Pages

Monday, March 21, 2016

Luang Prabang, Laos

Orang kata kalau pegi Laos tak pegi Luang Prabang, memang kena repeat !

Sapa yang berani sebenarnya berkata begitu?

* cekak pinggang sambil acah acah nak tekap dengan seterika panas

Tepat sebenarnya pernyataan itu ! Kalau ke Laos dan tak singgah ke Luang Prabang maka kurang bererti lah trip anda itu. Sila repeat dan masukkan Luang Prabang dalam destinasi. Must go ! Wajib pegi !

Luang Prabang terletak dipertemuan dua buah sungai yang mengelilingi pekannya dan merupakan bekas ibu negara Laos. Luang Prabang pernah terkenal sebagai sebuah ibukota kerajaan Lao pertama (Lan Xang - Negeri sejuta gajah) sejak dari tahun 1353 lagi. Perpecahan kerajaan Laos pada akhir abad ke-16 menyaksikan Luang Prabang menjadi bebas dan tidak terkawal lalu terpaksa menerima perlindungan kerajaan Perancis. Dengan kewujudan Perancis di situ, maka banyak terdapat pengaruh Eriopah pada senibina bangunan dan rumah rumah di Luang Prabang ini bercampur dengan senibiina Lao tradisional. Kota ini pernah jatuh dalam kemiskinan yang membawa kepada pengakhiran kekuasaan Raja Luang Prabang.

Mempunyai sebuah kuil megah di atas bukit. Beberapa binaan keemasan Wat-Wat yang sungguh indah di hiasi mozek dan mural kehidupan Buddha. Ditambah dengan bangunan bangunan serta rumah kayu tradisional Lao dengan sentuhan senibina Eropah sebagai kesan peninggalan jajahan Perancis, pekan bersejarah ini turut berlatarbelakangkan kehijauan dan gunung ganang.

Begitulah gambaran kota kecil yang dinamakan Luang Prabang !

Dan pembukaan semula sektor pelancongan di Laos pada tahun 1989 menyaksikan satu perubahan besar yang luar biasa kepada bandar Luang Prabang ini yang masih menyimpan khazanah sejarah senibina campuran Lao dan Perancis lalu diwartakan sebagai bandar Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1995.

Layan gambar beberapa tempat menarik di sekitar Luang Prabang, Laos.

Haw Kam. Bekas istana di Raja

Bandar jajahan Perancis yang menampilkan senibina campuran dengan tradisional Lao yang masih kekal hingga kini.

Luang Prabang dipenuhi dengan restoran, bar dan rumah tumpangan

Rumah tradisi senibina Lao

Bandar Luang Prabang dari puncak Mt Phousi ( sebut betul betul )

Sungai Mekong

Sungai Mekong nadi perhubungan Luang Prabang

Sungai Mekong. Sungai ke 12 terpanjang di dunia yang mengalir meliputi beberapa buah negara di Asia Tenggara


Mekong River

Sungai Mekong mengalir dari Luang Prabang sehingga ke Vientiane dan membahagikan sempadan antara Laos dan Thailand

Kuang Si Falls. Antara tarikan utama pelancongan di Luang Prabang.

Kuang Si Waterfall yang terletak lebih kurang 30 KM dari pekan Luang Prabang. Boleh di kunjungi dengan menaiki tuk tuk. Harga 40,000 Kip seorang/return. Share tuk tuk.

Kuang Si Waterfall.

Vat Xieng Toung — the oldest monastery in the city and one of the most beautiful.

Tinggalan sejarah. Yang kepala naga tu adalah keranda pengusung

Pengantin Lao

Sunset on the waterfront

Santai di pinggir Sungai Mekong

Senja di Sungai Mekong

Bomb bomb yang ditemui di Laos

Malam di Luang Prabang

Jualan di pasar malam di Luang Prabang

Makanan

Alms ceremony — monks at dawn (05:30) collecting alms of rice from kneeling villagers and tourists, who form the majority, along Sakkaline Road near Wat Sensoukharam.

Acara yang menjadi tumpuan untuk di tonton oleh para pelancong yang datang ke Luang Prabang ni

Luang Prabang !

Sebelum aku jejakkan kaki ke Luang Prabang ni, aku ada perasaan was was dan curiga tak bertepi tentang apa tarikan yang ada di Luang Prabang ni. Tapi bila aku dah selamat jejakkan kaki ke sana, baru aku faham. It is a small city with atmospheric and charming personalities. Kena pegi dan rasakan sendiri !

Apa apa pun tarikan lain pun menarik juga macam KuangSi Falls yang memang wajib di kunjungi selain daripada melawat Wat Wat terkenal di sini. Menyusuri dan menikmati sunset di Sungai Mekong atau berjalan melihat pekan kecil Luang Prabang yang menarik ni. Peta boleh mintak di Tourist Info Center (TIC) Luang Prabang yang terdapat di simpang jalan.

Upacara Monks at Dawn ataupun Alms ceremony  boleh dilihat setiap pagi ( bermula jam 5 pagi ) di jalan jalan utama di Luang Prabang ni. Pastikan bangkit awal dan selagi boleh hormatilah mereka dan jangan sampai mengganggu.

Untuk bergerak di Luang Prabang, aku cuma jalan kaki je. Ke hulu ke hilir di pekan kecil ni. Cuma last day aku sewa basikal sebab konon nak jalan jauh sikit. Sewa basikal cuma 20,000 Kip sehari.

Aku menginap 3 malam di Luang Prabang dan aku rasa 3 malam 2 hari tu agak mencukupi untuk cover kawasan sekitar di Luang Prabang ni. Aku menginap di Vanvisa Guesthouse,  Rate dia RM 64 per night.

Penginapan aku adalah guesthouse yang mana ada family tinggal di rumah yang sama. Kebetulan pulak dia orang berparty masa tu.. terganggu jugak tidur ku tidak lena. Bengang betul. Dia tak tau ke aku perlukan tidur yang cukup untuk kekal kacak?

* bunyi cengkerik bersahut sahutan

Di Luang Prabang ada 1 restaurant halal di Luang Prabang namanya Nisha Restaurant. Dulu ada Nazim tapi dah tutup agaknya. Mengagau aku mencari sampai sado betis kayuh basikal ke sana ke sini.

Apa apa pun, Luang Prabang memang menarik. Dari sini aku bergerak ke Phonsavan, sebuah destinasi yang cukup terkenal dengan Plains of Jars.

Aku memang suka Luang Prabang ni. Tenang damai je. Bangunan bangunan lama tu lawa lawa dan dipulihara dengan baik. Tapi 80% orang kat Luang Prabang ni adalah pelancong westerner. Ramai sungguh dan suka sungguh dia orang datang ke sini. Macam sedikit hilang identiti ke Laos-an dah sebenarnya di LP ni.

Pastinya keunikkan dan keindahan Luang Prabang akan di rindui oleh setiap pelancong yang pernah bertandang ke sini !



Selembut sutera
Sebening pelangi
Dirimu kurangkai
Di dalam kalbu

Oh terbawa senyummu
Terbawa tangismu
Rindumu rinduku
Setiap waktu

Kudengar bisik
Angin senja di telinga
Suaramu
Seolah wajahmu terlihat
Di rembulan
Oho...

Aduhai pujaan
Daku pun tak tahan
Rindumu rinduku
Sampai nanti

19 comments:

  1. Best juga Luang Prabang.. Blh try .. Tp mesti dgn group.. Baru berani... #takuttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes. pegi dgn group pun oke especially kalau pompuan lah

      Delete
  2. Aishh..mcm best lar pulak Laos ni Meng..

    ReplyDelete
  3. alaaa... perlukah aku repeat laos? perlukahhhh??

    ReplyDelete
  4. cantik Luang Prabang...

    Alms Ceremony tu yg nak tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik dan relaxing place....

      nak tengok tu kena bangun awal la...

      Delete
  5. yesss...aku kena repeat Laos ni...dulu gi x kesampaian nak ke LP.

    ReplyDelete
  6. ade org kat GH yg nina duduk tu cakap kerajaan Lao mmg saje x nak majukan Luang Prabang ni utk mengekalkan tradisi Lao katanye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerajaan Laos dah tak leh buat apa apa sebab LP ni dah under UNESCO.. any renovation ke apa mesti melalui UNESCO dan rasanya UNESCO memang nak preserve LP ni as it is la kot...

      Delete
  7. Boleh tumpang tanya? Did you get any vaccination before your trip to laos?

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete