Pages

Thursday, March 3, 2016

Jom Lawat : KidZania, Kuala Lumpur - Part 1

Baik la murid murid, hari ni kita akan mengadakan lawatan ke KidZania Kuala Lumpur !!!

Hooorey !!!!

KidZania Kuala Lumpur

Anak anak aku dah lama dah ajak pegi KidZania ni tapi aku buat tak pedulik ! Malas satu, lagi satu aku fikir macam tempat tu agak bosan untuk orang tua macam aku ni so aku berharap adalah lawatan sekolah dia orang yang akan bawak ke sana.

Sampai hujung tahun, tak der !!

Lawatan pegi Taman Burung KL je tadika Princess buat hari tu.

So bersempena cuti sekolah tempoh hari, dia orang berdua ni dah la bising bising pasal KidZania ni. Ntah mana ntah dapat coupon entrance untuk masuk ke KidZania secara percuma !

Dari satu weekend ke weekend yang lain masa time cuti sekolah tu dia orang sibuk la nak pegi. Masalahnya aku tengok coupon masuk yang free tu kata ada T&C tapi bila baca tak tulis T&C kat situ. So aku pun call. Nasib baik lah aku call sebelum dimalukan di khalayak umum kat situ.

Rupa rupanya coupon tu dah tak valid ! Offer dah expired.

Cis.....................

Kecewa budak budak. Aku pun bengang jugak la.. bagi info sama samar macam tu dah macam misleading je jadi nya.

Kesian tengok anak anak aku tak dapat pegi KidZania secara percuma tu last sekali aku decided beli ticket sendiri je lah.

"KidZania? Tempat apa ni Nak?"

Macam tu la soalan yang pasti di utarakan oleh pakcik dan makcik yang mungkin langsung tak tahu tempat ni untuk apa.

KidZania Kuala Lumpur adalah sebuah keluarga pusat edutainment tertutup yang menawarkan pembelajaran dan pengalaman secara interaktif untuk kanak-kanak serta mendidik mereka melalui permainan.

KidZania Kuala Lumpur adalah taman tema seumpamanya yang juga merupakan taman tema ke 3 dibuka di Asia Tenggara dan ke-11 di dunia.

KidZania Kuala Lumpur bertujuan menggalakkan pembelajaran melalui aktiviti bermain. Mempunyai lebih daripada 90 profesion kerjaya dalam ekonomi sebenar, KidZania membolehkan kanak kanak untuk merasai pengalaman dan memainkan peranan serta trick of the trade sesuatu kerjaya yang di ceburi.

Pekerjaan pekerjaan di KidZania Kuala Lumpur ini menggunakan senario yang sama di mana merangsang dan memberi maklum tentang apa yang bakal dihadapi dalam ssesebuah kerjaya. Ia juga menyediakan satu ruang positif yang akan mempengaruhi bagaimana kanak kanak bertindah balas terhadap persekitaran. Peranan yang diberikan kepada mereka memberi peluang untuk belajar membuat keputusan sendiri, membangunkan budaya pembelajaran berterusan serta bersikap akuantabiliti di atas setiap tindakan dan keputusan.

Hmmmm kalau pakcik makcik baca ni pun tak faham jugak rasanya.

Tak pe lah. Senang cerita macam ni lah. Tempat ni untuk budak budak pose pose dan feel feel kerja dan merasai pengalaman macamana orang dewasa bekerja !

Ayuh kita turut serta. Rasai pengalaman yang jarang kita dapat rasa dalam dunia kanak kanak ini, hanya di KidZania - Kota kerjaya bagi Sang kanak kanak !

Hahaha tu ayat aku sendiri je tu.

So entry ni aku kongsi pengalaman dan beberapa tips dan tricks yang boleh di gunapakai kalau mahu berkunjung ke KidZania Kuala Lumpur ni.

TIP No 01- Beli Tiket Online !

Kalau tak dapat tiket free atau mana mana promosi, berguling guling di kaunter KidZania tak akan memberi apa apa faedah. Malu lagi dapat. Jadi, ada 2 option untuk beli tiket ni. 1 secara online dan 2 di kaunter secara walk in.

Sebab hari tu cuti sekolah, aku memang dah bajet orang mesti ramai. Jadi beli je la tiket secara online. Plus.. beli online harga murah sikit pada walk in !

Untuk beli tiket sila ke website mereka : KidZania - Online Ticket

Please take note kadang kadang, entry ke KidZania ni ada 2 session. Pagi dan petang dan setiap session dalam 5 jam. So kalau ambik session pagi, pegi la pagi dan begitu lah sebaliknya. Tapi macam hari tu time cuti sekolah, cuma ada 1 session je masuk 10 pagi hingga 9 malam. Lagi lama kat dalam tu, lagi banyak kerjaya yang boleh di cuba.

Ni harga tiket kalau nak tau.

Harga tiket

Tiket macam mahal gak la kan. Kalau sorang 2 anak OK lagi. Kalau anak berderet deret.. belum kira bawak anak sedara ke apa.... mau kopak rabak ! Kalau budak budak ni wajib di temani oleh dewasa. So kalau beli tiket budak budak, jangan lupa jugak beli tiket dewasa !

So TIP No 02 - Cari free coupon atau discount yang biasanya di offer.

Macam aku sebab voucher tu dah void, beli je la dengan harga penuh. Boleh tahan gak menyandar Papa abis duit nak bawak budak budak ni masuk ke sini.

Operating Hours untuk makluman

TIP No 03 - Pegi la awal pagi. 

Kalau session tu start pukul 10 pagi, make sure jangan la tengahari baru nak pegi. Kalau jenis payah nak bangun di hari weekend ha... pepandai la. Macam aku hari tu budak budak dan OR siap buat rusuhan kaum nak kejutkan aku sebab aku masih di buai mimpi yang lennaaaa.... tilam vono........ !

Bangunan KidZania KL terletak di Mutiara Damansara. Kalau kenal Ikea mesti tau tempat ni kat sebelah dia jer.

TIP No 04 - Parking je kat bawah tu. Parking pun murah dan banyak ! 

Time aku pegi hari tu B1 memang dah penuh, so kena turun B2. Tengok tengok B2 tu kosong. Kami orang pertama parking di sini.

Dah parking, boleh terus ke lobby utama KidZania berada.  

Bangunan KidZania yang merupakan Mc D lama ( zaman dulu few times aku berdating di situ )

Pintu masuk utama di KidZania

TIP No 05 - Bagi perokok perokok tegar......

.............. macam dia......

* tunjuk ke langit.

Yang perokok tegar macam dia .......

* tunjuk ke arah lain.

Ingat ! Di dalam bangunan KidZania tu tak de tempat merokok ! Jangan curi curi merokok dalam jamban. Tak elok ! Dan di KidZania ni kalau dah masuk tak leh keluar keluar. No No No... Dalam website cakap kalau keluar je terus void. Maknanya nak masuk beli la tiket lain. Tapi ada gak aku baca blog orang lain yang boleh keluar kejap.

Tengok budi bicara penjaga gak kot. So sebaiknya wahai perokok perokok tegar macam dia !

* tunjuk belah lain lagi.

Hisap la rokok siap siap sebelum masuk. Para bapa yang dah memenuhi paru paru dan tubuh badan dengan nikotin, now boleh beredar masuk ke ruang legar untuk check tiket !

Ni ruang legar aka tempat beli/tukar tiket

Ni kaunter untuk beli tiket secara walk in

Nasib baik la kalau dah beli online, ada dedicated line so tak payah la beratur ramai ramai macam orang tu.

Tiket tiket yang dah di beli secara online tu kena print out dan bawak ke sini untuk disahkan. Ni memula jadi masalah jugak dengan aku. Sebab aku beli online, so beli pun malam sebelum hari nak pegi, jadi tak sempat nak print sebab kat rumah tak de printer.

Dalam website dia dah tulis kena print, or else kalau print kat sana kena charge tambahan RM 5 !! Standard la Uncle Tony ni.

"Hoi !!! Korang ni dah kenapa? Tu pun nak charge?"

Tu ayat bengang aku dah siap sedia kalau dia nak charga aku sebab aku memang tak print. Aku cuma skrin capture booking number jer.

Nasib baik la budak kaunter tu baik hati, dia godek godek PC dia dan jumpa booking aku agaknya,.. tak payah la nak ada bukti print out apa segala. So tak jadi aku nak marah dia !

TIP No 06 - Kalau beli online sila print out tiket tu. 

Kalau nasib malang nanti kena bayar additional. Kalau tak nak bayar, buat je muka bengis kat kaunter tu dan siap siap dengan ayat seperti yang aku nak guna tu.

Harap harap dapat save RM 5. Kalau tak.. silap silap masuk balai sebab mengamuk !

Dah verify tiket tu, nanti semua peserta yang nak masuk akan di pakaikan bangle tag elektronik di tangan yang memang dikhaskan untuk setiap family. 

Di samping pakai gelang tu, kanak kanak yang ada di beri sekeping check untuk di tukar dan digunakan di dalam KidZania ni nanti.

Check CIMB bernilai 50 KidZos setiap seroang kanak kanak

Okey. Sebelum kita melangkah masuk, ada apa apa soalan?

1. Kenapa kena tukar duit macam tu?
Sebab kat dalam KidZania nanti budak budak nak main kena pakai matawang KidZos tu.

2. Adakah check tu free atau kita kena bayar lain?
Free.. Dia bagi je kat budak budak. Tak de bayaran tambahan.

3. Duit tu boleh kah nanti kita guna untuk beli air atau makanan?"
Tak boleh. Duit KidZos tu untuk dia orang guna untuk permainan dia orang je. Maybe ada few kiosk makanan yang boleh beli guna duit tu kot, aku tak pasti tapi pengalaman aku, aku tak jumpa !

4. Kalau duit tu lebih nak buat apa?
Boleh di tukar dengan barang. Nanti aku cerita kendian.

5. Berapa kadar tukaran wang tu dengan US Dollar?"
Shut up you !

TIP No 07 - Boleh tak jangan tanya banyak banyak soalan? Aku bukan keje KidZania pun !!!!!

* baling duster

Dah. Tu je kan soalan?

Kalau tak de apa apa soalan kita boleh ke tingkat 5 ! 

Naik escalator ke tingkat 5

Nanti di tingkat 5 tu maka sampai la ke pintu masuk taman tema KidZania ni. Ada orang akan verify tag tangan tu sekali lagi sebelum kita di benarkan masuk ke dalam.

So tuan tuan dan puan puan, welcome to KidZania Kuala Lumpur ! Check Immigration dulu

Sebaik saja masuk ke dalam KidZania tu benda pertama yang perlu di buat adalah......

TIP No 08 - Tukar check yang dapat tadi tu untuk mendapatkan duit KidZos yang aku gebang tadi.

Sorry tak terambik lak gambar CIMB dalam tu. Tapi sebaik saja masuk dalam theme park tu, CIMB Bank tu belah kiri. Suruh budak budak beratur di situ dan tukar check mereka kepada wang !!!!!

Wang besar !!!!! Matawang KidZos

Barang di ingat, tempat ni tak de la besar mana tapi agak sempit jugak la dan 2 tingkat. So selalu lah perhatikan anak anak anda dan make sure mereka tak jauh dan sentiasa berada di bawah pengawasan orang dewasa.

TIP No 09 iaitu buat Passport KidZania ni 

Passport ni adalah pass yang kalau berminat nak datang berkali kali ke sini, so nanti setiap keje yang di pilih akan di chop dalam passport ni sebagai kenangan. Ada jugak la kelebihan kelebihan lain macam point berganda untuk setiap KidZos yang diperolehi dan macam macam lagi.

Passport tu kena buat dengan bayaran tambahan RM 30.

Aku tak buat pun. Nasib la anak anak aku tak tau, kalau tau.. memang dia orang nak jugak la tu.

So dah dapat duit, dah boleh start dera anak masing masing !!

"Sazali... pergi la kau mencari kerja. Buat la kerja yang halal Nak. Selagi kau belum kaya, kau jangan pulang berjumpa sama Bapak. Setakat seribu dua, Bapak tak heran.... bawak pulang billion Sazali.. baru lah hati Bapak senang !!!!!!"

Macam tu.

* terus bapak kena langgar dengan ambulan.

Eh. Macam terpanjang dak la entry ni. Sambung part 2 lah nanti !

Usha dulu sekilas lalu dalam KidZania ni. Cari cari idea.. kat mana nak melakar kerjaya bila dewasa nanti.








Oh.. sebelum tu TIP No 10 - Make sure bawak kamera yang dah charge battery nya ! 

Jangan jadi macam aku. Bawak kamera, tapi lupa nak charge. Berat je pikul... nasib baik la ada kamera phone. Ambik gambar pakai phone sajer.

bersambung...................

12 comments:

  1. Aku pon dh kena pow ngan ank buah p sini Meng..mujur lar anak buah 2 org jer..tp menyandor gak lar makngah dia bayor ticket..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali sekala mak ngah kan.... bila lagi... hahahha

      Delete
  2. Arghhh...nak tunggu part 2 jugak kerrr...(tolak Meng kuar tingkap)

    ReplyDelete
    Replies
    1. * muncul dari luar tingkap...

      paw rokok sebatang !

      Delete
  3. ahahahahahaha
    gile aaaa
    akak tahan gelak dari tadi
    entry apakah ini?
    (geget towel goodmorning utk kurangkan kesan gelak kuat)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena penyakit kak anash la tulis laju laju mcm ni la jadi nya..

      Delete
  4. alhamdulillah dah pernah sampai. nak murah beli masa ada offer. cthnya matta fair or smart kids expo

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tak pernah pegi matta fair.. x pernah ambik tau. malas nak bersesak sebenarnya....

      Delete