit cinta mu

Jika bukan dia cinta ku ini
 Ambil lah kembali
Dari hati....

Memang dia yang ku cinta
Sungguh tak pernah ku sangka
Hadir membelai jiwa
Dengan ikhlas tulus hati nya

Pulang kan dia pada ku
Tak tertanggung merindu
Biarkan kami hidup
Di bawah langit cinta mu

Ku bermohon bawah langit mu
Itu saja daya termampu
Kerna cinta sekuat mana pun
Tak kan melepasi cinta mu yang suci..

Dan petang hari yang sama aku ada masa sikit nak skodeng matahari senja, dan ini lah dia matahari yang sama, di hari yang sama dengan waktu yang berbeza.

Masih bulat dan cerah. Di bawah langit senja.












10 comments: