Pages

Wednesday, February 17, 2016

Kembara Di Bumi Taiwan - 14 : Alishan National Scenic Area - Part 2

So dah jumpa belum Ali yang kita cari?

Sebenarnya Ali ni bukan la nama orang.

Pokok pokok di Alishan

Alishan bermaksud Mount Ali.

Ianya terkenal sebagai sebuah banjaran gunung di kawasan tengah-selatan Taiwan yang dipisahkan oleh Sungai Qishan dan Yushan Mountain yang merupakan puncak tertinggi di Taiwan iaitu setinggi (3,952m) 12,966 ft. Ia juga di kenali sebagai Jade Mountain 

Terdapat sebuah lagu Taiwan terkenal dipanggil "A Li Shan De Gu Niang" yang berkisahkan tentang seorang gadis di gunung Alishan.  Nama Ali Shan di ambil dari perkataan "Ali" yang bermaksud "nenek moyang gunung" dalam bahasa pribumi di sini.

So itulah Ali yang kita cari !!!!!!!!!!


Keretapi di Alishan National Scenic Area

Alishan telah menjadi salah satu kawasan yang didiami oleh kaum asli pribumi sejak dahulu lagi. Pembangunannya benar benar terserlah apabila aktiviti pembalakan mengambil alih kawasan pergunungannya dan laluan keretapi di bina.

Menjelang tahun 1970-an, aktiviti pembalakan telah berkurangan dan diganti dengan sektor pelancongan dan kawasan ini di istiharkan sebagai National Scenic Area pada 2001.

Alishan bukan sekadar sebuah gunung tetapi tulang belakang Taiwan yang meliputi purata banjaran setinggi lebih 2,500 meter.

Di kawasan Alishan ini terdapat beberapa kawasan tarikan pelancongan yang menjadi kunjungan setiap yang datang ke sini.

Tengok peta ni untuk pemahaman.

Map Alishan National Scenic Area

Di Alishan ni terdapat 4 kawasan utama.

1. Kawasan Alishan Station.

Sini tempat bas berhenti, kawasan Visitor Information Center, kedai kedai dan sebagainya. Di sini jugak la letaknya train station Alishan untuk ke tempat tempat lain.

2. Kawasan Sacred Tree Line.

Kawasan no 2 ni di hubungi oleh jaringan Sacred Tree Line dari Alishan Stn. Di kawasan ni banyak pokok pokok gergasi dan sacred tree tumbuh dan dipelihara sebaiknya. Namun ada jugak yang dah tumbang akibat taufan.

3. Zhaoping Station.

Ni kawasan di mana ada satu lagi station keretapi. Kawasan ni lebih kepada Zhaoping Park yang popular terutamanya ketika Cherry Blosssom.

4. Zhushan Station.

Ni kawasan di puncak gunung yang menjadi station untuk pelancong melihat matahari terbit dari pergunungan Yushan. Train ada setiap subuh subuh hari setiap pagi.

Ke semua tempat tempat ini dihubungi dengan jaringan keretapi daripada Alishan Station.

More info mengenai Alishan National Park boleh refer sini : Alishan National Park, Taiwan

Sebab aku tak banyak masa yang tinggal di Alishan ni dan kena kejar bas nak balik jam 5.10 petang nanti, jadi aku cuma redah mana yang sempat jer di antara ke empat-empat kawasan tu.

Memula aku naik train sampai ke Sacred Tree Line area.

Shermuh Station

Rel keretapi berakhir di sini

Sacred Tree Line

Giant Trees Line berdekatan dengan Shermuh station.

Di sini terdapat kawasan yang menyimpan khazanah alam pokok pokok gergasi yang hidup sejak beratus ratus tahun dahulu. Ada yang masih kukuh berdiri dan ada juga yang telah tumbang menyembah bumi.

Salah satu pokok gergasi yang telah tumbang akibat bencana alam

Pokok pokok yang tumbuh di kawasan hutan

Ada laluan dari station keretapi tadi tu menuju ke kawasan hutan di persekitaran.

Laluan turut di sediakan tapi kalau hujan kena hati hati sebab licin

Kabus yang menyeramkan

Sebenarnya ada laluan dengan penanda jalan yang lengkap untuk pengunjung hiking di sekitar kawasan ni. Terdapat jugak beberapa air terjun kecil di persekitaran.

Penerangan tentang pokok pokok gergasi yang ada di sini

laluan ni menuju ke Chiyan Temple. Jalan dia agak spooky

Trekking dan hiking. Boleh je nak balik jalan kaki ke station Alishan tadi. Kalau jalan kaki makan masa setengah jam juga

Sacred Tree area

Hutan....

Mossy Forest

Memula aku nak pegi treking sampai ke temple tu sebab katanya dari atas di kawasan temple tu boleh nampak awan kat belah bawah. Tapi tengok pada cuaca time tu, temple tu pun aku tak berapa nak nampak, ni kan pulak awan awan. Kabus dah menutup semuanya.

Plus aku tak banyak masa.

Ada few places lagi yang boleh di lawati di sekitar kawasan ni. Kebanyakkannya pokok pokok yang tumbuh yang berusia beratus tahun dalam persekitaran hutan di Alishan. Giant Tree. Sacred Tree. Elephant Trunk Tree. 

Since aku dah pusing pusing area Giant Tree Broadwalk tu then nampak ada train datang, so aku pun cepat cepat pegi ke station dan naik train tu balik semula ke Alishan Station.

Balik pakai je tiket yang sama time datang tadi !

Sacred Tree Line train

Train to Alishan Station

Dalam train. Penuh orang. 

Kawasan Alishan Station

Alishan Station

Sampai di Alishan Station semula, aku terus keluar dan patah balik untuk beli tiket ke destinasi berikutnya.

Aku plan nak pegi ke area Chaoping/Zhaoping Station. Satu lagi station yang ada dalam rangkaian keretapi di Alishan ni.

Beratur nak beli tiket

Ada 2 orang minah kat kaunter. Minah yang sama yang layan aku masa aku beli tiket memula tadi ke Sacred Tree.

"Can I get a ticket to Zhaoping Station?"
"No train"
"Sorry?"
"Not train. Last train 3:30 o clock"
"Arr????"

Kejung sekejap aku kat situ !

"Awalnya dah tak de train? Abis tu cemana aku nak gi sana?"

* mati la cakap Melayu je

"Sorry?"
"Cemana nak gi sana? Jalan kaki buleh? Walk?"
"Walk. Yes. Yes. 30 minutes"

Faham pun.

"So which way?"

Dia tunjuk arah yang patut aku tuju !

Aku fikir macam ni.

Kalau aku tak pegi jalan kaki, memang tak sampai la kat Zhaoping Station ni. Jalan kaki 30 minit. Kalau tak pegi, aku mati kutu lagi sejam setengah kat sini. 

How?

Cuaca masih berkabus

Panduan arah dan jarak dari Alishan Station ke Zhaoping Station

1.3 KM jer.

Shud be OK la kot.

Dan dan tu aku tengok train semua dah berhenti beroperasi. Rupanya train yang aku naik tadi pun dah last dari Sacred Tree. Nasib baik, kalau tak aku terdampar lah belah belah sana tanpa arah tujuan !

Tapi sebenarnya dekat Alishan ni, trekking dia tak susah. Penanda jalan memang complete dan jelas. Insya Allah tak sesat. Cuma sebab kawasan hutan, bila ada area terpaksa jalan sorang sorang so kira agak menyeramkan. Hehehehe.

So dari Alishan Station aku menapak ke Zhaoping Station.

Ni vespa boleh hijack tak?

Jalan ikut kawasan ni

Jalan menuju ke Zhaoping Stn. Ada jalan raya. Sekali sekala ada kenderaan lalu

Jambatan kayu

Jambatan besi

Ada laluan keretapi lama yang tidak lagi digunakan. Laluan tersebut menuju ke the Giant Tree of Mt Shuishan

Penunjuk arah

Jalan punya jalan, last sekali sampai kat satu taman. Haru biru jugak sebab aku bawak backpack semua sekali berjalan dengan aku ni.

Ada dua tiga orang tengah melepak.

Aku kever kever terpongeh dengan melemparkan sejambak senyuman manis kepada mereka. Dalam hati Tuhan je yang tahu yang aku dah tak cukup oksigen ni !

Berjalan dengan cepat dan pantas ! Aku target 30 minit pegi, 30 minit patah balik dan 15 minit je aku boleh ronda ronda kawasan Zhaoping Stn tu nanti.

Tanda

Jalan naik ke Zhaoping Park

Balai Polis Zhaoping Stn

Zhaoping Park. Kalau time cherry blossom, area ni memang meriah dengan sakura

Siap ada podium tempat tengok cherry blossom. Tapi time aku pegi ni tak de cherry. Autumn foliage pun tak de lagi. Sendu je area ni.

Laluan keretapi yang menghubungkan Alishan Station dengan Zhaoping Station

Laluan di Zhaoping Park

Pokok pokok di Zhaoping Park. Kalau time cherry blossom memang lawa la kot area ni

Layan beberapa pokok pokok yang tumbuh mekar di sekitar Zhoping Station Park.








Laluan menuju ke kawasan Sister Pond di sini. Tapi aku memang tak de masa nak pegi usha.

Misi aku nak sampai ke Zhaoping Station.

Pastikan jaya dalam masa kecederaan yang ada ni.

Akhirnya aku sampai di Zhaoping Station dalam masa tak sampai 30 minit. So aku ambik masa pusing pusing area station ni pulak

Kawasan station dah pun di tutup sebab dah tak de train beroperasi petang tu

Zhaoping Station

Alishan Gou Hotel

Laluan keretapi menuju ke Zhushan Station

XCrossing

Zhushan merupakan tarikan paling istimewa di Alishan ini. Perjalanan keretapi dari station Alishan menuju ke Zhushan  selama setengah jam hanya bertolak seawal pagi menuju ke puncak.

Di sana nanti, kita boleh melihat matahari terbit dari atas pergunungan Yushan. 

Satu pengalaman yang terindah yang pastinya tidak dapat di lupakan.

Tapi...............

Kalau nak tengok tu, kena tidur sini ! Cemana? Aku nak kena balik hari ni jugak. Dah tak de masa ni.

* tengok jam. 

4.40 petang ! Bus akan bergerak pukul 5.15 petang nanti. Aku ada less then 30 minit untuk kembali semula ke tempat tadi.

Aku kena pantas !

Tengah berjalan berpatah balik ke area bas tu, tiba tiba perut dilanda amokan gelora.

Groh. Groh. Groh... Krooooook............

Perut kosong tak berapa terisi. Tapi lagi haru, tetiba aku rasa macam nak terberry. Alamak... datang angin kentut berderet .....

* sekali terlepas echo-nya sampai ke gunung daik bercabang tiga.

Oi perut. Kau jangan buat pasal. Aku kan tak biasa memerut merata rata ni. Tak boleh melabur di luar ni. Ponggong tak serasi, tinja pun tak lawa dan tak seksi .....  

Sesekali datang angin kentut... boleh tumbang dengan bau sendiri........ !

* lari sambil tutup telinga sebelum di cerca-vaganza



Aku sudah biasa
Ku sudah biasa

Bila lagi boleh rasa?
Mahu hidupku selesa
Janji bahagia
Sudah cukup sempurna

Bila lagi boleh bawa
Pusing satu dunia
Duit tak punya
Akan ku cari juga

Oh bagaimanapun
Ku usahakan
Doamu buat ku bertahan
Oh bagaimanapun
Aku dapatkan
Jangan risau

Aku sudah biasa
Ku sudah biasa
Sudah biasa
Berpayah Untuk Kau
Oh sudah biasa

Jangan risau aku cuba
Buat kau senyum semula
Tak seberapa
Cukup Untuk semua

Aku masih perlu masa
Selesaikan segalanya
Untuk mu

Oh bagaimanapun
Ku usahakan
Doamu buat ku bertahan
Oh bagaimanapun
Aku dapatkan
Jangan risau

Aku sudah biasa
Ku sudah biasa
Sudah biasa
Berpayah Untuk Kau
Oh sudah biasa

Mana tahu dalam terang ada jalan
Siapa cerdik tambah kuat kan bertahan
Pecut kuasa kuda tinggal yang perlahan
Jangan risau semua, pagi tadi aku sarapan

Terima kasih, kasih diterima
Belajar sampai tua, hidup beseminar
Aku buat sejarah, saksikan peristiwa
Senang lenang aku tenang, mama mia

Oh bagaimanapun
ku usahakan
Doamu buat ku bertahan
Oh bagaimanapun
Aku dapatkan
Jangan risau

Aku sudah biasa
Ku sudah biasa
Sudah biasa
Berpayah Untuk Kau
Oh sudah biasa

bersambung..............

12 comments:

  1. Ok dah baca.... Suspen...!!!...... G nite uncle meng.....!!!

    ReplyDelete
  2. Haaa sudah tetgh hutan perut wat perangai ka Meng..#nightmare hahaha

    Lawa gak si Alishan nih even kabus2 pon..tp ada sikit seram gak kot kalu dh sensorang disitu..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. seram dan romantik jugak la kot. kalau berpasangan best la feeling2 sejuk sejuk.....

      perut aku tu memang. kdg kdg mengada mengalahkan tuan dia.. hehehe

      Delete
  3. woaahh cantik sangat.. adei perot ya ampon lah buat hal ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik jugak.. kalau dpt tengok matahari terbit pun cun.. nampak awan2 kat bawah

      Delete
  4. woww......persis The Twilight Saga : Sacred Tree

    ReplyDelete
  5. memerutlah di tempat yang paling tebal kabusnya.... :D

    ReplyDelete