Pages

Tuesday, March 22, 2016

Jom Ngopi : Toran Coffee, Seksyen 13 Shah Alam

Let's go bebeh. Jom kita gi minum kopi !

Kopi Toran.

Apa?

No................ bukan Toron. Ini Toran Coffee.

Toran Coffee. Terletak di Seksyen 13, Shah Alam

Jangan tanya aku apa maksud toran tu, tapi rasanya club kereta dia orang kot.

Anyway, ni aku quote dari website mereka.

Toran Coffee is a Coffee shop that was established in 2014, the name is derived from the car club Toran Motorsport.

Our aim is to provide exception and unforgettable dining Experience to all our highly valued customers.

Our foods are freshly cooked to perfection and our coffee are chosen from the best coffee beans known to mankind.

Known to mankind? Fuyoooo... 

Anyway aku tau kedai ni dari anak buah aku. Dia tahu aku suka minum kopi dan dia suggest aku ke sini. Sebenarnya macam dah lama teringin nak pegi, tapi tak berkesempatan plus aku selalu lupa nama kedai ni. Bila teringat mesti aku akan wassap anak buah aku tanya.

'Apa nama kedai kopi tu? Toron?'

Dan dia akan bebel sebakul setiap kali aku tanya soalan yang sama !

Okey. Dah sampai seru, akhirnya aku telah membuat lawatan mengisi perut di sini dengan OR. Biasalah kalau hari keje, Berdua duaan jer.Dating kecil kecilan.

Aku pakai Waze je nak ke sana, berpusing pusing dalam area seksyen 13 tu akhirnya jumpa jugak. Rupanya sebelah Nasi Beryani Johore Pak Anjang yang aku pernah gi makan dulu. Tapi dulu tak de la rasa jalan tu complicated seperti ni. Mesti pompuan Waze tu saja dengki khianat kat aku.

Sampai parking dan tengok orang ramai betul. Mesti best ni kalau menjadi tumpuan. So tempat duduk pun tak der. Nasib baik la waktu aku sampai tu ada orang dah abis makan.

Boleh duduk di luar. Sorry Bang. Kak.. pinjam buat models kejap

Dan boleh duduk dalam. Tapi tempat duduk memang terhad

Aku memilih duduk kat luar. Lagipun tu je seat yang ada. Dari pengamatan aku macam ramai golongan muda mudi je lepak kat sini. Kalau aku muda best jugak jamu mata. Tapi sebab macam dah tua, rabun.. so dalam cahaya suram suram macam tu kadang kadang kerusi pun aku ingat awek rambut blonde !

Boleh shisha shishi

Dah duduk, kami di beri kertas menu. Makanan dia ada pilihan western dan Asean fushion.

Dan sudah tentu la kopi kopian.

Pastu kami pun menunggu. Kejap pandang orang. Kejap pandang dinding.

"Dik. Dik. Order... !"
"Order kat dalam Bang"

Heh?

Abis tu bagi menu kat meja apsal? Foncuse lak aku kat situ.

So kalau nak order kena gi order kat dalam.

Masuk dalam dan order kat kaunter

Masa kat meja nak order benda lain, bila kat kaunter, di sua dengan gambar ni terus terjebak ! Mudah betul iman goyah dengan piluhan cokelat dan strawberry. Sudahnya kami order air yang agak melampau ni.

Aku kata melampau sebab harga dia adalah RM 20 satu !

Terlajak perahu boleh di undur. Terlajak order..? Bayar sajerrr.................

Well. Pengsan dulu tengok bil.

2 orang makan je tu. Belum kalau anak anak aku ada, sah sah mengaruk nak satu sorang air macam tu.

Dah bayar, duduk dan tunggu mereka hantar makanan ke meja.

Air terlampau sampai dulu. Order satu sorang lak tu. Haloba.

Aku tak ingat apa yang membeza antara ke dua duanya. Yang aku tau OR punya rasa manis, aku punya rasa pahit.

By the way tengok air ni macam manis melekit aku mintak air masak. No air masak ! Mineral water sahaja ! Harap reti.

Dan di persilakan makanan mengambil tempat.

Pasta Oglio Aglio Alfonso De Suliano untuk OR. Hahaha aku tak tau nama makanan ni apa. Tapi ! Sedap gila ! Serious sedap !

Chicken Chop untuk beta. Malangnya beta tak berapa berkenan di jiwa. Gorengan dia rapuh sangat sampai pecah berderai bila nak makan.

Anyway, makanan dia OK. Hit and miss. Maybe makanan lain ada yang OK lagi kot. Lagipun tengok orang macam ramai jer.

Kopi dia tu, aku rasa aku silap order. So agak kurang kick rasanya.

Apa apa pun, aku percaya makanan dia boleh tahan jugak la. Harga pun agak berpatutan sebenarnya kecuali harga air kopi yang terlampau tu je mahal macam beli peluru berpandu.

Nanti la ada masa aku try riki sekali lagi.

Untuk menu dan info pasal tempat ni boleh refer : Toran Coffee

Dan ini FB mereka : FB Toran Coffee

TORAN COFFEE
No 38 Jalan Rugbi 13/30
Seksyen 13,
40100 Shah Alam, Selangor
Tel: 018-364 6525

By the way dia orang ada buat delivery tapi untuk area Seksyen 13, Shah Alam saja !

12 comments:

  1. tempat kami lepak di kala tension buat kije kat opis
    lepak = bermusim iaitu setahun sekali je masuk
    hahaahahahahaha
    (tengok la bil dia..kami boleh sawan secara berjemaah klu hari2 lepak sini)

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuyooo.. tempat lepak pun tempat have have...

      hahahha.....

      Delete
  2. lain kali bawak air kosong sendiri.. hahahah

    ReplyDelete
  3. Air hipster..gitu ler reganya..pengsan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah...... tergoda dgn iklan mcm ni la jadi nya

      Delete