Pages

Wednesday, March 23, 2016

3H2M Palembang, Indonesia - Budget & Itinerary

Kota Palembang adalah salah satu bandar besar di Indonesia yang juga merupakan ibu kota wilayah Sumatera Selatan yang terkenal dengan Jambatan Ampera yang juga mendapat jolokan Golden Gate Asia !

Jambatan Ampera Palembang

Palembang ini dahulu pernah menjadi pusat Kerajaan Sriwijaya, sebelum kemudian nya berpindah ke Jambi. Bukit Siguntang, di bahagian barat Kota Palembang, hingga sekarang masih dikeramatkan banyak orang dan dianggap sebagai bekas pusat kesucian di masa lalu.

Palembang merupakan bandar tertua di Indonesia, hal ini didasarkan dari Batu Bersurat Kedukan Bukit yang diketemukan di Bukit Siguntang sebelah barat Kota Palembang, yang menyatakan pembentukan sebuah ibukota Kerajaan Sriwijaya pada tarikh 16 Jun 682 Masihi. Maka tarikh tersebut dijadikan lambang hari lahir Kota Palembang.

Highlight trip aku ke Palembang dah keluar kat sini : Palembang, Indonesia - The Highlights

Palembang adalah ibu kota dari provinsi Sumatera Selatan, juga merupakan kota terbesar kedua di pulau Sumatera setelah Medan serta merupakan kota terbesar ketujuh di Indonesia.

Selamat Datang ke Sumatera Selatan

Aku pun tak tau kenapa aku nak pegi Palembang ! Saja nak naik flight kot.

Kedudukan Palembang dalam peta Asia Tenggara

Semuanya bermula masa aku kat Laos lagi. Aku check check saki baki currency aku dan aku perasan aku agak banyak simpan Indonesian Rupiah. Bila fikir fikir, aku sendiri pun dah lama tak ke Indonesia. Jadi meriki riki kawasan mana yang aku belum pernah jejak dan tengok tiket ke Palembang paling murah so aku rasa.. why not?

Palembang.............. ? Aku boleh lihat kota ini dengan lebih dekat.

Kota Palembang kini menjadi salah satu destinasi wisata di Indonesia apalagi setelah menjadi tuan rumah acara acara sukan antarabangsa seperti Sea Games 2011 dan Asian Games pada 2018 yang akan datang.

Apa apa beli tiket dulu, lain lain fikir kendian.

Bila tarikh nak sampai baru la aku gopoh gapah. Tapi tak prepare apa pun. Aku sendiri tak study apa pun pasal trip ni. Aku cuma check in flight je sehari sebelum then time tu memang contemplating nak pegi ke tidak. Apa nak buat di sana? Menarik ke tempat yang nak di lawati?

Hari dan masa pun tiba. Malam tu aku letih dan tidur awal. Dah cakap dengan OR aku ada trip ke Palembang ni tapi aku sendiri pun tak sure nak pegi ke tidak. Subuh subuh terkejut terus datang seru. Pack beg dan terus ke Putrajaya ambik ERL dan seterusnya ke KLIA2.

Pagi pagi tu aku dah berada dalam pesawat menuju Palembang !

Flight Air Asia ke Palembang memakan masa 1 jam 30 minit dari KLIA2. Nampak tak bayang bayang pesawat kat awan tu?

Memang pagi tu kartun sikit. Barang pack ala kadar. Hotel pun aku booking masa kat airport sebelum berlepas.

So sebelum aku share detail perjalanan ke Palembang ni, elok la rasanya aku kongsi dulu sedikit info mengenai Palembang. Bajet dan juga itinerary aku sepanjang 3 hari 2 malam ke sana !

01. VISA

Sebagai jiran tetangga dan serumpun, makanya pelawat dari Malaysia tidak di kenakan visa untuk melawat ke Indonesia dan dibenarkan stay tidak melebihi 30 hari.

Airport terbesar adalah Bandar Udara Sultan Mahmud Badaruddin II International Airport (PLM) yang baru sahaja direnovate. Lapangan terbang ini juga popular sebagai transit untuk ke Pulau Bangka Belitung selain ke bandar bandar lain di seluruh Indonesia ini.


Sultan Mahmud Badaruddin II International Airport (PLM) 

Immigration kat airport ni memang slow gila lah. Cuma 1 flight je sampai pagi tu dan aku terpaksa menunggu dekat 1 jam lebih untuk clearance. Banyak tanya lak tu.

Dari bandara ke Kota Palembang biasanya orang naik teksi atau pun memang dah booking private transport. Kalau ikut wikitravel ada TransMusi ( local bus ) yang bergerak dari bandara ke kota Palembang ni tapi masa aku sampai hari tu aku di beritau servis nya sudah di tamatkan?

So apa option yang aku ada?


Ojek ! Tanya je depan airport tu dan ada je yang bersedia. Aku bayar dia 40 ribu Rupiah. Aku rasa macam mahal but.. tak pe la. Aku sedekah jr.

Dari hotel ke bandara masa balik, aku ambik teksi kat hotel kena 110K rupiah. In Sha Allah nanti bakal ada LRT dari bandara terus ke pusat kota ( sedang dalam pembinaan )

02. WHEN TO GO

Palembang mempunyai iklim hutan hujan tropika dengan kelembapan yang agak tinggi dan angin kadang-kadang penting. suhu antara 23,4-31,7 darjah Celsius. julat hujan turun dari 2000 mm hingga 3000 mm. julat kelembapan 75-89% dengan purata 45% daripada cahaya matahari tahunan. 

Kiranya cuaca lebih kurang macam Malaysia. Aku pegi bulan March.... sebab pegi main bedal je, hari hari di Palembang hujan time petang. Memang terbatas la pergerakan aku selama 3 hari di sana. Asal petang je hujan. Lebat pulak tu.


Ada sekali terpaksa berlindung kat bangunan. 2 petang aku di Palembang, dua dua hari hujan !


Memang mimpi la nak dapat sunst di sana


Ni sunrise di hari terakhir. Kebetulan time aku pegi tu Palembang bakal menyambut Festival Gerhana Matahari Total 2016. Tapi aku awal 2 hari so tak sempat pun nak tunggu.

03. CURRENCY

Tentu semua orang dah familiar currency Indonesia iaitu Rupiah.

Since aku memang ada balance IDR yang agak banyak jadi aku tak de tukar duit pun sebelum ke Palembang ni. Pakai saki baki yang ada je. 


Indonesian Rupiah. IDR

04. ACCOMMODATION

Aku memang booked hotel masa kat KLIA2 sebelum boarding. Browse thru agoda dan aku jumpa hotel yang agak affordable so aku aku menginap 2 malam di Favehotel Palembang dengan rate RM 90 per night.

Bilik yang selesa dengan harga yang berpatutan


Cuma agak jauh dari pusat kota. Tapi hotel memang best. Breakfast pun sedap !

Dari pengamatan aku, pilihan hotel di Palembang agak banyak dan harga pun tak mahal sangat. Sebaiknya cari di kawasan pusat kota or kalau tak pun, mostly kawasan di Palembang dihubungkan dengan transport macam angkutan dan transit dengan mudah. Cuma kena pandai dan tau nak naik yang mana satu lah.

05. ITINERARY

Memang aku tak de meletakkan harapan yang tinggi yang Palembang sangat sangat menarik untuk di lawati. Tapi aku percaya setiap destinasi pastinya ada keunikan dan tarikan yang tersendiri.

Peta pelancongan Sumatera Selatan

Ramai pelancong yang datang ke Palembang dan meneruskan perjalanan ke Pulau Bangka Belitung. Aku pun mula mula macam nak ke sana. Tapi memandangkan masa agak suntuk, jadi aku decided nak ronda ronda sekitar kawasan kota Palembang saja.

Kota Palembang sendiri mendapat jolokan "Venice of the East" kerana penempatan yang di bina di atas Sungai Musi di sini sejak wujudnya kerajaan Majapahit sekitar 1293. Kota ini turut dipengaruhi dengan kebudayaan Jawa selain memiliki jumlah penduduk melebihi 1.7 orang.

Aku tak de itinerary yang khusus sebab aku jalan jalan kat bahagian bandar Palembang ni jer. 2 hari tu aku boleh ulang ulang pegi ke tempat yang sama dan santai santai menikmati udara segar Palembang dan menyaksikan hiruk pikuk suasana kota besar di Sumatera Selatan ni.

Kebanyakkan destinasi wisatanya terletak di pinggir Sungai Musi iaitu sungai utama yang menjadi nadi dan tulang belakang kota Palembang ini.

Antara tempat yang aku sempat pegi termasuk lah.

Melihat Jembatan Ampera. Salah satu jambatan yang terbesar di Indonesia dan juga menjadi mercu tanda kota Palembang .

Benteng Kuto Besak, kubu lama yang terletak di tebing sungai Musi.

Muzium Sultan Mahmud Badaruddin II yang terletak berhampiran Benteng Kuto Besak. Bangunan muzium di Palembang dengan senibina tradisional Limasan, memaparkan sejarah kota Palembang, dari era Buddha Sriwijaya hinggalah ke Palembang Kesultanan dan era kolonial.

Monument Perjuangan Rakyat ( Monpera)

Masjid Agung Palembang. Masjid terbesar di Palembang yang telah di ubahsuai beberapa kali dan kini menjadi sangat besar dan indah.  Di beberapa bahagian masjid itu masih boleh dilihat seni bina gaya Sriwijaya lama. 


Kampung Kapitan. Perkampungan kaum Cina yang dipinggir Sungai Musi yang kini menjadi destinasi kuliner seafood yang terkenal.


Venice of the East.   Boleh sewa perahu ketek untuk usha ushar sambil cruising Sg Musi ni.


Air pancur di hadapan Masjid Agung


Santai petang di Benteng Kuto Besak sambil melihat aktiviti penduduk tempatan petang petang.

Destinasi destinasi ni semua terletak di pusat kota berdekatan dengan Sungai Musi dan Jambatan Ampera so nak jalan jalan tu boleh jalan kaki je.

Peta bandar Palembang

Tapi kalau nak bergerak jauh sikit dari kawasan pusat kota boleh naik angkutan kota yang ada di Palembang ni. Tambangnya standard 4000 rupiah tak kisah mana mana tujuan tapi kena pastikan laluan dan naik angkutan yang betul. Biasanya angkutan ini di bezakan mengikut warna.

Angkutan kota di Palembang

Kena pastikan naik angkutan di laluan yang betul. Aku kena sekali, so dari tambang 4000 Rupiah terus kena 50,000 rupiah. Nak bertumbuk kejap aku kat situ tak puas hati. Last sekali di kurangkan jadi 30.000 rupiah. Tak de la mahal sangat tapi sebab kena tipu so aku rasa tak best !

Selain daripada tu, ada beberapa tempat yang aku tak sempat pegi dan aku rasa agak menarik jugak kalau berada di Palembang dan bermasa untuk berkunjung ke tempat tempat ni.

Pulau Kemaro - Pulau masyarakat Tionghua di Palembang yang begitu terkenal kita perayaan Chap Go Meh dan Tahun Baru Cina.

Pulau Kemaro ini boleh dikunjungi dengan menaiki perahu ketek yang disewa secara private atau bersama penduduk tempatan. Terletak lebih kurang 6 KM dari Jambatan Ampera, perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit dengan perahu ketek.

Daya tarik Kemaro adalah Pagoda berlantai 9 yang menjulang di tengah-tengah pulau. Bangunan ini baru dibangun tahun 2006. Selain pagoda ada klenteng yang sudah dulu ada. Klenteng Hok Tjing Rio atau lebih dikenal Klenteng Kuan Im dibangun sejak tahun 1962. Di depan klenteng terdapat makam Tan Bun An (Pangeran) dan Siti Fatimah (Putri) yang berdampingan. Kisah cinta mereka berdualah yang menjadi legenda terbentuknya pulau ini.

Selain itu ditempat ini juga terdapat sebuah Pohon yang disebut sebagai "Pohon Cinta" yang dilambangkan sebagai ritus "Cinta Sejati" antara dua bangsa dan dua budaya yang berbeda pada zaman dahulu antara Siti Fatimah Putri Kerajaan Sriwijaya dan Tan Bun An Pangeran dari Negeri Cina, konon, jika ada pasangan yang mengukir nama mereka di pohon tersebut maka hubungan mereka akan berlanjut sampai jenjang Pernikahan.

Aku tak sempat nak ke Pulau Kemaro hari tu sebab cuaca setiap petang hujan. Private bot pun agak mahal untuk aku sorang sorang dan bot pun nampak kecik benor nak melawan arus Sungai Musi yang deras tu. Tak de jaket keselamatan di sediakan. Sesiapa ke sana boleh berkunjung nanti !

Wisata Religi di Al-Qur’an Al-Akbar

Al Quran Al Akbar, yang merupakan Al Quran terbesar di dunia yang ditulis pada kayu Tembesu, kayu khas Palembang, dengan ukiran khas Palembang.

Sebanyak 30 juz ayat Al-Quran tertuang di 315 lembar kayu. Pembuatan Al-Qur’an yang menhabiskan waktu 8 tahun ini digagas oleh Sofwatillah Mohzaib. Tebal Al-Qur’an termasuk sampul sampai 9m, sedangkan halamannya berukuran 177 x 140 x 2,5 cm. Untuk membaca Al-Qur’an ini sama seperti membaca Al-Qur’an biasa, jika sudah selesai membaca satu halaman lalu dibalik, baru pindah ke pahatan Al-Qur’an di sebelahnya.

Lokasi nya tidak jauh dari Jembatan Musi 2 Palembang, tepatnya di di Jalan Pangeran Sido Ing Lautan Lrg Budiman, No 1009 Kelurahan 35 Ilir Palembang, (-3.018379,104.7401531), lebih kurang 15 KM dari Jembatan Musi 2 ke arah gandus. lokasi meseum tersebut dibuka, setiap hari dan masuk ke sana diberikan tiket masuk sebesar Rp. 5000 per rombongan, jadi sangat murah, diharapkan dari tiket masuk tersebut dapat bermanfaat untuk perawatan.

Aku tak dapat pegi sebab tak de private transport. Kalau naik angkutan pun kena tukar tukar few times. So next time orang lain boleh pegi ke sini !

Salah satu destinasi yang aku rasa agak menarik juga di Palembang ni adalah Air Terjun Temam.

Air Terjun Temam

Memiliki ketinggian sekitar 12 meter dan lebar 25 meter, Air Terjun Temam menjadi lokasi kegemaran jika berkunjung ke Lubuk Linggau. 

Air Terjun ini dinamakan Temam, kerana lokasinya terletak di Sungai Temam. Bentuknya mirip tirai langsir yang pastinya mengingatkan kita pada air terjun Niagara Falls di Amerika Utara cuma dengan saiz yang lebih kecil.

Untuk mencapai ke lokasi air terjun, pengunjung akan melewati 100 buah anak tangga dan jaraknya lebih kurang 11 KM dari pusat kota.

Kena ada private transport lah kalau nak datang ke sini.

Sebarang itinerary dan lokasi wisata tambahan boleh refer di sini : 10 Hal Yang Bisa Dilakukan di Palembang by Hello Palembang

06. FOOD

Ada few makanan yang wajib di cuba kalau berada di Palembang ni.

Pempek adalah fish cake yang digoreng dan dimakan cuka pedas. Ada banyak jenis Pempek ni tapi aku tak try pun. Ikan?


Martabak Har. Macam murtabak telur je. Aku try jugak lah.

Nasi Minyak Palembang. Sedap


Nasi Kucing?


Di Sungai Musi juga ada warung terapung yang menjadi port makan makan di Palembang ni. Boleh cuba kalau teringin.

07. WHAT TO BUY

Aku memang tak beli apa apa pun di Palembang tapi seperti bandar lain di Indonesia, terdapat beberapa barangan yang biasanya di beli di sini sebagai cenderahati dan ole ole.

Songket tenun


Kain kain yang boleh di dapati di Pasar 16. Pasar 16 ni kononnya macam Tanah Abang di Jakarta. Banyak jual kain kain.


Di Palembang pun ada mall besar


Dan agak high end


Tapi yang tepi tepi jalan pun banyak !! Seram tengok orang serbu


FM Palembang. Ni aku nampak kat airport je. Tak sure harga sebab tak beli pun

08. BUDGET & EXPENSES

Untuk budget dan expenses aku selama 3 hari 2 malam di Palembang ni agak OK.

Tiket flight = RM 150 return.
Accommodation untuk 2 malam di Favehotel Palembang = RM 200
Ground expenses ( makan + transport etc ) = Aku cuma pakai dalam 600 IDR saja. So balance rupiah masih banyak juga. Banyaknya aku guna untuk makan ! Transport agak murah je naik angkutan. Cuma teksi dari hotel ke bandara kena 110 ribu.

Total expenses : RM 550.

Kalau aku kira beli rokok duty free aku save RM 90 sekarton. So aku dapat beli 3 karton so aku save RM 270 !

So overall... agak murah gak lah. Hehehehe

09. MY VERDICT

Palembang bagi aku not the best city in term of tarikan pelancongan. Tapi still menarik dan tersendiri setakat untuk di lawati dan melihat sendiri kehidupan masyarakat di sana.

Aku tak menyesal dan agak suka juga !

Palembang menuju tuan rumah Sukan Asia 2018. Facilities pun sedang dinaiktaraf.

10. TIPS & RECOMMENDATIONS.

Aku share 10 tips bagi yang ingin ke Palembang.

01. Upon arrival, sila sediakan return ticket dan tunjuk pada immigration sana. Kalau tak, susah la hidup. Dia orang ni kadang kadang memang suka bagi masalah. So make sure print out tiket balik.

02. Kalau nak tanya apa apa di bandara. Contohnya macam nak cari ojek di airport. Tanya budak sekolah atau cleaner. Most of them yang ada kat situ adalah geng geng teksi. Nanti sesuka hati dia orang je suruh ambik teksi mereka dan geng geng mereka.

03. Dilarang bercanda pasal bom dalam flight ! Ni untuk mana mana flight je pun.


Awas !

04. Cari hotel yang terletak di laluan utama. Senang nak dapat angkotan kota.

05. Pastikan naik angkotan yang betul. Masa pegi dan masa nak balik. Sebaiknya tunggu di tempat yang kita turun sebab laluan angkotan ni berbeza beza. Di Palembang ianya di bezakan mengikut warna van. Tambang angkotan adalah 4000 rupiah tak kira jarak asalkan pada laluannya.

06. Bersedia je la kalau ada yang merokok dalam angkotan ni !


Sungguh tak murni abang merokok dalam van yang ada budak budak !

07. Palembang agak selamat untuk berjalan malam malam. Orang orangnya baik baik belaka. Cuma hati hati kalau malam angkotan abis awal jangan nanti tak de transport nak balik hotel. Ojek dari pusat kota bapak mahal gila.


Malam di Palembang

08. Jangan lupa santai dan lepak lepak malam malam kat Benteng Kuto Besak. Lepak lepak santai makan makan. Kalau nak naik perahu ketek pun, cari je kat area tebing belah sini jer.

Santai di Benteng Kuto Besak

09. Orang orang Palembang ni bahasa dia kasar kasar sikit. Perempuan di sebut Betino. Lelaki jadi Lanang. Muka kasar kasar tapi agak friendly dan helpful juga. Even kalau kau berbadan sado dan berwajah macho, jangan terkejut pulak kalau ada orang panggil kau 'Kakak'. Kakak adalah panggilan biasa untuk 'abang'.

10.  Go and enjoy Palembang. Frankly, It is not bad.


Jambatan Ampera dan Sg Musi di Palembang ketika malam.

Selamat berkunjung ke kota sejarah yang menjadi saksi keruntuhan kerajaan Sriwijaya ini. Yang juga menjadi titik tolak berkembangnya kerajaan kerajaan Islam lain yang kemudiannya menjadi kerajaan besar seperti yang ada di Aceh dan Semenanjung Malaysia serta seluruh nusantara.

Palembang, tanah asal Parameswara yang telah membina empayar Melaka dengan jayanya.

Palembang dan Melaka, dua kota yang kekal dengan sejarah dan kegemilangannya.



Kelmarin kau masih bersamaku
Bercumbu dan merayu
Adakah hari esok untuk kita bercinta
Seperti yang telah kita lewati

Mengapa terlalu cepat kau pergi
Tinggalkan derita bersamaku
Kenyataan ini begitu memilukan
Ingin kurasa turut serta

Tiada guna aku hidup begini
Tanpa belaian kekasih yang amat kusayangi
Kepedihan yang kini kurasakan
Darimu yang mencintai aku

Biarlah kurelakan kau pergi
Tinggalkan batu nesan
Kudoakan kau bahagia di sisiNya
Sementara biarkan aku menangis

12 comments:

  1. Ohhhhh.... Seri dh penah ge Palembang n terus ke Jambi. Mkn pempek ikan n telur... Murtabak. Berkali2 lalu Jambatan Merah Ampera. Palembang bg seri tk ada lah apa sgt... #so so je

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.. bandar biasa je... tapi boleh la setakat nak beralih angin

      Delete
  2. err nasi kucing tu macam nasi lemak je -___-

    ReplyDelete
  3. seriau nak makan nasi kucing ni hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. takut kucing datang mengamuk sebab kau makan nasi dia? hahahha

      Delete
  4. Lama tak makan nasi minyak palembang.Makanan indo yang sesuai ngan tekak aku.

    Kuih Pempek tu memula aku baca bunyi ada sikit lucah hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah. aku memula dengar mcm..

      serious ? PEMPEK ??????

      tapi gelak dalam hati je la...

      Delete