Pages

Saturday, March 5, 2016

Jom Makan : Restoran Warisan Sambal Opah, USJ Taipan

Pernah tengok drama bersiri Opah?

Kalau pernah maksudnya korang dah kertu. Macam aku jugak ! 

Suka makan nasik lemak tengah tengah malam?

Kalau suka maksudnya korang mengamalkan cara hidup kurang sihat. Macam aku jugak !

Dua dua soalan di atas adalah berkait rapat di mana hari ni aku akan membawa kamu, kamu, kamu dan kamu makan nasik lemak di Restoran Warisan Sambal Opah !

Opah ni tak de kena mengena dengan opah dalam drama bersiri Opah tu. Dengan Oppa gangnam style lagi la tak de berkait.

Restoran Warisan Sambal Opah. Warong Nasik Lemak Panas. Panjang benor nama kedai nya.

Restoran ni terletak di USJ 9 dekat Taipan betul betul dekat dengan Masjid Al Falah.

Sebenarnya macam dah lama aku usha nak makan kat sini tapi tak berkesempatan. Kata orang kalau datang time time peak hours memang kena beratur !

Kalau sampai beratur mesti orang berpusu pusu datang makan di sini.

Ada satu hari tu, IH janji nak jumpa aku so konon nak gi lepak lepak kat luar. Beriya aku tak makan dinner kat rumah sebab ingat IH sampai awal, rupa rupanya dia tersangkut dek banyak hal, Pukul 12 malam baru dia dengan BW buat kemunculan,

Tak tau nak ke mana, jadi kami pegi ke USJ untuk pekena nasi lemak Opah Gangnam Style ni sebab tau tempat ni tutup lewat.

Lot kedai belah hujung dekat padang

Sampai, park kereta dan terus order nasi lemak yang famous amos di sini.

Selain nasi lemak, ada jugak Char Kuey Teaw

Beratur di sini. Nasib baik jugak la kami sampai orang tak ramai beratur. 

Tapi sebaik je kami beratur pusing belakang tengok satu rombongan datang.

Dan walaupun depan kami ada 2 orang je tapi makcik depan ni macam beli nasi lemak bungkus untuk satu kilang. Banyak gila !

Letih gak la menunggu giliran kami tiba.

Sesi bungkus membungkus nasi lemak

Nasi lemak di sini di jual ikut bungkus. Satu bungkus harga dia tak silap cuma RM 1 je. Simple nasik lemak di bungkus dalam daun pisang. Ada sambal dan ikan bilis dan tak lupa telur rebus.

Dan boleh order ikut berapa bungkus yang kita mahu kan.

Tapi....  ianya tak habis di situ. Macam biasalah selera orang Malaysia ni kadang kadang melampaui norma norma masyarakat, jadi ada lauk pauk di sediakan untuk menambah selera !

"Kakak please.... senyum.. Hit me baby one more time !"

"Kakak... You did it again? Kenapa tak nak senyum neh?"

Ayam goreng adalah wajib pilih. Lauk lain pun banyak juga

Tengok la periuk sambal dia..Punya lah banyak sambal Opah ni

 "Kakak.....senyum laaaaa... pls ! Memang kakak boleh dapat nama Britney Spears ni - Opss you did it again"

Dah ambik lauk lauk dan nasi bungkus tadi. Then bayar ! Sekali lagi cabarannya adalah nak kena beratur kalau orang ramai

Interior dalam kedai Opah

Ni makanan yang kami ambik. Nasi lemak 4 bungkus. BW ambik burung puyuh

Aku dengan IH ambik ayam goreng seketul sorang

Settle payment dia kaunter bayaran.

Harga kami makan tu semua adalah RM 24. Tak tau la mahal ke murah. Harga termasuk air 3 gelas. Aku tengok ada mamat depan aku dia ambik sambal kerang, mamat cashier tus iap timbang nak tentu kan harga.

Jadi, berhati hati. Jangan suka suka hati je cedok. Kang rabak poket nak membayo.

Harga minuman dia standard la. Cuma mungkin lauk lauk je la yang berbeza mengikut banyak sikit yang di ambil

Tempat duduk boleh pilih nak duduk kat luar atau kat dalam. Meja agak banyak tapi kalau orang ramai memang kena berebut meja lah jugak

Sebungkus nasi lemak !

Verdict nasi lemak?

Sedap. Serious sedap. No wonder, wonder bra orang ramai datang beli dan sanggup beratur. Simple je nasik dia tapi memang berasa.

IH dengan BW ambik sebungkus je sorang. Diet la konon. Tapi sebenarnya....

Dia orang order Char Kuey Teaw ni. Aku jamah sikit. Tak de la sedap mana. Harga RM 6

Bukaan nasi lemak ke dua aku. Nyum nyum nyum. Sedap dan menyelerakan ! Tak rugi datang bertandang time embun mula menitis !

Yang menariknya restoran ni di buka sehingga jam 4 pagi ! So kalau tahan skit lagi dah kenyang makan nasi lemak tu, tunggu je subuh dan boleh solat terus kat masjid sebelah tu. Hiks. Resto. Ada gerai jual shisha jugak kat sini. Sapa yang nak menyedut lepas makan nasik lemak pun boleh !

Apa apa pun. Nasi Lemak Warisan Sambal Opah adalah styleeeeeeeeeeeeeee... Mesti Opah masak dengan style Gangnam !!!

Highly recommended.

Oh. Abaikan kakak yang tak senyum tadi tu. Maybe sebab dia tak senyum la buat nasi lemak dia padu !

Restoran Warisan Sambal Opah  
2, Jalan USJ 9/5P, USJ 9,
Subang Business Centre,
47620 Subang Jaya,
Selangor, Malaysia

Tue - Sun: 5:00 pm-4:00 am

FB : Warong Nasi Lemak Panas Warisan Sambal Opah, USJ 9

Layan lagu Opah.



Dia seorang tua
Pengasih dan penyayang
Tak pernah hidup duka
Bersama keluarganya

Ini kisah anaknya
Empat orang semuanya
Seorang tiada punya
Yang tiga telah berkeluarga

Dalam suasana keluarganya
Dia serba tak kena
Namun hatinya tetap riang
Walaupun hidupnya seorang

Diantara cucunya
Tiga yang amat dikenali
Mengikut ragam dunia
Muda mudi

Inilah kisah keluarga
Opah dengan anak cucunya
Tak pernah sunyi dari Suasana
Su...ka... du.. ka..

Hoee hey hooo..

Selepas kunjungan dengan Geng GBS tu, sebelum sempat entry ni keluar, aku dengan OR sempat terjah lagi makan di sini. Lapar punya pasal, gi makan kol 2 pagi !

Kakak Britney Spears dah tak de. Di ganti dengan kakak ni. "Kak. Please turn to me"

"I turn to you..." Kata Kakak Christina Agueilera

So mana Kakak Britney Spears?

Ada ! Ada !

Tukar bahagian lain. "Sambalado Sambalado". Tetap la kakak Britney tak nak senyum ! 

Anyway nasi lemak Opah tetap mantap !

Selamat Mencuba !!!

Kirim salam kakak Britney Spears kalau dia senyum kat korang.

6 comments:

  1. Pernah tgk drama bsiri opah? *gelengkepala

    Suka mkn nasi lmk tgh2 mlm? *gelengkepala

    #indenial hahaha

    Alaaa aku teringin ni....tp jauhnyeeee lahai!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau kena cuba. ala... tak de la jauh mana.. tutup kol 4 pagi kot. agak2 mata tak leh lelap rempit je terus....

      jgn lupa kim salam kat kakak britney

      Delete
  2. Fuh.. memorinya drama ni.... Tabik sama Joyah sbb karekternya masih femes smpi lo ni. Haha.

    Btw mana opah kedai ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. opah duk rumah je.... dah kaya kot britney spears dgn christina agulera je tukang buat keje

      Delete