Pages

Friday, March 4, 2016

Jom Lawat : KidZania, Kuala Lumpur - Part 2

Bersambung di bahagian ke 2 dalam siri lawatan belajar sambil bekerja di KidZania Kuala Lumpur.

Bangunan KidZania di antara The Curve dan Ikea IPC

Seperti yang aku dah bagitau, KidZania theme park ni ada 2 floor. Untuk floor plan, boleh rujuk sini.


Di sini terdapat lebih kurang 90 kerjaya yang boleh di cuba oleh kanak kanak. Maka bayangkan la masa yang perlu di ambil kalau nak melaksanakan semua tugasan yang ada.

Jadi macamana nak memilih kerjaya yang ada dengan memaksimakan masa yang ditetapkan ni?

TIP No 11 - Cari kerja yang ada banyak +KidZos !

Macam jugak kerjaya dan perniagaan in real life, akan ada pekerja dan pelanggan. Penjual dan pembeli. Jadi setiap karakter tu ada pros and cons nya. Jadi, jika di beri pilihan antara pekerja dan pelanggan, pekerja akan mendapat KidZos sebagai upah bekerja, dan pelanggan yang menikmati servis atau pembeli akan di tolak -KidZos nya.

Contoh.

Ni kerja di Electric Company

Setiap kiosk kiosk dalam KidZania ni ada diberi informasi seperti di atas.

Capacity maksudnya jumlah kanak kanak yang boleh di accomodate dalam satu sesi.
Duration : Waktu setiap sesi ( tidak termasuk waktu menunggu ),
Age Suggested : Umur kanak kanak yang di benarkan dan
Economy macam contoh di atas tu +10 bermaksud setiap kanak kanak yang menyelesaikan tugas mereka akan di beri +10 KidZos.

Ada jugak kisok yang meminta budak budak ni menjadi pelanggan yang mana KidZos mereka akan di tolak !

Jadi, untuk memaksimakan KidZos,. bekerja la bersungguh sungguh !

Cari la pekerjaan yang menawarkan pulangan yang tinggi dengan +KidZos yang lebih banyak.

Ada faham?

TIP No 12 - Mulakan dengan pekerjaan yang selalunya menjadi tumpuan macam Bomba, Pilot etc.

Balai Bomba

Balai Bomba

Tak dinafikan karier sebagai Ahli Bomba adalah antara yang paling famous di KidZania ni. Jadi kalau time ramai orang nak queue tu memang makan masa. Boleh cecah 1 jam lebih untuk dapat session. So kena pepandai la usha untuk mendapatkan tempat.

Join the team

Tapi menjadi ahli bomba di KidZania ni memang agak interesting sebab tu la ramai budak budak nak buat. Dia orang akan pakai suit bomba dan di bawa naik kereta bomba untuk pergi memadamkan kebakaran.

Siap sembur air nak padamkan api

Seronok tengok tapi tu la kalau orang ramai memang budak budak pun naik bosan nak beratur dan menunggu.

Jadi,

TIP No 13. Jangan pegi time hujung minggu atau cuti sekolah ! 

Kalau tak memang menunggu lama. Kalau queue lama sangat nanti tak boleh nak try yang lain lain.

TIP No 14 - Bagi budak budak pakai baju yang santai santai je. 

Jangan lah bawak dia orang datang pakai gown meleret dengan crown atas kepala. Kang setiap kerjaya ni biasanya dia orang nak kena tukar baju, ada yang boleh main sarung je tapi sebaiknya... bagi mereka senang nak tukar tukar baju !

Doktor juga salah satu kerjaya yang ramai orang beratur

Begitu juga pilot dan pramugari

Anak anak aku?

Hahahaha.... 

Dia orang ni macam Papa dia orang jugak la. Malu dan very reserved !

* cough cough....

Memula tu punya la susah nak suruh buat itu ini. Semua tak nak. Dua dua tak nak buat. Sibuk la nak tengok orang je. Bayar mahal mahal tak nak try apa kes? 

Papa is stress ! Kalau tak nak try baik je duduk kat rumah. Papa pun boleh tidur !

Tapi aku pun malas nak paksa paksa. Biarkan je la dia orang. Memang dia orang ni jenis lambat nak panas. Memula takut takut. Tengok orang je dulu, TAPI bila dah start tu.....  Semua nak try ! 

Aku pulak yang penat menunggu. Sampai mengantuk mata jadi nya. Ada pulak kerjaya kerjaya ni nak kena ada requirement pulak. Contohnya kalau nak bawak kereta, kena pegi ambik test mata dulu. Pastu kena beli insurance. Pastu kena ambik lesen kereta. Then baru boleh bawak kereta. Erghhh.....

Setiap satu tu nak kena gi beratur dan lepas satu satu tu baru lah settle. Memang aku rasa lagi complicated daripada real life jer.

Ada yang nak jadi pesalah dalam jail?

 
Pekerjaan pertama Hero. Tukang Cat ! Yang kelakarnya uniform tukang cat tak muat ! Ayoo... kena kerja jadi gergasi baru boleh kot anak aku ni.

Pastu dia dah seronok dapat gaji, dia keje di Electric Company ni pulak. Ada penerangan diberikan, pastu taklimat dan last sekali pegi tukar mentol lampu kat tepi jalan. Agak menyeronokkan jugak lah.

Princess pulak lagi lambat nak panas. Bila tengok Hero dah tak de tu baru la dia nak start try.

Pekerjaan pertama dia adalah Shopper di pasaraya !!

* Papa rebah tepi trolley

Ada 2 pekerjaan di tawarkan, cashier dan shopper. Nanti shopper tu di bagi list barang barang untuk di beli dan dia orang akan cari dalam supermarket ni.

Oh.. bab bab shopping ni anak aku boleh tahan jugak lah. Nasib shopper pun dapat duit, tak de la di tolak terus KidZos dia.

Pastu dia dah start panas, dia pun nak cuba masuk Salon.

Ada pekerja dan pelanggan.

Of chos anak aku jadi pelanggan. Sebab dia nak cat kuku !! * Papa pengsan sekali lagi...

Masalahnya yang ditugaskan untuk cat kuku tu lagi kecik dari anak aku. Aku pun tak yakin dia boleh buat. Sudahnya Kakak yang jaga kat Salon ni tolong buatkan. Dua dua jadi pelanggan.

Habis KidZos.

Hero bertungkus lumus bekerja mencari duit menambah KidZos.. Princess pulak keje dia menghabiskan duit jer. Shopping la, Cat Kuku lah....

Anyway dia orang seronok. Tu yang lebih penting.

Yang tak seronoknya aku lah menunggu dia orang abis buat setiap session ni. Lama pulak tu. Kejap kejap berdiri depan kedai, kejap kejap bersandar kat tiang lampu.

"Yang.. ada kerja yang dia orang tak offer kat sini, tapi saya boleh buat"
"Apa dia?"
"Penari tiang !"

Terus OR blah tak nak layan aku. Kesian aku kurang perhatian dan dahaga kasih sayang !

Princess dengan kuku nya

TIP No 15 - Facilities kat dalam KidZania ni agak OK. 

Baik untuk budak budak mahupun dewasa. Toilet, Surau, Tempat duduk ada lah jugak cuma agak terhad. Tempat jual makanan pun ada tapi macam biasalah harga macam beli peluru berpandu mahalnya.

TIP No 16 - Bawak botol air kosong OK kot. 

Dalam tu ada water dispenser air masak tu. Boleh la jimat beli air mineral. Air mineral kat dalam tu dijual dalam harga RM 4 jugak la. So boleh la jimat sikit.

TIP No 17 - Harga makanan memang agak mahal lah so be prepared. 

Sebaiknya sebelum masuk KidZania ni isi perut dulu penuh penuh, so tak de la kelaparan dan terkulat kulat nak beli makanan tengok harga.

So berbalik pada kerjaya kerjaya yang ada ni, banyak lagi sebenarnya yang boleh di cuba. Anak anak aku ada lah try yang lain juga. Hero design kereta. Pastu buat sabun Lifeboy. Bungkus burger Marrybrown dan macam macam lagi lah.

Jadi penyanyi pun boleh ! Tapi kalau suara tak semendang... sila hentikan !

Doktor bedah

Memang banyak kerja yang boleh di cuba. Tu belum kira jadi polis, Jadi CSI, Jadi posmen. Penghantar air mineral Spritzer ( aku kesian tengok budak budak keje ni, ke hilu ke hilir tolak air ).

Dan Hero dan Princess pun sempat jadi Pilot. Memula konon Princess nak jadi Pramugari tapi tak jadi. Agaknya kena rejek sebab garang !

Malangnya pilot training area tu parent tak boleh masuk tengok. So tengok dari skrin je lah.


Pilot training

Tapi KidZania ni pun memang terror bab bab buat duit ni.

Dia orang tak bagi parent masuk ambik gambar, so dia orang ambik guna kamera dia orang then nak tak nak kena lah beli !

Cait ! Mahal lak tu. Sekeping RM 30.

Captain penerbangan dari KUL - Seoul. Confirm flight senget sebelah.

Pramugari bertukar jadi Co Pilot jer.

TIP No 18 - Bersiap sedia dengan extra money.

Be it gambar, souvenir atau apa apa je lah. Ada je la cara dia orang nak buat duit lebih nanti. Kita tukang bayar je lah.

Then layan pusing pusing kawasan je lah. Nak cuba yang lain tapi ramai pulak orang beratur, last sekali dua dua surrender. Masa untuk pulang !

Layan skit lagi suasana dalam KidZania ni

Bangunan

So duit KidZos tadi tu... kalau dah abis main boleh la di tukar dengan barang barang di sini.

Malangnya dalam kedai ni parent tak leh masuk. Budak budak je boleh masuk dan beli barang yang dia orang nak.

Antara barang yang ada dengan point KidZos yang boleh di tebus

Malang sekali lagi, KidZos dia orang ni tak banyak mana so tak boleh nak redeem dengan barang pun. Bengang je muka Hero keluar tak dapat nak trade in apa apa.

"Tu la.. Papa dah cakap. Abang kena kerja lebih keras"

Style penderaan alaf baru.

Tapi dua dua puas hati so aku tanya dah boleh balik ke? Masing masing angguk je. Kira abis lah tu.

Dan macam biasa sebelum keluar ada souvenir shop

Boleh tahan la mahal barang barang di sini

Turun nak keluar. Siap mamat yang nak bukak tag tangan tu tanya few times.

"Betul ke Bang dah nak balik ni?"
"Haah. Dia orang dah puas dah"
"Sebab tutup lama lagi Bang. Kol 9"
"Hehehe"

Dah tu kau nak suruh aku berkampung kat sini?

Tak de la. Maybe sebab dia concern aku keluar awal. Selalu orang stay lama lagi kot. Dekat pukul 4 jugak la kami keluar petang tu.

Masing masing pun dah kepenatan. 

Zank U !

Overall it was a nice experience lah. For the kids and parents too.

Bagi aku pun KidZania ni agak menarik lah. Cuma tempat macam ni tak semua orang mampu datang. Seronok kalau ramai budak lain boleh datang dan rasai sendiri pengalaman di sini. Gerenti dia orang puas hati dan seronok.

Kalau nak kira harga masuk kalau tak de diskaun memang agak mahal, tapi berbaloi lah sekali seumur hidup untuk datang ke sini dan mencuba.

Nak datang lagi? Bagi aku tak lah. So kalau budak budak ni nak repeat......?

TIP No 19 - Solat hajat dan berdoa supaya sekolah dia orang ada buat field trip ke sini je nanti.

KidZania Kuala Lumpur
Curve NX
18 Jalan PJU 7/5,
Mutiara Damansara,
47810 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

T 1 300 88 KIDZ (5439) / +603 2203 9666 – Outside Malaysia
F + 603 7839 9488
E contact@kidzania.com.my

Website : KidZania

Dan tip terakhir sekali.....

TIP No 20 - Abaikan tip tips di atas kalau korang dah pegi dan tak bercadang pun nak repeat ke tempat ni lagi ! 

p/s kecik kecik dulu cita cita aku nak jadi Ahli Bomba... pastu nak jadi Doktor. Kejap tukar lagi nak jadi Arkitek.... sudahnya....  aku redha sebagai seorang artis antarabangsa.

Lalalala................

TAMAT !

13 comments:

  1. Tahniah Meng, bnyk pahala mu jd artis antarabangsa ni dok berkongsi pengalaman ke sana sini. Kipidap my freng!

    ReplyDelete
    Replies
    1. toche toche.... semoga dlm merapek ada manafaat nya utk org lain

      Delete
  2. adeh...jadi pole dancer ye meng?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada hati.. tapi takut tiang tumbang hempap aku... nanti luka di hati siapa yang tau?

      hahahaha

      Delete
  3. Hehe..retis sgt meng!
    Last session b4 tutup tue sume abg kakak yg layan bdk2 ni bekerja ada wat nyanyi2 persembahan like mcm nk thank you sbb dtg kidzania..then br habis n sume org blk. #cukuplarsekali #penatmenunggu #janjiditepati hihiks

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ya ke? kesian dia org tak leh nak perform depan aku. kalau tak aku leh jadi juri.. hehehe...

      gi sekali cukup la kot.. banyak2 kali kang tak tau nak buat apa dah

      Delete
  4. (ok dah abis geget towel good morning)-refer komen sebelum ini
    cita2 akak hampir sama dengan meng:
    1-dokte
    2-cikgu
    3-artitek (sila tengok ejaan tersebut)
    yang hakiki : kije tanam paip

    hahahaahahahahah

    ok best entry nih.
    dah tau apa yang dijangka

    ReplyDelete
    Replies
    1. tanam paip ada kot kak anash.. kalau kak anash pegi sure kidzos banyak. silap2 buleh buat kelas pulak pada instructor kat kidzania tu... hehehehe

      Delete
  5. good info..terima kasih...baru nak pergi for first time bawak anak2..

    ReplyDelete
  6. uiseh, kalau lawat KL bolehlah sewa kereta sekali lol

    ReplyDelete