Pages

Wednesday, March 2, 2016

Jom Makan : The Apartment, The Curve

Watcha !!!

Makan makan di The Apartment, The Curve.

Sebenarnya kami berada di The Curve untuk makan tengahari. Tercari cari kedai makan yang menarik dan tak ramai orang, jadi jumpa resto ni so cuba je lah !

Terletak di bahagian luar courtyard the Curve

Aku sebenarnya dah lama nak try makan kat sini tapi tak berkesempatan lagi. Kat area courtyard yang dulu ada Marchee tu. Tapi now Marchee pun dah tak de. Dah banyak resto resto lain di kawasan tu.

Kali ni pasti kan jadi. Tengok orang pun tak ramai.

Agak happeniing sebab ada orang jual jual kat lorong lorong tu. Nak memastikan fokus pada niat nak makan agak payah sebab anak anak aku dok melirik mata tengok barang barang yang di jual di situ

Moh masuk !

"Assalamualaikum. Kami datang nak beraya !"

Where do stories go if they're not told?

Where do dreams go if they're not dreamt?

At the Apartment, there's a soft breeze blowing, the aroma of food and coffee in the air, holiday music playing, the promise of delicious things happening in the kitchen, and cakes showing off in the glass cabinets, promising a sweet ending to the meal. Here is a place to kick off your shoes, relax with friends or family, and share the joys of the everyday and special occasions.

Tell your stories. Read that book you've been meaning to. Imagine up a daydream or two. And have a good Apartment-cooked meal while you're here.

Fresh. Energized. Infused.
And did we mention, affordable too?

Begitu lah pengenalan mengenai resto ni.

Bar. OR aku tak leh tengok benda benda cam ni.. terus ajak balik ! Hehehe. Tak pun dia mesti order air tin je sudahnya ataupun sanggup tak minum !

Yang bagusnya dia tak melawan. Dia ikut je aku heret ke mana pun.

So now kita usha dalam resto ni. Kalau nak tau concept interior design dalam resto ni adalah macam setting di rumah !

Tak percaya?

Tengok ni.

Macam dalam rumah

Kawasan santai dan kawasan bilik

Macam kitchen rumah

Dan paling penting setiap rumah ada bilik air. Begitu juga ruangan yang ada di sini. Apa? Tak percaya?

Look closely, ada shower.... macam kat dalam bilik mandi. Siap ada tempat kencing berdiri lagi tu. Tapi kat sini aku rasa tak leh guna... prop je tu.

Duduk dan kami di beri meja

Mula mula. Check menu dulu. Tengok dan fikir nak makan apa !

Menu book

Soup dan salads

Pasta

Asian flavors

So kami order makanan. Sementara tu lepak la menunggu.

Anak aku akan excited gila buat keje kaler kaler ni sampai makan pun tak mahu.

Then makanan dan minuman pun tiba.

Kami di hidangkan dengan 1 jug air kosong dan aku order lemonade

Pasta Carbonara untuk Princess. Makan pun dua tiga urat jer... Bukan nak sangat. Tapi aku rasa ni sedap jugak.

Meat Ball untuk Hero. Masa ni dia merajuk so muncung je muka. Tak nak bercakap. Tapi bila makanan sampai dia la yang membaham tanpa tengok kiri kanan

Nasi Rendang Tok untuk OR. Apparently dia kata rendang tu sedap. Aku jamah jugak.. yeap memang sedap. Macam hari raya pulak. For the first time OR aku makan kat kedai dan habis !!! 

* percikan bunga api

Ni aku punya lah. Green Curry Chicken with rice. Tak sedap sangat sebenarnya.. tak macam di kedai kedai Thai yang biasa aku makan

Selain duduk di dalam, boleh jugak lepak di luar. Lepas abis main course kami lepak kat luar sebab aku nak merokok

Sambil tu pekena desserts ni. Apa ntah nama dia. Tapi rasa macam pavlova. Or memang pavlova kot cuma rupa je pelik skit. Manis dan liat.. kureng skit la bagi aku.

Overall, nice place to lepak santai dan makan makan. Ambiance pun menarik juga. Food taste good. Ada banyak menu lain lagi maybe boleh di cuba. Harga pun standard la.. kami makan semua tu dalam RM 150 plus plus. Aku lupa exactly how much tapi around that lah.

Alhamdulillah mengenyangkan. Boleh repeat tapi bukan sekarang lah. Nanti nanti bila berkeinginan.

The curve

The curve

The APARTMENT CURVE,
Ground Floor, Western Courtyard
Curve Shopping Centre
Mutiara Damansara
03-77278330

The APARTMENT DOWNTOWN KLCC:
Lot g48 & 139 Ground Floor & 1st Floor
Suria KLCC
Kuala Lumpur.

Fb : The Apartment
Website : The Apartment.Com

14 comments:

  1. Meng! Rendang nmpk mngancam...eh dh tutup eh marche...nmpk benor laaa lama aku xpi area sanaaa...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama tutup ganti kedai lain pulak. aku perasan hari tu tapi lupa lak kedai apa...

      Delete
  2. Penah gi bukak pose kat sini. Sekali chef sendiri layan kaw2, siap simpankan & hidangkan sendiri lauk spesel dia ke meja aku, padahal buffet je pun. Gebah hidung aku sapa balik... Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. huntong laaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

      buffet ramadhan dia menarik gak kan?

      Delete
  3. Red Velvet The Apartment sedap .dorang punya signature. harga dia ngancam jugak . hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. heh? ntah bila la nak try... red velvet mcm sedap gak... nanti try ah

      Delete
  4. lemonade sedap ye...kurangkan ais.tak baik untuk kesihatan.

    ReplyDelete
  5. santai jugak tempat makan nih
    (ya Allah berdebar baca blog nih sebab selalu sangat tak dapat tengok gambo..kali ni berjaya baca sampai abis..gambo blog pun nampak)
    *drama dgn sambungan percikan bunga api*

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa tak leh tgk tu. internet kena throttled kah?

      now dah tgk gambar. buleh la bayangkan dgn lebih padu dan jitu...hehehe

      Delete
  6. abg meng, dessert tu Eton Mess
    nyum2

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm tu punya seksi nama Eton ?

      isk isk isk.. Zaiton kah? hahahaha..

      ok. thanks. Eton Mass ek. ingat pavlova jatuh atas lantai

      Delete